24 Jun 2010
KOMENTAR
KALAM INSAN
Teruskan tapis
Oleh
A. Rahman Basrun
PENGAWALAN (regulation) atau penapisan (censorship)? Begitu hangatnya perbincangan mengenai kebebasan berkarya, termasuk filem dan pementasan.
Sayangnya, sekali lagi kehangatan itu langsung tidak terasa di kalangan masyarakat kita. Padahal kesudahannya boleh menjejas nilai dan pegangan orang kita nanti.
Apakah isunya?
Sedang Jawatankuasa Semakan Penapisan (CRC) yang dibentuk pemerintah meneliti semula sistem penapisan karya seni di Singapura, muncul satu kertas saranan di Internet hasil sekumpulan seniman setempat (http://sites.google.com/site/artsengagesg).
Kini lebih 850 orang membubuh sokongan di laman web itu - hanya sekitar 30 orang atau 4 peratus daripadanya Melayu.
Ringkasnya, kertas saranan itu menampilkan pendirian:
Penapisan tidak berkesan, jadi amalkanlah pengawalan.
Apa itu penapisan? Mengharamkan sesebuah karya atau menyunting sebahagian karya itu.
Pengawalan pula bermaksud membataskan siapa yang boleh menikmati karya seni itu - misalnya menurut batasan usia seperti kategori R21 bagi filem.
Secara amnya, penapisan atau pengawalan dilaksana menurut sejauh mana nilai-nilai yang terkandung dalam sesebuah karya itu bercanggah dengan nilai-nilai yang dianggap menjadi pegangan sesebuah masyarakat.
Sebenarnya, kalau dibaca betul-betul, kertas saranan di Internet itu tidak menolak penapisan secara bulat-bulat, tetapi menyalahkan penapisan yang tidak telus sehingga melahirkan suasana tidak pasti dan curiga.
Lebih teruk jika sistem penapisan tadi mencipta budaya menapis karya sendiri (self-censorship) atas dasar khuatir karyanya itu kelak ditapis.
Misalnya, menurut kertas itu:
'Maka kami hanya ada satu saranan: gantikan sistem yang ada kini dengan sistem yang jelas membezakan antara pengawalan dengan penapisan.' Yang dimahukan adalah 'proses yang konsisten, jelas dan telus'.
Kalau itu kisahnya, saya setuju. Cuma persetujuan saya bersyarat.
Peradaban masyarakat Asia
Kita maklum bagaimana penyelewengan dan kelakuan tidak senonoh anggota masyarakat kita - termasuk orang Melayu - semakin berani dan berahi pada usia semakin muda. Misalnya, gejala berpacaran dan seks luar nikah.
Melonggarkan kriteria penapisan atas dasar masyarakat kita kini lebih 'berfikiran terbuka' tentang gejala sebegitu tentu tidak bijaksana. Kalau serigala semakin lapar dan buas, takkanlah kita buka lebih luas pintu kandang kita?
Lantaran itu, saya menyeru agar kriteria penapisan dan pengawalan diperketatkan lagi, terutamanya perihal media telefon bimbit dan Internet.
Saranan CRC kelak juga harus cukup luas dan luwes untuk menampung kemunculan media baru dalam tahun-tahun mendatang.
Gambaran seniman itu mulia
Sebagaimana seniman mahu proses penapisan lebih 'jelas dan telus', saya juga mahu seniman menjadi lebih 'jelas dan telus'.
Maaf cakap, bukan sekali saya menemui karya yang membuat saya mempersoal ketulusan senimannya.
Pernah saya membidas pameran seorang artis Melayu kerana berunsur lucah.
Apabila The New Paper menyoalnya kemudian, beliau marah-marah menafikannya - padahal akhbar The Straits Times sendiri menyifatkan lukisannya sebagai 'berbentuk erotik yang menggambarkan kemaluan wanita' seminggu sebelum tersiarnya pojok saya itu!
Bahkan, brosur di galeri pamerannya itu sendiri menyatakan lukisannya memang berunsur 'sensual' dan 'erotik'. Tak marah pun?
Kerana itulah, penapisan masih diperlukan bagi menutup sebarang kemungkinan seseorang seniman memaparkan atau 'menyeludup' unsur tidak sihat melalui seninya.
Seniman sungguhpun bebas berkarya masih ada tanggungjawab moral kepada masyarakatnya.
Seniman insan yang agung
Pun ada gambaran bahawa seniman adalah insan yang agung dan arif tentang seninya, yang memperjuangkan seninya dan menuntut kesempurnaan dalam berkarya.
Hakikatnya, seniman juga insan biasa.
Pernah sebuah pementasan memaparkan seorang isteri dirogol ketika membaca Al-Quran dan ketika suaminya bersembahyang. Apa yang 'agung' tentang unsur itu?
Baca ulasan di akhbar ini tentang adegan rogol tersebut:
'Malah, ia agak memberahikan dan menimbulkan kegelisahan penonton. Sesetengah penonton wanita dilihat menutup mukanya ketika (si perogol) membenamkan wajahnya ke dada (si mangsa).'
Mungkin seniman sengaja mahu menimbulkan rasa jelik di kalangan penonton. Namun, memandangkan seniman insan kreatif, tiadakah cara lebih 'agung' tetapi sama kesannya?
Seniman tidak kisah wang ringgit
Seniman pun perlu cari makan.
Kehadiran adegan tidak wajar (gratuitous) atau kononnya berunsur seni (artsy) dalam sesebuah pementasan atau filem - biasanya percumbuan, seks atau berbogel - menunjukkan betapa sesetengah seniman masih menggunakan unsur 'sensasi' murahan untuk menarik perhatian. Di sinilah, penapisan tetap perlu.
Karya peka
Tentang isu bahasa, perkauman dan agama atau keselamatan negara, saya lebih menggemari pengawalan, bukan penapisan - selagi perutusannya 'jelas dan telus'. Ini sejajar dengan lebih matangnya masyarakat kita. Lain kisahnya jika karya itu berniat jahat.
Akhir kalam, wartawan Clarissa Oon menyokong pengawalan agar seniman setempat dapat bangkit setara di negara lain (ST, 20 Jun, Time to censor the censors).
Bagi saya, buat apa, jika cara seniman itu sendiri tidak telus, terhormat atau mulia.
Monday, July 19, 2010
Bahasa ibunda sendiri pelat, bahasa Inggeris pun koyak
3 Jul 2010
EKSTRA!
CAKAP ORANG TUA
Bahasa ibunda sendiri pelat, bahasa Inggeris pun koyak
APABILA membaca tentang penggunaan bahasa Melayu di kalangan orang kita dalam akhbar Berita Minggu Ahad lalu, Nenek jadi terpinga-pinga.
Bukan apa... Nenek cuma hairan dengan sesetengah orang Melayu yang lebih selesa berbahasa Inggeris daripada menggunakan bahasa ibunda sendiri.
Malah, ada seorang yang diinterviu tu berkata, beliau pernah dianggap kampungan hanya kerana bertutur bahasa Melayu!
Hai... kasihan bahasa ibunda kita ya. Sedih Nenek lihat perkembangan bahasa kita yang Nenek anggap sangat cantik dan lembut sebutannya, dianggap macam orang kampung oleh sesetengah orang.
Kenapa, hina sangat ke orang kampung? Tidak tahukah anda (yang merendah-rendahkan bahasa Melayu dan menganggapnya bahasa orang kampung) betapa ramainya orang kampung yang sudah berjaya?
Malah, orang-orang yang menghina dan merendah-rendahkan bahasa sendiri itu Nenek sifatkan sebagai orang yang tidak sedar asal-usul, tidak ada jati diri dan lupa bahawa mereka dan keturunan mereka adalah orang Melayu.
Nenek memang geram betul melihat sikap orang-orang yang memandang rendah kepada bahasa sendiri.
Bahasa menunjukkan bangsa. Kalau dah si Melayu tu tak mahu cakap bahasa sendiri, bahasa apa yang nak mereka banggakan? Nak agung-agungkan bahasa Inggeris, nak jadi Orang Putih?
Orang-orang macam ni, yang kadang-kadang bahasa Inggerisnya pun 'hancur', berlagak pula tak mahu cakap bahasa Melayu.
Dan yang buat Nenek lebih menyampah dan meluat ialah apabila mereka dengan nada bangga, berkata bahasa Melayunya teruk.
'Alamak... bahasa Melayu I koyaklah... Nak cakap Melayu pun ada macam sikit gagap-gagap, sikit-sikit kekok. Susahlah cakap bahasa Melayu ni,' kata Lia, salah seorang cucu anak buah Nenek, ketika dia berkunjung ke rumah Nenek baru-baru ini.
Isy! Meluat betul Nenek dengar kata-katanya. Sebab tak tahan dengan lagaknya, Nenek bersuara:
'Amboi... kau kan orang Melayu Lia, tak malu ke orang Melayu tak tahu cakap bahasa Melayu?
'Lagipun Nenek dengar, bahasa Inggeris kau pun bukan betul sangat nahunya. Bahasa ibunda sendiri pelat, bahasa Inggeris pun koyak,' kata Nenek, yang kata orang tu faham jugalah bahasa Inggeris.
Anak Nenek, Noni, mengerling ke arah Nenek sambil memberi isyarat yang Nenek tak seharusnya cakap begitu.
Lia, yang berusia dalam lingkungan awal 30-an dan bekerja di sebuah syarikat swasta, menambah:
'Ala Nek... Lia selalu cakap Inggeris di tempat kerja. Jarang cakap Melayu. Pasal itulah Lia punya bahasa Melayu koyak,' katanya.
'Eleh... engkau yang eksen. Daripada kecik sampai tua sekarang ni cakap Melayu kat rumah, tiba-tiba baru beberapa tahun kerja, dah rasa pelat cakap Melayu. Nasib baik tak duduk kat negeri Orang Putih, kalau duduk sana agaknya, terus lupa daratan.
'Apa, engkau malu jadi orang Melayu? Bahasa Melayu rendah ke tarafnya Lia?
'Kalau dah pelat bahasa Melayu, banyakkanlah membaca surat khabar Melayu, buku Melayu, dengar radio dan tonton rancangan Melayu. Jangan nak berlagak jadi Orang Putih pulak,' kata Nenek dengan nada cukup geram.
'Bukan macam tu Nek. Tapi Lia kan dah hari-hari cakap Inggeris, cakap Melayu macam tak best gitu,' kata Lia, nadanya rendah.
'Kalau sekarang engkau sendiri rasa pelat, rasa kekok berbahasa Melayu, nanti anak cucu engkau pun macam itu, entah-entah langsung tak kenal bahasa Melayu. maklumlah, emaknya dah jadi orang Putih,' kata Nenek menyindir.
'Eh... tak baik Nenek cakap gitu. Lia tetap Melayu Nek, cuma Lia suka cakap bahasa Inggeris,' katanya selamba.
Hmm... tengoklah tu.
Nenek ni bukan antibahasa Inggeris. Tidak sama sekali. Malah, Nenek sedar bahasa Inggeris amat penting hari ini.
