13 Dis 2010
KOMENTAR
PANDANGAN
Mentakrif ketuanan Melayu
Oleh
Teo Kok Seong
KOMEN mengenai Ketuanan Melayu sebagai satu konsep kontroversi disentuh lagi. Kali ini oleh orang Melayu sendiri dalam kongres tahunan sebuah parti politik pembangkang. Walaupun diingatkan berkali-kali oleh pelbagai pihak, termasuk golongan istana supaya tidak mempersoal, apatah lagi mempertikai Kedudukan Istimewa Orang Melayu pada Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan, masih ada pihak tidak mengendahkan nasihat diraja ini.
Satu dalil yang digunakan sesetengah pihak untuk menolak konsep Ketuanan Melayu ialah hubungan tidak bertamadun antara tuan dan hamba padanya. Dalam konteks ini, orang Melayu diibaratkan tuan, manakala orang bukan Melayu sebagai hamba. Dengan pemahaman yang sengaja diada-adakan ini, orang Melayu disifatkan sebagai tuan yang mempunyai kuasa, misalnya mengawal orang bukan Melayu yang merupakan hamba. Sebagai hamba, orang bukan Melayu bukan saja berada di bawah telunjuk orang Melayu malah perlu mengikuti perintahnya.
Selain ini, orang bukan Melayu sebagai hamba juga tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan mengenai diri mereka dan hanya boleh melakukan sesuatu dengan kebenaran daripada tuannya iaitu orang Melayu. Dengan kata lain, sebagai hamba, orang bukan Melayu dikongkong dari segi perundangan oleh orang Melayu selaku tuan.
Satu lagi dalil untuk menghapuskan konsep ini seterusnya menyingkirkan peruntukan begini daripada Perlembagaan Persekutuan, ialah orang Melayu memiliki status lebih tinggi. Justeru, mempunyai lebih kuasa daripada orang bukan Melayu. Dengan ini, orang Melayu yang memiliki banyak kelebihan ini perlu berkuasa ke atas orang bukan Melayu.
Sehubungan dengan dalil sebegini, persoalannya ialah - adakah semua ini benar? Untuk dalil pertama, adakah orang bukan Melayu sebagai hamba dipasung dari segi perundangan sehingga mereka tidak boleh mencari nafkah, selain tidak dapat meneruskan cara hidup etnik, yang diwarisi dari tanah asal China dan India?
Sehubungan ini, putar belit pihak tertentu mengenai pengertian kedua-dua kata tuan dan hamba itu, memperlihat betapa ceteknya kecerdasan mereka dalam usaha mempolitikkan makna kata-kata itu. Kata tuan dalam bahasa Melayu tidak semestinya selalu bermakna orang/pihak tempat menghambakan diri, seperti orang kulit putih menjadi tuan kepada hamba daripada orang kulit hitam di Amerika Syarikat, satu masa dulu.
Tuan juga bererti pemilik, dan tuan dalam konteks Ketuanan Melayu, boleh dikaitkan dengan makna pemilikan Tanah Melayu oleh orang Melayu sebagai penduduk asal dan/atau yang lebih awal daripada yang lain-lain. Untuk ini, buktinya banyak sekali dan pemilikan dalam erti permastautinan lama ini tidak dapat dinafikan mana-mana pihak.
Tuan juga adalah kata ganti yang sopan untuk lelaki dan perempuan, tanpa mengira darjat dalam sistem kesantunan bahasa Melayu, khususnya zaman lampau. Dialog kisah purba banyak mengandungi ungkapan seperti Tuan Puteri dan Tuan Hamba.
Sehubungan itu, hamba dalam bahasa Melayu tidak semestinya selalu bermakna abdi. Ia juga membawa maksud saya, untuk tujuan merendahkan diri sebagai menghormati orang yang dilawan bercakap sekali gus ini satu ciri budi bahasa Melayu yang mulia.
Pengertian tuan dan hamba yang hanya membawa maksud orang/pihak tempat menghambakan diri dan abdi, kalau datang daripada orang bukan Melayu, boleh difahami kerana mereka bukan penutur natif. Tetapi, pemahaman sebegini daripada orang Melayu sendiri yang merupakan penutur jati kepada bahasa Melayu, sesungguhnya tidak berlaku walaupun dalam keadaan tidak siuman, kecuali betul-betul disengajakan untuk tujuan tertentu.
Untuk dalil kedua, betulkah orang Melayu berstatus tinggi mempunyai banyak kelebihan sehingga boleh menentukan nasib orang bukan Melayu. Semua pihak yang mempunyai nawaitu yang betul mengetahui yang keadaannya tidak begitu.
Malah, keadaan adalah sebaliknya iaitu orang Melayu yang dikatakan tuan dan yang dianggap berstatus lalu mempunyai banyak kuasa itu, sebetulnya adalah kelompok yang jauh ketinggalan dari banyak segi, pendidikan dan ekonomi misalnya, apabila dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Dari segi ekonomi, orang Melayu masih tidak berupaya mencapai ekuiti 30 peratus daripada pemilikan kekayaan negara, yang selebihnya dikuasai orang bukan Melayu.
Ketuanan Melayu sebagai istilah dan konsep yang dianggap jelek oleh sesetengah pihak itu, sebenarnya adalah legitimasi watan, yakni hak orang Melayu/Bumiputera yang sah, pada wilayah yang bernama Tanah Melayu sebagai penduduk asalnya.
Legitimasi watan ini boleh wujud dalam beberapa bentuk. Antaranya adalah Kedaulatan Raja-Raja Melayu, yakni penghormatan kepada etnik Melayu sebagai anak watan negara ini yang dimanifestasikan dalam bentuk Raja Melayu selaku pemerintah dan orang Melayu sebagai rakyat. Dalam konteks ini, kata tuan merujuk kepada gelaran Raja/Sultan Melayu yang memerintah, dan Ketuanan Melayu pula adalah pemerintahan oleh Raja/Sultan Melayu.
Dalam sistem Raja Melayu dan orang Melayu ini, yang diperkemas dalam Perlembagaan Persekutuan pada 1957, legitimasi watan ini mencakupi tujuh perkara. Pertama bumi yang dihuni ini dipanggil Persekutuan Tanah Melayu sebagai nama Melayunya. Perkara kedua, sebahagian bumi ini disimpan khas untuk orang Melayu dan dikenali sebagai Tanah Simpanan Melayu. Perkara ketiga, keselamatan bumi ini sebahagiannya diamanahkan kepada pasukan tentera yang digelar Regimen Askar Melayu.
Keempat, sistem pemerintah beraja yang dipanggil Raja-Raja Melayu. Perkara kelima ialah Islam dijadikan Agama Persekutuan. Perkara keenam ialah Bahasa Melayu menjadi bahasa negara ini. Yang ketujuh ialah perlindungan terhadap orang Melayu selaku anak watan dalam bentuk Kedudukan Istimewa Orang Melayu.
Dengan ada semua ini, legitimasi watan tetap memberi perlindungan kepada orang bukan Melayu yang merupakan penduduk bukan asal. Mereka diterima menjadi warga negara, layak memiliki tanah, diterima menganggotai pasukan tentera, ikut dilindungi sebagai rakyat Raja-Raja Melayu, dibenarkan terus menganuti agama lain selain Islam, boleh mengajar dan mempelajari bahasa etnik masing-masing, dan dijamin kepentingan absah mereka yang tidak boleh sekali-kali dicabuli.
Adakah semua ini, menunjukkan Ketuanan Melayu itu bersifat diskriminasi terhadap orang bukan Melayu, sehingga perlu disingkirkan daripada Perlembagaan Persekutuan, seperti dikehendaki sesetengah pihak?
Ketuanan Melayu, walaupun dipanggil dengan apa jua nama lain, misalnya legitimasi watan, tetap adalah kelayakan penduduk asal negara ini yang halal pada tanah tumpah darah mereka.
Meskipun demikian, orang Melayu bersedia berkongsi kelayakan ini dengan orang bukan Melayu, dalam semangat permuafakatan etnik, yang dikenali sebagai 'Kontrak Sosial' yang sudah sekian lama tertera dalam Perlembagaan Persekutuan.
Nota: Penulis ialah Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Rencana ini sedutan dariapda Berita Harian Malaysia, Rabu lalu.
Monday, December 13, 2010
Mengimbangi Ukhrawi dan Sekular
12 Dis 2010
oleh Nazri Hadi Saparin
ISTIMEWA
Mengimbangi ukhrawi dan sekular
Apakah isu ini yang menjadi penghambat utama pelajar-pelajar madrasah?
UKHRAWI atau duniawi?
Percanggahan dalam mengimbangi jangkaan sekular dan kewajiban ukhrawi mungkin adalah rahsia terbuka yang paling ketara merundung pendidikan madrasah di Singapura.
Pendidikan ukhrawi adalah asas pendidikan madrasah dan antara lain memainkan peranan penting untuk memastikan kewujudan golongan asatizah untuk jangka masa panjang di Singapura.
Sementara itu, Sains dan Matematik juga perlu sebagai senjata ekonomi negara untuk bersaing dengan negara lain.
Dan madrasah di Singapura telah menerapkan mata pelajaran sekular dalam kurikulumnya semenjak 1960-an lagi.
Oleh itu, menurut Presiden Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Hasbi Hassan, mengimbangi kededua bidang pengajian itu sudah menjadi sebahagian budaya madrasah.
Katanya, bukti hakikat adalah kelahiran golongan asatizah yang teguh pendirian agama dan bersikap progresif di Singapura.
Sesungguhnya, pencapaian ini perlu dibanggai.
Namun, adakah ia menyembunyikan masalah yang lebih mendalam?
Hanya bulan lalu, masyarakat digemparkan dengan berita bahawa Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah (MWTAI) yang bertanggungjawab membentuk golongan asatizah Singapura semenjak 1958, tidak lagi dibenarkan menerima kohort sekolah rendah mulai 2012.
Ia telah dua kali gagal, semenjak 2008, untuk mencapai ukur tara Peperiksaan Taman Sekolah Rendah (PSLE) yang ditetapkan pemerintah.
Sudahkah tiba masanya untuk kita menyemak segala dasar yang menjejas madrasah?
Jawapannya jelas bagi mantan presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Maarof Salleh, yang berkata:
'Memang merupakan amalan yang baik untuk kita sentiasa menyemak dan menilai semula sesuatu dasar itu. Mungkin kini masanya untuk semua duduk berbincang secara terbuka,' ujarnya.
Bagaimanapun, berbincang secara terbuka itu mungkin satu lagi cabaran yang besar.
Isu pendidikan madrasah seolah-olah bergelut dengan masalah ketelusan - dicerminkan kesukaran BM berbincang secara terbuka dengan sesetengah madrasah dan pihak berkuasa mengenai isu ini.
SEMUA CINTA MADRASAH, TAPI...
Seperti kata sumber BM, yang memang rapat dengan madrasah, 'semua orang cintakan madrasah-madrasah kita, cuma cara kita melahirkan rasa cinta itu mungkin ada silapnya'.
Ini disetujui oleh Encik Maarof yang berkata kepentingan pelajar perlu diutamakan.
'Pokoknya, kita harus menilai matlamat dan tujuan asal madrasah dan pastikan semua orang yang terlibat sealiran. Jika itu tidak diselesaikan, landskap pendidikan madrasah akan kurang fokus dan 10 tahun akan datang, kita masih membahaskan isu ini,' tegas beliau.
Perbahasan 'pertama' telah berlaku lewat 1990-an.
Perdana Menteri ketika itu, Encik Goh Chok Tong, menggambarkan prestasi murid madrasah yang kurang memuaskan berbanding murid sekolah aliran utama.
Sekitar 65 peratus pelajar tercicir dari madrasah sebelum melangkah ke menengah empat antara 1996 dengan 1998.
Sebaliknya, enam daripada 10 pelajar Melayu di sekolah sekular berjaya meneruskan pengajian hingga ke peperiksaan GCE peringkat 'O' dalam tampoh yang sama.
Lima tahun kemudian, pada 2003, pemerintah memperkenalkan undang-undang mewajibkan murid melengkapkan sekurang- kurangnya enam tahun pendidikan asas di sekolah sekular dengan mengambil PSLE.
Sebagai permulaan, madrasah dikecualikan daripada Pendidikan Wajib (CE) itu.
Namun, murid-murid madrasah yang memulakan darjah satu pada tahun tersebut harus menduduki PSLE dan mencapai agregat minimum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE).
Ia tertakhluk kepada agregat PSLE purata murid Melayu dalam enam sekolah paling bawah dalam keputusan PSLE tahun yang sama.
Bagaimanakah prestasi murid-murid madrasah selepas tiga kohort menduduki PSLE?
DI TAKUK LAMA?
Empat madrasah - Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah, Al- Maarif Al-Islamiah, Aljunied Al-Islamiah dan Alsagoff Al-Islamiah berjaya mencapai ukur tara minumun iaitu sebanyak 175 yang ditetapkan MOE tahun ini.
Sebaliknya, MWTAI gagal buat kali kedua sejak 2008.
Sebuah lagi madrasah - Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah - juga gagal tetapi ia tidak terjejas peraturan CE kerana tidak lagi mengambil murid peringkat rendah sejak menyertai Sistem Madrasah Bersama (JMS) kelolaan Muis pada 2009.
Dibentuk pada Oktober 2007, JMS, bertujuan memperkenal satu kurikulum pembelajaran komprehensif dan seimbang. Buat masa ini, tiga madrasah - Al-Arabiah, Al-Irsyad dan Aljunied - terlibat dalam JMS.
Perkembangan positif ini juga dituruti dengan kemajuan lain. Antaranya, menurut Encik Maarof, ialah peningkatan prasarana fizikal dan mutu tenaga pendidik yang kini berpeluang menjalani pelbagai latihan menerusi kerjasama Muis dan Institut Pendidikan Nasional (NIE).
