Sunday, December 29, 2013

skema dan trope

Maksud skema dan trope

Dec 29, 2013 | 6:00AM -- hermes
TERDAPAT beberapa definisi retorik.
Plato, ahli falsafah Yunani abad ke-4 Sebelum Masihi, mendefinisikannya sebagai seni untuk mempengaruhi jiwa oleh Plato.
Gaya memainkan peranan amat penting dalam ilmu retorik, demikian diungkapkan dalam tesis Encik Effendy Ahmadi.
Skema dan trope pula adalah unsur-unsur dalam gaya. Dua unsur inilah yang memberikan makna keindahan kepada peribahasa Melayu yang dikaji.
Kajian Encik Effendy menggunakan kaedah analisis kuantitatif bagi melihat peratusan kekerapan penggunaan unsur skema dan trope ini.
Skema memperlihatkan bentuk atau susunan kata di luar kelaziman aturan tatabahasa. Trope pula melibatkan permainan atau pengubahsuaian pada makna asal sesebuah atau serangkai perkataan.
SKEMA
Skema dibahagikan kepada tiga aspek:
  • asonansi
  • elipsis
  • pararelisme
Asonansi merujuk kepada perulangan huruf atau bunyi vokal dalam serangkai kata. Contoh: Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa.
Elipsis melibatkan pengguguran unsur-unsur tatatbahasa tertentu secara sengaja. Contoh: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Pararelisme lebih tertumpu pada keseimbangan dalam struktur tata bahasa. Contoh: Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
TROPE
Trope juga terbahagi kepada tiga aspek:
  • metafora
  • simili
  • sinekdot
Metafora merujuk kepada dua objek yang berlainan sifat atau sikap tetapi masih mempunyai persamaan dalam aspek-aspek tertentu. Persamaan ini wujud secara implisit atau tersembunyi. Contoh: Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.
Simili juga merujuk kepada dua objek yang berlainan sifat atau sikap, tetapi masih mempunyai persamaan dalam aspek-aspek tertentu. Namun, persamaan ini wujud secara eksplisit atau jelas. Contoh: Ibarat bunga, sedap dipakai, layu dibuang.
Sinekdot ialah perkataan-perkataan atau ungkapan yang digunakan untuk mewakili keseluruhan perkara atau idea yang hendak disampaikan. Contoh: Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak.
Encik Effendy seterusnya menyatakan bahawa kaedah yang digunakan untuk mengkaji kehadiran unsur skema dan trope sebenarnya boleh diperkenalkan kepada pelajar sekolah menengah bagi meningkatkan apresiasi mereka terhadap peribahasa Melayu.
Tujuannya supaya mereka dapat membuat penilaian sendiri secara kuantitatif atau objektif akan keindahan peribahasa Melayu.
"Jadi, keindahan bahasa itu tidak lagi diperlihat melalui penjelasan demi penjelasan yang lebih bersifat subjektif dan lebih tertumpu pada aspek permaknaan semata-mata.
"Apabila pelajar dapat melihat nilai keindahan peribahasa secara konkrit, diharap ia dapat menimbulkan minat untuk membina pemahaman mereka terhadap peribahasa, lantas menggunakannya dalam bahasa penulisan dan lisan mereka," kata Encik Effendy.
Category: 
Setempat [1]
Author: 
DEWANI ABBAS

Banyak 'rahsia' bahasa Melayu perlu diselongkar


Banyak 'rahsia' bahasa Melayu perlu diselongkar

Dec 29, 2013 | 6:00AM -- hermes
ADA kemungkinan banyak lagi 'rahsia' bahasa Melayu yang belum diselongkar dan perlu dikaji kerana melalui kajian masyarakat Melayu diharap dapat lebih menghargai bahasa ibunda mereka.
Memberikan pandangannya, guru Bahasa Melayu, Encik Effendy Ahmadi, berkata:
"Kita perlu ingat bahawa pada suatu masa dahulu, bahasa Melayu adalah 'lingua franca' di alam Nusantara.
"Bagi sesebuah bahasa mencapai tahap itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah.
"Di manakah letaknya 'keistimewaan' bahasa Melayu hingga mencapai tahap itu? Bagaimanakah kita boleh mengembalikan zaman kegemilangan itu?
"Banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan, dan selain ahli cerdik pandai Melayu, guru adalah orang yang terbaik untuk mencari jawapan bagi soalansoalan tersebut.
"Amatlah memalukan sekiranya kita terus-menerus mengharapkan bangsa lain supaya mengkaji bahasa kita sendiri. Sahutlah cabaran ini."
Beliau menambah, peribahasa Melayu mempunyai nilai keindahan tersendiri yang patut dibanggakan orang Melayu.
Pengkaji bahasa Barat yang mengkaji bahasa Melayu dan peribahasa Melayu pun akur akan nilai peribahasa Melayu, katanya.
"Maka itu, janganlah kita berasa malu untuk menggunakan bahasa Melayu, bahasa yang mempunyai nilai estetika yang amat tinggi," tambahnya.
Menurut budayawan dan bahasawan Melayu, Haji Muhammad Ariff Ahmad, peribahasa Melayu diperkirakan sudah wujud bersama wujud atau tumbuhnya bahasa Melayu iaitu sejauh lebih 1,320 tahun yang lalu atau lebih tepat lagi sejak 671 Tahun Masihi.
Jumlah peribahasa Melayu pula dikatakan dalam lingkungan ratusan, mungkin ribuan.
Category: 
Setempat [1]
Author: 
DEWANI ABBAS