Tapi tolonglah... jangan hina dan merendah-rendahkan taraf bahasa Melayu yang tercinta ini.
Kita orang Melayu. Bahasa menunjukkan bangsa. Apatah lagi dalam Bulan Bahasa sekarang ini, marilah ubah sedikit kebiasaan. Bahasa Melayu itu bahasa kita. Gunakanlah.
NENEK

pelajar bahasa melayu
12 Jul 2010
EKSTRA!
PERISTIWA BAHASA
Cakap saja pandai, tulis tersadai
Oleh
Mohd Gani Ahmad
Penulis Tamu
SEMPENA Hari Bapa, saya dan isteri diajak anak dan menantu makan tengah hari. Kami dibawa ke sebuah restoran yang menyajikan masakan Melayu kampung yang terletak di tengah-tengah kota Singapura, di Bencoolen Street.
Hari itu, ramai pengunjung yang makan. Tampang, gaya dan dialek pertuturan bahasa mereka, sepertinya mereka pelancong dari negara jiran: Brunei, Indonesia dan Malaysia.
Kami makan sambil bersembang dengan anak, seorang guru muda yang baru mengajar setahun.
Saya mengajukan pertanyaan mengenai kerjayanya yang baru diceburinya itu, beliau pun berkata: 'Mengajar kanak-kanak yang pernah menuntut di sekolah antarabangsa di luar negeri; mereka dapat bertutur dengan fasih tetapi tidak dapat menumpahkan kelancaran bertuturnya dalam bentuk tulisan. 'Karangan mereka agak teruk. Ejaan mereka lemah dan tidak dapat membina ayat dengan sempurna dan gramatis.'
Anak-anak Singapura pula, katanya lagi, kurang fasih bertutur tetapi lebih baik menulis.
Itulah antara masalah yang dihadapi anak saya pada masa mengajar.
Anak saya yang selesa dipanggil Ren ini pernah bekerja dengan beberapa syarikat swasta.
Beliau pernah juga mengusahakan syarikat perniagaan dalam bidang teknologi maklumatnya sendiri tetapi kurang berjaya.
Mungkin kerana kurang: berpengalaman dan giat; ada masalah sampingan yang mengganggu perhatian dalam bidang usaha niaganya.
Pada masa berniaga, Ren mencipta beberapa alat bantu mengajarkan bahasa Melayu yang berbentuk permainan komputer: Dekak-dekak, Putaran Minda dan Ingin Jadi Jutawan?
Masalah yang Ren hadapi bagaimana hendak mengajar anak didiknya mengarang dengan baik inilah yang akan kami sembangkan kali ini.
Berdasarkan pengalaman saya yang pernah mengajar bahasa Melayu selama 22 tahun - setahun sebagai penulis tetap di Grow Publication, 13 tahun sebagai penulis khas buku-buku teks dan alat bantu mengajar dan 4 tahun sebagai pegawai kurikulum bahasa Melayu di Kementerian Pendidikan.
Saya dapati masalah kelemahan mengarang di kalangan para pelajar, umumnya kerana mereka kurang diberikan pendedahan yang sewajarnya dan latihan mengarang yang teratur.
Mereka mungkin kurang dikenalkan dengan kaedah mengarang yang betul, bersistem, bertahap-tahap berdasarkan kebolehan dan kegemaran mereka pada peringkat awal.
Kebanyakan mereka terdidik dengan kaedah dan pendekatan komunikatif, yang lebih menekankan kemahiran bertutur daripada menulis.
Mereka biasanya kurang gemar mengarang kerana lemah memindahkan idea yang terkandung dalam emosi dan mindanya ke dalam bentuk tulisan.
Masalah ini sebenarnya menjadi masalah umum manusia. Mereka lebih bijak bercakap daripada melaksanakan sesuatu kerja yang lebih mencabar, apa lagi mengarang.
Mengarang memerlukan bakat, ketrampilan dan latihan yang berulang dan berterusan.
Ketrampilan mengarang ini haruslah dilatih dan diamalkan selalu supaya menjadi tabiat dan budaya hidup sehingga menjadi norma yang sesuai dengan peribahasa: Alah bisa tegal biasa.
Mereka yang memperolehi ketrampilan bertutur sahaja, bahasa mereka kurang gramatis.
Laras lisan boleh disingkat-singkatkan ayatnya, tidak bersandarkan hukum pembinaan ayat yang sempurna.
Kadangkala menggugurkan subjek, predikat atau objeknya, imbuhan, kata depan dan kata hubung yang seharusnya wujud dalam pembinaan ayat yang gramatis.
Untuk mengatasi masalah kelemahan mengarang, berikut beberapa saranan yang saya fikir wajar dipraktikkan dan mudah-mudahan dapat meningkatkan keterampilan mengarang:
Langkah pertama: Giatkan pembelajaran ejaan; adakan latih tubi mengeja akan setiap perkataan yang dituturkannya.
Gunakan permainan bahasa: silang kata, teka kata dan yang sebagainya supaya lebih menarik dan menyeronokkan pembelajaran bahasa.
Galakkan mereka berdampingan atau merujuk kamus pada setiap masa belajar bahasa.
Luaskan pengetahuan kosa kata, perkataan: seerti, seiras, berlawan, berpasang dan pelbagai makna. Banyakkan latihan mengisi tempat kosong dengan perkataan dalam ayat.
Langkah kedua: Galakkan mereka menulis setiap ayat yang dituturkannya.
Banyakkan latihan menyusun semula perkataan-perkataan yang tidak teratur supaya menjadi ayat yang gramatis.
Banyakkan latihan menyusun semula ayat-ayat menjadi wacana atau perenggan yang berurutan dan secara kronologi.
Langkah ketiga: Banyakkan latihan menulis berdasarkan gambar sekeping dan bersiri.
Latihan mengarang di komputer lebih menarik para pelajar yang sedemikian kerana foto atau ilustrasi yang menarik dan merangsang minda boleh digunakan bagi kegiatan mengarang.
Adakan latihan mengisi kotak dialog atau ruang kata bual kepada gambar yang diberikan.
Langkah selanjutnya, latih mereka menulis perenggan demi perenggan, bahagian demi bahagian: pendahuluan, isi dan penutup akan tajuk-tajuk karangan yang menarik perhatian dan yang paling dekat dengan hati golongan ini.
Mengenai pelajar Singapura yang kebanyakannya lebih pandai menulis daripada bertutur, perkara ini akan kami sembangkan dalam esei yang akan datang, insya-Allah.

Usah lupa bahasa kita
16 Jul 2010
EKSTRA!
DUTA MINGGU INI
Usah lupa bahasa kita
Dua pelajar kursus media tajamkan pena demi cinta
Oleh
Haryani Ismail
RASA kurang senang menyelinap di benak dua pelajar politeknik, Nur Amalina Shalan dan Nur Isyana Isaman, setiap kali ada belia Melayu dengan nada bangga berkata:
'Can speak English or not? My Malay is not good!' (Boleh awak bertutur dalam bahasa Inggeris atau tidak? Bahasa Melayu saya tidak bagus!').
'Saya bertemu dengan beberapa remaja Melayu dalam kursus komunikasi massa yang saya ambil ini. Mereka terang-terangan berkata bahasa Melayu tidak kool berbanding bahasa Inggeris. Saya kurang senang dengan kenyataan begitu.
'Bagi saya, bahasa Melayu itu bahasa warisan. Memang tidak dapat dinafikan mungkin penguasaan bahasa Melayu kita ada yang kurang ampuh. Namun, ia bukanlah sebab untuk meninggalkan bahasa Melayu secara menyeluruh atau berasa aib terhadapnya,' kata Nur Amalina, 18 tahun, pelajar Politeknik Ngee Ann.
Penuntut Diploma Media dan Komunikasi di Politeknik Singapura, Nur Isyana, juga 18 tahun, pula menyifatkan masalah paling ketara di dalam masyarakat kita adalah pengaruh negara Barat yang terlalu kuat yang melanda remaja Melayu kita yang terus terikut-ikut dengan budaya Barat sehingga lupa daratan.
'Pada pendapat saya, pucuk pangkal kita semua masih tetap Melayu dan keupayaan fasihkan diri kita dengan bahasa Melayu adalah langkah pertama untuk membuktikannya. Kita sepatutnya berbangga bertutur dalam bahasa Melayu sepertimana warga Jepun berbangga dengan bahasa dan hidangan susyi mereka!' ujar Nur Isyana.
Kededua Nur Amalina dan Nur Isyana, baru-baru ini dipilih sebagai Duta Bahasa bagi institut pengajian tinggi sempena Bulan Bahasa 2010.
Walaupun kursus yang mereka ceburi ini mendedahkan mereka pada lebih banyak penggunaan bahasa Inggeris, dua gadis manis ini tidak melupakan bahasa ibunda mereka, bahkan, aktif mengarang puisi dan menulis rencana dalam bahasa Melayu.
Nur Amalina tidak menduga beliau dipilih sebagai Duta Bahasa kerana sejak meninggalkan bangku Sekolah Menengah Kranji, penggunaan bahasa Melayunya semakin berkurangan. Ini disebabkan faktor struktur kurikulum politeknik yang sememangnya tiada modul atau pengkhususan bahasa Melayu. Meskipun terdapat Persatuan Budaya Melayu, penekanan terhadap aspek bahasa hampir tiada, katanya.
Untuk memastikan beliau sentiasa mesra dengan bahasa Melayu, Nur Amalina sendiri mengorak langkah menulis sajak dan menyiapkan ulasan buku untuk terbitan akhbar ini untuk memastikan penggunaan bahasa Melayunya kekal di tahap memuaskan.
Beliau juga menyahut cabaran mewakili politekniknya di gelanggang bahas Persatuan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) sejak tahun lalu. Tahun ini, pasukannya mara hingga ke peringkat akhir dan akan menentang Maktab Rendah Innova.
Nur Isyana yang juga menulis untuk akhbar pelajar, i3, merasakan banyak sekali cara yang boleh diusahakan untuk mendekatkan pelajar dengan keindahan bahasa Melayu. Cara paling mudah, katanya, adalah menerusi lagu-lagu Melayu.
'Mungkin ada di kalangan remaja Melayu yang mengkategorikan lagu-lagu Melayu sebagai 'terlalu jiwang' tetapi jika betul-betul didengari, sebenarnya lirik lagu Melayu mempunyai makna yang dalam dan sebuah cerita yang tersirat. Selain daripada itu, bacalah surat khabar, novel dan majalah!' tambah penerima biasiswa Politeknik Singapura itu.
Beliau akur remaja hari ini ingin suara mereka diperdengarkan dan mencetus perubahan. Justeru cara terbaik membangkitkan lagi semangat belia Melayu hari ini adalah dengan mengadakan bengkel bahasa Melayu bersama karyawan, baik yang terlibat dalam pembangunan negara, peguam, doktor mahupun golongan asatizah.