ISU YANG MASIH MENONJOL
Walaupun begitu, isu mengimbangi pengajian ukhrawi dan sekular masih menonjol dalam pandangan awam yang ditinjau Berita Minggu (BM).
Murid madrasah perlu mengambil peperiksaan sehingga 12 mata pelajaran di darjah enam berbanding empat mata pelajaran yang wajib untuk murid sekolah sekular.
Kepayahan mengimbangi kedua-dua bidang itu adalah sesuatu yang dirasai oleh murid madrasah, kata bekas pelajar MWTAI, Cik Maryam Hashim.
'Kebanyakan subjek ukhrawi perlukan pelajar mempelajari bahasa Arab dengan cara menghafal teks. Bagi subjek Matematik dan Sains pula, pelajar mesti buat banyak latihan dari peringkat awal,' ujar siswazah Universiti Nasional Singapura (NUS) itu, yang kini bertugas sebagai jurutera kajian di Politeknik Nanyang (NYP).
Namun, madrasah setempat tetap berupaya melahirkan pelajar cemerlang.
Dalam peperiksaan PSLE tahun ini, murid Al-Irsyad, Sakinah Yusof, mendapat agregat 266 manakala Zubaidah Dadlani dari Madrasah Alsagoff Al-Islamiah dan Farah Nadiah Muhamad Ishak dari Madrasah Aljunied Al-Islamiah masing-masing meraih agregat 254 mata.
Kejayaan murid-murid ini menunjukkan bahawa sistem madrasah mampu menghasilkan murid cemerlang, menurut mereka yang ditinjau BM.
Naib pengetua Madrasah Al-Irsyad, Encik Noor Isham Saniff, berkata kuncinya ialah kaedah pembelajaran kreatif yang dapat menarik minat pelajar.
Sebagai contoh, mata pelajaran Arab di Al-Irsyad diajar menggunakan kartun yang dihasilkan murid sendiri di komputer.
Elemen permainan, nyanyian dan drama juga diterapkan dalam setiap aspek pembelajaran, ukhrawi dan akademik.
'Pelajar kini mempunyai keperluan berbeza daripada pelajar dahulu. Jadi, mahu atau tidak, kita mesti ikut cita rasa mereka dan merangsang keinginan mereka untuk belajar,' ujar beliau.
Namun, beberapa waris pelajar madrasah berasa ibu bapa murid madrasah memainkan peranan penting dalam kejayaan anak- anak mereka, mungkin lebih daripada ibu bapa kanak-kanak sekolah sekular.
Salah salah daripada mereka, Cik Zainab Abdul Rashid, berkata tumpuan yang kurang dalam mata pelajaran akademik perlu diatasi dengan tuisyen dan sokongan di rumah.
Anaknya, Dinah Aziz, mendapat tujuh A1 dalam peperiksaan GCE peringkat 'O' pada 2008. Keputusan pelajar Madrasah Al- Maarif Al-Islamiah ketika itu merupakan satu rekod bagi pelajar madrasah. Sebelum ini, pencapaian terbaik madrasah ialah lima A1.
Sejak sedekad yang lalu, Muis telah membelanjakan sekitar $21 juta untuk membangunkan pendidikan madrasah setempat.
Perbelanjaan itu merangkumi kos latihan guru, pembangunan pelajar dan kurikulum, geran kewangan dan menokok gaji guru-guru.
Sumber kewangan bagi madrasah setempat, yang menampung kira-kira 4,000 pelajar Muslim dari peringkat rendah hingga menengah, pula bergantung kepada derma awam, dana madrasah, zakat dan yuran.
Sejak 2003, menerusi kerjasama Muis dengan NIE dan Universiti Edith Cowan (ECU), guru-guru madrasah menjalani pelbagai kursus peningkatan merangkumi Diploma Khas Pendidikan, Diploma Pendidikan dan Program Pemimpin Pendidikan.
Lantaran itulah sebahagian besar mereka yang ditinjau berkata mutu tenaga pendidik di madrasah, secara umum, memuaskan.
Antara mereka ialah Dinah Aziz, 18 tahun, yang baru selesai menduduki peperiksaan GCE peringkat 'A' di Maktab Rendah Raffles.
'Namun, mungkin masalahnya ialah masa agak terhad untuk guru mengadakan kelas tambahan dan sebagainya,' ujar bekas pelajar Madrasah Al-Maarif itu.
Isu masa terhad ini mempunyai kesan secara langsung kepada percanggahan antara subjek ukhrawi dan sekular, menurut sumber BM.
'Seseorang guru ukhrawi mahukan masa yang lebih untuk subjek mereka... begitu juga guru-guru akademik. engimbangi kedua- dua ini menjadi satu cabaran bagi madrasah,' ujar sumber itu, yang enggan namanya disiarkan.

Tuesday, November 16, 2010
Jika hendak sastera Melayu mekar
4 Nov 2010
KOMENTAR
PADA HEMAT SAYA
Jika hendak sastera Melayu mekar
Oleh
Mohd Raman Daud
ESOK malam, Angkatan Sasterawan '50 (Asas) akan menyambut hari ulang tahunnya yang ke-60.
Segelintir saja badan Melayu dari dekad 1950-an yang bertahan hingga kini. Pun ada yang menyifatkan Asas sekadar bertahan saja seperti almarhum Mansor Sukaimi (1943-2008), mantan anggota parlimen yang saya anggap antara ahli pendidikan dan motivasi watan ini.
'Ikutkan peredaran zaman, patut Asas tidak boleh bertahan saja. Seharusnya ia sudah ada institusi atau akademi untuk mendidik anak suka sastera sejak kecil lagi sehinggalah melatih guru agar terampil dalam bahasa dan sastera,' nasihatnya.
Asas dibentuk pada 6 Ogos 1950 dan di laman rumah deret oleh pencetus dan jurumudi utamanya, Muhd Ariff Ahmad (@MAS) di 24H, Henderson Road.
Sebelum Asas, memang terdapat beberapa badan persuratan termasuk Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) dan Lembaga Bahasa Melayu.
Namun, Asas lebih menonjol di Dunia Melayu - hasil kegigihan MAS (kini bergelar Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad) - sebagai organiser par excellence (ahli atur hebat).
Pendaftarannya diurus wartawan dan bahasawan Muhd Asraf Abdul Wahab (@Asraf) dan disokong kalangan guru, wartawan sehinggalah seniman di Jalan Ampas. Dua ustaz, Osman Jantan dan Syed Abdillah Aljufri, pernah menyertainya.
Walaupun kecil tanpa rumah persatuan, Asas menjadi terkenal kerana daya cipta prolifik ahlinya dan kelantangannya menyuarakan perihal masyarakat marhaen lewat penulisan dan penerbitan buku.
Ia juga mendapat sokongan akhbar nasionalis Melayu, Utusan Melayu, pimpinan A. Samad Ismail (1924-2008), antara intelektual besar zamannya (turut mengasaskan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah kini).
Melalui Cikgu Masuri SN (almarhum Dr Masuri Salikun) dan wartawan Utusan seperti Asraf, Kamaluddin Muhamad (@Keris Mas), Usman Awang (@Tongkat Warrant) dan Abdul Wahab bin Mohamed (@Awamil Sarkam), nama Asas kian kukuh sebagai penyeru generasi 'Melayu Baru'.
Asas juga pendorong tiga Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (KBPM pada 1952, 1954 dan 1956) yang mencorakkan hala tuju bahasa Melayu di Malaya dan Singapura.
Asas dinilai sebagai 'badan beraliran' berikutan polemik Asraf dan Hamzah (yang keluar Asas dan membentuk Angkatan Penulis Muda) mengenai erti 'seni untuk rakyat' dan 'seni untuk seni' di dua akhbar yang bersaing sengit ketika itu - Utusan dan Melayu Raya.
Akhirnya, pucuk pimpinan Asas memilih 'seni untuk rakyat' yang dianggap oleh kalangan sarjana sebagai mencerminkan kecondongan Asas pada sosialisme.
Bahkan Hamzah dalam memoirnya, Dari Cathay Keris Ke Hulu Kelang (1999), membayangkan kalangan anggota Asas dipengaruhi komunis - hal yang dibantah keras oleh para tokoh lama Asas yang tebal pegangan agamanya.
Namun, sejarah Asas sering dikaburi oleh tanggapan sarjana yang tidak arif sejarahnya.
Pernah Asas dikatakan lahir di Kuala Lumpur atau dua Sasterawan Negara Malaysia, Keris Mas dan Tongkat Warrant, dianggap pengasasnya - padahal mereka muncul kemudian.
Syor Asas pada KBPM ketiga: maka lahirlah Dewan Bahasa dan Pustaka (kini sebuah agensi kerajaan Malaysia), konsep bahasa kebangsaan sehinggalah cogan kata ciptaan MAS - 'bahasa jiwa bangsa' yang sering disalah anggap sebagai peribahasa.
Apabila terbentuk Malaysia, tokoh-tokoh Asas asal Semenanjung balik kampung - membangun di Kuala Lumpur yang menjadi hab bahasa dan persuratan Melayu. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia, Asas terpukul lagi.
Namun, dalam dekad 1970-an, Asas seolah-olah melalui proses reka semula (re-making) lewat muzakarahnya, Perkampungan Sastera 1973, yang mengutarakan gagasan Hadiah Sastera untuk mengiktiraf karya penulis dan selanjutnya Pertemuan Sasterawan Nusantara (PSN) untuk menyatukan penulis Dunia Melayu.
Konsep Hadiah Sastera dan PSN masih kekal dan menjadi ikutan di Malaysia, Indonesia dan Brunei.
Rentak pasang surut dalam kehidupan Asas mencerminkan suasana kebahasaan dan persuratan Melayu di Singapura. Mujurlah Singapura mengamalkan dasar dwibahasa yang menjamin bahasa bonda (termasuk Melayu) terus kekal di sini.
Namun, apa pun usaha pemerintah, tuah bahasa bonda amat bergantung pada penggunanya. Sayangnya, anak Melayu lebih selesa berbahasa Inggeris sehingga perlu tuisyen Bahasa Melayu untuk lulus periksa.
Di rumah dan pertubuhan Islam termasuk masjid, bahasa Inggeris kerap digunakan. Bahkan dalam ceramah dan khutbah juga, bahasa dan istilah Inggeris kian menonjol.
Walaupun bahasa Melayu masih dinobatkan sebagai Bahasa Kebangsaan atau bahasa perintah dalam perbarisan di watan ini, ia bukan bahasa kerja. Di kalangan anak Melayu, termasuk guru pelatih dan guru bahasa Melayu sendiri, terdapat pengakuan mengenai tembok psikologi dalam penggunaan bahasa bonda kerana suasana bahasa Inggeris yang berpengaruh.
Agaknya suasana inilah yang mendorong Asas sendiri menghasilkan risalah atau wartanya dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.
Hal ini menimbulkan sungutan kalangan anggota lama Asas dan pernah ditegur pojok Wak Cantuk (BM, 10 Oktober). Bahkan laman webnya juga dalam bahasa Inggeris.
Jadi, apakah matlamat utama Asas sudah tidak relevan dalam alaf baru ini? Padahal tanpa bahasa Melayu, Asas kini bukan lagi kesinambungan Asas yang asal.
Adakah proses mereka semula (re-making) memerlukan Asas menuntut strategi sedemikian demi mendapatkan pengiktirafan nasional lewat waritanya sebagai badan penulis dengan 'darah muda' yang aktif?
Jika demikian halnya, tidak lagi bermakna permutu 'bahasa jiwa bangsa'. Kita berharap tentulah hal seperti ini sekadar selingan waktu kerana Asas perlu kembali kepada matlamat akarnya - memperjuangkan bahasa dan sastera Melayu.
Dulu, Asas menulis memorandum yang menegur atau memberi saranan kepada pihak berkuasa. Peranan ini masih penting lagi dan perlu dihidupkan semula.
Dulu bahasa dan sastera Melayu digunakan sebagai wadah mengungkap kemerdekaan daripada penjajahan Barat.
Zaman penjajahan telah berlalu tetapi timbul zaman penyejagatan (globalisasi) yang lebih menghakis jati diri Melayu, termasuk bahasa dan sasteranya.
Jika bahasa dan sastera Melayu hendak terus mekar di sini, badan Melayu seperti Asas tentulah dipertanggungjawabkan.
Dalam rangka inilah, Asas perlu mendakap, memupuk dan menjana sebanyak mungkin cendekiawan dan aktivis yang mencintai bahasa Melayu, terutama berkarya dalam bahasa bonda.
Dari menara gading, ahli korporat, usahawan, profesional, guru, wartawan sehingga mat dan minah motor - semuanya perlu digembleng.
Pada usia matang 60 tahun, kewujudan Asas amat menuntut reka semula - menajamkan daya saing penakatan tanpa hilang matlamat asas penubuhannya.

Thursday, October 28, 2010
Orang Melayu perlu sayangi bahasa ibunda
Sabtu 23 Oktober 2010
cyBerita: Lelaman Internet Berita Harian Singapura.
--------------------------------------------------------------------------------
Komentar
WAWANCARA<
Orang Melayu perlu sayangi bahasa ibunda
Sasterawan tersohor, Haji Suratman Markasan, 80 tahun, baru-baru ini diberi penghormatan negara sebagai penerima Pingat Budaya tahun ini. Beliau penulis prolifik yang dianggap berani dalam mengutarakan pandangan dan wawasannya dalam berkarya. Apakah peranan sebenar penulis dan apakah penulis harus mengetengahkan penulisan yang 'berani' demi kebaikan umum? Berita Harian mewawancara sasterawan yang juga guru pesara dan pensyarah serta aktivis masyarakat itu.
Wawancara Mohd Noor A. Rahman
SOALAN: Tahniah atas penganugerahan Pingat Budaya. Apakah yang bermain dalam fikiran Cikgu apabila dimaklumkan mengenai pengiktirafan itu?