Rusuhan di little india

RUSUHAN DI LITTLE INDIA

Pasukan polis dan SCDF diserang

laporan  10 disember selasa

PUNCANYA hanya disebabkan seorang pekerja asing India yang ingin menaiki bas untuk pulang ke dormitorinya.
Namun, keadaan mula menjadi kucar-kacir dan meledak sehingga rusuhan berlaku di Race Course Road kelmarin.
Menjelaskan kejadian yang berlaku itu, pihak polis dalam satu sidang akhbar semalam berkata mereka menerima panggilan mengenai satu kemalangan dekat simpang antara Race Course Road dan Hampshire Road sekitar 9.23 malam.
Kemalangan itu melibatkan sebuah bas privet dan lelaki warga India berusia 33 tahun, Encik Sakthivel Kumaravelu.
Semuanya bermula apabila Encik Kumaravelu menaiki bas di Tekka Lane, yang telah dipenuhi pekerja asing lain untuk pulang ke dormitori di Jalan Papan. Namun seorang wanita warga Singapura berusia 38 tahun, yang bertugas sebagai pencatat masa, kemudian memanggilnya, namun beliau didapati berada dalam keadaan mabuk.
Malah, polis berkata Encik Kumaravelu kemudian mula membuat kacau dan pada satu ketika, juga membuka seluarnya.
Encik Kumaravelu kemudian turun daripada bas tersebut dan dilanggar bas itu yang sedang membelok ke kiri. Dianggarkan, seramai 100 orang mengelilingi tempat kemalangan apabila ia berlaku.
Tidak lama kemudian, kereta ronda polis dan ambulans Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba untuk menghulur bantuan kepada mangsa yang terperangkap di bawah bas pada 9.40 malam.
Namun orang ramai di sekeliling mula mengganas dan menyerang bas terbabit serta penyelamat SCDF ketika usaha mengeluarkan tubuh mangsa dari bawah bas sedang dijalankan pada 10 malam.
Pegawai polis dan SCDF terpaksa menjadikan diri mereka sebagai benteng bagi membolehkan operasi menyelamatkan mangsa dilaksanakan. Perusuh kemudian mula menyerang bas dengan melempar botol dan tong sampah ke arah bas tersebut.
Keadaan dengan pantas menjadi tidak terkawal apabila perusuh mula menyerang kereta polis, ambulans dan bomba yang datang untuk menghulur bantuan.
Perusuh, yang ketika itu telah bertambah kepada seramai 400 orang, semakin mengganas.
Mereka membaling batu, tong sampah, tiang dan botol arak ke arah kenderaan-kenderaan kecemasan dan juga bas yang terlibat dalam kemalangan itu.
Dengan keadaan semakin mengancam, 320 pegawai polis, termasuk pegawai Kontinjen Gurkha dan Komand Operasi Khas (SOC) lengkap dengan peralatan antirusuhan, dikerahkan ke tempat kejadian. Mereka tiba pada 10.30 malam akibat kesesakan lalu lintas.
Dengan kehadiran SOC dan Kontinjen Gurkha itu, perusuh mula bertempiaran melarikan diri dan keadaan di situ berjaya dikawal pada 11.30 malam tanpa menggunakan senjata api.
Diminta mengulas, polis berkata mereka tidak menggunakan senjata api kerana tujuan mereka untuk memecahkan kumpulan perusuh itu dan menghindari daripada memburukkan lagi keadaan.
Secara keseluruhan, 22 pegawai polis, 12 pegawai SCDF dan lima polis auksiliari mengalami kecederaan. Sebanyak 25 kenderaan - 16 kenderaan polis dan sembilan kenderaan SCDF - juga dilaporkan rosak, dengan lima kenderaan dibakar perusuh.
Sementara itu, pemandu bas berusia 55 tahun yang melanggar Encik Kumaravelu juga telah diberkas polis kerana disyaki menyebabkan kematian akibat kecuaian.

Peribahasa Melayu

Peribahasa Melayu 'bahasa terindah'