Apabila diminta menyambung ayat berikut, 'Aku menulis...', Nur Amalina yang bercita-cita menjadi wartawan, berkata beliau mencoretkan ilhamnya kerana ada mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat umum.
'Bagi saya, kebolehan saya untuk menulis ini adalah anugerah dan amanah daripada Allah. Dengan adanya kebolehan ini, saya rasa ia satu tanggungjawab bagi saya untuk menyampaikan mesej atau berkongsi ilmu yang ada kepada masyarakat, khususnya belia, demi mencapai keredaan-Nya dan menegakkan kebenaran hakiki. Insya-Allah,' katanya.
Nur Isyana yang menanam hasrat membuka sebuah syarikat penerbitan filem dan menjual filem-filem dengan unsur-unsur kemelayuan dan keislaman ala Ayat-Ayat Cinta di pasaran global pula menulis sebagai wadah menyuarakan pendapat sambil membangkitkan kesedaran.
Dalam mereka meneroka bahasa Melayu yang indah ini, pernahkah mereka menemui perkataan baru dalam kosa kata Melayu yang mengagumkan atau mencuit hati mereka?
Kata Nur Amalina: 'Ada. 'Lelaman sesawang'. Saya mempelajarinya secara tidak langsung dalam salah satu pusingan pertandingan bahas peringkat suku akhir ketika Madrasah Aljunied Al-Islamiah menentang Maktab Rendah Raffles. Selama ini, saya hanya menggunakan istilah 'lelaman web'.'
Nur Isyana pula menambah: 'Pernah dengar 'gigibiru'? Ia adalah terjemahan bluetooth. Kamus Dewan turut menyenaraikannya tau! Ia merupakan sejenis teknologi wayarles untuk bertukar-tukar data di antara jarak dekat menerusi gelombang radio.'

Pencinta bahasa
16 Jul 2010
EKSTRA!
Pencinta bahasa
Dua peguam tiada masalah menguasai bahasa Melayu
Oleh
Dewani Abbas
Baik karyawan mahupun pelajar posmenengah yang berada di sekitaran berbahasa Inggeris akur perlunya memupuk terus cinta terhadap bahasa ibunda. Kami menyelongkar kisah mereka dalam halaman ini dan halaman selanjutnya.
MELIHAT dua wanita Melayu profesional yang manis lagi dikenali dalam masyarakat ini, khasnya golongan pelajar, sering timbul kekaguman, bagaimanakah mereka dapat terus menampilkan diri sebagai karyawan yang tiada masalah langsung menguasai bahasa Melayu.
Maklumlah, ramai karyawan Melayu muda yang berpendidikan Inggeris di sini sering mengakui bahasa Melayu mereka tidak baik.
'My Malay is not good,' sering begitu mereka mengungkapkan. Ada kala ada nada bangga dengan pengakuan itu. Tetapi ada juga yang berasa malu.
Lantas, untuk mengetahui lebih mendalam, sempena Bulan Bahasa Melayu yang sedang belangsung sekarang, Berita Harian telah mengundang dua karyawan yang dimaksudkan itu - Cik Guy Ghazali, 27 tahun, dan Cik Rahayu Mahzam, 29 tahun.
Kedua-duanya adalah peguam dan merupakan sahabat baik. Kedua-duanya juga aktif dalam dunia aktiviti Melayu, khasnya yang melibatkan pelajar dan remaja.
Cik Guy dan Cik Rahayu sama-sama terlibat hampir saban tahun sebagai pembimbing atau pengadil dalam acara-acara bahas dalam bahasa Melayu yang diadakan di peringkat sekolah menengah dan maktab rendah.
Diselongkar keupayaannya fasih dalam bahasa Melayu walaupun dikelilingi unsur-unsur berbahasa Inggeris sejak di sekolah mahupun di tempat kerjanya kini, Cik Guy, yang sedang hamil lima bulan anak sulungnya, menyatakan:
'Asas. Itu yang penting. Bagi saya, sejak di sekolah menengah saya telah mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa Melayu. Untuk itu, saya sangat berterima kasih kepada guru bahasa Melayu saya, Cikgu Asnah Asrap, yang boleh saya katakan seorang yang inginkan kesempurnaan daripada setiap pelajarnya.
'Beliau yang tanamkan kepada kami para pelajar agar menggunakan bahasa Melayu yang betul dengan peribahasanya, nahunya,' terang Cik Guy, yang menuntut di Sekolah Menengah Anderson sebelum beralih ke Maktab Rendah Temasek dan Universiti Nasional Singapura (NUS).
Namun, Cik Guy, anak kelima enam beradik, akui setelah memasuki dunia pekerjaan, penggunaan bahasa Melayu yang kurang menjejas sedikit kelancarannya berbahasa Melayu, tetapi ia hanyalah kesan sementara.
'Apabila saya kembali ditugaskan menjadi pembimbing bahas, umpamanya, kelancaran itu terbit semula. Tapi, saya ingin tegaskan, yang saya maksudkan ialah penggunaan bahasa Melayu formal, bukan bahasa Melayu pasar yang kita gunakan di rumah,' ujarnya yang juga merupakan seorang penggemar puisi Melayu dan telah menghasilkan banyak kuntum sajak yang pernah diterbitkan di akhbar.
'Sekali lagi saya tujukan punca saya gemar dengan kekata Melayu indah ini kepada Cikgu Asnah yang suka menggalakkan kami menyemak kamus dan mencari perkataan-perkataan Melayu yang 'susah',' terang Cik Guy dengan senyuman.
Cik Rahayu pula menerangkan, pendidikan di rumah dilihatnya sebagai punca utama kecintaannya kepada bahasa Melayu terus mekar.
'Semasa di sekolah, emak saya selalu berpesan agar saya mesti lulus dalam bahasa Melayu dengan cemerlang. Sejak di sekolah rendah lagi beliau dah galakkan begitu sebab katanya bahasa Melayu adalah bahasa ibunda kita, jadi tiada masalah untuk kita menguasainya.
'Dari situ minat saya pada bahasa Melayu tidak pernah luntur, cuma tidak seperti Guy, saya tak pandai olah kata-kata indah dalam bentuk puisi atau madah,' kata Cik Rahayu yang ibunya, Cik Kasmawati Manijan, 54 tahun, gemar menghasilkan sajak.
Berpendidikan di Sekolah Menengah Perempuan Raffles, kemudian Maktab Rendah Raffles dan NUS, anak sulung tiga beradik yang belum berumah tangga ini amat bersetuju bahawa bahasa Melayu sebenarnya cukup indah dan rugilah orang Melayu yang tidak tahu menghargainya.
'Keindahan bahasa Melayu terletak kepada budaya yang tercermin daripadanya yang menganjurkan kesopanan dan kelembutan,' kata Cik Rahayu.
Ini terlihat pada pantun-pantun dan peribahasa Melayu lama, selain ungkapan-ungkapan yang halus lembut.
Jadi, apakah pandangan mereka mengenai masa depan penggunaan bahasa Melayu di sini?
'Ia terletak kepada mentaliti bangsa kita, sama ada kita lihat bahasa Melayu sebagai bahasa yang lebih rendah statusnya di sini atau sebaliknya. Peranan meletakkan mentaliti yang betul ini terletak kepada ibu bapa, manakala sekolah adalah penyumbang saja,' kata Cik Guy.
Cik Rahayu pula berpendapat: 'Selagi kita utamakan identiti kita sebagai orang Melayu, selagi itulah bahasa Melayu akan terus penting. Jadi, kita kena tahu siapa kita.'

Kerajaan melayu Lama Singapura
17 Jul 2010
SINGAPURA
Kerajaan Melayu lama Singapura beragama Buddha?
Bukti diperolehi melalui kajian ke atas Sejarah Melayu
Ramai menyangka kerajaan Melayu lama di Singapura beragama Hindu. Namun, seorang sejarawan setempat, Encik Kwa Chong Guan, yang menjalankan kajian ke atas buku 'Sejarah Melayu' telah mengemukakan satu teori bahawa mereka mungkin beragama Buddha. Teori beliau itu disampaikan dalam satu seminar anjuran Pusat Kajian Sejarah Asia, Pusat Nalanda-Sriwijaya di Iseas. NURUL DAYANA SIMANGOON (dayans@sph.com.sg) menyusuri teori tersebut.
SEBELUM kedatangan Islam, ramai menyangka kerajaan Melayu lama di Singapura dan penduduknya menganuti agama Hindu.
Namun, teori seorang sejarawan setempat, Encik Kwa Chong Guan, telah menarik perhatian apabila beliau menyatakan bahawa kerajaan Melayu lama itu mungkin asalnya merupakan penganut agama Buddha.
Ini berdasarkan kajian beliau ke atas enam bab pertama Sejarah Melayu, yang menurutnya mengandungi beberapa unsur agama tersebut.
Buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin, yang tidak asing di kalangan para akademik dan pelajar pengajian Melayu, ditulis oleh Tun Sri Lanang, bendahara Johor, pada 1612.
Encik Kwa membuat kajian ke atas versi Sejarah Melayu milik Sir Stamford Raffles, yang digelar Raffles Malay 18 - versi paling lama yang disusun pada kurun ke-19.
Ia dokumen sejarah penting mengisahkan kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman kerajaan Melayu lama di rantau ini, termasuk di Singapura.
Encik Kwa, daripada Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) Universiti Teknologi Nanyang (NTU), berkata unsur-unsur Buddha itu dipercayai antara bukti Semenanjung Tanah Melayu, termasuk Singapura, mungkin pernah berada di bawah pengaruh agama Buddha sebelum Islam tersebar luas di rantau ini sekitar kurun ke-15.
Ini sekali gus mungkin dapat mengukuhkan lagi teori wujudnya satu kerajaan Melayu lama di Singapura yang membina istana di Bukit Larangan atau Fort Canning Hill sebelum penemuan Singapura moden oleh Sir Stamford Raffles pada 1819.
Kerajaan yang dipercayai didirikan Sang Nila Utama atau digelar Sri Tri Buana pada kurun ke-13 itu dan berterusan selama lima keturunan, dikatakan mungkin mengamalkan agama Buddha Mahayana, yang tersebar luas di rantau Melayu ketika itu.
Encik Kwa, yang juga Ketua Program Luar RSIS, telah menyampaikan hujahnya itu dalam satu seminar The Buddhist Origins of 'Singapura': Re-reading Chapters 1-6 of the Sejarah Melayu (Asal Usul Buddha Singapura: Pengkajian Semula Bab 1-6 Sejarah Melayu).
Ia dianjurkan Pusat Kajian Sejarah Asia, Pusat Nalanda-Sriwijaya, di Institut Pengajian Asia Tenggara (Iseas).
Menjelaskan kajiannya, Encik Kwa berkata meskipun orang Melayu sudah memeluk Islam ketika Sejarah Melayu ditulis, mereka masih dipengaruhi agama Buddha dan Hindu - amalan nenek moyang mereka.
Lantaran itu tidak hairanlah Sejarah Melayu dicampuradukkan dengan pelbagai mitos dan legenda berunsur agama Buddha, Hindu dan pagan, selain Islam.
