CABARAN SEMAKIN RUMIT: Encik Hawazi berkata usaha melestari penggunaan bahasa Melayu memerlukan pelibatan setiap lapisan masyarakat kerana cabaran yang dihadapi semakin rumit memandang penggunaan bahasa Inggeris kian meluas di kalangan orang Melayu.
ADLI YASHIR KUCHIT
16 Jun 2012
WAWANCARA BERSAMA HAWAZI DAIPI
Usaha galak guna bahasa Melayu bak lawan arus
Hawazi harap masyarakat teruskan agar tidak hilang jati diri
USAHA menggalak penggunaan bahasa Melayu, khususnya di kalangan generasi muda di Singapura, ibarat melawan arus yang deras.
Demikian menurut mantan pengerusi Majlis Bahasa Melayu (MBMS), Encik Hawazi Daipi, yang juga Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan).
Namun, beliau berharap masyarakat Melayu Singapura akan menerima cabaran itu dan terus berusaha memastikan bahasa Melayu terus hidup dan me kar di sini.
Jika ini tidak dilakukan, ada kebimbangan orang Melayu Singapura akan kehilangan jati diri mereka, ujarnya.
Encik Hawazi berkata usaha melestari penggunaan bahasa Melayu satu usaha berterusan dan memerlukan pelibatan setiap lapisan masyarakat.
"Cabaran yang bakal kita hadapi semakin rumit kerana penggunaan bahasa Inggeris akan jauh lebih meluas.
"Kajian menunjukkan keluarga dan rakyat Singapura lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan, termasuk dalam keluarga," kata beliau.
Setelah lebih 12 tahun terlibat dalam MBMS, termasuk sebagai pengerusi selama dua penggal, Encik Hawazi melepaskan jawatan tersebut baru-baru ini.
Tugas itu diambil alih Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar), Encik Masagos Mohamad Masagos Zulkifli.
Dalam satu wawancara bersama Berita Harian baru-baru ini, (07 Jun) Encik Hawazi menyenaraikan pencapaian MBMS dalam menyemarakkan penggunaan bahasa Melayu di sini.
Menurut beliau, MBMS menganjurkan dua kegiatan utama, iaitu Bulan Bahasa dan Anugerah Persuratan Melayu.
Ia juga menyokong dan membantu kegiatan yang dianjurkan pertubuhan akar umbi dan badan-badan masyarakat yang diadakan sepanjang tahun.
Menerusi kegiatan-kegiatan itu MBMS memainkan peranan menanam minat di kalangan generasi muda untuk menggunakan bahasa Melayu di dalam dan di luar bilik darjah.
MBMS juga mendampingi masyarakat mengikut kumpulan-kumpulan usia - kanak-kanak, remaja dan dewasa. Ini dilakukan menerusi peraduan atau kegiatan budaya dan bahasa.
Turut diberi tekanan ialah adab dan kesantunan Melayu.
Sehubungan itu, Encik Hawazi berkata Timbalan Ketua, Bahasa dan Kebudayaan Asia (ALC) NIE-Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Parofesor Madya Dr Hadijah Rahmat, sedang menerajui program meningkatkan kesedaran mengenai adab dan kesantunan Melayu.
Dr Hadijah timbalan pengerusi MBMS.
"Matlamatnya ialah meningkatkan kesedaran khususnya di kalangan anak-anak kita tentang sopan santun dan muluknya adab yang menjadi sebahagian daripada pemikiran Melayu," kata Encik Hawazi.
Selain itu, MBMS memberi perhatian pada bidang penulisan.
Dalam hal ini, ia telah memohon menjadi anggota penuh Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera).
Manfaatnya, menurut Encik Hawazi, ialah peluang bagi penulis tempatan didedahkan kepada perbincangan dan perkembangan penulisan di peringkat serantau dan antarabangsa.
"Ia juga membuka peluang bagi penulis muda berkongsi pengalaman, pengamatan dan pemikiran mereka dengan penulis seusia di luar negara," kata Encik Hawazi.
Memandang ke depan, Encik Hawazi berpendapat ibu bapa mempunyai peranan penting.
"Saya sendiri memilih untuk bertutur dalam bahasa Melayu dengan anak-anak serta anak-anak saudara.
"Mungkin jawapan mereka teragak-agak, namun saya gembira mereka mencuba," kata beliau.
Oleh itu, Encik Hawazi berharap dalam menangani cabaran masa depan MBMS akan terus membuka peluang kepada ibu bapa menyertai kegiatan bercorak bahasa bersama-sama anak-anak mereka.

No comments:
Post a Comment