Dec 29, 2013 
SEORANG guru Bahasa Melayu telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan bahawa peribahasa Melayu boleh diangkat sebagai 'bahasa terindah' di dunia.
Menggunakan teori ilmu retorik, beliau telah menganalisis secara objetif nilai-nilai estetika dalam peribahasa Melayu yang dikumpulkan dan hasilnya menunjukkan taraf keindahan yang tinggi berbanding bahasa-bahasa dunia lain.
Taraf ini tercapai hasil kebijaksanaan orang Melayu zaman dahulu membina katakata menjadi peribahasa yang mengandungi maksud yang dalam, indah susunan bahasanya lagi sedap didengar.
Lantas, ini juga menggambarkan daya intelek orang Melayu zaman dahulu yang juga tinggi.
Namun, guru yang menjalankan kajian itu, Encik Effendy Ahmadi, segera menegaskan bahawa bukan maksudnya menyatakan bahawa peribahasa Melayu adalah 'bahasa terindah' di dunia dalam erti kata muktamad.
Sebaliknya, yang ingin ditegaskan ialah 'terindah' dari segi ciptaannya oleh manusia sebab bahasa terindah bagi orang Melayu/Islam adalah bahasa Al-Quran yang diturunkan Allah, tegas Encik Effendy.
"Oleh itu, kita boleh katakan bahasa Melayu adalah 'bahasa terindah binaan manusia' dan orang Melayu 'arkitek bahasa terunggul'," ulas Encik Effendy, 44 tahun, penerima Anugerah Guru Arif Budiman pada tahun ini.
Berpengalaman selama 14 tahun mengajar, Encik Effendy, yang memegang ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu dengan Kepujian Kelas Pertama daripada Universiti Malaya pada 2004, ialah guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah First Toa Payoh, tetapi bakal dipindahkan ke Sekolah Menengah Xinmin pada tahun depan.
Beliau juga memiliki ijazah Sarjana Kesusasteraan daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada 2011.
Hasil kajian Encik Effendy terkandung dalam tesisnya bertajuk 'Retorik Peribahasa Melayu: Kajian Skema dan Trope' yang dihasilkannya bagi ijazah pos-siswazahnya.
Namun, sejak kebelakangan ini beliau terdorong mengongsi dapatannya itu bagi meningkatkan kesedaran guru-guru Bahasa Melayu, para pelajar dan masyarakat Melayu amnya mengenai keindahan dan nilai bahasa Melayu.
'HEBATNYA' PERIBAHASA MELAYU
Beliau berani mengutarakan 'kehebatan' bahasa atau peribahasa Melayu khususnya kerana ada bukti berdasarkan kajian yang dijalankan.
Bagi menjalankan kajiannya, Encik Effendy telah menghasilkan sebuah templat untuk mengira atau menganalisis keindahan peribahasa Melayu secara objektif dengan menggunakan teori ilmu retorik.
"Sekiranya tidak keterlaluan, saya ingin nyatakan kajian ini merupakan yang pertama atau antara yang terbaru dalam bidang bahasa secara umum.
"Tanpa ilmu ini, kita boleh menilai sesebuah peribahasa itu secara subjektif sahaja, tetapi penilaian secara objektif akan memperlihatkan keindahan sesuatu bahasa secara jelas," ujarnya.
Teori ilmu retorik - ilmu tentang penggunaan bahasa secara efektif untuk memujuk, memberitahu dan berdebat - melibatkan apa yang disebut sebagai skema dan trope.
Skema adalah susunan kata yang di luar kelaziman atau tidak mengikut aturan tatabahasa formal.
Trope pula merujuk kepada permainan makna yang didukung oleh sesuatu perkataan atau susunan perkataan.
Di bawah unsur skema dan trope masingmasing ada tiga lagi pecahan teori yang perlu diambil kira.
Dalam masyarakat Melayu terdapat kesemuanya sembilan jenis peribahasa - bidalan, ibarat, kiasan, perbilangan, pepatah, perumpamaan, simpulan bahasa, tamsil dan ungkapan semasa.
Melalui analisisnya ke atas 90 peribahasa Melayu - 10 daripada setiap jenis - Encik Effendy mendapati purata setiap peribahasa Melayu yang dikajinya mengandungi sekurang-kurangnya satu unsur trope dan dua unsur skema.
Bahan analisis ini semua beliau hasilkan dalam bentuk templat, jadi sesiapa yang ingin menilai keindahan peribahasa Melayu boleh menjadikannya sebagai kayu ukur.
Beliau mendapati jumlah unsur skema yang terkandung dalam 90 peribahasa yang diselidik itu ialah 149 (66 peratus), manakala jumlah trope 78 (34 peratus).
Perbilangan didapati mengandungi jumlah unsur skema tertinggi (25), sementara ibarat mengandungi jumlah unsur trope tertinggi (13).
Contoh perbilangan adalah seperti 'Alah bisa, tegal biasa' dan ibarat seperti 'Ibarat mentimun dengan durian, menggelek luka, digelek luka'.
Keindahan peribahasa Melayu, tambahnya, bukan sahaja terletak pada susunan kata-katanya yang indah, malah dukungan makna yang teguh, terhasil melalui pengamatan orang Melayu yang mendalam terhadap alam dan kehidupan manusia, sama ada secara ekstrinsik (langsung) atau intrinsik (tersembunyi).
Beliau memberitahu telah membuat perbandingan secara am peribahasa Melayu dengan apa yang tertulis mengenai peribahasa atau simpulan bahasa dalam bahasa Inggeris.
Tetapi, keindahan objektif dalam peribahasa Melayu masih tiada tolok bandingan.
"Bahasa Perancis yang dikatakan bahasa paling romantik di dunia pun tidak mengandungi keindahan ini," jelasnya.
BUKAN IGAUAN, GURAUAN
Seperti besi-besi yang jarang dapat dilihat dengan mata kasar kerana ia tertanam di dalam bongkah-bongkah konkrit, begitu juga halnya dengan makna yang intrinsik dalam sesebuah peribahasa Melayu.
"Baik secara intrinsik mahupun ekstrinsik, makna yang terkandung dalam sesebuah peribahasa amat padat dan menepati fungsinya sebagai alat pengajaran, sindiran ataupun nasihat.
"Oleh kerana teguhnya makna yang didukung oleh sesebuah peribahasa, ia dapat bertahan hingga ke hari ini. Malah, penggunaan peribahasa masih lagi praktikal dalam konteks kehidupan masyarakat kini," kata bapa empat anak berusia tujuh hingga 18 tahun ini.
Ini semua menunjukkan bahawa penghasilan peribahasa Melayu bukan perkara yang mudah. Selain memerlukan kepekaan pada alam sekeliling dan kehidupan manusia, seseorang penghasil peribahasa Melayu juga merupakan seorang ahli bahasa dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi hingga mampu melekatkan nilai estetika pada peribahasanya.
"Inilah yang membuat peribahasa Melayu boleh dikatakan 'bahasa terindah' di dunia kerana unsur estetik dan kerelevanannya dalam masyarakat.
"Dengan itu juga julukan orang Melayu sebagai arkitek bahasa yang terunggul bukanlah satu gurauan atau igauan," tegas Encik Effendy.

Saturday, December 14, 2013

Rusuhan Kaum 1969 & Rusuhan di Little India 2013

Antara insiden kelmarin dengan rusuhan kaum 1969

10 Disember 2013

Rosebi Mohd Sah, Adli Yashir Kuchit, Irma Kamarudin, Nurdhuha Esoof, Nurul 'Ain Razali dan Atiyyah Mohd Said


TANGGAL 13 Mei 1969. Itulah kali terakhir rusuhan dan keadaan huru hara berlaku di Singapura sebelum tercetusnya kejadian rusuhan di Little India kelmarin.
Dalam kejadian rusuhan kaum berdarah lebih empat dekad lalu itu pergaduhan mula-mula tercetus antara orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur - selepas keputusan pilihan raya di Malaysia diumumkan.
Singapura tidak ada kena-mengena dengan sebab tercetusnya pertelingkahan itu tetapi terkena tempiasnya apabila rusuhan melimpah dari seberang Tambak.
Akibatnya, hampir 200 jiwa terkorban dan lebih 350 tercedera di Malaysia.
Di Singapura pula, rusuhan yang berlangsung selama seminggu mengakibatkan seorang Cina dan tiga Melayu terbunuh. Lagi 11 Cina dan 49 Melayu tercedera.
Berikutan tragedi itu kerajaan Malaysia memperkenalkan perintah darurat untuk mengawal keadaan.
Rusuhan kaum pada 1969 itu tercetus akibat rasa tidak puas hati sesetengah orang dengan keputusan pilihan raya pada 10 Mei yang menyaksikan parti pemerintah menang dengan majoriti berkurangan sementara parti pembangkang meraih undi lebih besar.
Pilihan raya itu diadakan di tengah-tengah ketegangan antara kaum Melayu dengan Cina.
Kejadian rusuhan di Little India pula tercetus selepas berlaku satu kemalangan jalan raya antara sebuah bas privet dan seorang pejalan kaki.
Pejalan kaki berkenaan, seorang lelaki warga India, terkorban dalam kemalangan tersebut. Pemandu bas privet itu pula seorang lelaki warga setempat.
Polis dan anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang dikerahkan ke tempat kemalagan itu kemudiannya diserang para perusuh hingga menyebabkan 10 anggota polis, 12 anggota SCDF dan empat orang awam tercerdera.
Perusuh kemudiannya menterbalikkan tiga kereta polis. Beberapa kenderaan termasuk sebuah ambulans dan dua kereta polis dibakar.
Polis berkata 300 anggotanya dikerahkan ke tempat rusuhan dan mereka berjaya mengawal keadaan dalam masa sejam.