Jawapan (J): Pertama kali saya mendengar berita ini daripada pegawai NAC (Majlis Seni Kebangsaan) melalui e-mel dan telefon, saya memanjatkan syukur kepada Allah swt yang dengan ihsan-Nya saya diisytiharkan calon penerima Pingat Budaya ini. Saya juga berterima kasih kepada panel penilai kerana memilih saya.
S: Cikgu pernah menyatakan 'penulis harus berani dan tegas menggambarkan sesuatu di sekeliling kita'. Apakah ini termasuk memberi pandangan atau mengetengahkan senario yang berbeza daripada pendirian aliran utama? Apakah cara dan adab dalam melakukan ini?
J: Saya berpendapat sebagai penulis, kita harus berani, cuma perkataan berani ini tidaklah bermaksud berani melawan. Berani ini bermakna melahirkan sesuatu yang benar, dalam lingkungan bangsa, negara dan global. Beliau harus sensitif tentang apa yang berlaku di sekelilingnya.
Contohnya, jika sesuatu yang tidak adil berlaku di tempat/negaranya, beliau harus berani menyatakan perkara yang benar ke dalam tulisan fiksyennya. Jika tidak, beliau menulis tanpa tujuan atau matlamat.
Maka, kita harus sebagai penulis, dan juga anggota masyarakat umum yang lain, daripada pemimpin kepada pekerja biasa, menyatakan perkara yang benar.
Cuma kita juga sebolehnya melakukannya tanpa menyinggung perasaan orang lain, secara sopan dan santun. Harus ada fakta yang jelas dan tujuan melakukannya juga harus jelas, demi kebaikan semua pihak.
Sebagai penulis ada dua cara. Mana Sikana meletakkan saya sebagai penulis yang menggunakan realisme yakni menyatakan sesuatu dengan nyata. Ini selain tulisan saya yang merangkumi hal-hal yang disebut fiksyen dan saya masukkan unsur agama.
Satu cara lain adalah melalui bentuk simbolisme seperti yang dilakukan George Orwell dalam dua novelnya, Animal Farm dan 1984.
Dalam Animal Farm, beliau menggambarkan bagaimana watak-watak pembesar dalam bentuk haiwan, dan dalam buku 1984 pula beliau melambangkan negara komunis sebagai kuasa yang tidak boleh disentuh.
Dengan cara ini, manusia yang membaca boleh berfikir dan kita juga tidak menyinggung orang lain. Penulis harus pandai dalam meletakkan dirinya dalam menyampaikan hal-hal atau sesuatu untuk dikritik.
S: Setelah menulis lebih 50 tahun, menurut pandangan Cikgu, apakah peranan sebenar seorang penulis?
J: Semakin lanjut usia, semakin saya fikirkan perkara yang sangat sensitif dan menjurus ke dalam diri saya. Pertama, peranan penulis bukanlah sebagai penghibur atau pendakwah. Tetapi peranan penulis yang asli adalah menulis fiksyen dengan baik. Biar saya jelaskan.
Hari ini banyak trend penulis sama ada di peringkat dunia, rantau mahupun di Singapura yang menulis untuk menghibur. Lalu ramailah peminat mereka.
Kalau penulis atau penghibur mahu wang yang banyak, beliau boleh menulis kisah cinta yang erotik dan ini berlaku di mana-mana. Jadi beliau akan mendapat wang banyak.
Tetapi beliau bukan penulis yang saya anggap sebagai benar-benar berjiwa penulis. Beliau hanya setakat mahu popular dan dapat wang.
Tetapi jika kita hendak menyampaikan sesuatu, kita tidak boleh berperanan sebagai pendakwah.
Ini kerana penyair, penulis cerpen/novel dan penulis lain, bukannya seorang pendakwah tetapi beliau menulis menerusi tulisannya sebagi penulis. Di dalam tulisannya ada tiga unsur penting.
Pertama, fakta dan dari mana beliau dapat fakta itu. Kedua, imaginasi - dari fakta diolah menjadi imaginasi. Ketiga, harus ada pemikiran atau mesej. Jika beliau hanya ada fakta yang dicampurkan dengan imaginasi, beliau tidak akan ke mana, tetapi jika ada tiga unsur itu, maka penulisan itu akan menjadi bermutu, serius dan benar-benar mengandungi sesuatu yang perlu.
Jadi sebagai penyair, penulis cerpen/novel dan penulis lain, perlu ada visi untuk memasukkan tiga unsur penting itu dalam penulisannya.
S: Cikgu pernah amat kritikal terhadap orang Melayu setempat yang disifatkan sebagai kurang memperjuang dalam melestari dan memajukan bahasa dan sastera Melayu. Apakah Cikgu masih berpandangan sedemikian, dan kenapa?
J: Sesungguhnya pandangan saya tidak berubah. Saya telah membuat kertas kerja di Kuantan, Malaysia, pada 1987. Saya bahagikan perkembangan bahasa dan sastera dalam tiga tahap, setiap tahap 10 tahun. Tahap pertama adalah 1987- 1997 dengan orang-orang dalam generasi saya, yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama atau dalam aliran Melayu, semakin berkurangan.
Tahap kedua - 1997 hingga 2007 - adalah tempoh generasi saya dan juga di bawah saya seperti Mohd Latiff Mohd tidak lagi memainkan peranan. Maka sedikit demi sedikit, bahasa Melayu tidak digunakan orang-orang Melayu.
Lihat sekarang dalam keluarga Melayu. Bahasa yang digunakan ibu bapa dan juga datuk nenek adalah bahasa Inggeris.
Para pemimpin Melayu dalam mesyuarat menggunakan bahasa Inggeris sedangkan semua yang hadir adalah orang Melayu. Mengapa tidak digunakan bahasa Melayu?
Dalam tahap ketiga - 2007 hingga 2017 - saya punya pandangan bahawa orang Melayu tiada lagi bahasanya. Apabila mereka tiada lagi bahasa, sedangkan bahasa itu satu pengangkutan, bagaimana hendak kita tuju ke satu tempat? Jika tiada kenderaan, bagaimana sastera akan berkembang? Bahasa hilang, sastera akan hilang. Dan ini mungkin boleh berlaku dalam tahap ketiga ini.
Apakah kita akan mengalami nasib seperti orang Afrika yang dulu dibawa ke Amerika sebagai hamba lalu hilang identiti mereka termasuk bahasa dan budaya dan mereka menjadi warga kelas kedua?
Cuma orang Afrika ini hilang jati diri di negara asing, namun apakah kita akan kehilangan jati diri di negara kita sendiri? Saya selalu fikirkan keadaan ini.
S: Apakah punca sebenar kemerosotan bahasa, budaya dan sastera ini?
J: Saya melihat ada dua faktor. Pertama, pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan dalam program ini saya tidak nampak ada unsur-unsur untuk memupuk pelajar kita agar minat dan sayang akan bahasa Melayu.
Contohnya, dalam buku teks bahasa Melayu, kita harus tonjolkan anak Melayu yang menjadi tokoh di negara, rantau dan peringkat global yang bukan sahaja baik dalam bahasa Inggeris bahkan juga bahasa Melayu sebagai satu dorongan dan iktibar kepada pelajar Melayu kita.
Kedua, dalam kegiatan kokurikulum (CCA), kita perlu giatkan dan tonjolkan kegiatan bahasa di kalangan pelajar Melayu.
Inilah dua faktor yang masih kurang ditekankan sehingga pelajar Melayu kurang disemai untuk minat dan sayang akan bahasa Melayu.
Yang penting juga adalah peranan ibu bapa dan datuk nenek. Budak usia tiga empat tahun sudah masuk tadika dan menggunakan bahasa Inggeris.
Namun ibu bapa perlu ada semacam program bahasa di rumah termasuk 'jadual' penggunaan bahasa Melayu pada hari-hari tertentu, atau seorang ibu atau bapa menggunakan bahasa Melayu semasa berbicara dengan anak mereka.
S: Kenapakah ada sikap sebegini di kalangan ibu bapa itu?
J: Ini kerana semasa muda, sikap minat dan sayangkan bahasa sudah tidak disemai. Jadi apabila mereka menjadi ibu bapa, mereka juga kurang minat pada bahasa Melayu dan kurang minat berbuat demikian bagi anak mereka.
Memang bahasa Inggeris itu penting dan perlu; saya bukan antibahasa Inggeris. Tetapi bahasa Melayu juga harus digunakan dan sebagai anak Melayu, kita perlu fasih juga dalam bahasa Melayu.
Alangkah baiknya ada ramai anak Melayu yang baik dalam kededua bahasa Inggeris dan Melayu.
S: Apakah sebenarnya kelemahan dalam usaha melestarikan dan memajukan bahasa dan sastera Melayu di sini?
J: Jika jiwa dan kasih para pemimpin dan orang Melayu kita kurang pada bahasa Melayu sehingga mereka lebih gemar berbahasa Inggeris walaupun sesama mereka, bagaimana mereka mahu memperjuang melestarikan bahasa Melayu?
Mungkin ada yang bertanya, apa gunanya bahasa Melayu?
Usah lupa orang Perancis dan orang Jepun yang begitu bangga dan suka menggunakan bahasa masing- masing di mana sahaja. Kededua masyarakat dan negara ini maju.
Jadi jika ada yang mendakwa dengan menggunakan bahasa ibunda kita tidak boleh maju, itu salah sama sekali. Masalahnya, jiwa dan sayang kita kepada bahasa Melayu amatlah kurang, dan kita juga tidak merasai bahawa bahasa Melayu itu adalah kepunyaan kita yang perlu kita pelihara dan pertahankannya.
S: Pada pendapat Cikgu, apakah orang Melayu sekarang menghargai karya sastera Melayu?
J: Saya tidak fikir begitu, saya belum buat tinjauan mutakhir. Cuma pernah pada 1985 saya buat tinjauan ringkas di kalangan 30 asatizah dan anggota pemimpin masjid.
Dalam tinjauan itu, hanya 14 hingga 15 peratus yang membaca sastera Melayu, dan yang membeli cuma 5 hingga 6 peratus. Ini petanda menunjukkan mereka kurang minat akan sastera Melayu.
Kedua, buku saya, Puisi Duka dan Puisi Luka, yang diterbitkan pada 2004 sehingga hari ini sedikit yang terjual. Novel saya, Subuh Hilang Senja, yang menjadi buku teks pelajar menengah empat yang mengambil Bahasa Melayu Lanjutan, hanya dibeli pelajar yang mengambil mata pelajaran itu. Setahu saya pihak lain kurang membeli buku ini.
Ingin sekali saya lakukan satu tinjauan/kajian di kalangan guru Bahasa Melayu dan juga guru Melayu yang mengajar mata pelajaran lain tentang kegemaran mereka membeli dan membaca sastera Melayu.
Andaian saya, sedikit sekali yang berbuat demikian. Ini golongan guru, apatah lagi bukan guru. Sekali lagi saya katakan ini berlaku kerana kita kurang sayang dan minat akan bahasa Melayu kita sendiri.
S: Cikgu mencecah usia 80 tahun, namun masih tampak sihat dan terus sibuk menulis. Apakah amalan Cikgu?
J: Ini adalah qadak dan qadar daripada Allah swt. Alhamdulillah, saya diberi berkat sehingga mencapai berusia 80 tahun, saya masih sihat. Apa yang saya amalkan adalah saya terus berpuasa kecuali Sabtu dan Ahad. Jika ada hal-hal menghalang, seperti ada teman datang, saya akan batalkan.
Yang kedua, saya teruskan berolah raga. Saya main badminton seminggu sekali, bowling seminggu sekali dan saya berjalan pantas bersama keluarga dua tiga kali seminggu.
Selain itu, saya cuba sentiasa mendekati Allah sebab ada ayat dalam Al-Quran, 'jika engkau dekat kepada-Ku, maka Aku dekat kepada engkau'. Orang yang dekat dengan Allah, permohonannya akan dikabulkan, cuma lambat atau lekas sahaja.
Jadi jika kita dekat kepada Allah dan sentiasa bermohon untuk berada dalam keadaan sihat, insya-Allah doa ini akan dimakbulkan.

Labels:
bahasa ibunda,
bahasa Melayu,
sayangi bahasa ibunda
Tuesday, October 19, 2010
Nasib bahasa Melayu di bumi Melayu
17 Oktober 2010 Ahad Mingguan Malaysia
Nasib bahasa Melayu di bumi Melayu
Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee
SAYA amat musykil kenapa kita perlu menyambut bulan bahasa kebangsaan peringkat kebangsaan, satu bahasa yang sedia termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan yang mesti dikuasai oleh setiap rakyat Malaysia tanpa berkecuali.
Kenapa perlu kita mengadakan program sebegini setelah 53 tahun merdeka? Tidakkah tanggungjawab asas ini mesti difahami dan perlu dipikul oleh setiap rakyat Malaysia? Kenapa baru hari ini kita mahu kuatkuasakan iklan dan papan tanda dalam bahasa Melayu? Tidakkah kita merasa jelek selama ini melihat papan-papan tanda menggunakan bahasa yang pelik-pelik? Sebenarnya, kita tidak sensitif dengan identiti atau jati diri kita sendiri. Kita rasa lebih berlagak kerana dapat memahami bahasa (budaya) orang lain daripada bahasa (budaya) bangsa sendiri.
Sejak dahulu lagi isu ini telah dibangkitkan oleh pejuang-pejuang bahasa, tetapi ia tidak diendahkan, baharu sekarang kita mahu mengambil berat. Apakah sudah terlambat? Yang selalu kedengaran adalah kelantangan Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong dalam mempertahankan bermatian-matian akan bahasa ibunda mereka. Kita baru mula insaf setelah nasi menjadi bubur. Orang lain bukan sahaja sudah insaf lama, tetapi mereka langsung tidak pernah mengenal erti putus asa. Namun, saya tetap bersangka baik, daripada tiada langsung, lebih baik ada.
