20 Jun 2012
PERIHAL BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu ada kekuatan sebagai bahasa perantaraan
SAYA baca wawancara bersama mantan pengerusi Majlis Bahasa Melayu (MBMS), Encik Hawazi Daipi, yang juga Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan).
Terusik apabila membaca pandangan beliau bahawa usaha menggalak penggunaan bahasa Melayu di Singapura bak melawan arus.
Walaupun Encik Hawazi mengakui bahawa penggunaan bahasa Inggeris semakin menjadi kebiasaan dalam keluarga Melayu sebagai bahasa perantaraan, kita harus menyedari bahawa terdapat sekitar 300 juta orang yang bertutur dan berhubungan dalam bahasa Melayu di dunia.
Ini menunjukkan akan kekuatan dan kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan. Sebagai warga Singapura berbangsa Cina, saya berpendapat agak tepat bagi saya menguasai bahasa Melayu kerana ia akan mendatangkan kelebihan kepada saya.
Lagipun, kita perlu ingat bahawa bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan Singapura dan kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan memerlukan dokongan dan penghayatan semua pihak, terutamanya orang Melayu Singapura sendiri.
Oleh itu, saya berasa sedih membaca bahawa usaha menggalak penggunaan bahasa Melayu, khususnya di kalangan generasi muda di Singapura, ibarat melawan arus yang deras.
Perlu disedari bahawa jika bahasa ibunda sesebuah bangsa pudar dan pupus ia juga menandakan akan lenyapnya sesuatu bangsa, sebagaimana ungkapan bahasa Melayu yang berbunyi 'bahasa menunjukkan bangsa, hilang bahasa hilanglah bangsa'.
Untuk Bulan Bahasa tahun ini, saya berharap kita dapat mendaulatkan ahasa Melayu dengan:

- semua lapisan masyarakat lebih memahami dan mencintai bahasa Melayu serta mempelajarinya secara mendalam;
- bahasa Melayu ditekankan dalam pendidikan dengan menjadikan pengajaran tatabahasa, bahasa Melayu secara terancang;
- semua pengguna bahasa Melayu menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu ter kawal dan bermutu; dan
- mewajibkan warga baru dan para pelajar memahami lirik Lagu Kebangsaan, Majulah Singapura.
No comments:
Post a Comment