MELAYU harus diberi bantuan khas dan kelebihan BH Sabtu 14 Dis 2014

Shanmugam: Saya sokong aspirasi Melayu untuk maju

Masyarakat perlu ada pencapaian setara kaum lain; Harus fahami pemerintah perlu tangani tekanan kaum lain

  
ROSEBI MOHD SAH
MENTERI Ehwal Luar merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata beliau baru-baru ini menyuarakan isu mengenai bantuan istimewa kepada masyarakat Melayu kerana berpendirian teguh bahawa pendekatan sedemikian oleh pemerintah mesti diteruskan walaupun terdapat tekanan daripada masyarakat lain yang inginkan layanan yang sama.
Menurutnya, beliau sekian lama menyokong aspirasi masyarakat Melayu untuk maju kerana sebagai masyarakat minoriti, masyarakat Melayu memerlukan bantuan kewangan tambahan dan sokongan struktur di samping bantuan tidak langsung daripada pemerintah.
Kelebihan-kelebihan itu, kata beliau, akan dapat membantu masyarakat Melayu mencapai pencapaian yang baik.
Namun, Encik Shanmugam juga mahukan masyarakat Melayu memahami dan menyedari keseimbangan yang perlu dilakukan pemerintah dalam masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura.
Pemerintah, tegasnya, tetap memilih pendekatan tersebut dan akan terus melakukan sedemikian.
Dalam wawancara dengan Berita Harian, Encik Shanmugam berkata beliau membuat ucapan di majlis Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) baru-baru ini bagi menekankan adalah penting bagi memastikan bahawa masyarakat dan pemerintah terus memberi sokongan khas dan sokongan tambahan kepada masyarakat Melayu.
"Ini dilakukan meskipun terdapat tekanan daripada masyarakat-masyarakat lain bagi mendapatkan beberapa keistimewaan demi mencapai kesaksamaan," jelasnya.
Mengenai tekanan daripada masyarakat lain, Encik Shanmugam berkata malah banyak permintaan mereka adalah wajar, dan tekanan daripada masyarakat majoriti akan sentiasa lebih besar.
Antara contoh yang beliau singkap ialah permintaan berulang bagi sekolah-sekolah Rancangan Bantuan Khas (SAP), meningkatkan lagi penggunaan bahasa Mandarin di tempat-tempat awam dan melestarikan budaya Cina di Singapura.
Walaupun demikian, Encik Shanmugam berkata beliau sendiri selama ini penuh berkeyakinan bahawa masyarakat Melayu, sebagai masyarakat minoriti, memerlukan bantuan khas dan keprihatinan tersebut disuarakan sejak beliau menjadi Anggota Parlimen biasa lagi.
Beliau pernah bercakap di parlimen mengenai perkara itu dan membahaskan bahawa masyarakat Melayu perlu mempunyai semacam satu bentuk tindakan afirmatif, dan mesti dapat memanfaatkan peluang-peluang tanpa menjejas prinsip asas meritokrasi.
Mengenai bantuan tambahan yang diberi pemerintah, Encik Shanmugam berkata adalah penting bagi masyarakat Melayu memahami kenapa pendekatan itu dilakukan pemerintah.
Beliau memberi beberapa contoh dalam bidang-bidang tertentu di mana bantuan istimewa diberikan kepada masyarakat Melayu/Islam.
Ini termasuk soal tapak tanah bagi masjid dan skim subsidi yuran tuisyen pengajian peringkat tinggi (TTFS).
Beliau juga berkata peruntukan tapak tanah bagi masjid diberikan tanpa tender dan pada harga tanah dalam kadar yang termampu.
Selain kededua bantuan langsung dan tidak langsung, terdapat juga bantuan struktur daripada pemerintah bagi menyediakan prasarana seperti Mahkamah Syariah, yang tidak diberikan kepada sebarang masyarakat lain.
Encik Shanmugam berpendirian bahawa pemerintah perlu menahan desakan daripada kumpulan-kumpulan lain yang meminta layanan khas yang sama.
Ini kerana, sebagai satu masyarakat Singapura, kaum Melayu/Islam perlu mempunyai pencapaian setara dengan masyarakat lain, dan atas sebab inilah mereka perlu diberikan lebih bantuan.
"Adalah tanggungjawab kita sebagai sebuah masyarakat untuk cuba berusaha mencapai ideal tersebut," katanya.

Monday, November 25, 2013

MELAYU DAPAT LAYANAN ISTIMEWA DI SINGAPURA


Memang dapat layanan istimewa

Halimah: MBF antara contoh keistimewaan yang diterima umat Islam
SPEAKER Parlimen, Cik Halimah Yacob (gambar), berkata masyarakat Melayu/Islam menerima layanan istimewa daripada Pemerintah dan mereka perlu melihat konteks yang lebih luas apabila timbul isu dari masa ke masa.
Satu daripada contohnya ialah dalam soal pembinaan masjid.
"Ia kadangkala ditimbulkan juga oleh rakan-rakan saya yang berbangsa lain yang terpaksa mengumpul dana untuk membina kuil atau gereja mereka.
"Mereka mengatakan mereka tidak mempunyai kemudahan seperti Dana Pembinaan Masjid yang kita ada.
"Jadi, itu menunjukkan bahawa memang terdapat sokongan daripada Pemerintah kepada masyarakat Islam supaya dapat mereka laksanakan tugas-tugas agama mereka dengan baik.
"Dan itu sesuatu yang penting yang harus kita akur," jelasnya lagi dalam satu aktiviti kemasyarakatan kelmarin.
Cik Halimah dilaporkan berkata demikian oleh Berita On Suria ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Luar, Encik K. Shanmugam, baru-baru ini bahawa Pemerintah telah menyokong masyarakat Melayu menerusi pelbagai cara dan komited untuk terus menghulurkan sokongan tersebut bagi memastikan mereka mencapai kemajuan yang lebih tinggi.
"Saya rasa apa yang dikatakan oleh Encik Shanmugam itu memang benar.
"Dan kita ketahui dalam masyarakat Islam sendiri bahawa kita mendapat layanan istimewa,'' kata.
Encik Shanmugam sebelum ini berkata, dalam beberapa hal, pemerintah membezakan masyarakat Melayu daripada masyarakat lain di sini dan memberi mereka sokongan tambahan.
Memberikan contoh, beliau berkata masyarakat Melayu yang rata-rata beragama Islam mempunyai seorang Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam.
Hal serupa tidak diberi kepada masyarakat lain.
Muslim Singapura juga adalah satu-satunya masyarakat beragama yang mempunyai Dana Pembinaan Masjid (MBF) dan ia disokong pemerintah.
Penganut agama lain seperti Kristian, Hindu dan Tao tidak menerima sokongan pemerintah jika mereka mahu membina rumah ibadat masing-masing.
Pembayaran zakat oleh masyarakat Islam juga menikmati pengecualian cukai dan madrasah sepenuh masa dibolehkan menggunakan dana Edusave - satu langkah yang tidak dinikmati sekolah-sekolah agama lain.
Cik Halimah menambah:
"Saya berharap masyarakat Islam dapat melihat isu-isu yang timbul dari masa ke masa dalam konteks yang lebih luas sebelum kita membuat apa-apa kesimpulan tentang sokongan pemerintah atau kekurangan sokongan Pemerintah terhadap isu-isu tertentu.''