Kadangkala saya tidak menyalah bangsa lain, kerana tidak dapat menguasai bahasa Melayu. Kita sahaja yang tidak mahu menggunakan peruntukan dan kuasa yang ada untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan ini. Saya tidak pasti sejauh manakah kita mengimplementasikan syarat wajib lulus dalam bahasa Melayu mendapatkan kerja di sektor swasta? Apa yang saya tahu, langsung tidak ada pengawalan. Sama ada mereka lulus atau gagal bahasa Melayu, atau mungkin langsung tidak tahu berbahasa Melayu, sudah tidak menjadi ukuran. Yang penting adalah Malaysia boleh! Kenapakah kepentingan masa depan ini tidak dilihat secara serius?
Sebelum inipun, Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah membangkitkan dan membidas sikap segelintir pihak yang ghairah memperjuangkan kaum sendiri dan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan. Baginda menyifatkan golongan tersebut sebagai cetek akal dan hanya bercakap mengikut selera sendiri tanpa meneliti sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan. Kebimbangan tentang nasib dan masa depan orang Melayu akibat berpecah-belah di negara ini pernah diutarakan oleh raja-raja Melayu yang lain seperti Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah dalam ucapan-ucapan baginda.
Menguatkuasakan
Sehingga hari ini, saya amat tertanya-tanya, apa yang menjadi masalah kepada kita untuk menguatkuasakan bahasa Melayu sebagai bahasa negara? Negaranya berasal dari Tanah Melayu, Raja-rajanya adalah Melayu, mempunyai kuasa ke atas Islam dan Melayu, Tanah rezab Melayu, majoriti rakyatnya orang Melayu, dan banyak lagi yang berkaitan dengan Melayu yang sudah sedia termaktub dalam perlembagaan. Sudah terang lagi bersuluh. Persoalannya, kenapa semua ini seolah-olah ianya boleh ‘terlepas’ ataupun sudahpun ‘terlepas’. Sepanjang pengamatan saya, negara-negara lain di dunia ini, tidak ada masalah langsung untuk memperkasakan perkara-perkara asas berkaitan dengan pembinaan masa depan dalam sebuah negara bangsa, kerana mereka tahu perlembagaan asas kepada hidup mati sesebuah negara? Rosak perlembagaan, rosaklah negara dan rakyatnya.
Perlu diingat, jika kitab suci itu adalah pegangan hidup beragama, maka perlembagaan adalah asas pegangan hidup bernegara. Dalam konteks yang lebih kecil, perlembagaan adalah asas kepada penubuhan sesebuah persatuan atau organisasi. Tanpa perlembagaan, persatuan atau organisasi tidak boleh ditubuh secara sah. Jika kita tidak setuju dengan perlembagaan tersebut, kita mesti kita mengambil jalan untuk keluar daripada pertubuhan tersebut. Begitulah dalam konteks bernegara, jika perlembagaan tidak dipatuhi, kita mesti mengambil jalan untuk keluar. Carilah tempat-tempat yang mana perlembagaannya dapat memenuhi selera dan nafsu kita.
Ini asas-asas bernegara dan berpersatuan yang mesti difahami. Saya berasa amat pelik kenapa ada segelintir daripada kita tidak langsung mengendahkan arahan kerajaan supaya kurikulum sekolah jenis kebangsaan dan sijil sekolah jenis persendirian dirombak mengikut kurikulum atau silibus kenegaraan, agar penguasaan bahasa Melayu menjadi lebih mantap. Namun, sudahlah arahan tersebut tidak diikuti, mereka lebih sibuk dan takut jika kurikulum dan silibus tersebut tidak diikhtraf oleh negara lain yang menjadi kiblat mereka selama ini?
Semua ini berlaku disebabkan oleh kita terlalu banyak berpolitik daripada memikirkan agenda membina negara berasaskan identiti nasional. Kita terlalu takut kalah pilihan raya, kita terlalu takut hilang kuasa. Tidak pernah berlaku dalam dunia lain, satu bahasa yang menjadi bahasa negara tetapi merempat di bumi sendiri.
Kebiasaannya, kempen bulan bahasa tidak dilakukan ke atas bahasa kebangsaan kerana rakyat Malaysia wajib menguasai bahasa ini sama ada suka atau tidak. Kempen bahasa kebangsaan sepatutnya giat dijalankan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil atau di tempat-tempat bahasa Melayu tidak didaulatkan. Begitu juga dengan kempen ke atas bahasa-bahasa sampingan yang lain bagi menyemarakkan penguasaan bahasa-bahasa sampingan tersebut, seperti bahasa Inggeris.
Lihat sahaja negeri China, Jepun, Perancis, Amerika, Australia, Thailand, Vietnam dan sebagainya, bahasa mereka begitu mendominasi negara tanpa berkecuali. Kenapa negara kita tidak bersifat sedemikian? Baru-baru ini saya dikunjungi oleh seorang guru senior India yang mengajar bahasa Inggeris, di Kuala Lumpur, menggelarkan dirinya Cikgu Siva Malaysia. Beliau amat terkenal di sekolahnya disebabkan cara hidup beliau yang amat berjiwa Malaysia berakarkan semangat kebangsaan kenegaraan yang begitu kuat. Bahasa Melayunya amat fasih mengalah orang Melayu sendiri. Saya fikir cara dan akhlak beliau seperti orang Islam, walaupun hakikatnya beliau masih belum Islam.
Beliau melahirkan kebimbangannya mengenai politik Malaysia yang amat bersifat perkauman. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak didaulatkan, apatah lagi dikuasai. Selaku seorang Kristian yang selalu ke gereja, katanya, sesetengah gereja turut bersifat perkauman. Menyindir dan mengutuk bangsa dan agama lain adalah perkara biasa. Isu video klip mengenai ceramah seorang Cina Muslim, mengenai agama Buddha dengan ‘King Kong’, sengaja diperbesar-besarkan oleh laman web Malaysian Insider, begitu jelas berniat hajat. Pergilah juga sama buat siasatan di tempat- tempat lain seperti gereja, apakah mereka tidak mengutuk agama dan bangsa lain?
Bersyukur
Apapun, Cikgu Siva amat bersyukur dan amat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana dapat menjaga negeri bertuah ini dengan aman damai. Dengan adanya pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang bertungkus lumus menjaga keselamatan negara, orang bukan Islam berasa aman untuk menunaikan ibadat di rumah ibadat masing-masing.
Beliau turut memuji ceramah-ceramah oleh para agamawan Islam yang memberi ceramah dan kuliah-kuliah, yang mana mereka jarang mengutuk atau menghentam orang bukan Islam. Yang selalu diajar adalah untuk bagaimana caranya untuk menyeru bukan Islam supaya kembali memeluk Islam. Pendekatan yang kasar sedemikian, amat jarang sekali diajar di rumah Allah itu, kecuali beberapa kes terpencil.
Beliau amat menghargai toleransi umat Islam. Katanya lagi, kes pembunuhan Datuk Sosilawati adalah satu contoh jelas toleransi tersebut. Umat Islam dapat menerimanya secara terbuka tanpa menyalahkan mana-mana kaum. Pihak keselamatan pula, awal-awal telah membuat kenyataan bahawa ia tidak ada kaitan dengan isu perkauman. Begitulah seterusnya dengan kenyataan demi kenyataan dikeluarkan supaya kita bertenang dan bertenang. Umat Islam menerima ketentuan takdir ini, tanpa rasa permusuhan dan benci terhadap orang India.
Bayangkan, andai kata peristiwa ini berlaku sebaliknya, menimpa orang bukan Melayu, yang melakukannya adalah orang Melayu. Apakah bukan Melayu akan menerimanya sebagaimana penerimaan orang Melayu? Apakah berita seperti ini tidak akan disensasikan dalam akhbar-akhbar mereka atau internet? Namun, bila kena pada orang lain, bagaimana kesudahannya? Selama kes ini disiasat pun, ada suara-suara sumbang yang menyalahkan kerajaan dan pihak polis. Persoalannya, kenapa kita tidak menghormati toleransi seperti ini? Apakah lagi jenis toleransi yang kita harapkan lagi?
Apakah tidak ada langsung kredit patut diberikan kepada kedudukan orang Melayu dan bahasa Melayu? Hari ini, tidak ada cara berlembut lagi untuk menguatkuasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, melainkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mesti dikuatkuasakan mengikut peruntukan yang terdapat dalam undang-undang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1017&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Thursday, October 14, 2010
Jampi Serapah
13 Okt 2010
EKSTRA!
Jampi serapah lebih murah
Rawatan daripada bomoh lebih disenangi berbanding doktor
Oleh
Zulkiple Ibrahim
KENAPA masih ada orang di Malaysia yang lebih gemar mendapatkan rawatan bomoh bagi penyakit atau masalah kesihatan yang mereka alami berbanding mendapatkan khidmat profesional di hospital?
Penulis masih ingat satu episod pada 1974 apabila sepupunya, Halimah (bukan nama sebenar), mengadu berasa kebas di lengan kiri beliau yang kemudiannya merebak ke seluruh tangan itu sehingga menyebabkan tangan itu lumpuh.
Halimah, yang sepatutnya mendapatkan rawatan di hospital, sebaliknya pergi berjumpa bomoh yang mengatakan masalah itu disebabkan gangguan makhluk halus.
Bomoh itu kemudian membekalkannya dengan 'air jampi' dan ubatan.
Beberapa bulan selepas berjumpa bomoh itu, Halimah sakit teruk dan terpaksa dikejarkan ke hospital.
Doktor kemudian memberitahu anggota keluarganya bahawa Halimah menghidap barah buah dada pada peringkat lanjut.
Tidak lama kemudian, Halimah meninggal dunia.
Pada 2004 seorang lagi anggota keluarga penulis, Mohamaad, mengadu sakit dada dan sukar bernafas.
Beliau dikejarkan ke Pusat Pakar di Damansara dan kemudian dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur tempat beliau menjalani pemeriksaan 'angiogram'.
Mohamaad kemudian diberitahu doktor tentang tiga arteri koronari di jantung beliau tersumbat dan beliau perlu menjalani pembedahan pintasan koronari.
Tetapi kerana takut menjalani pembedahan, Mohamaad lebih rela mendapatkan rawatan tradisional. Pada tahun yang sama, beliau meninggal dunia selepas satu 'serangan jantung'.
Kenapa?
Walaupun mengetahui implikasi perkara itu, masih ada yang lebih rela berjumpa bomoh bagi menyelesaikan masalah perubatan yang mereka alami daripada mendapatkan rawatan profesional di hospital.
Pesakit itu termasuk mereka yang berpelajaran tinggi.
Dr Florence Lim, seorang pakar perubatan di hospital awam di Malaysia, menghuraikan beberapa faktor mengenai isu itu.
'Ada yang lebih suka jumpa bomoh kerana rawatan yang disediakan bomoh lebih murah daripada kos rawatan di hospital.
'Contohnya bagi kes barah, rawatannya memerlukan kemoterapi, radioterapi dan juga pembedahan dan itu memerlukan perbelanjaan besar.
'Jadi, mereka yang tidak mampu akan mencari rawatan yang kosnya adalah lebih rendah, seperti mendapatkan rawatan tradisional,' kata beliau.
Menurut Dr Lim lagi, ada juga pesakit yang tidak suka kesesakan di institusi kesihatan awam, terutama di hospital kerajaan.
'Sudah tentu apabila pesakit datang ke hospital dan mengadu mereka mengalami sesuatu masalah yang mencurigakan, mereka akan dikehendaki menjalani prosedur pemeriksaan lengkap selain daripada beberapa ujian yang diperlukan.
'Pada rutinnya, pesakit akan diperiksa dahulu oleh pegawai perubatan di klinik sebelum dirujuk kepada pensyarah, pakar atau konsultan.
'Ujian seperti profil darah dan juga air kencing perlu dilakukan. Begitu juga dengan pemeriksaan radiograf (sinar-x dan juga pemeriksaan imbasan) perlu dijalankan bagi membantu doktor mengenal pasti penyakit yang dialami. Tetapi ada pesakit yang tidak suka diminta pergi atau dirujuk dari satu jabatan ke jabatan yang lain.
'Bagaimanapun, ujian-ujian itu penting dan diperlukan untuk mengetahui sebab sebenar penyakit yang mereka hidapi,' kata Dr Lim lagi, sambil menambah bahawa ada juga pesakit yang tidak gemar hadir pada pemeriksaan lanjutan kerana dianggap memakan masa.
Menurut beliau, ada juga pesakit yang menolak hakikat yang sebenar.
'Kami memahami perkara ini. Kami tahu reaksi sesetengah pesakit apabila mereka diberitahu tentang penyakit kronik yang mereka alami seperti penyakit kegagalan ginjal. Ada yang tidak boleh terima. Ada pula yang berharap penyakit itu akan pulih selepas beberapa waktu. Keadaan itu adalah 'tahap penolakan'.
'Itulah sebabnya ada pesakit yang tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital kerana takut berhadapan dengan kenyataan yang sebenar. Jadi, mereka lebih selesa dengan mendapatkan rawatan bomoh.'
Ada juga pesakit yang menghadapi kesukaran dan tidak mahu pergi jauh ke hospital kerana ini dianggap rumit, terutama bagi mereka yang tinggal di luar bandar.
Ini adalah sebab utama mereka tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital kerana bomoh sebaliknya hanya tinggal sekampung dengan mereka, kata beliau.
'Ada juga yang takut dengan wad di hospital serta juga peralatan yang digunakan.
'Ada yang takut dengan mesin radiografik dan mesin imbasan selain daripada prosedur pengambilan darah dan infusi intravena. Sudah tentu ujian lain seperti 'pengambilan air tulang' adalah menyakitkan,' kata Dr Lim.
Seorang lagi pakar perubatan yang hanya mahu dikenali sebagai Dr Tan berkata tiada bukti kukuh mengenai rawatan tradisional boleh merawat penyakit kronik seperti kegagalan buah pinggang dan hati.
