SEMPENA RAMADAN
Selamat datang Ramadan
RAMADAN menjelang lagi!
Beruntunglah umat Islam yang berjaya menemui lagi ketibaannya.
Ini kerana berbagai-bagai ganjaran pahala yang boleh diraih daripadanya.
Umat Islam yang berjaya mengamalkannya dengan sempurna akan mampu menjimatkan biaya hidup!
Umat Islam di rantau ini akan memulakan ibadah ini esok.
Di Singapura, khususnya, keghairahan menyambut bulan penuh barakah ini mula dirasakan sekitar sebulan dua lalu apabila masjid-masid mula diperindah untuk solat tarawih. Demikian juga apabila gerai-gerai Ramadan, khususnya di Geylang dan di Jurong, mula dibina.
Ibadah puasa mengandungi banyak hikmah dan kebaikannya kepada umat yang melakukannya. Demikian juga dari segi faedah dan kesihatannya.
Berhubung dengan hikmah puasa, Allah menjelaskan dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
Menurut ayat ini rahsia dan faedah puasa itu yang utama ialah supaya orang yang berpuasa itu sentiasa menjadi umat bertakwa kepada Allah.
Puasa Ramadan diwajibkan pada tahun kedua setelah hijrah. Kafirlah sesiapa yang menentang kewajipannya. Dalam soal ini banyak disebutkan dalam hadis Nabi saw , antaranya:
Daripada Salman Al Farisi ra :
"Rasulullah saw bersabda kepada kami pada akhir bulan Syaaban:
"Wahai sekalian manusia, akan datang kepada kamu bulan yang di dalamnya terdapat malam Al-Qadar yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Allah mewajibkan puasa dan mensunatkan ibadah malamnya. Sesiapa yang beribadah pada malam itu seperti dia melakukan ibadah wajib pada bulan lainnya.
"Dan sesiapa yang melakukan ibadah wajib, ia seperti orang melakukan 70 ibadah lainnya. Ia adalah bulan sabar. Pahala sabar adalah syurga. Ia bulan rezeki orang Mukmin. Siapa yang memberi makan untuk berbuka puasa, ia mendapat (pahala) memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya.
"Kami bertanya: Wahai Rasulullah, setiap kami tidak menemukan sesuatu untuk berbuka.
"Baginda bersabda: Allah memberi pahala kepada sesiapa yang memberi makanan untuk berbuka kepada sesiapa yang berpuasa, seteguk susu atau air atau sebiji kurma.
"Sesiapa yang memberi makan hingga kenyang kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapatkan keampunan dosanya dan Tuhan akan memberinya minuman dari telaga-Nya seteguk hingga ia tidak akan terasa haus selamanya. Dan untuknya pahala laksana orang berpuasa tanpa sedikit pun kurang.
"Itulah bulan yang awalnya penuh rahmat, pertengahannya penuh keampunan dan hujungnya bebas daripada neraka."
Dalam sebuah Hadis Qudsi, Allah berfirman:
"Setiap amal manusia itu untuknya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya."
KELEBIHAN BERPUASA
Puasa mempunyai banyak kelebihan, antaranya:
"Berpuasalah kamu nescaya kamu akan sihat."
"Puasa itu setengah daripada kesabaran."
Ibadah puasa mengandungi berbagai-bagai keistimewaan - sama ada dari segi kesihatan, ekonomi, kemasyarakatan ataupun peningkatan takwa.
Setiap orang Islam yang bertakwa kepada Allah dan rasul-Nya hendaklah bersungguh-sungguh mencari keredaan Allah supaya puasa mereka diterima keseluruhannya.
Di samping itu perlulah dijaga adab dan hukum-hukumnya dengan sebaik-baiknya.
Dalam bulan yang mulia ini kita akan memperoleh berbagai-bagai hikmah dan kelebihannya, antaranya:

- Dapat melatih disiplin dalam kehidupan.
- Dapat membina kesihatan jasmani dan rohani apabila dikerjakan menurut petunjuk Al-Quran dan sunah Rasulullah.
"Berpuasalah kamu nescaya kamu akan sihat."
- Dapat melatih setiap Muslim dan Muslimah beribadah semata-mata kerana mencari keredaan Allah.
- Dapat melatih hidup berjimat dan bersederhana. Cara Rasulullah berbuka dan bersahur sangat baik diteladani.
- Dapat melatih diri supaya bersifat amanah dan boleh dipercayai.
- Dapat menyedar dan menyegarkan ingatan bahawa kita hamba Allah yang wajib mematuhi dan mentaati perintah-Nya.
- Dapat menghidupkan kekuatan fikiran dan kekuatan basirah (penglihatan mata hati).
- Dapat melatih dan melentur manusia supaya senantiasa bersifat sabar dan tabah menghadapi kesulitan dan kesukaran.
- Dapat membersihkan jiwa dengan jalan memenuhi perintah-perintah-Nya, menjauhi segala larangan-Nya dan melatih diri untuk menyempurnakan ibadah kepada Allah semata-mata.
"Puasa itu setengah daripada kesabaran."
- Dapat menyihatkan tubuh dan menenangkan jiwa dan fikiran manusia.
- Dapat membangkitkan semangat bersyukur terhadap nikmat-nikmat Allah semata-mata.EEE
- Dapat mengingatkan orang-orang kaya akan penderitaan orang-orang miskin.
- Dapat mengingatkan manusia agar senantiasa menjadi insan bertakwa.
Ibadah puasa mengandungi berbagai-bagai keistimewaan - sama ada dari segi kesihatan, ekonomi, kemasyarakatan ataupun peningkatan takwa.
Setiap orang Islam yang bertakwa kepada Allah dan rasul-Nya hendaklah bersungguh-sungguh mencari keredaan Allah supaya puasa mereka diterima keseluruhannya.
Di samping itu perlulah dijaga adab dan hukum-hukumnya dengan sebaik-baiknya.
Dalam bulan yang mulia ini kita akan memperoleh berbagai-bagai hikmah dan kelebihannya, antaranya:
- Menanamkan sifat kasih sayang kepada mereka yang kurang bernasib baik.
- Membiasakan diri dengan sifat amanah kerana puasa adalah amanah Allah.
- Mengawal tubuh atau jasmani. Lazimnya kian melemah jasmani seseorang akan terkawal pulalah keinginan syahwatnya dan sebaliknya akan membersihkan rohaninya.
- Ibadah puasa merupakan latihan penting untuk mengawal dan mengekang hawa nafsu seseorang
No comments:
Post a Comment