PRAGMATISME SINGAPURA


ENCIK LEE KUAN YEW: Mantan Perdana Menteri Singapura ini merupakan seorang tokoh yang dikagumi dalam kedua-dua lingkaran politik Amerika Syarikat dan China. - Foto SUKESHI SONDHI

Pragmatisme Singapura

Mantan PM Lee Kuan Yew dikagumi di seluruh dunia kerana pendiriannya yang tegas dalam mengendalikan negara hingga Republik ini menjadi negara Liga Dunia Pertama
'Pengasas Singapura', Encik Lee Kuan Yew, seorang tokoh yang dikagumi dalam kedua-dua lingkaran politik, Amerika Syarikat dan China. Tetapi, apakah pengajaran yang diperolehi daripada sebuah negara bandar yang mempunyai kedudukan geografi yang baik itu benar-benar dapat diguna pakai bagi negara-negara lebih besar? Apakah yang dapat China belajar daripada falsafah autoritarianisme kebapaan Lee itu? Wartawan 'Global Times' (GT), Liu Zhun, bercakap kepada ahli sains politik Amerika, Graham Allison (Allison), pengarang buku 'Lee Kuan Yew: The Grand Master's Insights on China, America and the World' yang juga pengarah Pusat Belfer bagi Sains dan Hal Ehwal Antarabangsa, dan Profesor Pemerintah Douglas Dillon di Sekolah mengenai Pemerintah John F. Kennedy di Universiti Harvard, mengenai isu-isu ini.
GT: Mengapakah falsafah Lee begitu dinilai oleh pemimpin di banyak negara? Apakah pengalamannya di Singapura benar-benar relevan bagi negara-negara yang mempunyai hal keadaan yang begitu berbeza?
Allison: Pemahaman Lee mengenai peranan pemerintah berakar umbi daripada pengalamannya sendiri. Beliau memimpin sebuah negara bandar dari Dunia Ketiga yang miskin, rasuah dan menjadikannya negara Dunia Pertama bertenaga, cekap berfungsi sebagai hab utama di rantau Asia-Pasifik.
Lee tidak mengendahkan sangat tentang ideologi atau teori. Satu-satu kriterianya bagi menilai dasar yang diberi ialah: Apakah ia berfungsi? Seperti yang beliau jelaskan: "Ujian paling getir ialah prestasinya, bukan janji-janji."
Beliau jujur apabila membincangkan ciri-ciri mentadbir urus Amerika yang beliau kagumi kerana ia menonjolkan ciri-ciri yang beliau dapati membimbangkan; sama juga dengan pemerhatiannya mengenai tadbir urus China. Juga, Lee tidak terikat pada sesuatu gaya tadbir urus tertentu.
Sama ada sesebuah negara itu dikendali menggunakan cara demokrasi atau pemerintahan satu parti, pada pandangan beliau, ia memerlukan 'penjaga' - individu yang paling berbakat, terlatih dalam masyarakat - untuk berjaya.
Pragmatisme kejam dan analisis objektif telah membuat analisisnya amat penting kepada para pemimpin selama lebih setengah abad yang lalu.
Lee telah menjadi mentor kepada setiap presiden Amerika sejak Richard Nixon dan setiap pemimpin China sejak Deng Xiaoping.
Sesungguhnya, sebagaimana Ezra Vogel menjelaskan dalam biografi beliau mengenai Deng, ketika Deng sedang menimbangkan mahu berarak ke pasaran terbuka pada tahun-tahun 1970-an, beliau melawat Singapura untuk mendapatkan nasihat Lee.
Sedang Presiden China, Xi Jinping, cuba menentang perusahaan milik pemerintah dan lain-lain yang mempunyai kepentingan dalam menolak peralihan utama kepada model pertumbuhan yang lebih berdasarkan kepenggunaan, beliau akan berjaya jika beliau mengendahkan nasihat Lee: Lakukan apa yang betul, walaupun ia mungkin tidak popular.
GT: Dalam buku itu, Lee berpendapat bahawa China, sebagai kuasa yang semakin kuat, tidak mungkin terlibat dalam peperangan dengan Amerika, sebuah kuasa yang mantap. Tidak seperti Soviet Union dan Amerika dalam Perang Dingin, beliau berkata kedua-duanya, China dan Amerika, akan melihat satu sama lain sebagai pesaing, bukan musuh.
Apakah anda berpendapat China dan Amerika akan mengelak apa yang anda sifatkan sebagai 'perangkap Thucydides' apabila satu kuasa yang semakin kuat menimbulkan kebimbangan dalam kalangan kuasa-kuasa yang sudah mantap yang bergerak ke arah peperangan?
Allison: Seperti yang saya katakan dalam sebuah artikel di Financial Times baru-baru ini, "jika kita bertaruh berdasarkan sejarah, jawapan kepada soalan tentang perangkap Thucydides itu kelihatan jelas. Sejak 1500, 11 daripada 15 kes melibatkan kuasa semakin kuat muncul untuk mencabar sesebuah kuasa yang memerintah, peperangan meletus."
Terdapat beberapa sebab untuk berharap Amerika dan China dapat melakukan yang lebih baik. Kedua-duanya sudah biasa dengan rekod yang menenangkan ini, kedua-duanya mempunyai senjata nuklear, dan kedua-duanya memahami bahawa konflik akan menjejas ke ikatan ekonomi yang membuat kedua-duanya mendapat manfaat amat besar.
Bagaimanapun, kemalangan dan perhitungan salah boleh berlaku. Bagaimana kesudahan pertikaian wilayah di Laut China Selatan dan Laut China Timur akan memaparkan keupayaan kedua-dua negara menangani pergeseran dalam hubungan mereka dan menjalin apa yang Xi sifatkan sebagai "hubungan kuasa besar jenis baru".
GT: Sistem politik Singapura telah diasaskan oleh Lee sendiri. Ia bukan satu rejim demokratik biasa, tetapi sebuah negara de facto satu parti. China juga telah membangunkan sistem politiknya sendiri. Mengapakah Singapura mendapat kritikan yang kurang berbanding China?
Allison: Singapura sebuah negara kecil bersifat serantau. China sebuah negara bersaiz benua yang menjadi tempat tinggal satu perlima penduduk dunia, dan ketika ini merupakan satu-satunya pesaing yang kredibel bagi keunggulan global.
Jika kedudukan kedua-dua negara itu diterbalikkan, terdapat sedikit keraguan Singapura akan mendapat kritikan yang setanding, atau serupa.
Sementara Singapura adalah sebuah negara satu parti, para anggota parlimennya terlibat secara aktif dengan penduduk di kawasan masing-masing, mendengar rintihan mereka dan bersaing bagi mendapatkan undi mereka. Berselang waktu, pilihan raya di Singapura dijangka menjadi lebih sengit.
GT: Walaupun Beijing menekankan ia mahukan "peningkatan aman", masih terdapat kebimbangan di banyak negara, terutamanya negara-negara jirannya, bahawa China merupakan ancaman. Mengapakah India, satu lagi kuasa yang semakin meningkat di Asia, jarang dilemparkan kritikan seperti itu?
Allison: Tahap kepantasan kenaikan China adalah salah satu faktor. Belum pernah ada sebuah negara yang bergerak naik tangga dunia sebegitu jauh dengan sebegitu pantas di semua dimensi kuasa.
Dalam satu generasi, negara yang Hasil Dalam Negeri Kasarnya (GDP) lebih kecil berbanding Sepanyol itu, kini telah menjadi ekonomi kedua terbesar dunia.
Satu lagi faktor ialah sejarah. India tidak pernah menganggap negara jirannya sebagai tanah jajahannya sementara China, ya, bagi sebahagian besar sejarahnya. Oleh itu, jiran-jirannya mempersoal apakah China yang lebih kuat dan lebih mendesak akan berusaha untuk memulihkannya.
GT: Lee pernah mengatakan bahawa China akhirnya akan menjadi negara paling berkuasa di rantau ini, Amerika pula perlu lebih aktif pada masa ini. Bagaimanakah keseimbangan ini boleh dilakukan?
Allison: Amerika telah menjadi kuasa ulung di rantau Asia-Pasifik sejak akhir Perang Dunia Kedua. Oleh itu, China tidak boleh menjangka Amerika akan bersetuju jika ia dikecualikan dari rantau ini.
Sebaliknya, memang menjadi lumrah bahawa China yang semakin kuat akan menuntut lebih banyak suara dan penguasaan yang lebih besar dalam geopolitik sekitarannya dan, tidak lama lagi, dunia pula.
Kedua-dua negara itu akan berada dalam keadaan lebih baik untuk menyemak pernyataan mereka yang ditandatangani pada 1972: Mereka bersetuju bahawa "kedua-duanya seharusnya mendapatkan hegemoni di rantau Asia-Pasifik" atau berusaha "membahagikan dunia menjadi beberapa bahagian menarik".
Seperti yang dikatakan: Memang susah membuat ramalan, terutama mengenai masa depan.
Sementara kekuatan Amerika dianggap seolah-olah sedang berkurangan, dunia China yang unipolar seolah-olah tidak mungkin terjadi pada garis trend semasa.
Apa yang mungkin boleh berlaku ialah Amerika dan China kekal sebagai dua tiang bagi sistem antarabangsa untuk tempoh berterusan jika kedua-duanya cukup bijak mengelakkan 'perangkap Thucydides' ini.