'Pengamal perubatan tradisional mengatakan mereka ada ubat bagi penyakit kronik, termasuk juga yang boleh membawa maut seperti kanser. Pesakit tidak sedar ubat tradisional hanya boleh memburukkan keadaan mereka.
'Ada yang mengalami penyakit seperti kanser lebih suka pergi jumpa bomoh daripada mendapatkan rawatan doktor di hospital. Kerana itu keadaan mereka jadi lebih teruk,' kata beliau.
Menurut Dr Tan, ada pesakit yang apabila diberitahu mereka menghidapi barah mengatakan bahawa mereka mahu pulang dulu dan bincang dengan keluarga tentang rawatan yang akan dijalankan.
Sebenarnya, mereka pergi jumpa bomoh untuk mendapatkan rawatan.
'Malangnya, apabila keadaan bertambah buruk ahli keluarga akan membawa pesakit ke hospital tetapi keadaan mungkin sudah terlambat,' tambah Dr Tan.

Monday, October 11, 2010
KEMENYAN oleh Noor Hasnah Adam
Mudah cetak
E-mel
4 Okt 2010
EKSTRA!
Kemenyan lambang ritual orang Melayu
Asap kemenyan digunakan sebagai alat perantaraan menghubungkan manusia dengan makhluk halus
Oleh
Noor Hasnah Adam
KENAPA orang Melayu dahulu suka bakar kemenyan?
Cuba perhatikan adat istiadat Melayu yang biasa diamalkan dahulu seperti istiadat Naik Buai, Lenggang Perut, Turun Tanah, Berendoi, sehinggalah upacara kematian.
Dahulu, orang Melayu menganggap membakar kemenyan sebagai satu kemestian pada setiap malam Jumaat, Hari Safar dan hari-hari penting lainnya.
BERASAL DARI NUSANTARA
Dalam bahasa Inggeris, kemenyan digelar benzoin resin. Resin bermaksud damar atau getah kemenyan.
Perkataan benzoin pula berasal daripada Arab yang bermaksud lubban Jawi.
Perkataan Jawi pula merupakan nama tempat iaitu Tanah Jawi (Nusantara).
Pedagang Arab sedar dari mana asal kemenyan, justeru menggunakan nama tempat asal kemenyan untuk memberi gelaran kepada wangian tersebut.
Lubban atau wangian kemenyan ini dianggap sebagai wangian terbaik dan bernilai tinggi kerana ia berasal daripada getah yang asli, bukan wangian daripada bunga-bungaan.
Bau kemenyan lebih serasi dengan orang Melayu kerana pokok kemenyan tumbuh di rantau ini.
Pokok kemenyan tumbuh di kawasan pergunungan dengan ketinggian sekitar 900 hingga 1,200 meter di atas paras laut dan bersuhu antara 28 hingga 30 darjah Celsius.
Pokok ini dikatakan dapat hidup selama 100 tahun dan mencapai ketinggian antara 20 hingga 30 meter.
Pokok ini berbatang lurus dengan cabang yang sedikit manakala kulit batangnya berwarna kemerah-merahan. Kemenyan berdaun tunggal yang tersusun berlingkar-lingar dan berbentuk lonjong atau bulat memanjang dengan hujung daun meruncing. Buah kemenyan berbentuk bulat dan lonjong dengan ukuran yang agak kecil.
Bijinya berwarna coklat terbungkus di dalam isi buah yang tebal lagi keras.
CARA MENDAPATKAN KEMENYAN
Getah disadap keluar dari batang pohon tanpa ditadah dan dibiarkan keluar meleleh ke kulit pohon.
Pada sadapan pertama, getah yang keluar berwarna putih dan hanya boleh diambil tiga bulan kemudian dengan cara mencungkil kulit pohon.
Cungkilan pertama itu dipanggil 'mata zamzam' yang merupakan kemenyan yang paling tinggi mutu dan harganya.
Kemenyan juga dapat dikategorikan kepada tujuh macam iaitu mata kasar, kacang, jagung, besar, pasir kasar, pasir halus dan abu.
Pernah suatu ketika dahulu, nilai kemenyan sama dengan nilai emas.
MELAYU PAKAR WANGI-WANGIAN
Amalan membakar perasap dalam budaya Hindu sebenarnya berasal dari Nusantara kerana pedagang India mendapatkan bekalan kemenyan terbaik dari daerah ini.
Terdapat hubungan erat antara orang Melayu dengan budaya Vedik dan Brahmin yang dibawa ke benua India beribu-ribu tahun dahulu.
Bangsa Melayu diiktiraf sebagai berkasta Brahmin dan Kesatria dalam agama Hindu.
Orang Melayu turut dikenali sebagai bangsa yang amat arif dengan wangi-wangian dan bunga-bungaan.
Dalam dunia mistik Melayu, haruman dan bunga mendapat tempat yang istimewa.
Pelbagai ritual seperti mandi tolak bala dan ramuan perubatan yang menggunakan bunga dan asap kemenyan.
Justeru, tidak hairanlah dalam Hikayat Hang Tuah terdapat banyak simbol dan watak bunga untuk mewujudkan kesan mistik. Hang Tuah memikat Tun Teja dengan menggunakan haruman dan wangi-wangian yang diramu oleh ibu angkatnya.
Teja sebenarnya adalah nama sejenis bunga hutan yang malang. Tun Mamat pula bertemu dengan taman indah yang dipenuhi bunga-bunga yang boleh berseloka dan bergurindam ketika dalam perjalanan menemui Puteri Gunung Ledang di Gunung Ledang.
'Segala mergastua dan segala kayu-kayuan di dalam taman itu melihat Tun Mamat datang, maka segala burung itu pun berbunyi, pelbagai bunyinya; ada yang seperti orang bersyair, ada yang seperti orang berbait, ada yang seperti orang berseloka, ada yang seperti orang bergurindam; maka limau manggar pun bersorak, anggerik pun mengilai, delima pun tersenyum; maka bunga air mawar pun berpantun serta berseloka, katanya:
'Asa-asaan gigi si Mambang, hendak makan ikan;
Dalam telaga lagi bertelur, sisiknya gilang-gemilang.'
Maka disahut oleh bunga tanjung, katanya:
'Dang Nila memangku puan,
Berembang buah pedada;
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada.'
Maka dijawab oleh bunga telipuk:
'Kuning Ledang bagai dikarang,
Riang-riang disambar wakab;
Hairan memandang dunia sekarang,
Bayang-bayang hendak ditangkap.'
KEBAIKAN KEMENYAN
Kemenyan juga mempunyai faedah lain selain kaitannya dengan dunia mistik.
Satu kajian saintifik di Arab Saudi menemukan dapatan bahawa kemenyan berupaya menjadi ubat untuk meningkatkan kesihatan pesakit jantung.
Bahkan, kemenyan sebenarnya telah lama digunakan dalam rawatan tradisional untuk merawat penyakit tenggorok dan resdung serta menyembuhkan bekas luka dan luka terbakar.
Di Jawa, kemenyan turut digunakan sebagai pengharum rokok kretek, bahan kosmetik dan antara ramuan minyak wangi agar aromanya tidak cepat hilang.
KEKUATAN MAGIS
Kemenyan dianggap mempunyai kekuatan magis yang tidak dapat dijelaskan dengan akal waras.
Asap dan bau kemenyan dipercayai mampu menarik makhluk halus yang berada di dunia ghaib. Sebab itulah asap kemenyan merupakan satu kemestian dalam upacara ritual.
Orang Melayu menggunakan asap kemenyan sebagai satu alat perantaraan untuk menghubungkan manusia dengan alam mistik atau makhluk halus. Dipercayai, asap adalah makanan jin, apatah lagi asap yang berbau harum seperti kemenyan yang dibakar.
Asap pembakaran yang berkepul naik ke udara dianggap sama seperti doa yang naik menemui Tuhan.
KEMENYAN DAN KEPERCAYAAN
Masyarakat di Desa Trunyan di Bali, Indonesia, masih mengamalkan satu tradisi aneh.
Mayat tidak dikuburkan tetapi disandarkan pada pohon kemenyan. Tradisi yang diamalkan turun-temurun itu dikatakan berupaya mengawet mayat.
Mayat tidak mengeluarkan bau busuk kerana batang pohon kemenyan mampu menyerap bau busuknya dan mengekalkan aroma harum.
Orang Melayu dahulu terlalu terikat dengan perasap kemenyan sehinggakan turut memberi tafsiran pada mimpi berkaitan kemenyan.
Sekiranya seseorang bermimpi mencium bau kemenyan, dipercayai pekerjaan atau usahanya bakal menguntungkan.
Kalau bermimpi membakar kemenyan, bererti kehidupan dan percintaannya akan diliputi kebahagiaan.
Kesimpulannya, bau kemenyan yang dibakar sememangnya berupaya membangkitkan kesan mistik dan amat serasi dengan jiwa orang Melayu. Kemenyan adalah lambang ritual dunia mistik masyarakat Melayu, samalah sebagaimana colok menjadi lambang ritual masyarakat Cina.

Monday, September 27, 2010
Kuih Melayu
27 Sep 2010
EKSTRA!
Jangan pandang pada nama dan rupa saja
Di sebalik setiap nama kuih yang unik pasti ada cerita menarik yang dapat dijadikan pengajaran
Oleh
Roslie Sidik
NAMA kuih-muih Melayu yang pelik-pelik sering kali membuat kita tertawa.
Ada yang mempunyai nama yang cukup lucu dari segi sebutannya dan tidak kurang pula yang cukup pelik dari segi maknanya sehinggakan sering membuat kita tertanya-tanya tentang asal usul nama-nama itu. Kadangkala, bukan sahaja namanya pelik-pelik malahan rupa dan bentuknya juga kelihatan sama peliknya.
Saya cuba menyingkap beberapa keunikan di sebalik nama kuih-muih yang unik ini, seperti kuih keciputan, batang buruk dan cakar ayam.
KUIH KECIPUTAN
Ia sejenis kuih tradisional Melayu yang dibuat daripada tepung pulut dan telur.
Berbentuk bulat seperti guli, kulit luarnya disaluti dengan bijan dan sangat garing apabila dimakan.
Walaupun nama kuih ini begitu sukar sekali disebut oleh kanak-kanak sehingga sebutannya sering kali kedengaran melucukan, kuih ini sangat digemari dalam kalangan mereka kerana ia cukup ringkas dan rangup seperti keropok apabila dimakan.
Kuih keciputan ini terkenal dengan beberapa nama julukan yang lain seperti kuih buah rotan.
Bentuknya yang bulat dan bersisik serta warnanya yang keemasan memang menyerupai buah rotan.
Dalam kalangan masyarakat Melayu Singapura, kuih ini juga dikenali dengan nama kuih Bawean.
Hal ini mungkin terjadi kerana orang-orang Bawean memang suka membuat kuih ini khususnya pada hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha.
Menerusi perbualan saya dengan beberapa warga emas, saya dimaklumkan bahawa kuih keciputan ini juga dikenali dengan satu lagi nama julukan iaitu kuih wirid.
Proses membuat kuih ini amatlah menjenuhkan kerana tukang masaknya terpaksa mencubit adunan dan menggentel untuk membulatkannya sebelum menggolekkannya dalam dulang berisi bijan.
Untuk melepaskan rasa jenuh dan demi mencari keredaan Allah, si tukang masak akan membayangkan adunan itu seperti biji-biji tasbih, dalam masa yang sama ketika si tukang masak sibuk menggentel adunan itu, mulut mereka juga sibuk berzikir dan mengucapkan kalimat-kalimat Allah.
Salah satu daripada keunikan kuih keciputan ini ialah keupayaannya untuk tahan lama. Tidak seperti kuih-kuih lain yang mudah rosak atau bercendawan, kuih ini dapat terus bertahan sepanjang Syawal. Oleh itu, kuih ini masih terus diminati sehingga kini.
Siapa sangka, kuih yang mempunyai nama yang lucu ini mempunyai cerita-cerita yang menarik di sebaliknya.
KUIH BATANG BURUK
Kalau kuih keciputan terkenal dengan namanya yang lucu, kuih ini pula terkenal kerana kehodohannya.
Daripada rupa luarannya sehinggalah kepada namanya, kuih batang buruk ialah di antara kuih yang terhodoh pernah tercipta di bumi Melayu.
Nama kuih batang buruk kemungkinannya disebabkan daripada rupanya yang berbentuk seperti batang pokok tetapi disaluti dengan serbuk kacang hijau menjadikannya seperti kayu buruk.
Jika dibandingkan dengan kuih-kuih lain yang lebih cantik, kuih batang buruk masih mampu bertahan sehingga ke hari ini disebabkan rasanya yang unik, manis dan enak.
Kata orang, belum cuba belum tahu, sekali kuih ini disuapkan ke dalam mulut, pasti anda menginginkannya lagi. Kuih itu seolah-olah hancur dan cair sebaik sahaja dimasukkan ke dalam mulut.
Kuih batang buruk ialah sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dicampur dengan tepung beras dan tepung kelapa. Kemudiannya diuli buat menjadi doh dan dibentuk membentuk silinder bulat berongga dan diisi dengan serbuk kacang hijau yang digoreng.
Kuih batang buruk ini mengajar kita beberapa perkara penting dalam kehidupan.
Pertama, usahlah kita tergesa-gesa membuat andaian dengan hanya memandang pada rupa.
Kuih batang buruk ini tetap enak walaupun kurang cantik bentuk luarannya.
Kedua, kuih batang buruk ini mengajar kita agar jangan bersifat gelojoh. Tepung kacang hijau yang bersalut di bahagian luarnya akan melekit pada jari orang yang memakannya dan mudah lerai menyebabkan seseorang itu terpaksa berhati-hati ketika memakannya. Bagi sesiapa yang bersifat gelojoh, tentulah buruk padahnya apabila makan kuih tersebut.
KUIH CAKAR AYAM
Ada juga kuih Melayu yang dikaitkan dengan perkara yang negatif berdasarkan ungkapan maknanya. Kuih cakar ayam umpamanya, jika dikaitkan dengan makna peribahasanya bererti tulisan yang kurang kemas; mempunyai konotasi yang agak negatif.
