5 Jun 2012
PANTUN WARISAN
Hutang budi dibawa mati
DALAM Pantun Warisan kali ini, saya ingin mengajak pembaca sekalian menyegarkan dan mempertajamkan lagi pemahaman kita tentang apa yang tersurat dan tersirat, dalam pantun pusaka lama, yang tidak asing lagi didengar di seluruh nusantara kita.
Pantun pusaka yang saya maksudkan adalah berkenaan dengan keikhlasan budi, budi luhur dan curahan budi yang tidak diminta balasan, lantaran kemurnian hati sanubari.
Pantun budi yang saya maksudkan berbunyi begini:
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Mari sama-sama kita teliti pembayang maksud pantun pusaka tadi:
Pisang emas dibawa belayar masak sebiji di atas peti.
Kalau dikatakan masak sebiji, tentulah pisang yang dibawa belayar itu adalah setandan.
Namun mengapa sebiji saja yang masak, mengapa tidak semua?
Pengertiannya begini, mungkin pisang setandan itu diumpamakan seperti masyarakat ramai, dengan pelbagai budi pekerti dan isi hatinya. Dan kalau dikatakan pisang emas, tentunya daripada golongan ningrat atau berada.
Jadi, dalam masyarakat yang ramai itu, ada seorang saja yang baik budi hatinya, yang suka berjasa dan mencurahkan bakti, tanpa mengharap balasan, sehingga diumpamakan seperti sebiji pisang emas yang masak.
Dibawa belayar bermaksud pisang emas setandan itu dibawa mengembara jauh ke rantau orang, dan diharapkan jauh perjalanan banyak pemandangan, jauh mengembara banyak pula pengalaman. Harap-harap apabila berada di rantau orang, pandai-pandailah membawa diri; yang baik jadikan teladan, dan yang buruk jadikan sempadan.
Apa yang disebutkan tadi, adalah pembayang maksud pantun yang ada kaitannya dengan maksud pantun. Itulah pantun bermutu.
Sekarang maksud pantunnya pula - Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.
Bagi orang yang ditakdir berubah nasib, lantas mewah dan kaya raya, harta bertimbun, apa ada pada hutang emas pasti mudah saja boleh dibayar.
Namun hutang budi pula, bagi orang yang benar-benar ikhlas berbudi dan berjasa, tentunya tidak mengharapkan balasan, walaupun si penerima budi bermati-matian ingin membalasnya.
Si pemberi budi itu betul-betul tidak mahu menerimanya, sehinggalah beliau mati atau meninggal dunia. Jadi si penerima budi tadi akan terus mengenang budi orang sehingga ke mati.
Demikian para pembaca sekalian yang bistari, pantun pusaka Pisang emas dibawa belayar yang mempunyai makna tersirat lagi bermutu.
Semoga pembaca beroleh pengetahuan mengenai pantun.

Puisi nyaa buatkan dong
ReplyDeleteitu ditanya jasanya apa? saya ada tugas
ReplyDelete