Bina demokrasi berciri Syariah

Dipetik drp BH Isnin 25 Nov 2013
Laporan Mohd Raman Daud

Menurut Dr Jasser Auda, pakar syariah, prinsip syariah berteraskan etika menurut pedoman Ilahi.Prinsip syariah bukan fikah (cara membuat hukum), fatwa, adat (resam masy), kanun atau perundangan negara.

Erti demokrasi n penerapan syariah menurut keperluan berbeza umat Islam.

Keluhan demokrasi tdk dpt bercirikan syariah atau negara majoriti Muslim tdk bo hdp dlm demokrasi.
Menurut Dr Auda, ini kekeliruan pada erti n penerapan demorasi n syariah.

Revolusi Melur di Dunia Arab yg kmdn disebut jg Kebangkitan Arab. Tujuan luhurnya - memeluk demokrasi. Malangnya kini dlm keadaan koma (tdk sedar lama).

Dlm Islam atau khususnya syariah, sudah ditegaskan ciri2 utama seperti keadilan, hak memilih menerusi musyawarah, ikatan pemerintah dgn rakyat berdasrkan amanah atau bersih drp rasuah lg cekap.

Hanya Islam tdk menyebut 'demokrasi' secara khusus. Ttp ciri2 tadi yg perlu ada sbg mencerminkan kepemerintahan yg baik. Hal ini relevan, termasuk di negara majoriti bukan Islam.

Dr Auda mengatakan setakat ini 'demokrasi' dianggap alternatif terbaik yg ada. - berbanding sistem diktator (kuku besi) atau komunisme yg terbukti gagal di byk bhgn dunia.

Sewaktu melantik khalifah, ada semcm pemilihan dibuat n kemudian persetiaan (bai'at). Namun selepas 4 khalifah rasyidin (yg terpimpin) , berlaku proses ke arah dinasti beraja yg lama-kelamaan melunturkan lunas-lunas syariah.

Demokrasi bukan bermakna berakhir sebuah sejarah. Byk aspek demokrasi yg dikritik spt seorang, satu undi - bo mbawa kesan yg tdk dikehendaki spt majoriti yg zalim n minoriti yg tertindas.