Antara unsur ketara ialah nama Sri Tri Buana (juga dikenali sebagai Sang Nila Utama) yang dipetik daripada kekata agama Buddha bermaksud 'raja tiga alam' dalam bahasa Sanskrit.
'Penganut Buddha Mahayana percaya seseorang itu boleh dilahirkan dalam tiga alam - arapudhatu atau alam tertinggi yang penghuninya telah mendapat petunjuk, rupadhatu atau alam pertengahan yang belum mendapat petunjuk, dan kamadhatu atau alam terbawah yang tidak mendapat petunjuk.
'Oleh itu gelaran raja tiga alam itu menunjukkan penulis Sejarah Melayu mungkin telah memaparkan Sang Nila Utama sebagai penjelmaan semula dewa Buddha mazhab Mahayana, Avalokitesvara. Ini memandangkan pengaruh kuat agama tersebut di Nusantara sebelum ketibaan Islam,' ujar beliau, yang juga mantan pengarah Muzium Negara.
Menurutnya, tujuan Sejarah Melayu ditulis mungkin berunsur politik - bagi memberikan raja-raja Melayu hak dari segi moral dan agama untuk terus bertakhta dengan mendakwa diri mereka keturunan dewa-dewi serta mempunyai kuasa sakti atau daulat.
Satu lagi unsur Buddha yang diketengahkan Encik Kwa, juga salah seorang penulis buku Singapore: 700 Year History, adalah asal usul nama Singapura.
Menurut Sejarah Melayu, Sang Nila Utama, raja Bintan yang berpindah ke Temasek, menamakan pulau ini Singapura selepas melihat seekor singa - dianggap satu petanda baik yang membawa tuah. Singapura bermaksud Kota Singa dalam bahasa Sanskrit.
Namun, singa juga merupakan antara simbol penting agama Buddha iaitu lambang kerajaan, kekuatan dan kekuasaan Buddha.
Malah, terutama dalam amalan Buddha Tibet, Buddha biasanya dipaparkan sebagai menduduki takhta atau singgahsana berbentuk singa. Ajaran Buddha juga kadangkala digelar 'ngauman singa'.
'Avalokitesvara dikenali sebagai dewa yang mempunyai 'Takhta Singa' atau Sinhasana dalam bahasa Sanskrit. Oleh itu, mungkin kisah asal usul nama Singapura itu sebenarnya melambangkan pulau itu sebagai pilihan utama Sri Tri Buana, iaitu penjelmaan semula dewa Buddha bagi 'Takhta Singa' beliau,' ujarnya.
Kontrak sosial antara raja Palembang, Sang Sapurba, yang mewakili raja Melayu dan ketua menteri, Demang Lebar Daun, yang mewakili rakyat, dalam bab kedua Sejarah Melayu juga mungkin berunsur Buddha.
Diriwayatkan Demang Lebar Daun telah menawarkan anaknya, Wan Sendari, kepada Sang Sapurba sebagai isteri dengan syarat raja menepati satu waad (perjanjian) agar anaknya terselamat daripada penyakit kulit yang melanda semua isteri Sang Sapurba (akibat kuasa sakti).
Sang Sapurba pula meminta agar rakyat tidak sesekali menitikkan darah raja ke bumi, walau raja Melayu jahat dan zalim pekertinya.
Beliau berkata barang siapa tidak menetapi perjanjian itu, maka 'dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas'.
Teori kontrak sosial seperti itu, kata Encik Kwa, mungkin wujud dalam kitab Buddha digelar Digha Nikaya, di bahagian Agganna Suttanta.
Satu lagi unsur Buddha ialah upacara bersiram, yang dikisahkan dalam bab kedua Sejarah Melayu.
Diriwayatkan, setelah Sang Sapurba mengahwini Wan Sendari, satu 'panca persada (tempat bersiram) tujuh pangkat, lima kemuncaknya... bekas air mandi sekaliannya emas berpermata' telah ditukangi.
Selepas genap 40 hari dan 40 malam 'makan minum bersuka-sukaan, pasangan suami isteri itu diarak tujuh kali berkeliling panca persada itu dan dimandikan'.
Menurut Encik Kwa, upacara itu serupa dengan upacara bersiram yang diamalkan penganut Buddha mazhab Tantrik bagi menyucikan diri, digelar kalas abhiseka.
17 Jul 2010
SINGAPURA
Kajian atas arca dan batu bersurat perkuat teori kewujudan agama Buddha
SELAIN kajian yang dibuat terhadap enam bab pertama buku Sejarah Melayu, kajian arkeologi turut membuktikan bahawa kerajaan Melayu lama di Singapura pernah berada di bawah pengaruh agama Buddha.
Pakar sejarah dan kaji purba, Profesor Madya Dr John Miksic, berkata 90 peratus daripada arca dan batu bersurat purba yang ditemui di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera berasal daripada agama Buddha.
Menurutnya, hanya 10 peratus sahaja daripada penemuan tersebut berasal daripada agama Hindu, sekali gus membuktikan bahawa teori yang diajukan sejarawan setempat, Encik Kwa Chong Guan, kemungkinan adalah benar.
Dalam seminarnya baru-baru ini, Encik Kwa berkata kerajaan Melayu lama Singapura dan penduduknya mungkin asalnya beragama Buddha, berdasarkan kajian beliau terhadap bab pertama hingga keenam teks Sejarah Melayu karya bendahara Johor, Tun Sri Lanang.
Ini kerana beliau menemui unsur-unsur agama Buddha dalam versi teks Sejarah Melayu milik Sir Stamford Raffles, Raffles Malay 18 - versi paling lama disusun pada kurun ke-19.
Dr Miksic memberikan beberapa contoh artifak yang membuktikan kewujudan pengaruh Buddha.
Antaranya batu bersurat ditulis dalam bahasa Sanskrit dengan skrip purba Devanegari kurun ke-10, yang ditemui di Pulau Karimun, sekitar 30 kilometer dari Singapura. Ia masih terdapat di sana.
'Tulisan di permukaannya menyatakan ia ditulis penganut agama Buddha Mahayana. Ia ditulis dalam zaman Kerajaan Sriwijaya, kerajaan Melayu silam beragama Buddha Mahayana yang berkuasa dari kurun ke-7 hingga ke-13,' ujarnya.
Kerajaan Sriwijaya berpusat di Palembang dan pengaruhnya tersebar luas hingga ke seluruh Indonesia, Malaysia dan Filipina.
Ia banyak dipengaruhi budaya India - pertama budaya agama Hindu, diikuti agama Buddha, yang diperkenalkan di sana pada 425 Masihi.
Menurutnya, nama Sri Tri Buana, pengasas Singapura purba, adalah istilah agama Buddha yang biasa digunakan pada kurun ke-14.
'Sebuah kitab Buddha bahasa Thai daripada kurun ke-14 yang mengisahkan tentang takdir berjudul Doktrin Trai Phum atau Doktrin Tri Buana dalam bahasa Sanskrit. Seperti yang dikatakan Encik Kwa, Tri Buana bermaksud tiga alam yang dipercayai wujud dalam agama Buddha.
'Nama-nama empat raja Melayu pertama memerintah Singapura lama (Sri Tri Buana, Paduka Sri Pikrama Wira, Sri Rama Wikerma, Paduka Seri Maharaja) juga bukan nama Islam,' ujar pensyarah Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Nasional Singapura (NUS) itu.
Menurut beliau, keramat Iskandar Shah di Fort Canning juga kemungkinan besar sebuah candi Buddha.
'Tidak mungkin beliau dikebumikan di sini kerana beliau menjadi sultan di Melaka dan meninggal dunia di sana sekitar 1413. Malah, keramat tidak semestinya menempatkan kubur. Ia juga boleh jadi tempat memuja, tempat bertafakur dan lain-lain lagi,' ujar beliau, yang mengetuai penggalian arkeologi pertama di Singapura pada 1984.
Malah, penghuni Singapura berbangsa British pertama, John Crawford, juga pernah mencatatkan bahawa terdapat saki-baki candi dan biara Buddha di Fort Canning.
Menurut Dr Miksic, agama Buddha dibawa ke rantau Melayu oleh pedagang dan kelasi Melayu yang menjelajah ke negeri India.
Katanya, pada kurun kelima, sesetengah orang Melayu di Kedah dan Patani menjadi penganut Buddha - terbukti daripada inskripsi Buddha yang ditemui di selatan Kedah dan Seberang Perai di Pulau Pinang.
Pada kurun ke-7 pula, kerajaan Sriwijaya memeluk agama Buddha Mahayana. Agama Buddha mungkin tersebar ke sana dari rantau Bihar, timur laut India, tempat terletaknya biara Nalanda.
'Sriwijaya adalah antara tempat utama bagi pembelajaran agama Buddha ketika itu. Selain guru-guru India, sami Buddha berbangsa Benggali, Atisha, serta sami Cina, Yijing, juga belajar di sana sebelum meneruskan perjalanan ke India untuk belajar di biara Nalanda.
'Malah, orang Melayu dulu kala juga yang merintis jalan perdagangan jarak jauh merentasi Lautan Hindi. Penghuni pertama Madagascar pada kurun ke-5 juga bukan orang India atau Afrika, tetapi orang Melayu,' kata beliau.
17 Jul 2010
SINGAPURA
Kisah dan cara buku ditulis banyak dipengaruhi unsur Islam
TEORI sejarawan setempat, Encik Kwa Chong Guan, yang menyatakan bahawa kerajaan Melayu lama Singapura mungkin menganuti agama Buddha berdasarkan unsur-unsur agama itu yang terdapat dalam buku Sejarah Melayu mungkin kurang tepat, kata pakar sastera Melayu yang juga Penolong Profesor Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Jan Van Der Putten.
Ini kerana buku itu sebenarnya adalah teks berunsur agama Islam kerana sebahagian besar kisah yang terkandung di dalamnya dan cara ia ditulis dipengaruhi budaya Islam.
Meskipun buku itu mengandungi unsur Buddha, Hindu, animisme dan pagan, terutama dalam enam bab pertama, ia lebih banyak dipengaruhi unsur Islam kerana ditulis pada zaman Kesultanan Johor - kerajaan Islam.
Malah, buku yang disusun dan ditulis bendahara Johor, Tun Sri Lanang, pada 1612 itu mula ditulis dalam zaman Kesultanan Melaka, juga kerajaan Islam.
Menurut Dr Van Der Putten, pengaruh kuat agama Islam dalam Sejarah Melayu jelas terbukti dalam prolognya.
'Sejarah Melayu dimulakan dengan bacaan bismillah, puji-pujian kepada Allah, syahadat, serta pujian dan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad saw,' ujarnya.
Malah, ia juga diberi nama Sulalatus Salatin oleh pengarangnya, yang bermaksud pertuturan atau salasilah segala raja dalam bahasa Arab.
Keseluruhan buku itu juga ditulis dalam Jawi, cara penulisan yang diubah suai daripada bahasa Arab - bahasa perantaraan kaum Islam sejagat.
