BUSANA PENGANTIN: Destar dapat dianggap sebagai
antara mercu tanda zaman kegemilangan ketamadunan Melayu. Di Singapura, ikat
kepala Melayu lebih akrab dengan panggilan destar dan tanjak. Kini ketika
kesedaran terhadap warisan Melayu semakin menipis, penggunaan destar dan gaya
ikatannya semakin terbatas. Destar kini lazimnya digunakan sebagai busana bagi
melengkapkan pakaian pengantin.
7 Aug 2012
Warisan Melayu
Destar Kreativiti Minda Melayu
Masyarakat sekarang lebih selesa dengan pemakaian
songkok berbanding destar
MEMECAHKAN kegelapan malam, Seri Nara Diraja berjumpa dengan Bendahara bagi
menyampaikan khabar akan rampasan kuasa yang berlaku di Melaka.
Dalam keadaan kelam, Bendahara segera keluar "berkeris pun tiada, berdestar pun di jalan''.
Berdasarkan kisah daripada hikayat Sulalatus Salatin ini, dapatlah dianggarkan bahawa sekitar zaman pra-abad ke-15, lelaki yang tidak berkeris dan berdestar dianggap belum sempurna.
Destar merupakan kain penutup kepala yang antara lainnya turut dikenali sebagai bulang hulu, tengkolok, setanjak, tanjak dan ikat kepala. Ia berbeza mengikut daerah. Di Singapura, ikat kepala Melayu lebih akrab dengan panggilan destar dan tanjak.
Sebagaimana halnya dengan segenap khazanah dan warisan kebanggaan Melayu yang pernah tercatat, zaman kegemilangan Melaka turut mengkeramatkan tradisi pemakaian destar hingga berakar dalam budaya Melayu.
Selain keris, destar merupakan simbol kejantanan dan keperwiraan.
Andai dilayarkan bahtera sejarah ke Singapura pula pada 1436, seorang pengembara China, Fei Hsin, telah mencatatkan penelitiannya terhadap orang Singapura sebagai:
"Lelaki dan perempuan rambutnya panjang dan diikat. Mereka adalah orang laut yang disegani... para pedagang yang melayari perairan Singapura harus berjaga terhadap mereka.''
Destar dapat dianggap sebagai antara mercu tanda zaman kegemilangan ketamadunan Melayu.
Pada zaman kerajaan Melaka, penggunaan destar masih lagi pada tahap permulaan dan ringkas.
Ketika itu, hanya sehelai kain digunakan sebagai ikat kepala untuk menutup rambut supaya kelihatan kemas.
Ia kemudian berkembang menjadi semakin cantik dengan pelbagai gaya dan hiasan.
Terdapat ratusan jenis ikatan destar yang telah dikenal pasti para peneliti kebudayaan dan busana Melayu hari ini.
Andai diambil kira pula jumlah ikatan baharu yang belum mampu dikenal pasti, dapatlah dianggarkan betapa luasnya variasi dan kepelbagaiannya.
Namun hari ini, ketika kesedaran terhadap warisan Melayu semakin menipis, penggunaan destar dan gaya ikatannya semakin terbatas.
Destar kini lazimnya digunakan sebagai busana bagi melengkapkan pakaian pengantin.
Para penghias destar pada hari ini secara tidak sedar telah menzalimi nilai kreativiti Melayu dalam berbusana.
Lebih menyedihkan, masyarakat kini lazimnya hanya terdedah pada ikatan Dendam Tak Sudah, yakni ikatan yang turut dikenakan sebagai destar rasmi bagi Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Malaysia.
Tanpa dipedulikan para juruhiad tersebut, setiap daerah di rantau Melayu lazimnya mempunyai ciri-ciri ikatan tersendiri.
Bahkan, dalam susur sejarah, dalam kalangan para Sultan sendiri, terdapat kecenderungan beberapa pemimpin untuk menghasilkan teknik ikatan tersendiri.
Antaranya termasuklah Almarhum Sultan Abdul Samad Shah yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1857-1898.
Menurut sumber-sumber tulisan, baginda mempunyai kemahiran menyimpul destarnya sendiri dan terkenal dengan gaya Tengkolok Alang.
Kini, destar semakin jarang digunakan oleh masyarakat biasa.
Ia rata-rata telah digantikan dengan songkok yang telah mula diperkenalkan sekitar tahun 1830-an.
Songkok dianggap lebih Islami menggantikan pemakaian destar.
Namun, pemakaian destar seeloknya digalakkan di kalangan anak muda kita demi mengekalkan identiti budaya warisan bangsa.

No comments:
Post a Comment