Namun, jangan cepat salah sangka. Kuih ini mungkin saja kelihatan kurang menarik bentuknya tetapi tetap disukai ramai. Bahkan, kuih ini dianggap sebagai makanan ringan yang popular walaupun di luar musim perayaan.
Ada juga yang langsung tersalah sangka bahawa ada daging ayam yang digunakan di dalam kuih ini.
Sebenarnya, kuih ini diperbuat daripada keledek yang telah disagat halus memanjang. Setelah digoreng, keledek itu dimasak dengan air gula merah.
Pemilihan nama kuih ini ialah lebih kepada bentuknya yang benar-benar menyerupai bekas cakaran yang dibuat oleh ayam ketika mengais tanah mencari makan.
Dunia Melayu sebenarnya tidak pernah terpisah dengan alam semula jadi termasuk dalam pembikinan kuih-kuih Melayu.
Daripada kuih keciputan, batang buruk sehinggalah kuih cakar ayam, alam semula jadi sentiasa menjadi inspirasi orang-orang Melayu. Di sebalik setiap nama kuih yang unik ini pasti ada cerita yang menarik yang dapat dijadikan pengajaran.
Nilai-nilai kebijaksanaan, keindahan dan kreativiti orang-orang Melayu amat terserlah menerusi kuih-kuih Melayu. Biarpun diserang dengan ciptaan kuih-muih moden yang jauh kelihatan lebih menarik, kuih-kuih lama ini tetap mampu bertahan sehingga kini.

FATWA CPF
24 Sep 2010
SINGAPURA
Demi maslahat tanggungan, ahli keluarga yang lebih memerlukan
Berikut fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).
SYARIAT Islam telah menetapkan bahawa setiap harta yang dimiliki oleh seseorang akan menjadi sebahagian daripada tarikahnya (pusaka).
Tarikah terikat dengan beberapa hukum agama seperti pelunasan hutang-piutang si mati (seperti hutang zakat, haji dan lain-lain) dan pengagihannya mengikut wasiat si mati sebelum diagihkan kepada ahli waris mengikut hukum faraid.
Berkaitan wang CPF yang dimiliki oleh pencarum, Jawatankuasa Fatwa Muis telah memutuskan pada 1971 bahawa wang CPF tersebut merupakan tarikah pencarum yang perlu dibahagikan mengikut faraid.
Fatwa tersebut juga menyentuh tentang status nominee (penama), bahawa seorang nominee itu hanyalah pengamanah dan bertanggungjawab untuk membahagikan wang tersebut kepada ahli waris mengikut hukum faraid.
Berdasarkan maklum balas daripada masyarakat, terdapat banyak kes di mana keluarga-keluarga Islam menghadapi kesulitan kerana Fatwa terdahulu tidak mengiktiraf segala nominasi yang dilakukan untuk tanggungan dan ahli keluarga yang lebih memerlukan.
Pada masa yang sama, terdapat banyak perubahan kepada pentadbiran wang CPF sejak 1971, terutama dari segi penerimaan wang CPF oleh si pencarum sewaktu hidupnya.
Di antara perubahan terbaru dan yang ketara yang mempunyai implikasi terhadap hukum berkaitan wang CPF adalah bahawa wang simpanan CPF tidak akan diserahkan kesemuanya kepada pencarum secara serentak apabila tiba masa mengeluarkannya (draw down age).
Sebaliknya, pencarum hanya akan memperolehi sejumlah wang secara bulanan yang dapat memenuhi keperluan perbelanjaan bagi dirinya sahaja.
Berpandukan dapatan di atas, maka Jawatankuasa Fatwa merumuskan perkara-perkara berikut:
(i) Setiap fatwa yang dikeluarkan secara umum kepada masyarakat tidak seharusnya menyempitkan pilihan yang ada. Fatwa perlu mengambil kira keadaan dan situasi berbeza yang dihadapi setiap individu. Maka fatwa perlu memainkan peranan memberi ruang kepada masyarakat untuk menentukan maslahat yang diperlukan.
(ii) Jawatankuasa Fatwa tetap berpendapat bahawa wang CPF merupakan sebahagian daripada tarikah, oleh itu bagi mereka yang tidak melakukan nominasi, ia akan dibahagikan mengikut faraid.
(iii) Sistem nominasi merupakan cara pengurusan wang yang baru. Ia tidak terdapat di dalam penulisan dan karya para ulama dahulu. Namun, sistem nominasi ini ada beberapa persamaan dengan hibah.
(iv) Perbandingan di antara sistem nominasi dan hibah menghasilkan dapatan berikut:
NOMINASI CPF
Nominasi adalah untuk wang CPF milik peribadi.
Wang CPF masih lagi menjadi hak milik pencarum selagi mana wang tersebut belum diserahkan kepada nominee.
Pencarum CPF berhak menarik balik nominasinya, selagi mana tiada qabadh (penerimaan secara zahir) terhadap pemberiannya.
Pencarum CPF boleh meletakkan nama warisnya sebagai nominee.
Tiada had bagi nominasi.
Nominee hanya akan mendapat wang CPF selepas kematian pencarum.
HIBAH
Hibah hanya sah dengan harta milik peribadi.
Wang yang ingin dihibahkan terus menjadi hak milik pemberi sehingga penerima menerimanya (berlaku qabadh).
Orang yang memberi hibah berhak untuk menarik balik atau menukar hibahnya, selagi mana tiada qabadh terhadap pemberiannya.
Hibah boleh diberikan kepada ahli waris.
Tiada had bagi hibah.
Hibah boleh diterima (berlaku qabadh) selepas kematian pemberi, dengan syarat- syaratnya.
Jawatankuasa Fatwa mendapati bahawa terdapat dua aspek yang membezakan antara hibah dengan sistem nominasi CPF. Ia adalah berikut:
NOMINASI CPF
Nominasi boleh dibuat pada jumlah wang CPF yang belum dimiliki oleh si pencarum.
Sistem nominasi CPF mensyaratkan bahawa penerimaan (qabadh) hanya boleh berlaku selepas kematian tanpa perlu keizinan waris.
HIBAH
Seseorang hanya boleh melakukan hibah pada harta yang sudah berada di dalam pemilikannya.
Sebahagian ulama mensyaratkan bahawa jika tiada qabadh sebelum kematian pemberi, maka hibahnya hanya boleh dilaksanakan dengan keizinan waris si pemberi.
Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa syarat di dalam hibah yang menyatakan bahawa harta yang diberikan mestilah sudah berada di dalam pemilikan si pemberi ketika hibah dibuat, adalah bertujuan mengelakkan ketidakpastian yang mengakibatkan penipuan (gharar) atau penganiayaan (zhulm) kepada si penerima.
Di dalam nominasi CPF, walaupun akan terdapat penambahan kepada jumlah wang dalam simpanan si pencarum, unsur-unsur ketidakpastian, penipuan atau penganiayaan tidak wujud kerana niat dan kesungguhan si pemberi tidak diragui, ditambah pula dengan adanya perlindungan undang-undang CPF.
Jawatankuasa Fatwa berpendapat juga bahawa sistem nominasi boleh dianggap sebagai hibah kerana ia dibuat sewaktu si pencarum masih hidup.
Qabadh tidak berlaku mengikut ketetapan undang-undang CPF. Ini adalah berbeza daripada jenis hibah yang biasa yang boleh diterima (qabadh) yang mensyaratkan keizinan waris jika berlaku kematian si pemberi sebelum qabadh.
Maka apabila pencarum membuat nominasi secara rasmi, ia merupakan satu bukti jelas tentang kesungguhan pencarum dan janjinya untuk memberi wangnya kepada nominee.
Firman Allah swt yang bererti:
'Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah segala perjanjian-perjanjian.' (Surah Al-Maidah: 1)
Dan firman-Nya lagi yang bermaksud:
'Dan tunaikanlah janji, sesungguhnya setiap janji itu akan dipersoalkan.' (Surah Al-Isra': 34)
Hukum asal dalam urusan muamalat ialah harus, berpandukan kaedah fiqh berikut:
'Hukum asal bagi akad adalah sah, kecuali apa yang dibatalkan ataupun dilarang oleh Syara'.'
Maka, dasar Islam di dalam perkara berkaitan muamalat adalah meraikan kebaikan (maslahah) dan mengelakkan kerosakan (mafsadah).
Atas sebab-sebab tersebut, Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa:
(i) Setiap pencarum CPF berkewajipan menilai cara yang terbaik yang membawa maslahah dan mengelakkan mafsadah dalam menguruskan wang CPF-nya.
Dia boleh memilih untuk menggunakan instrumen nominasi atau pengagihan wang CPF-nya mengikut hukum faraid, atau kedua-duanya sekali.
Perkiraan dan pertimbangan ini tertakluk pada hal keadaan ahli warisnya, dan siapa yang lebih memerlukan wang tersebut.
(ii) Sistem nominasi merupakan cara baru pembahagian harta. Cara ini tidak terdapat dalam penulisan dan karya para ulama terdahulu, namun ia dibenarkan kerana ia dianggap sebagai jenis hibah yang baru.
Ia juga dapat menjaga maksud di sebalik faraid, khususnya kerana perubahan yang berlaku pada undang-undang CPF, di mana pencarum tidak akan menerimanya setelah bersara dengan jumlah yang membolehkan dia berbelanja bagi tanggungannya. Pada masa yang sama, nominasi tidak boleh dibuat dengan niat dan tujuan menzalimi ahli waris yang lain.
Penerima wang CPF, sama ada melalui faraid atau sistem nominasi, berkewajipan memastikan segala hutang si mati, jika ada, diselesaikan dahulu sebelum mengambil wang tersebut.
**** **** ****
ANGGOTA JAWATANKUASA FATWA MUIS 2007-2010
Pengerusi:
Mufti, Syed Isa Mohd Semait
Anggota:
Ustaz Haji Ali Mohamed
Ustaz Firdaus Yahya
Ustaz Mohamed Hasbi Hassan
Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat
Anggota Bersekutu
Ustaz Syed Ahmad Syed Mohd
Ustaz Saripi Rawi
Ustaz Ahmad Dahri
Ustaz Mohamed Khair Rahmat
Ustaz Azmi Abdul Samad
Ustaz Badrul Fata Muhd Ridwan
Ustaz Mohd Murat Md Aris

Friday, September 10, 2010
Keindahan di sebalik amalan bermaaf-maafan
8 Sep 2010
EKSTRA!
Keindahan di sebalik amalan bermaaf-maafan
Kemaafan yang terbit ikhlas daripada hati lebih bermakna
Oleh
Roslie Sidik
AMALAN ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan sudah menjadi tradisi yang sebati dalam kalangan masyarakat kita setiap kali tibanya Syawal.
Setelah sebulan berpuasa di dalam bulan mulia Ramadan, Syawal dianggap sebagai bulan kemaafan yang disambut dengan penuh ketakwaan dan kegembiraan.
Apakah kemanisan dan keindahan budaya bermaaf-maafan yang selama ini dipegang oleh masyarakat kita?
Apakah pula yang menjadi sandaran dalam mengekalkan budaya ini?
SUASANA HARMONI
Biasanya sebelum si ayah pergi menunaikan solat Aidilfitri, si isteri dan anak-anak akan menghulur tangan memohon kemaafan. Pipi dan tangan dikucup tanda kasih sayang.
Luahan kata-kata kemaafan disusun ringkas dan indah dengan penuh rasa rendah diri dan harapan.
Alangkah indahnya budaya ini telah mewujudkan suasana rumah tangga yang aman dan harmoni.
Aidilfitri akan bertambah kesyahduannya dan sering diiringi dengan titisan air mata kegembiraan.
Jika budaya ini diteruskan di luar bulan Syawal, pastinya suasana rumah tangga akan menjadi bertambah aman dan makmur di bawah pengampunan dan keredaan Allah.
MENGUKUH SILATURAHIM
Dalam suasana Hari Raya ketika ziarah-menziarahi sanak-saudara, jiran tetangga dan sahabat-handai, amalan saling bermaaf-maafan ini diteruskan.
Walaupun kadang-kadang lidah terasa kelu untuk meluahkan kata-kata memohon ampun dan maaf, cukuplah kita menyusun rangkaian kata yang seikhlasnya.
Yang terbit ikhlas daripada hati lebih bermakna.
Yang penting selepas memohon kemaafan, kita perlu sedar dan insaf atas kesilapan yang telah dilakukan, baik yang sengaja mahupun yang tidak disengajakan.
Seterusnya kita harus didorong dengan rasa keazaman dan kesungguhan daripada mengulangi kesilapan yang sama pada lain masa.
Amalan ini jika dilakukan dengan seikhlas hati bukan sahaja dapat menimbulkan rasa kasih sayang dan saling hormat-menghormati, bahkan dapat mengukuhkan silaturahim antara satu sama lain.
MENERIMA DENGAN LAPANG DADA
Namun, hakikatnya kadangkala orang-orang yang rapat dengan kita telah melakukan suatu kesilapan besar ke atas diri kita.
Kesilapan itu rasanya terlalu berat dan begitu sukar sekali dimaafkan apa lagi dilupakan. Bak kata orang, lukanya mungkin sudah pulih tetapi parutnya masih tetap ada.
Keberkatan Aidilfitri seolah-olah memberi jaminan bahawa hati sekeras mana sekalipun akan berupaya menjadi lembut.
Terlalu banyak kisah yang kita dengar dan mungkin telah kita saksikan sendiri bagaimana seseorang begitu rela memaafkan kesilapan orang lain biarpun kesilapan itu dirasakannya cukup besar.
Namun, kita juga seharusnya menerima dengan tabah sekiranya permohonan maaf kita ditolak dengan sekeras-kerasnya.
Mungkin kesilapan itu terlalu besar sehinggakan si penerima belum sedia memaafkan kita.