Dr Van Der Putten menambah meskipun unsur-unsur kepercayaan orang Melayu purba seperti Buddha dan Hindu dicampuradukkan dalam Sejarah Melayu, ia telah disesuaikan kepada konteks agama Islam oleh pengarangnya.
Beliau memberikan contoh 'kontrak sosial' antara ketua menteri Palembang, Demang Lebar Daun, dengan raja Palembang, Sang Sapurba, dalam bab kedua buku itu.
Demang Lebar Daun sebagai wakil rakyat meminta raja Melayu agar tidak memberi aib kepada rakyat. Sang Sapurba pula meminta rakyat agar tidak sesekali menitikkan darah raja ke bumi dan menderhaka sekalipun raja berbuat zalim.
Menurut Encik Kwa, kontrak sosial seperti itu mungkin tercatat dalam kitab Buddha, Digha Nikaya, tetapi Dr Van Der Putten berpendapat bahawa kontrak sosial itu menggambarkan undang-undang syariah Islam.
Dalam bab keenam, kerajaan Singapura ditimpa 'bala' dan binasa diserang Majapahit. Katanya, senario tersebut menggambarkan azab daripada Tuhan yang menimpa negeri itu - akibat raja tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan bertindak zalim ke atas rakyat.
Malah, bendahara Singapura, Sang Rajuna Tapa, yang menderhaka kepada raja dan negeri sendiri, juga bertukar menjadi batu.
Menurutnya, meskipun beliau tidak pasti sama ada konsep kontrak sosial itu berasal daripada agama Buddha, beliau berpendapat konsep tersebut dan hukuman yang menimpa sesiapa yang tidak mematuhi raja adalah sesuatu yang lebih universal daripada agama Buddha.

Usah biar bahasa kita terkubur
19 Jul 2010
EKSTRA!
BICARA BAHASA
Usah biar bahasa kita terkubur
Apakah nasib yang bakal menimpa bahasa Melayu pada generasi baru
Oleh
Roslie Sidik
KEDUDUKAN bahasa Inggeris kini bukan sahaja semakin meningkat tetapi semakin menggugat. Memanglah bahasa Melayu masih terus-menerus mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam masyarakat dan negara kita.
Namun, peningkatan penggunaan bahasa Inggeris kini di kalangan masyarakat kita cukup ketara sehingga terkesan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pilihan di kalangan masyarakat kita sendiri semakin hari semakin terpinggir.
Sesiapa pun tidak dapat menafikan bahawa bahasa Inggeris dilihat sebagai kunci modernisasi dan perkembangan ekonomi dan berfungsi sebagai bahasa pentadbiran, perundangan dan perdagangan.
Bahasa Inggeris juga dianggap sebagai bahasa ilmu dan amat dititikberatkan oleh ibu bapa.
Bahkan, madrasah-madrasah dan institusi-institusi Islam seperti masjid juga telah mula memberikan perhatian khusus dalam penggunaan bahasa Inggeris.
Di Singapura, masyarakat kita, khususnya generasi muda sudah mula tidak rasa canggung mendengar penyampaian khutbah dan mempelajari kelas agama dalam bahasa Inggeris.
Namun, persoalannya apakah nasib yang bakal menimpa bahasa kita, bahasa Melayu yang kita cintai, khususnya bagi generasi muda dan generasi baru yang akan datang. Apakah bahasa Melayu juga akan terkubur tanpa nisan dan mengalami nasib yang sama seperti bahasa Sanskrit yang pupus ditelan masa. Dalam keghairahan pejuang bahasa dan budaya yang sentiasa mendabik dada dan melaungkan kalimat 'Takkan Melayu hilang di dunia', kita sering menganggap bangsa Melayu tidak mungkin akan lenyap di muka bumi ini.
Tetapi apakah pernah kita terfikir bahawa mungkin benar bangsa Melayu itu tidak akan pupus, tetapi mampukah bahasanya juga kekal selama-lamanya.
Sekiranya Sanskrit itu sejarah silam dan kita beranggapan bahawa hal itu tidak akan terjadi kepada bahasa Melayu dalam konteks moden ini, mungkin kita harus rujuk dan pelajari daripada masyarakat Saraguros di Lagunas, Ecuador.
Masyarakat Saraguros merupakan masyarakat bilingual yang menuturkan bahasa Quechua (bahasa natif mereka) serta bahasa Sepanyol. Hornberger dan King (1996) dalam kajiannya tentang bahasa Quechua mendapati bahawa bahasa itu sedang mengalami proses kematian disebabkan rata-rata anak-anak kecil dalam komuniti tersebut hanya mampu menuturkan bahasa Sepanyol.
Tidak usah pergi jauh, mungkin kita hanya perlu mengenang semula nasib bahasa etnik kita sendiri, seperti bahasa Jawa dan Bawean yang suatu ketika dulu digunakan dengan sebaiknya oleh kelompok masyarakat itu sendiri, kini hanya tinggal kenangan.
Bahasa etnik di Singapura telah lama mati dan sekadar menunggu masa dikuburkan di pusara abadi kerana hampir keseluruhan generasi muda di Singapura sudah tidak lagi mampu menuturkan bahasa itu.
Ke mana arahnya nasib bahasa kita bukan sahaja terletak di atas bahu setiap tokoh pejuang dan pencinta bahasa dan budaya, bukan juga pada pihak pemerintah, pengajian tinggi, sekolah ataupun persatuan bahasa dan budaya semata-mata. Setiap individu memainkan peranan dalam memastikan pengekalan bahasa Melayu kerana sesuatu bahasa akan mati jika sudah tiada lagi penutur naratifnya.
Bahkan sarjana seperti Greenberg (1965) beranggapan bahawa 'salah satu faktor utama dalam pengekalan bahasa ialah keupayaan dan kemahuan ibu bapa itu sendiri dalam menyampaikan bahasa ibundanya kepada anak-anak'.
Tentulah amat membimbangkan jika si ibu pada hari ini memilih untuk mendodoi anak mereka hanya dengan alunan lagu nursery rhymes daripada lagu-lagu Melayu yang sedia ada.
Pasti membimbangkan juga apabila si anak mula membesar dan secara alamiah lebih bijak dan selesa mengira dalam bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu.
Turut membimbangkan lagi apabila si anak mula mengigau dan dalam igauan atau mimpi mereka, mereka berkata-kata dalam bahasa Inggeris.
Tentu ada juga datuk dan nenek yang mulutnya melopong apabila mendengar si cucu lebih fasih membaca doa makan dan menghafal doa solat dalam bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu.
Sedikit masa dahulu, hal-hal sebegini jarang sekali ditemui tetapi sekarang inilah realitinya.
Memang sukar untuk dinafikan bahawa bahasa Inggeris yang dilihat sebagai lebih berprestij sering mendapat tempat yang lebih istimewa dan semakin mengambil alih peranan bahasa Melayu secara sedar ataupun tanpa kita sedari.
Di Singapura, proses pengalihan bahasa dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris memang telah pun berlaku.
Menerusi bukunya Bahasa Melayu Di Singapura: Pengalihan dan Pengekalan (2003), Dr Roksana Bibi, seorang Penolong Profesor, Jabatan Bahasa dan Budaya Melayu, Institut pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, berkata bahawa 'pengalihan ke bahasa Inggeris ini membayangkan sikap utilitarian dan pragmatik komuniti masyarakat Melayu yang mempunyai daya saing yang tinggi dalam pelbagai bidang, terutamanya pendidikan dan ekonomi'.
Tambah Dr Roksana lagi, tanpa usaha yang sungguh-sungguh, bahasa Melayu akan menjadi hanya sebagai satu pengetahuan yang dimiliki oleh masyarakat Melayu sahaja dan 'dari segi realitinya, bahasa Melayu tidak akan mungkin digunakan langsung jika tiada keperluan'.
Kita seharusnya sedar dengan hakikat bahasa yang melanda masyarakat kita dan bergerak ke arah usah-usaha untuk memperbaikinya.
Tiada sesiapapun yang sesekali menafikan kepentingan bahasa Inggeris ataupun meremehkan penggunaannya.
Tetapi sewajarnya dalam keghairahan kita menggunakan bahasa Inggeris yang sering dilihat sebagai bahasa sedunia, wajar juga kita terus-menerus berusaha ke arah memartabatkan bahasa Melayu agar bahasa Melayu terus kekal relevan. Akhir kata 'Bahasa Kita, Gunakanlah'.
Nota: Penulis ialah seorang pendidik

Sunday, July 11, 2010
sikap orang melayu terhadap bahasa sendiri
14 Jun 2010
KOMENTAR
Sikap orang Melayu terhadap bahasa sendiri
Oleh
Muhd Firdaus Rahmat
BULAN Bahasa bakal berlangsung kurang dua minggu lagi. Mungkin wajar kita meninjau sikap sebenar orang Melayu, terutama generasi mudanya, pada bahasanya.
Keupayaan pelajar berbahasa ibunda dengan fasih menuntut pendedahan yang luas daripada masyarakat yang menuturkan bahasa itu.
Adakah masyarakat Melayu bersedia menyediakan pendedahan yang dikehendaki atau masih kurang yakin terhadap bahasa sendiri?
Menurut ahli falsafah Yunani Purba, Plato, sikap boleh dibahagikan kepada tiga komponen iaitu komponen kognitif, afektif dan kesediaan untuk bertindak. Komponen kognitif berkait rapat dengan persepsi dan pemikiran manakala komponen afektif pula bersangkut paut dengan perasaan dan emosi seseorang terhadap sesuatu perkara.
Kedua-dua komponen kognitif dan afektif tidak semestinya sealiran dalam diri seseorang individu itu. Misalnya, seseorang itu mungkin berasa cinta terhadap bahasanya tetapi berpendapat bahawa bahasanya itu tidak relevan dalam zaman sekarang. Ketidakharmonian kedua-dua komponen inilah yang membentuk sikap negatif sesebuah masyarakat (termasuk ibu bapa, pelajar, guru) boleh kita tinjau dan membuktikan hakikat ini.
SIKAP IBU BAPA
Terdapat dua kumpulan ibu bapa Melayu: pertama, yang menuturkan bahasa Melayu di rumah; dan kedua, ibu bapa yang berbahasa Inggeris.
Bagi keluarga yang tidak menuturkan bahasa Melayu di rumah, sikap pesimis terhadap bahasa Melayu begitu jelas sekali. Komponen kognitif lebih memainkan peranan di sini berbanding komponen afektif.
Walaupun terdapat juga perasaan cinta terhadap bahasa Melayu, suasana dalam dunia pekerjaan yang dialami ibu bapa membentuk tanggapan bahawa bahasa Inggeris lebih dititikberatkan daripada bahasa Melayu.
Di Singapura, bahasa Inggeris diangkat sebagai bahasa kerja (working language). Ibu bapa percaya penakatan hidup di Singapura memerlukan penguasaan bahasa Inggeris. Justeru ibu bapa akan menggalakkan pertuturan bahasa Inggeris di rumah untuk menyesuaikan dan melengkapkan diri anak- anak mereka dalam menghadapi arus kemodenan yang semakin mencabar.