Sesetengah pemikir Islam berpndpt Islam bo mberi sumbangan ke arah sistem negara yg beretika.

Semuanya bertitik tolak pd budi bicara pemerintah n rakyat. Kebangkitan Arab bo dikatakan berjaya di Maghribi krn rajanya berfikmiran terbuka utk melepaskan sbhgn kuasanya demi memartabatkan kedudukan parlimen iaitu dewan para wakil rakyat.

Ttp di Syria n Mesir, yg berkuasa khususnya tentera, enggan bertolak-ansur utk mencari jln damai demi menamatkan pemerintahan kuku besi..

Demokrasi menuntut perubahan kebudayaan.

Ketika revolusi rakyat Mesir berlaku, Medan Tahrir di tengah ibu kota Kahirah menjadi saksi tuntutan rakyat yg luar biasa.
Ada kain rentang menuntut diwujudkan kementerian solat, kementerian zakat dsbnya demi mengawal akhlak atau perilaku rakyat Mesir agar tetap beribadah.
Terdpt tuntutan agar minoriti yg bukan Islam membayar cukai khas krn mrk mrpkn 'dhimmi' (org diberi perlindungan). Padahal mesir mrpkn negara sekular n setiap org yg bekerja bo dikenakan cukai menurut syaratnya.

Masalah Islamofobia (prasangka, kebencian, n takut thdp muslim atau golonganyg dianggap Muslim) timbul akibat kesilapan Muslim sendiri n jg tanggapan pihak lain.
Penderaan wanita, misalnya, sering dikaitkan dgn Islam. Ini gambaran yg amat salah krn Islam mengangkat darjat wanita.
Pengganasan atau terorisme dikaitkan dgm Muslim jg memburukkan keadaan. Padahal islam mrpkan 'salam' sejahtera utk semua makhluk.
Oleh itu umat Islam perlu menunjukkan etika yg tinggi krn ini akan mengurangkan Islamofobia.

Dr Auda berpdpt ada usaha utrk menakrifkan Islam agar sesuai dgn tuntutan masa n ruang secara liberal. Maka timbul gerakan Islam Liberal.

Dlm menterjemahkan syariah, tdpt aspek yg tetap n yg berubah-ubah (variables). Hal ini perlu kita insafi agar jgn Islam diperlakukan sewenang2nya.
Aspek tetap spt kepentingan klga menerusi perkahwinan lelaki n wanita shgga rukun Islam mrpkn suatu yg tiada tawar-menawar lagi.
Aspek berubah2 spt kewangan Islam n pengurusan harta termasuk wasiat bo dibincangkan berdasarkan rasional.
Menurut beliau penafsiran Al-Quran tdk statik ttp menurut konteksnya berdasarkan ilmu yg digarapi manusia.
Ayat quran bo ditafsirkan dgn panduan Hadis n ijmak ulama. Sebabnya jelas, Allah mahukan kita berfikiur secara jelas n berilmu. Kita perlyu berusaha ke arah menghasilkan sesuatu dgn adil lagi sempurna.

Kelenturan dalam Islam

BH 25 Nov 2013 laporan Mohd Rahman Daud

Masalah utama umat islam - sikap kejur / tdk fleksibel dlm berdepan keadaan mendesak.

Hal ini menurut Dr Jasser Auda, prof Pgjn Islam di univ. Hamad bin Khalifa, qatar, n pakar syariah antarabangsa, menjejas kemajuan ummah.

Kata beliau - teras utama Islam- keadilan. Dlm pembhgian harta pusaka, ada hukum faraid. bhgn wanita tdk semestinyta separuh drp lelaki. Jika lelaki terbukti tdk dpt berlaku adil utk membela klepentingan saudara perempuan, perlu hal ini ditinjau semula.

Kelenturan
Cth Imam Shafii menyedari perbezaan  antara umat Islam di Iraq, khususnya Baghdad berbanding umat islam di Mesir. .'. perundangan Islam yg digariskan imam Shafii berbeza di dua tempat itu.

Kelenturan perlu ada dlm membuat perundangan menurut keperluan ruang n masa. Tujuan setiap perbuatan n tindakan itu hdklah saksama.

Apabila negara hdk menetapkan perundangan Islam spt hudud, perlu nilai keadaan masy. Dptkah kita berlaku adil jk dlm masy tdpt pelbagai kepincvangan spt rasuah yg berlaku drp kepemimpinan shgga rakyat jelata. Jk tdk mampu mengatasi kepincangan tadi, tangguhkan dulu usaha hukum hudud. Sebab jk dilakukan jg, kita tdk berlaku adil. Apakah ini yg disuruh Islam?

Kepentingan Semua
Sejak Piagam Madinah yg diasaskan Rasulullah saw, ternyata syariah jg utk bukan muslim demi menjal;in keutuhan masy majmuk dlm negara.

Di Canada, tempat Dr Auda tinggal ada masalah orang asli atau Indian. Wajar kaum muslim yg minoriti jg membela mereka atas rasa ihsan n kemanusiaan. inilah keadilan dr segi Isklam. Al Quran menyatakan adanya pelbagai kaum dari sumber yg satu iaitu Adam as.

Umat Islam wajar menyolong mana2 pihak yg memp matlamat serupa.
Misalnya kita tdk menghina kaum sejenis (gay). Namun wajar menegaskan bhw perkahwinan sejenis tdk wajar digalakkan atau diizinkan krn menyalahi etika kekeluargaan. Isu ini diperjuangkan oleh agama2 lain  n boleh kita bersama dgn mrk utk melaksanakannya secara halus n budiman.

Hidup bersekedudukan ialah zina dr segi Islam. Perlu kita tegah hal ini dlm memelihara institusi agama. Hal ini jg diperjuangkan oleh sestengah kump agama yg lain. Pokoknya semua perlu dilakukan dgn beretika. Kerana itulah syariah.  

Monday, November 18, 2013

Ilmiawan Sanggup Merakyat BH 11 nov

WAWANCARA DENGAN KETUA BARU JABATAN PENGAJIAN MELAYU NUS

Sebagai nara sumber, Jabatan Pengajian Melayu Universiti National Singapura cergas bersama masyarakat dan bertekad untuk relevan demi jangka panjang. Ketuanya, Prof Madya Dr Noor Aisha Abdul Rahman, berkongsi impian bersama MOHD RAMAN DAUD (raman@sph.com.sg).