Dalam menghadapi hal yang sedemikian, setelah segala usaha memohon maaf telah gagal, kita tidak seharusnya berputus asa.
Kita sewajarnya terus menerus berdoa agar Tuhan membuka pintu hatinya untuk memaafkan kita.
Selain itu, kita juga harus mendoakan yang terbaik untuk orang tersebut selagi orang itu masih hidup.
Yang lainnya itu menjadi urusan Allah dan sebagai hamba yang lemah kita hanya mampu berusaha dan menerima segalanya dengan reda.
Di dalam mengamalkan budaya bermaaf-maafan ini, amat penting si peminta maaf bersikap ikhlas dan tulus dalam pengucapannya dan insaf serta bertekad tidak mahu mengulangi kesilapan itu lagi.
Si penerima pula haruslah mengambil sikap yang lebih terbuka dan menerima ucapan maaf itu dengan lapang dada.
Mudah-mudahan dengan mengambil sikap sebegini akan terbentuk sikap penyayang dan mengikis pula sifat-sifat buruk seperti menyimpan dendam dan amarah dalam jiwa masing-masing.
TERBENTUK SIFAT TAKWA
Amalan bermaaf-maafan ini juga bersesuaian dengan nilai-nilai Islam. Bahkan dalam menggambarkan ciri-ciri orang yang bertakwa, Allah berfirman: 'Mereka adalah orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan' - (Ali 'Imran: 134).
Amalan bermaaf-maafan ini mencerminkan ketertiban dan kesopanan orang Melayu. Memang telah menjadi adat, kita sentiasa menjaga hati orang-orang yang kita cintai.
Dalam suasana Aidilfitri bagi tahun ini dan tahun-tahun berikutnya, biarlah kita terus menghidupkan semangat budaya ini sebaik-baiknya.
Orang yang ikhlas memohon maaf dan orang yang rela memberikan kemaafan, kedua-duanya saling dipandang mulia.
Salam Aidilfitri, menyusun jari maaf dipinta.

Semangat Singapura Harus Bersifat Global
6Sep 2010
EKSTRA
Semangat Singapura harus bersifat global
Masyarakat sejagat perlu ada nilai-nilai yang tidak terikat kepada bangsa, bahasa dan agama untuk terus bersatu
Oleh
Noorkiah Hashim
ADAKAH masyarakat Singapura kurang keyakinan dan sikap bersatu- padu sehinggakan kita perlu memupuk semangat kesingapuraan?
Semasa ucapan Rapat Hari Kebangsaan di Pusat Budaya Universiti Nasional Singapura tempoh hari, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, bukan sahaja menyentuh malah mengalu-alukan masyarakat Singapura memperkuatkan lagi semangat kesingapuraan itu.
Pada dasarnya, dengan memperkukuhkan lagi semangat tersebut dan mengamalkan sikap terbuka terhadap kedatangan pekerja dan bakat asing, ia sekali gus mendorong Kota Singa ke tahap kemajuan yang lebih tinggi.
Lantas, apa yang dimaksud sebagai 'semangat kesingapuraan' dan mengapa, pada pandangan penulis semangat kesingapuraan itu penting dalam konteks kita hari ini?
Dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan, Perdana Menteri menekankan bahawa semangat itu tidak boleh berasaskan bangsa, bahasa dan agama tetapi nilai-nilai yang dikongsi seperti meritokrasi, berbilang bangsa, sikap menghormati setiap bakat, tanggungjawab dan komitmen kepada negara.
Sememangnya, sukar mendefinasikan semangat kesingapuraan tetapi secara tuntas semangat kesingapuraan adalah:
Keazaman mengharungi detik-detik sukar nan mencabar bersama,
Kepercayaan terhadap satu sama lain walaupun kita berhadapan dengan situasi seperti pengganasan yang mampu mengancam keharmonian kaum dan memecah-belahkan masyarakat kita,
Kecekapan, kebanggaan dalam diam dan disiplin yang memastikan Singapura melaksanakan kerja dengan betul, seperti semasa Sukan Olimpik Belia baru-baru ini,
Keyakinan yang kita akan mengatasi apa jua cabaran.
Pada hemat penulis, semangat kesingapuraan merupakan sesuatu yang harus dipupuk dalam setiap individu tidak kira apa jua latar belakang kita.
Ini kerana dunia semakin bersifat global. Tambahan pula, penghijrahan individu-individu dari negara lain ke Singapura berlaku dengan pesat dan ini menjadikan Kota Singa sebagai sesebuah negara kosmopolitan.
Ini bermakna perbezaan dari segi latar belakang, bangsa, bahasa dan agama semakin ketara.
Oleh itu, masyarakat yang bersifat sejagat memerlukan nilai-nilai yang tidak terikat kepada bangsa, bahasa dan agama untuk terus menyatupadukan masyarakat tersebut.
Di sini penulis tidak beranggapan bahawa aspek-aspek seperti bangsa, bahasa dan agama tidak lagi relevan untuk menyatukan masyarakat tetapi semangat kesingapuraan adalah asas yang melahirkan persamaan dan persamaan itu penting dalam sesebuah masyarakat yang penuh dengan pelbagai perbezaan.
Hakikatnya, semangat kesingapuraan bukanlah sesuatu yang baru. Malahan sejak 1966 di mana rakyat Singapura mula-mula melafazkan ikrar negara, masyarakat sudah berjanji akan bersatu tanpa mengira bangsa, bahasa atau agama.
Dari segi sejarah, ini menunjukkan bahawa sejak dahulu lagi sudah timbul pemahaman bahawa kita perlu mengatasi perbezaan kita antara satu sama lain demi membina sesebuah negara yang maju.
Secara kesimpulan, walaupun semangat kesingapuraan bukan sesuatu perkara yang baru, masyarakat lebih-lebih lagi generasi muda harus memikirkan bagaimana kita memupuk dan memperkuatkan lagi semangat kesingapuraan.
Ini kerana berikrar tanpa merealisasikan keazaman dan semangat untuk bersatu-padu sama sahaja seperti melepaskan batuk di tangga.
Nota: Penulis mahasiswa sosiologi, Universiti Teknologi Nanyang

Pokok Selasih
6 Sep 2010
EKSTRA!
Pokok selasih banyak khasiatnya
Masyarakat Melayu, India dan Cina sama-sama manfaatkan kebaikan selasih
Oleh
Noor Hasnah Adam
AIR katirah dan bulan Ramadan memang sinonim sekali di Singapura. Bila tiba bulan Ramadan, air katirah akan dicari orang ramai.
Air katirah bukan sahaja dapat melegakan dahaga bahkan mempunyai khasiat yang tinggi untuk memberi tenaga pada tubuh badan.
Antara ramuan air katirah ialah buah semangkuk, buah katira, gajus, kismis, kurma, agar-agar, badam, halwa kabung, susu dan beberapa bahan lain. Paling menarik, air katirah tidak akan lengkap tanpa biji selasih.
Selasih atau nama saintifiknya Ocimum Sandium atau bahasa Inggeris disebut basil, tergolong dalam keluarga Lablatae. Masyarakat Melayu turut menggelarnya ruku-ruku atau ruku hitam.
Spesies pokok ini sebenarnya berasal dari negara beriklim panas seperti India, benua Asia, Afrika dan Amerika Selatan. Dipercayai, pedagang India telah memperkenalkan dan membawa selasih ke rantau ini.
Selasih adalah sejenis tanaman semusim yang tumbuh menegak dengan ketinggian antara 30 hingga 90 sentimeter.
Batangnya bersegi dan berwarna sama ada hijau, ungu atau perang. Daunnya berwarna hijau pekat, tunggal dan berbentuk bujur telur. Di rantau ini pada kebiasaannya, pembungaan bagi tanaman daripada biji benih bermula selepas lebih kurang 75 hari selepas di tanam ke ladang.
Bunganya terdapat di bahagian hujung batang dan dahan pokok. Kelopak bunganya berwarna hijau keunguan dan bahagian atas bunganya berwarna putih atau merah jambu pucat.
Keseluruhan bahagian tumbuhan boleh mengeluarkan bauan yang sangat beraroma. Namun bauan itu juga boleh memabukkan.
Pokok selasih tumbuh dengan baik di kawasan beriklim tropika. Biasanya masyarakat India menanam pokok ini di halaman rumah dan kuil.
Golongan tua biasanya memakan pucuk dan daun muda selasih sebagai ulam.
Aroma selasih pula digunakan sebagai perasa dalam makanan manakala biji selasih dibuat minuman.
Minuman selasih dipercayai dapat menyejukkan badan.
Di India, selasih mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan menjadi bahan keagamaan serta kepercayaan.
Masyarakat India mengenali tumbuhan selasih ini sebagai 'vishnu priya'. Penggunaan selasih amat penting dalam sistem perubatan Ayurveda masyarakat India dan perubatan Jiu Cheng Ta masyarakat Cina.
Dari sudut saintifik, kajian menunjukkan bahawa daun selasih dapat meningkatkan atau mengembalikan selera, membuang angin dalam perut dan usus, juga membuang hingus dan lendir dalam sistem pernafasan.
Jus daun selasih boleh menjadi penawar kala jengking dan patukan ular, meredakan sakit perut dan mengurangkan tahap gula di dalam darah.
Air rebusan daun selasih boleh digunakan untuk berkumur bagi mengurangkan sakit gigi.
Bagi masyarakat Melayu pula, daun selasih dimakan atau air rebusannya diminum untuk mengurangkan batuk.
Jika demam, daun selasih yang ditumbuk lumat perlu ditampal ke dahi untuk mengurangkan panas dan sakit kepala.
Biji selasih pula digunakan sebagai tonik untuk menjaga kesihatan badan.
Minyak pati yang dihasilkan melalui pengekstrakan daun dan bunga selasih digunakan dalam industri minyak wangi, farmasiutikal, aromaterapi dan makanan dengan memanfaatkan bauan dan perisa yang asli.
Masyarakat Melayu percaya bahawa minyak selasih dapat mengubat sakit telinga, sakit kulit dan turut menjadi pencegah serangga.
Tanaman selasih mempunyai berbagai-bagai kegunaan bukan sahaja di Asia bahkan di Barat. Di Amerika pula disebabkan kecantikan dan bau yang menarik, beberapa baka terpilih telah jadikan sebagai tanaman landskap dan tanaman hiasan.
Dalam pantun-pantun Melayu, banyak mengaitkan 'selasih' dengan hubungan kasih sayang;
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Hilang emak hilang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.
Batang selasih permainan budak,
Daun sehelai dimakan kuda;
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.
Dalam sastera rakyat Asal Usul Danau Maninjau, ada disebut pantun berikut;
Sudah lama merendam selasih,
Barulah kini mau mengembang;
Sudah lama kupendam kasih,
Barulah kini bertemu pandang.
Selasih turut menjadi nadi dalam lirik-lirik lagu terkenal seperti yang dinyanyikan oleh Ahmad Jais dan Allahyarhamha Rafeah Buang;
Kutanam selasih
Kutanamkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih wahai saying
Yang aku tinggalkan....
Ternyata, tanaman selasih yang kaya dengan khasiat perubatan turut menerbitkan hubungan rapat dan kasih sayang antara manusia Melayu dengan tumbuhan itu. Semuanya jelas terpancar dalam pantun-pantun dan sastera Melayu.

Friday, September 3, 2010
Pencapaian belia melayu (teks penuh ucapan dlm bm pm)
30 Ogos 2010
SINGAPURA
PM: Pencapaian belia Melayu membanggakan
'EKONOMI kita telah bangkit semula daripada kemelesetan tahun lalu.
Perniagaan sedang berkembang, syarikat-syarikat menggaji lebih ramai pekerja, dan kita semua boleh jangkakan lebih banyak kerja lembur dan bonus lebih tinggi.
Masa depan nampak cerah, tetapi kita masih perlu bekerja keras untuk terus makmur. Rantau ini menawarkan banyak peluang kepada syarikat dan karyawan Singapura.
Tetapi, kita juga perlu meningkatkan ekonomi setempat, untuk wujudkan pekerjaan lebih baik bagi pekerja kita di sini. Lagipun, kebanyakan rakyat kita akan sentiasa bekerja di Singapura.
Strategi kita ialah meningkatkan daya penghasilan pekerja kita. Pekerja harus pertingkat kemahiran dan dapatkan kemahiran baru.
Pekerja bergaji rendah hadapi tekanan yang paling besar. Di China dan India, ada berjuta-juta pekerja.
Mereka sedia terima gaji yang amat rendah - jauh lebih rendah daripada gaji kita. Jika anda inginkan gaji lebih tinggi, jalanilah latihan dengan bersungguh-sungguh.
Pemerintah akan menyokong pekerja menerusi program-program Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET).
Agensi Pembangunan Tenaga Kerja (WDA) memberitahu saya bahawa pekerja Melayu menyertai program CET secara aktif, terutama semasa kemelesetan.
Sayangnya, sedang pekerjaan semakin bertambah, majikan dan pekerja kurang mengambil berat akan program CET.
Nasihat saya: Jangan leka. Teruskan usaha ini. Bak kata pepatah: Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Saya tahu sebahagian warga Singapura bimbangkan persaingan daripada pekerja asing di sini. Hakikatnya, sedang pekerja asing bersaing dengan pekerja kita, mereka juga meluaskan peluang bagi kita semua.
Dengan pekerja asing, kita boleh menarik lebih banyak pelaburan ke sini, dan projek-projek ini akan mewujudkan pekerjaan yang lebih bermutu untuk warga Singapura.
Selain pekerja asing, kita juga perlukan pendatang yang akan menjadi penduduk tetap (PR) dan warga Singapura, demi menokok bilangan penduduk kita.
Kita buka pintu kepada pendatang daripada semua suku kaum, asalkan mereka dapat menyumbang kepada ekonomi kita dan berintegrasi dengan masyarakat kita.
Bukan mudah untuk memikat bakat Melayu atau pribumi dari Asia Tenggara. Tetapi kita berupaya menarik sejumlah orang, dan perlu teruskan usaha ini.