Bagi sesetengah ibu bapa yang masih berbahasa Melayu di rumah pula, mereka mengganggap mata pelajaran bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran yang mudah atas alasan bahasa itu memang diamalkan seharian. Walhal, ibu bapa sedemikian tidak sedar bahawa bahasa di rumah berbeza dengan bahasa baku di sekolah.
Tiada latihan disediakan di rumah untuk membolehkan pelajar menerapkan ilmu yang diperolehinya. Tumpuan dan penekanan hanya diberikan kepada mata pelajaran yang dianggap lebih mencabar seperti sains dan matematik. Golongan yang dituding untuk menerapkan semangat cintakan bahasa Melayu tidak lain tidak bukan ialah golongan guru.
SIKAP GURU
Guru bahasa Melayu seringkali dilihat sebagai tunggak kedaulatan bahasa Melayu. Merekalah pendidik dan mereka jugalah pejuang bahasa. Namun, adakah kesemua guru bahasa Melayu berkongsi matlamat yang sama ke arah memartabatkan bahasa Melayu?
Sayangnya, tidak begitu hakikatnya. Ada sesetengah guru itu melihat tanggungjawab mengajar bahasa Melayu sebagai kerjaya semata-mata, bukan kerana cinta dan minat yang mendalam terhadap bahasa itu. Kerjaya guru yang sememangnya agak lumayan itu menarik minat golongan ini untuk menceburi bidang tersebut. Lebih-lebih lagi mata pelajaran bahasa Melayu lebih mudah diajar berbanding mata pelajaran yang lain.
Apa yang diajarnya merupakan kandungan dalam buku-buku teks sematamata. Sikap sedemikian boleh menghambat penyampaian nilai-nilai murni yang kaya dalam bahasa Melayu. Pengajaran bahasa Melayu memerlukan golongan pendidik yang tinggi ilmunya tentang budaya Melayu kerana bahasa adalah lantunan budaya masyarakat tersebut.
SIKAP MURID
Golongan pelajar merupakan golongan yang paling penting kerana pada golongan inilah yang diukur tahap kecekapannya. Kejayaan atau kegagalan kurikulum bahasa ibunda bergantung pada prestasi golongan ini.
Prestasi yang cemerlang tidak boleh diperolehi tanpa sikap yang positif terhadap bahasa Melayu. Kebanyakan pelajar merasakan bahawa bahasa Melayu hanya diperlukan sewaktu mata pelajaran bahasa Melayu dan ketika berbual dengan guru bahasa Melayu sahaja.
Di luar mandala itu, bahasa Melayu sudah tiada ruang dalam kehidupan mereka. Pergaulan mereka dengan rakanrakan berbilang bangsa lain memungkinkan penggunaan bahasa Inggeris yang lebih kerap. Sementelahan bahasa pengantar bagi mata pelajaran di sekolah yang merupakan bahasa Inggeris telah membuat murid-murid lebih terdedah kepada bahasa tersebut.
Hasilnya, perolehan kosa kata bahasa Inggeris lebih banyak berbanding kosa kata bahasa Melayunya. Apabila berbual, lebih terpacul kekata Inggeris daripada pelajar Melayu.
Situasi di atas merupakan salah satu contoh bagi komponen sikap yang ketiga iaitu tindak balas terhadap keadaan sekeliling. Mereka merasakan memadai untuk menggunakan satu bahasa sahaja tanpa mengambil kira penutur yang diajak berbual.
Apa yang menyedihkan ialah ada segelintir pelajar Melayu yang menaruh perasaan jelek terhadap bahasa ibundanya. Masalah sosial yang menghantui masyarakat Melayu sekali gus mencerminkan martabat bahasa Melayu. Hanya orang Melayu yang tidak berpendidikan tinggi atau yang terlibat dalam samseng jalanan akan menggunakan bahasa Melayu.
Hal ini menunjukkan bahasa itu boleh melambangkan identiti penuturnya. Dengan berbahasa Inggeris, golongan terpelajar ini menyangka diri mereka berada di tahap yang lebih tinggi dan berprestij.
Lagi menghairankan, ada pelajar 'elit' bahasa Melayu berasa canggung dan malu untuk berbahasa Melayu. Sayangnya, harapan memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu yang disandarkan pada golongan sedemikian bak indah khabar dari rupa sahaja.
Sikap masyarakat
Gerakan badan Melayu seperti mesyuarat di masjid, pertubuhan sehinggalah kalangan elit Melayu seperti doktor sehinggalah usahawan perlulah menonjolkan penggunaan bahasa Melayu yang elok. Kelak ini akan menjadi penyedar dan petunjuk kepada anak muda kita, termasuk pelajar, agar berasa bangga akan bahasa ibundanya.
Kesimpulannya, apa pun sikap yang terbuku dalam jiwa masyarakat kita, masih belum terlambat bagi setiap individu untuk sedar akan kepentingan bahasa ibundanya. Bahasa sebagai identiti bangsa bukanlah 'alat' semata-mata seperti mana yang ramai sangkakan.
Di dalam bahasa ibunda tersirat nilai-nilai moral dan adab yang harus ada dalam sahsiah setiap individu. Weltanschauung atau pandangan masyarakat yang menyeluruh dapat ditelusuri melalui bahasanya. Janganlah Bulan Bahasa sekadar kempen saja, sedang bangsa kita hanya tinggal pada nama sahaja.
Nota: Penulis kini mengikuti program Sarjana Muda Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

guru bahasa melayu
27 Jun 2010
FORUM
Cara bina prestasi guru bahasa Melayu
ISU penguasaan bahasa ibunda yang kian merosot dalam kalangan pelajar Melayu bukanlah soal baru atau memeranjatkan. Saya sudah melihat keadaan ini sebelum saya mula menjadi guru bahasa Melayu lebih tujuh tahun lalu.
Saya masih berhadapan dengan pelajar yang menghadapi kesukaran dalam usaha mereka menguasai bahasa Melayu. Izinkan saya berkongsi pengalaman.
Pertama-tama, saya berpendapat kebanyakan pelajar yang berbangsa Melayu tidak melihat faedah di sebalik mempelajari bahasa Melayu kerana orang di sekeliling mereka tidak dapat menunjukkan kepada mereka faedah itu. Pendek kata, tidak ada contoh teladan bagi mereka.
Ibu bapa, sebagai guru terawal setiap insan, seharusnya menunjukkan teladan dalam menekankan peri penting menimba ilmu termasuk ilmu perhubungan (komunikasi) termasuk bahasa.
Saya sedar ada ibu bapa yang menunjukkan sikap tidak menghormati guru bahasa Melayu kerana memandang rendah kedudukan bahasa Melayu di sini.
Selain itu, ada ibu bapa yang tidak menggunakan bahasa Melayu langsung di rumah dalam sembang dengan anak-anak mereka atau mencampuradukkan bahasa Melayu yang paling mudah dan rendah mutunya dengan bahasa Inggeris.
Kedua, kebanyakan pelajar berpendapat guru bahasa Melayu mereka tidak dapat menarik perhatian mereka atau tidak dapat menunjukkan teladan kepada mereka. Bahkan, ada pelajar beranggapan guru bahasa Melayu mereka hanya mahir dalam bahasa Melayu.
Oleh itu, guru bahasa Melayu perlu meningkatkan kemahiran dalam pengajaran bahasa Melayu dengan menggunakan kemudahan teknologi maklumat terkini untuk dapat memancing minat pelajar.
Contohnya, menggunakan YouTube yang menunjukkan kemampuan orang bukan Melayu dari 25 buah negara berpidato dalam bahasa Melayu sebagai wakil negara mereka dalam Peraduan Pidato Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Selain itu, guru bahasa Melayu perlu meningkatkan kemahiran dalam bahasa Inggeris. Kemahiran dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) menempatkan guru bahasa Melayu sebagai insan contoh bagi pelajarnya.
Selain kelas bahasa Melayu, bilakah dan di manakah pelajar Melayu dapat melazimkan diri menggunakan bahasa Melayu yang betul?
Selain akhbar ini, yang dilanggani sejumlah sekolah, adakah lagi bahan bacaan dalam bahasa Melayu yang dibaca pelajar kita?
Kementerian Pendidikan perlu 'turun padang' dan menerima hakikat bahawa latar dan persekitaran penggunaan bahasa Melayu sudah melalui perubahan amat ketara. Oleh itu, diperlukan strategi pengajaran dan pemeriksaan bahasa Melayu yang dapat mencerminkan perubahan itu.
Saya syorkan penekanan diberikan pada kemahiran lisan dalam keadaan berbeza-beza dalam kehidupan sebenar pelajar - daripada peringkat paling rendah (tadika) kepada peringkat paling tinggi (alam pekerjaan).
Kemudian, penekanan diberikan kepada kemahiran penulisan dalam media massa seperti berita di televisyen dan radio, buku, akhbar, majalah, laman Internet, drama, filem dan lagu.
Bagi pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bahasa Melayu, berikan pendedahan dan bimbingan dalam kesusasteraan Melayu.
Bukan mustahil menangani isu kelemahan bahasa Melayu. Pokoknya, kerjasama dan ikhtiar semua pihak secara berterusan dan bersungguh-sungguh amat diperlukan.
Jangan sampai nanti apabila kita ditanya orang bukan Melayu, lidah kita menjadi kelu:
"Wajah dan nama awak menunjukkan awak orang Melayu tetapi mengapa awak tidak boleh bercakap Melayu?"
Tidak malukah kita?
Fazila Hadi

Bahasa Melayu bukan setakat gred di sijil
27 Mei 2010
KOMENTAR
KALAM INSAN
Pastikan bahasa Melayu bukan setakat gred di sijil
Oleh
A. Rahman Basrun
Rakan saya itu bukan calang- calang orang - sangat prihatin tentang pendidikan anak dan perkembangan dalam dunia pendidikan.
Namun, beliau merenung panjang sebelum menjawab:
'Agar anak kita dapat gred yang baik bagi BM di sekolah.'
Saya syak ramai di kalangan kita yang bertanggapan sedemikian: kuasailah BM kerana ia salah satu mata pelajaran di sekolah.
Bahkan, saya syak itulah antara profil ibu bapa yang dimaksudkan tulisan Salim Omar Ismail di akhbar ini Isnin lalu (Periksa sikap sebelum minta Bahasa Melayu disemak, BH, 24 Mei).
Tanggapan sedemikian haruslah diperbetul.
Memanglah saya tumpang gembira pemerintah mengekalkan agregat Bahasa Ibunda (lantas BM) setara Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).
Pun saya akur kalaulah syor tersebut diteruskan, ia boleh menjejas pelajar Melayu yang dikatakan kurang mahir dalam tiga subjek selain Bahasa Ibunda itu.
Namun, saya turut melihatnya secara positif - bahawa sebarang kenaikan agregat bagi Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik sebaliknya boleh mendorong anak Melayu supaya mempertingkatkan kelakonannya dalam ketetiga mata pelajaran itu.