Ilmiawan sanggup merakyat

MENDAMPINGI masyarakat untuk memahami masalah
dan mencari huraiannya. •
Itulah antara strategi untuk terus relevan bagi Jabatan Pe­
ngajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (JPMUKS),
yang bakal berusia 60 tahun pada 2014.
Menurut ketuanya yang keenam dan terbaharu, Profesor
Madya Dr Noor Aisha Abdul Rahman:
"Selain pensyarah kami mendekati masyarakat, imej jaba­
tan ini dalam jangka panjang bergantung pada pengaruh dan
kewibawaan siswazah daripada jabatan ini.
"Mereka yang pernah belajar di jabatan ini tentu lebih arif
akan faedah yang telah mereka timba. Ini akan perpancar pa­
da hasil keija mereka.
"Ini merupakan imej atau jenama (branding) jangka pan­
jang yang jitu. Ianya bukan imej yang dapat digembar­gembur­
kan oleh usaha seranta (public relation)."
PERTEGUH JALINAN
Antara usaha strategik yang telah pun dilaksanakan dan
perlu dipertingkat JPMUKS ialah menguatkan jalinan kajian
dan keilmuan dengan universiti yang serius dalam pengajian
masyarakat dan dunia Melayu, ujarnya.
"Banyak universiti dalam rantau Nusantara yang mempu­
nyai program kajian yang penting dan dapat dikembangkan
bersama," terangnya.
Selain bidang bahasa dan kesusasteraan, kajian mengenai
permasalahan masyarakat Melayu perlu tingkatkan.
Menurut Profesor Noor Aisha, membangunkan program
persuratan dan budaya boleh dikembangkan ke
bidang­bidang lain dengan melibatkan keijasama erat antara
universiti atau pusat kajian tempatan dengan badan sastera
dan budaya serta sasterawan dan budayawan kita.
"Rancangan sedemikian boleh membawa kepada peningka­
tan wacana demi kepentingan masyarakat Melayu. Malah ia
boleh merobohkan dinding­dinding palsu yang memisahkan
kegiatan intelektual di pusat pengajian tinggi dengan pemikir
dan karyawan yang menggerakkan minda masyarakat. Ini
akan menjadi ciri dan sifat utama universiti masa depan," kat­
anya.
Antara rancangan sedemikian ialah Cita oleh JPMUKS
yang diselenggarakan oleh Dr Azhar Ibrahim Alwee. Ia sudah
beberapa kali diadakan dan melibatkan mahasiswa dan ak­
tivis persuratan Melayu setempat.
KETOKOHAN
Jabatan ini pernah menampilkan tokoh­tokoh yang menja­
di rujukan Dunia Melayu seperti Almarhum Pendeta Za'ba
yang juga ketua pertama jabatan ini dan Almarhum Prof Syed
Hussein Alatas yang dianggap 'bapa sosiologi Asia Tenggara'
serta Prof Tham Seong Chee yang dianggap tokoh pendidi­
kan.,
Adakah JPMUKS dapat meneruskan tradisi nara sumber
ini?
"Kami bersyukur dengan para tokoh ulung tadi. Malah ba­
nyak juga pemikir dan ilmiawan yang serius yang pernah bela­
jar atau mengajar di jabatan ini seperti Profesor Chandra
Muzaffar, Profesor Shaharuddin Maaruf dan Profesor Hadijah
Rahmat (yang pernah menjadi siswa di jabatan ini dan kini ket­
ua Unit Bahasa dan Budaya Melayu, Institut Pendidikan Ke­
bangsaan).
"Namun keahlian mereka adalah hasil keringat mereka
yangfbertahun­tahun memikirkan permasalahan dan soal­soal
penting masyarakat. Tokoh demikian tidak dapat dihasilkan
daripada proses pembelajaran di universiti sahaja. Bahkan ke­
munculan mereka tidak dapat dirancang oleh mana­mana uni­
versiti pun.
Dalam mendampingi masyarakat, Prof Noor Aisha mene­
gaskan bahawa sudah banyak makalah dan'kerja ilmiah yang
dihasilkan oleh pensyarah di jabatan ini termasuk laporan ka­
jian yang ditugaskan oleh agensi pemerintah atau pertubuhan
masyarakat.
"Jika ada keperluan mengadakan kajian yang di anjurkan
oleh pihak swasta atau pihak media, terpulanglah pada
pengkaji yang berkenaan untuk menimbangkannya.
"Selalunya pengkaji lebih minat dengan pengajian yang se­
lari dengan keahlian dan bidang tertentu mereka," katanya
yang merupakan editor sebuah buku terbitan Rima (sayap ka­
jian Angkatan Karyawan Islam, AMP) bertajuk, 'Religious Ac­
tivism and Women's Development in Southeast Asia'.

Berita Harian Singapore, Singapore
11 Nov 2013, by

Teniaga Pengajar Jabatan Pengajian Melayu Universiti Kebangsaan
Singapura (NUS) terdiri daripada tujuh mahaguru:
T1MBALAN
KFTUA PROF
MADYA
MAZNAH
MOHAMAD
(SEJARAH
SOSIAL DAN
EKONOMI)
PROFESOR
MADYA SYED
MUHD
KHAIRUDIN
AUUNIED
(SEJARAH)
PENOLONG PROFESOR DR
SHER BANU A. L. KHAN
(SEJARAH)
Di laman sawangnya, Jabatan Pengajian Melayu bersama dengan Jabatan Sosiologi,
Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan, Universiti Nasiomal Singapura, (NUS)
mempelawa permohonan untuk jawatan Penolong Profesor/Profesor Madya.
KETUA: Profesor
Madya Noor
Aisha Abdul
Rahman1
(pengkhususan
Undang­undang
dan pengajian
Melayu)
FELO PELAWAT DR AZHAR
IBRAHIM (KESUSAST ERAAN
DAN SOSIOLOGI AGAMA
PENOLONG PROFESOR DR
SHER BANU A. L. KHAN
(SEJARAH)
Di laman sawangnya, Jabatan Pengajian Melayu bersama dengan Jabatan Sosiologi,
Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan, Universiti Nasiomal Singapura, (NUS)
mempelawa permohonan untuk jawatan Penolong Profesor/Profesor Madya.
KETUA: Profesor
Madya Noor
Aisha Abdul
Rahman1
(pengkhususan
Undang­undang
dan pengajian
Melayu)