Bagaimanapun, biarlah saya yakinkan warga Singapura, khususnya masyarakat minoriti: Kita tidak akan izinkan kemasukan pendatang menjejas kadar campuran kaum di Singapura.
Kadar campuran sekarang adalah stabil dan menyumbang kepada keharmonian kaum dan agama kita.
Kita harus bekerja keras untuk sepadukan pendatang baru ini ke dalam masyarakat kita, agar lambat laun mereka menjadi warga Singapura sejati dalam pandangan hidup dan identiti mereka.
Kedua-dua pihak perlu lakukan usaha ini. Warga Singapura harus menyambut baik ketibaan pendatang dan membantu mereka sesuaikan diri dengan budaya dan nilai-nilai kita.
Pendatang pula perlu selesa bergaul dengan orang lain, termasuk mereka yang berbeza kaum dan agama.
Gambar ini menunjukkan beberapa badan pendatang Islam membahagikan bubur kepada keluarga susah semasa Ramadan.
Saya yakin lama kelamaan golongan pendatang ini akan menjadikan Singapura sebagai tempat tinggal dan negara mereka, lebih-lebih lagi anak-anak mereka.
Satu lagi keutamaan bagi masa depan kita ialah pendidikan.
Warga muda kita mempunyai banyak bakat dan minat yang berbeza - seni, muzik atau sukan, mata pelajaran teknikal atau akademik.
Kita akan pertingkat sistem pendidikan kita. Kita akan wujudkan lebih banyak laluan bagi pelajar dan lebih banyak puncak kejayaan untuk mereka daki.
Setiap sekolah akan menjadi sekolah yang baik. Setiap sekolah akan dilengkapi dengan kemudahan baik dan sumber-sumber yang sempurna.
Dan setiap sekolah akan mempunyai guru-guru berdedikasi dan terlatih. Kita akan siapkan pelajar kita untuk maju jaya dalam banyak bidang di sekolah, di tempat kerja dan dalam kehidupan.
Anda harus manfaatkan sepenuhnya program kebangsaan ini. Kita berjaya mengurangkan kadar keciciran di sekolah kepada paras yang amat rendah.
Pelajar Melayu membuat pencapaian yang baik di semua peringkat. Namun, masih ada sebahagian pelajar Melayu yang tidak memenuhi potensi mereka.
Saya berharap semua pelajar akan berusaha dan mendapat sokongan daripada keluarga masing-masing untuk belajar dengan gigih dan membaiki prestasi.
Selain pendidikan, budaya dan warisan kita juga penting bagi masa depan Singapura.
Saya gembira masyarakat Melayu menghidupkan bahasa dan budaya anda.
Saya diberitahu, Bulan Bahasa yang berlangsung bulan lalu telah menerima sambutan meluas daripada semua lapisan usia, termasuk para pelajar.
Tahun ini ulang tahun ke-10 Program Elektif Bahasa Melayu (atau MLEP) yang berjalan di dua maktab rendah.
Di gambar ini, pelajar MLEP di Maktab Rendah Tampines mempersembahkan dikir barat, sebahagian persembahan budaya tahunan mereka yang bernama Manifestasi.
Para pelajar program MLEP juga pernah berbalas pantun di sebuah stesen radio di Tanjung Pinang. Mereka ke Pulau Bintan di Indonesia untuk mendalami budaya Melayu.
Saya harap dengan sokongan pemerintah, sebagai orang Melayu, anda akan menaruh minat lebih mendalam ke atas bahasa dan budaya anda.
Belia kita kini mencapai impian mereka dalam banyak bidang. Belia Melayu juga menunjukkan pencapaian serupa, antara lain dalam teknologi maklumat, seni kreatif dan sukan.
Seorang pelajar politeknik Melayu, Muhammad Ikhwan Zainal, adalah anggota sebuah pasukan yang menghasilkan sebuah permainan Xbox.
Di sukan YOG baru-baru ini, antara atlit negara yang memenangi pingat adalah dua atlit Melayu - Nurul Shafinas Abdul Rahman dalam acara taekwondo dan Abdul Dayyan Mohamed Jaffar dalam sukan memanah.
Pasukan bola sepak negara yang meraih pingat gangsa mempunyai pemain berbilang kaum, termasuk beberapa pemain Melayu.
Saya ucapkan tahniah kepada mereka semua. Sememangnya, warga muda Singapura hari ini mempunyai keyakinan diri untuk memburu cita-cita mereka dan meninggalkan kesan kepada dunia.
Tetapi dengan globalisasi dan Internet, warga muda kita juga terdedah kepada pengaruh negatif dan bahaya.
Segolongan kecil menjadi terpengaruh dengan fahaman radikal secara sendiri.
Mereka terpesong, sehingga tergamak menyokong pengganasan yang bertopengkan jihad.
Kita telah saksikan beberapa kes baru-baru ini. Mujurlah, kita dapat kesan mereka sebelum mereka timbulkan bahaya kepada diri sendiri atau orang lain.
Saya gembira bahawa masyarakat Melayu/Islam menerima masalah ini dengan terbuka.
Anda telah mengambil pendirian yang jelas menentang sikap pelampau dan pengganasan.
Jadi, kita dapat kekalkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum di Singapura.
Bagaimanapun, kumpulan pengganas masih aktif di dunia, dan di rantau ini.
Golongan ekstremis kini menggunakan bahasa Inggeris untuk menyebarkan mesej mereka.
Pokoknya, masalah ini belum berakhir. Jadi, kita mesti terus berwaspada.
Keluarga dan kawan boleh membantu mengesan tanda-tanda awal dalam diri belia.
Orang Islam boleh merujuk kepada Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) untuk mengesahkan kelayakan guru agama.
Beberapa orang ustaz telah menyarankan cara mengukuhkan ARS agar ia lebih berkesan.
Saya harap masyarakat Melayu/Islam dapat menimbangkan bagaimana ini boleh dilakukan.
Ini memang isu sensitif, tetapi saya rasa saya perlu timbulkan. Keprihatinan saya ialah terhadap golongan kecil yang mudah terpengaruh.
Namun, ini tidak seharusnya mengalihkan tumpuan kita daripada isu-isu utama lain - ekonomi dan pekerjaan, pendidikan dan latihan, daya saing dan kecemerlangan.
Bagaimanapun, soal fahaman pelampau dan pengganasan perlukan tumpuan berterusan daripada anda.
Anda telah raih kemajuan dalam sistem meritokrasi kita. Anda mampu berdikari, dan banggakan pencapaian anda.
Anda telah memberi sumbangan besar kepada kemajuan negara. Banyak yang perlu kita lakukan untuk membawa Singapura ke tahap selanjutnya.
Saya menggesa masyarakat Melayu/Islam, terutama para pelajar dan pekerja, agar terus berusaha meningkatkan ilmu dan kehidupan anda.
Dengan cara ini, anda boleh mencapai yang terbaik buat diri anda, masyarakat dan juga Singapura.
Terima kasih dan Selamat Meneruskan Ibadat Puasa.

Tuisyen
2 Sep 2010
KOMENTAR
KALAM INSAN
Perbetul sikap terhadap tuisyen
Oleh
A. Rahman Basrun
NAK tuisyen atau tidak? Itulah tajuk yang hangat dibincangkan kini. Sebabnya? Di satu dialog baru-baru ini yang dihadiri Menteri Pendidikan, Dr Ng Eng Hen, ada ibu bapa meluahkan rasa prihatin tentang trend tuisyen yang kian menjadi-jadi.
Ada pihak menyoal kewajarannya. Alasannya? Tidak adil jika tuisyen memberi kelebihan hanya kepada pelajar yang mampu membayar kosnya. Akibatnya, pelajar yang tidak mampu tentu ketinggalan.
Benar atau tidak? Bukan mudah jawapannya. Antara lain, ia bergantung pada sama ada tuisyen adalah satu kemestian.
Misalnya:
apabila sistem persekolahan kurang mampu menampung keperluan pelajarnya.
Jadi, terpaksalah pelajar yang terjejas dek kekurangan pada sistem itu mencari bantuan daripada sumber luar seperti guru tuisyen.
Saya rasa sistem kita yang ada sekarang, walaupun masih boleh diperbaiki, tidaklah berkeadaan sehingga memestikan tuisyen.
apabila seseorang pelajar bermasalah kesihatan yang menjejas keupayaannya belajar berbanding pelajar lain.
Dalam kes sebegini, guru tuisyen berupaya memberi lebih tumpuan peribadi kepadanya.
apabila seseorang pelajar terkebelakang berbanding pelajar lain sungguhpun dengan kelas dan program tambahan yang diadakan pihak sekolahnya.
Tuisyen boleh membantu pelajar tersebut mengejar yang lain.
Jadi, tiga senario tadi mewajarkan tuisyen bagi pelajar.
Mentelah dewasa ini, kian banyak pilihan tuisyen di watan ini.
Kalau mampu ambil yang mahal, silakan. Cuma, cubalah pastikan tuisyen sedemikian benar-benar perlu dan berkesan. Kalau tidak, lebih baik duit itu disalurkan kepada lain-lain kepentingan.
Tuisyen murah dan percuma pun ada, sebagaimana ditawarkan sesetengah badan kebajikan. Pilihlah ikut kemampuan.
Namun, terus terang, bagi saya persoalan sama ada tuisyen perlu atau tidak tidaklah sebesar isu sikap sesetengah orang kita terhadap tuisyen itu sendiri:
Jenama Melayu:
Entah kenapa sesetengah orang kita mati-mati inginkan guru tuisyen sebangsa untuk anak mereka. Ini tiada salahnya, asalkan mutu tuisyen terjaga.
Jika tidak, tiada salahnya kita mencari yang terbaik - tidak kira apa warna kulitnya - demi masa depan anak kita.
Melayu murah?:
Mungkinkah sebabnya guru tuisyen Melayu jauh lebih murah khidmatnya?
Kalau tanya kenapa begitu murah, guru tuisyen Melayu akan cepat menjawab bahawa tujuan mereka setakat menolong mempertingkat masyarakat Melayu.
Terharu saya setiap kali mendengar jawapan sebegitu.
Cuma, dua masalahnya. Pertama, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan sungguhpun mereka berkemampuan.
Kedua, saya sendiri mendapati keluarga yang menanggung kos tuisyen yang tinggi lebih ambil berat tentang tuisyen tersebut.
Maklumlah, tak nak rugi.
Sebaliknya, mereka yang membayar yuran rendah bersikap ambil sambil lewa - termasuk datang lambat, tidak buat tugasan yang diberi dan ponteng tanpa alasan.
Lagipun, saya rasa tidak adil kenapa ada jangkaan agar guru tuisyen Melayu mengenakan yuran rendah, jika mutunya setara bukan Melayu.
Yang pelik, ada orang kita sanggup berbelanja hingga beribu dolar sebulan tanpa banyak soal kalau guru tuisyennya orang bukan Melayu, apalagi mat salih!
Macam beli ikan:
Pun saya dapati sesetengah orang kita tawar-menawar tentang kos tuisyen macam nak beli ikan di pasar.
Macam-macam alasan diberikan - gaji kecillah, ada tanggungan lainlah, padahal kesnya bukan sedemikian.
Kalau boleh, mahu dapat tuisyen percuma. Kita lupa bahawa guru tuisyen pun perlu cari makan. Mentelah pendidikan tidak ternilai harganya.
Jangkaan melampau:
Sudahlah beli ikan merah pada harga ikan selar, cerewet pula. Sudahlah mahukan tuisyen semurah mungkin, banyak pula kerenahnya.
Misalnya, sesetengah ibu bapa menjangkakan anak mereka cemerlang selepas baru sebulan dua tuisyen.
Jika sebelum tuisyen si anak gagal mata pelajaran, baru masuk tuisyen sudah harapkan anak dapat gred 'A1'!
Ada juga tukar waktu tuisyen macam tukar baju - ikut sesuka hati, itu pun atas alasan remeh seperti ada jemputan kahwin!
Sudah rosak baru hantar: Tanda-tanda kemerosotan anak dalam pelajaran sudah nampak sejak awal lagi, namun tidak dipeduli.
Selepas anak sudah jadi kes teruk atau 'gone-case', baru hendak dihantar ke guru tuisyen - seolah-olah guru tuisyen itu wali yang boleh menjadikan pelajar itu pandai melalui keramatnya.
Kes saat terakhir:
Lebih dahsyat, ada yang hantar anak ke tuisyen hanya sebulan atau seminggu dua sebelum peperiksaan akhir tahun!
Macamlah guru tuisyen boleh memindahkan segala ilmu yang diperlukan kepada si pelajar melalui suntikan!
Tuisyen sebagai kelebihan:
Orang selalu nampak tuisyen sebagai kerja membaiki labu, yakni memperbaiki pelajar lemah.
Padahal tuisyen juga berguna sebagai wadah mempertingkatkan keupayaan pelajar cerdas agar dia dapat mara ke tahap selanjutnya.
Lainlah halnya jika sekolah pelajar itu memang ada skim mempertingkat pelajar cerdas sebagaimana terdapat di sebilangan sekolah di sini.
Ini harus diambil kira dalam pemantauan Kementerian Pendidikan (MOE) ke atas perkembangan tuisyen setempat yang dinyatakan Dr Ng di dialog tersebut.
Akhir kalam, tuisyen memang wajar dimanfaatkan masyarakat kita.
Namun, ia bukan satu-satunya jalan keluar meningkatkan prestasi anak kita dalam pelajaran.
Lebih penting adalah asuhan.
Ertinya, dari awal lagi kita pupuk dalam anak kita disiplin dan kemahiran belajar, sentiasa berinya sokongan dan rangsangan seraya menyediakannya sekitaran yang sihat dan mesra untuk dia belajar di rumah.
Kalau ini boleh kita lakukan, saya pasti tiada masalah anak Melayu dalam pendidikan di watan ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)