Tiada ertinya kurikulum BM kelak dipertingkat sekiranya pada akhirnya, anak Melayu kita tetap lemah dalam mata pelajaran lain.
Lantaran itu, pendekatan lebih syumul bukanlah mempertingkat pembelajaran BM sahaja, bahkan juga mata pelajaran yang lain.
Biarlah pengajarannya nanti serasi dengan semua pelajar tidak kira apa latar belakang mereka.
Pun saya dapati sepanjang perbahasan perihal Bahasa Ibunda, banyak sungguh hujah tentang mengapa agregat BM harus dikekalkan, tetapi sedikit sangat hujah tentang apa pentingnya kita menguasai bahasa Melayu itu sendiri.
Jika ada pun, hujahnya untuk lulus periksa (sebagaimana jawapan rakan saya tadi) atau memelihara tradisi. Kasihan bahasa Melayu jika peranannya setakat itu.
Kalaulah saya ibu bapa atau pelajar, tampak kurang insentif bagi saya memahiri bahasa Melayu.
Jadi, izinkan saya menyorot sedikit peranannya:
Titian jurang generasi
Ramai warga tua orang kita masih kelu lidah berbicara selain dalam bahasa Melayu.
Kerana itulah, misalnya, khutbah Jumaat masih berbahasa Melayu.
Kerana itulah, Perdana Menteri turut menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan dalam bahasa Melayu.
Kerana itulah, penting bagi generasi muda kita menguasai bahasa Melayu sebagai meniti jurang perhubungan dengan golongan berusia senja.
Bahasa rentas sempadan
Ketika tragedi tsunami dulu, keupayaan berbahasa Melayu di kalangan para pegawai watan ini memudahkan mereka menghulurkan bantuan kepada kawasan-kawasan yang terjejas di Indonesia.
Hakikatnya, Singapura dikelilingi negara jiran yang majoritinya berbahasa Melayu.
Kerana itulah, kepentingan bahasa Melayu dalam jalinan diplomasi dan perniagaan serantau turut diiktiraf menteri-menteri kita.
Bahasa cari makan
Sejak di bangku sekolah lagi, penguasaan dalam bahasa Melayu membantu saya mencari sedikit rezeki menerusi berkarya seperti menulis cerpen dan rencana, di samping bekerja menterjemahkan dokumen Inggeris-Melayu.
Kemahiran bahasa menjadi modal sifar kos sedangkan manfaatnya terasa sehingga ke akhir hayat.
Jati diri
Siapa tidak seronok jika di negeri orang, kita terserempak dengan orang lain yang berbahasa Melayu.
Ia semacam bertemu dengan saudara lama - kemesraan terjalin dengan serta-merta.
Begitulah kesannya bahasa Melayu sebagai sebahagian jati diri yang tiada had sempadan.
Warisan ilmu
Tidak sama penghayatan Al- Quran seseorang yang fasih berbahasa Arab berbanding seseorang yang hanya dapat memahami kitab suci menerusi terjemahannya.
Demikian juga dengan bahasa Melayu berkenaan teks klasik, sastera, keilmuan dan seterusnya.
Penguasaan bahasa Melayu juga membolehkan kita meninggalkan warisan ilmu dalam bentuk dan cara kita sendiri.
Pandangan jagat
Menurut sarjana Benjamin Whorf, bahasa membentuk pemikiran dan emosi lantas tanggapan kita terhadap realiti.
Ertinya, semakin baik kefasihan kita dalam sesuatu bahasa, semakin berkembang dan kukuh personaliti dan keperibadian kita.
Misalnya, lebih banyak peribahasa Melayu yang kita pelajari, lebih banyak nilai dan pedoman yang dapat kita sedari dan semaikan dalam diri.
Maka bahasa bukan setakat kata-kata tetapi rakaman nilai-nilai yang menunggu untuk dicari gali.
Paparan akhlak
Tidak sama bahasa seseorang budiman dengan yang bukan.
Bahasa Melayu jika diperhatikan penuh dengan bahasa budiman sedemikian.
Misalnya, ungkapan 'mohon maaf' dan 'tumpang lalu' lebih lembut dan halus bunyinya daripada 'sori ya', 'excuse me' atau 'panas! panas!' yang sering digunakan di pusat makanan kini.
Akhir kalam, tak kenal maka tak cinta. Usah bataskan kepentingan bahasa Melayu pada gred di sijil saja.

Saturday, July 10, 2010
Kg Glam
28 Jun 2010
KOMENTAR
PANDANGAN
Memartabat Kg Glam pada tempatnya
Oleh
Ayub Johari
SEKIRANYA ditanya: Di manakah jantung peradaban Melayu/Islam Singapura, apakah jawapan anda?
Ini bukan soalan cepu emas bagi mereka yang sudah arif sejarah.
Asal petempatan Melayu utama tidak syak lagi ialah Kampong Glam sehingga Sungai Singapura dan membawa ke Bukit Larangan - tempat raja-raja bersemayam.
Namun, setakat manakah kawasan tradisional ini mendapat tempat dalam kesedaran kita?
Di Kampong Glamlah bermula kehadiran perantau rumpun Melayu dari sejauh Bugis, Jawa, Bawean, Sumatera dan disertai pula kaum India Muslim dan Arab.
Itulah sebabnya Kampong Glam, menurut Hikayat Abdullah, menjadi kawasan Istana atau pentadbiran kesultanan Melayu selepas Singapura dibuka British. Di sini terdapat juga deretan rumah orang kaya Melayu, banglo, percetakan dan toko buku, madrasah, restoran dan sebagainya.
Jadi, Kampong Glam pernah merupakan hab atau pusat untuk menampung kegiatan Islam, bijak pandai dan perniagaan.
Menurut Jamaal Anthony Green dalam bukunya, Our Journey, (terbitan Majlis Ugama Islam Singapura, 2006), Kampong Glam merupakan pusat jemaah haji seNusantara. Tidak hairanlah Kampong Glam juga diberi nama Kampung Kaji (pelat Jawa yang bermaksud haji).
Lazimnya peradaban Melayu/Islam ditandai dengan masjid sebagai pusat ibadah, sosial dan pendidikan. Masjid pertama di Kampong Glam ialah Masjid Sultan yang dibina pada 1824.
Ia kemudian dibina semula pada 1920 dan sebuah bangunan tambahan dibina pada 1993. Masjid ini sejak dahulu ditadbir oleh sebuah pengamanah yang diwakili oleh dua orang daripada masyarakat Melayu, Bugis, Jawa, Arab, India Utara dan India Selatan.
Masjid Hajjah Fatimah, yang terletak di Jalan Sultan, dibina pada 1846 merupakan wakaf Hajah Fatimah, seorang hartawan wanita berasal dari Melaka dan bersuamikan bangsawan Bugis. Anak Allahyarhamah, Raja Siti, berkahwin dengan Syed Abdul Rahman Alsagoff, saudagar Arab yang terkenal.
Masjid Malabar, yang terletak di simpang antara Jalan Sultan dengan Victoria Street, dibina oleh orang India Muslim pada 1918.
Orang Bawean membina masjid di Weld Road, tidak jauh dari Kampong Kapor dinamakan Masjid Bawean. Orang Jawa pula membina Masjid Maaruf di Clyde Street. Kededua masjid ini dirobohkan sekitar tahun 1980-an kerana terlibat dengan pembinaan jalan raya.
Masjid Maaruf dikenal juga dengan Masjid Baru. Ia terkenal dengan kolahnya yang besar untuk berwuduk dan dikenali sebagai masjid yang dipelopori oleh warisan ulama yang terkenal di Singapura. Mereka menjadi imam dan memberi kuliah di masjid ini.
Ia diawali oleh Sheikh Muhammad Suhaimi, pendakwah terkenal dari Jawa. Ia diturunkan kepada anaknya, Allahyarham Sheikh Muhammad Fadlullah Suhaimi, lahir di Kampong Gelam dan mendapat pendidikan di Azhar. Beliau diganti oleh anaknya, Allahyarham Ustaz Taha Suhaimi, juga lulusan Al-Azhar, kemudian diikuti oleh Allahyarham Ustaz Kamil Suhaimi.
Ustaz Kamil pernah menganggotai Jawatankuasa Tertinggi Muis. Beliau berkelulusan Azhar tetapi meneruskan pengajian guaman di England dan membuka firma guamannya sendiri di Singapura.
Hab ilmu ditandai dua madrasah terkenal, Madrasah Aljunied dan Madrasah Alsagoff. Madrasah tersebut bukan sahaja melahirkan ramai asatizah di Singapura dan di rantau ini, malah ramai menjadi pemimpin dan pemuka Islam dan tidak kurang yang menjadi menteri di negara tetangga.
Jawatankuasa Haiah Dakwah Muis pernah menganjurkan beberapa kursus menjadi imam dan bilal di madrasah ini, manakala Perdaus pula menganjurkan kegiatan keagamaan dan kursus rumah tangga di Madrasah Alsagoff.
Dua sekolah Melayu, Kota Raja dan Sekolah Melayu Kampong Gelam, melahirkan ramai guru Melayu, para penggiat seni dan sastera.
Terdapat juga firma-firma percetakan dan penerbit buku yang mengeluarkan buku-buku Melayu, Arab dan agama. Firma percetakan Melayu yang besar seperti Qalam dan Melayu Raya terletak di Geylang. Utusan Melayu di Cecil Street.
Kebanyakan percetakan dan penerbitan Melayu terdapat di Kampong Glam, seperti Royal Press, Ahmadiah Press, Sulaiman Marie, Pustaka Melayu, Harmy dan lain-lain. Hasil tulisan penulis tersohor Melayu seperti Harun Aminurashid sebahagian besar diterbitkan di sini. Mereka juga kerap ditemui di sini baik sebagai pegawai di firma-firma tersebut mahupun melihat hasil tulisan mereka diterbitkan.
Ia dimulakan oleh Munshi Abdullah, yang menulis syair Kampung Gelam Terbakar pada 2 Februari 1847 di sini (lihat Buku Hikayat Abdullah). Oleh kerana api kebakaran sangat besar sampai ke Kampung Jawa dan sekitarnya, menyebabkan gabenor Singapura dan Melaka ketika itu, William J. Butterworth, turut membantu memadamkan api.
Hab perniagaan ditandai dengan rancaknya perniagaan di sini yang menjual segala keperluan khususnya makanan, pakaian, barang-barang kemas, buku-buku, peralatan elektrik, barang-barang keperluan untuk menunaikan haji dan lain-lain.
Kerabat diraja dan orang kenamaan dari negara jiran membeli- belah di sini, terutama pakaian kerana kedai-kedai di Kampung Jawa menjual kain-kain yang halus daripada jenama unggul dari seluruh dunia, termasuk batik tulis yang halus dari Indonesia.
Pada tahun 1950-an, saya masih dapat merasakan suasana yang rancak dan menggembirakan di kawasan ini apabila melihat ramai pelajar daripada empat buah sekolah sama- sama menunggu bas untuk pulang atau melihat-lihat kedai di sekitar kawasan ini.
