28 Jul 2012
Perlu ubah Bulan Bahasa agar berkesan
MASYARAKAT Melayu setempat sentiasa digesa agar memperkasakan bahasa ibunda
mereka dengan sempurna dan baik.
Apakah isu kefasihan bahasa ini kini menjadi semacam 'penyakit' kepada orang Melayu yang lahir dan dibesarkan dalam sekitaran dan adat kemelayuan tetapi lidah mereka sukar bercakap menggunakan bahasa Melayu baik?
Memang isu kefasihan ini membimbangkan dan sering dibincangkan sehingga ke hari ini.
Jika kita lihat sejarah bermulanya sambutan Bulan Bahasa pada 1993, ia bersamaan dengan pengenalan sebutan baku bahasa Melayu di Singapura bagi sistem pendidikan dan media masa setempat.
Telah banyak wang dibelanjakan demi menggalak dan mendidik masyarakat Melayu bertutur menggunakan bahasa Melayu sopan dan baik.
Pada satu masa, ramai orang Melayu bimbang tentang kesinambungan penggunaan bahasa Melayu selepas penutupan sekolah Melayu.
Namun, pemerintah memperkenal program Sarjana Muda Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Nasional (NIE), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), pada 2001 dan program pilihan Bahasa Melayu peringkat tinggi.
Ini menunjukkan sokongan pemerintah ke atas hasrat masyarakat Melayu mempertingkat bahasa ibunda kita. Bukan pemerintah sahaja memberi sokongan padu, malah badan-badan Melayu menganjurkan pelbagai kegiatan bagi menggalak penggunaan bahasa Melayu oleh pelajar dan masyarakat setempat.
Selain itu, lebih setengah juta dolar dibelanjakan bagi menggalak penggunaan bahasa Melayu (BH, 15 April 2009), dengan Kementerian Pendidikan (MOE) menyediakan dana $300,000 setahun selama lima tahun bagi membantu membiayai program Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu.
Sayangnya, di sebalik pengorbanan tenaga dan fikiran, kos perbelanjaan tinggi dan usaha gigih ini, kebanyakan orang Melayu tidak begitu mengendahkannya.
Dari dahulu sampai sekarang mereka masih menggunakan 'bahasa Melayu' yang bercampur aduk. Mungkin mereka bangga bertutur bahasa Melayu bercampur bahasa Inggeris.
Perkara ini berlaku di banyak tempat dan majlis keramaian orang Melayu dan mereka termasuk sebilangan guru Bahasa Melayu sendiri semasa di luar sekolah.
Bulan Bahasa disambut setiap tahun namun keberkesanannya tetap menghampakan. Apakah ini bermakna ia membazir selama ini atau apakah perlu kita ubah 'rentak' agar kita tidak menopang pisang yang tak berbuah, iaitu melakukan usaha yang sia-sia.
Apa pun, pendidikan asas bermula di rumah. Jika ibu bapa menjalankan peranan mereka dengan baik, anak-anak mereka akan meraih manfaat dalam menguasai dan fasih bahasa Melayu, bahasa ibunda mereka.
Raja Masri Raja Ashari

No comments:
Post a Comment