Kedai buku MIBS sering dikunjungi kerana ia menjual buku-buku Melayu dari negara-negara jiran. Terdapat juga Kampong Gelam Radio dan Syarikat Allwie, yang menjual barang-barang elektrik.
Restoran memang banyak di deretan kedai di sepanjang North Bridge Road dan Kandahar Street. Paling menyeronokkan ialah suasana gerai makanan di sepanjang Jalan Sultan dengan pelbagai sajian etnik Melayu dijual dengan harga yang berpatutan.
Setelah selesai solat Jumaat, kita akan melihat kawasan Kampong Glam dilimpahi oleh jemaah dari lima buah masjid di kawasan ini,
Di Kampong Glam juga, berkumandang orkesta Melayu dan pertubuhan seperti Kesatuan Melayu Singapura diasaskan pada 1926 oleh Mohd Eunos Abdullah dan juga Parti Islam Semalaya (PAS, pembangkang Malaysia) digagaskan.
Para intelek Islam seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy dan ramai lagi sering ke sini, terutama ke rumah nombor 10 Bussorah Street yang menjadi kediaman Osman Kalam, seorang penyiar dan intelek. Rumahnya juga dipanggil 10 Downing Street (sempena kediaman Perdana Menteri Britain).
Oleh itu, wajar sejarah Kampong Glam dibuku dan didokumentasikan dengan teliti oleh Taman Warisan Melayu dan badan-badan Melayu/Islam dengan bantuan Jabatan Sejarah Universiti Nasional Singapura (NUS).
Inilah warisan kita dan di sinilah asal peradaban Melayu/Islam Singapura. Kita akan rugi besar jika tidak melaksanakannya.

Pantun Warisan
1 Jul 2010
EKSTRA!
PANTUN WARISAN
Berbudi dan berbahasa
Luahan mengenang budi menerusi coretan pantun
Oleh
Mohd Ashik
Semarak budaya berjiwa bangsa,
harum kenanga kembang serumpun;
bersempena kita di Bulan Bahasa,
mari bersama melestari pantun.
SEMPENA dengan Bulan Bahasa 2010, saya ingin mengajak anda menilai apa yang tersurat dan tersirat dalam pantun pusaka lama, yang tidak asing lagi didengar di seluruh nusantara kita.
Pantunnya berkenaan dengan budi ikhlas, budi luhur dan curahan budi yang tidak minta dibalas, lantaran kemurnian hati sanubari.
Pantun budi yang saya maksudkan, berbunyi begini:
Pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.
Cuba sama-sama kita analisis, pembayang maksud pantun pusaka tadi.
Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti.
Kalau dikatakan masak sebiji, tentulah pisang yang dibawa belayar itu adalah setandan. Tetapi mengapa sebiji saja yang masak, mengapa tidak semua? Pengertiannya begini, mungkin setandan itu diumpamakan seperti masyarakat ramai yang berbagai budi pekerti dan isi hatinya, dan kalau dikatakan pisang emas, tentunya daripada golongan ningrat atau berada.
Jadi, dalam masyarakat yang ramai itu, ada seorang saja yang baik budi hatinya, yang suka berjasa dan mencurahkan bakti tanpa mengharap balas, sehingga diumpamakan seperti sebiji pisang emas yang masak.
'Dibawa belayar' bermaksud pisang emas setandan itu dibawa mengembara jauh ke rantau orang dan diharapkan jauh perjalanan banyak pandangan, jauh mengembara banyak pula pengalaman.
Harap-harap apabila berada di rantau orang, pandai-pandailah membawa diri, yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan. Apa yang disebutkan tadi, adalah pembayang maksud pantun yang ada kaitannya dengan maksud pantun. Itulah pantun bermutu.
Kini maksud pantunnya pula:
Hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.
Bagi orang yang ditakdir berubah nasib, lantas mewah dan kaya raya harta bertimbun, apa ada pada hutang emas, pasti mudah saja boleh dibayar.
Tetapi hutang budi pula, bagi orang yang benar-benar ikhlas berbudi dan berjasa, tentunya tidak mengharap balas, walaupun si penerima budi itu, mati-matian ingin membalas, namun si pemberi budi itu betul-betul tidak mahu menerimanya, sehinggalah beliau mati atau meninggal dunia.
Jadi si penerima budi tadi akan terus mengenang budi orang sehingga ke mati. Demikian pantun pusaka Pisang Emas Dibawa Belayar, yang mempunyai makna tersirat, lagi bermutu.
Indah menawan halaman kota,
pohon nan rimbun disinar mentari;
setakat ini pertemuan kita,
mohon saya mengundur diri.
Nota: Penulis ialah mantan penyiar dan terkenal dengan gelaran 'Raja Pantun' di radio.

Orang Melayu Penentu Bahasa Melayu
Forum Berita Harian 30 Jun 2010
Orang Melayu penentu bahasa Melayu hidup atau mati
SEMPENA Bulan Bahasa ini, ingin saya mengutarakan pandangan berkaitan penggunaan bahasa Melayu.
Pelbagai cara dan usaha telah dijalankan dan sedang dicari demi melestari bahasa kita dan ia turut melibatkan kenyataan para menteri kita tentang pentingnya bahasa Melayu memandangkan kita tinggal dalam Nusantara Melayu.
Namun, yang paling penting agar bahasa Melayu kekal ialah orang Melayu sendiri tidak segan menggunakannya pada setiap peluang yang ada, termasuk dalam majlis, seminar dan forum yang dihadiri orang Melayu.
Banyak penganjur memberi alasan bahawa ini payah dilakukan kerana sebilangan hadirin majlis-majlis tersebut bukan Melayu atau tidak fasih berbahasa Melayu.
Tetapi saya mendapati ada juga orang Melayu yang tidak mahu bertutur dalam bahasa Melayu kerana segan, tidak fasih atau menganggap bahasa itu agak kuno.
Sebaliknya, saya mengamati ramai aktivis akar umbi Cina menggunakan bahasa Mandarin tatkala berbincang dan bermesyuarat sedangkan ramai daripada mereka berpendidikan tinggi.
Mereka tidak segan menggunakan bahasa itu.
Kini tiba Bulan Bahasa dan banyaklah persatuan menganjur pelbagai acara dan kegiatan demi merancakkan suasana sempena kempen bahasa itu.
Ramai pemimpin menyatakan perlunya dikekalkan penggunaan bahasa Melayu, tetapi sayangnya dan selalunya apabila Bulan Bahasa berakhir, entah ke mana tekad dan semangat kita untuk menghidupkan bahasa Melayu.
Jika kita sendiri tidak ambil peduli akan bahasa kita, saya bimbang bahasa ini boleh terkubur seperti lenyapnya sekolah Melayu.
Ini telah berlaku pada banyak bahasa nenek moyang kita, seperti Jawa, Bawean, Minang, Bugis dan sebagainya, dengan ramai golongan muda kita tidak lagi tahu bahasa asal masing-masing.
Apakah kita mahu bahasa Melayu terus kekal? Tepuk dada tanya selera.
Haji Diman Ahadi

Dwibahasa - Taufik Batisah
Ekstra: 02 Jul 2010
Duta Minggu Ini
Resipi Dwibahasa
Taufik: Jangan Segan Bertanya Untuk Perbaiki Silap Kata
BAHASA UTUH: Taufik Batisah mahu penguasan bahasanya, baik bahasa Melayu mahupun Inggeris, sama-sama utuh. Kita akan lebih mudah mendekati orang jika penguasaan bahasa kita baik, katanya.
Belakang parang diasah lagikan tajam. Usah mudah mengaku kalah jika terasa pelat atau tidak lancar bertutur dalam bahasa Melayu. Itulah prinsip peribadi penghibur dan Idola Singapura yang pertama, Taufik Batisah, selaku salah seorang daripada lapan Duta Bahasa yang dipilih untuk melestarikan bahasa dan menggalakkan penggunaannya di kalangan masyarakat sekeliling. Ikuti temu bual bersamanya.
MINDANYA sudah fokus untuk berbahasa Melayu sedaya upaya apabila berdepan dengan wartawan Malaysia, baru-baru ini.
Namun, Taufik Batisah dipelawa pula menghadiri program sembang pagi dalam bahasa Inggeris. Yang lucunya, meskipun selalu berbahasa Inggeris, Idola Singapura itu mendapati beliau terus 'kaku membeku' untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan sebab awal sebelum itu terpahat di ingatannya ialah kata-kata indah dalam bahasa Melayu.
'Sejak daripada peristiwa tersebut, Taufik menyedari bahawa kita harus bersedia dalam apa jua keadaan untuk beralih bahasa mengikut keperluan.
'Kalau diminta bertutur dalam bahasa Melayu, usahakan bertutur dalam bahasa Melayu yang lengkap lagi fasih. Begitu juga apabila berbahasa Inggeris. Usah dicampuradukkan.
'Penguasaan bahasa kita, baik bahasa Melayu mahupun Inggeris, mesti sama-sama utuh. Kita akan lebih mudah mendekati orang jika penguasaan bahasa kita baik,' ceritanya ketika ditemui di majlis pelancaran Bulan Bahasa 2010 di The Pod, bangunan Perpustakaan Negara, Sabtu lalu.
Taufik yang berbual lancar dengan hanya beberapa patah perkataan Inggeris disebutkan sepanjang interviu lebih 20 minit itu, terharu bercampur gementar dipilih sebagai salah seorang Duta Bahasa - usaha sulung yang diusulkan Jawatankuasa Bulan Bahasa 2010, dalam mencari contoh penyebar bahasa Melayu yang boleh diteladani masyarakat.
'Bahasa Melayu Taufik bukan 100 peratus sempurna. Kadang nak fikirkan terjemahan perkataan dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu pun terpinga-pinga. Namun, bagi Taufik, ini adalah amanah yang akan Taufik jalankan untuk menggalak remaja sekarang berbahasa Melayu tanpa mencampuradukkannya dengan bahasa Inggeris.
'Diharapkan dengan adanya Bulan Bahasa, remaja kita dapat semarakkan minat pada bahasa ibunda sebab merekalah penyambung warisan. Remaja harus sedari bahawa memperjuangkan bahasa Melayu adalah tanggungjawab kita bersama. Kalau tidak orang Melayu yang melakukannya, siapa lagi?' ujar beliau dengan penuh semangat dan dedikasi.
Penguasaan bahasa Melayu beliau, kata Taufik, berada di tahap sederhana. Sewaktu menuntut di Sekolah Menengah Jurong, beliau lulus dalam bahasa Melayu tetapi hanya mencapai di dalam lingkungan gred B.
'Kalau berbual pun, dalam bahasa pasar. Sekarang ini, nak usahakan berbual secara formal. Kata orang, bahasa Johor-Riau. Apa yang penting, Taufik ingin orang ramai akur bahawa biarpun tidak sempurna pertuturan atau penulisan mereka, minat dan kemahuan untuk tekankan penggunaan bahasa Melayu merupakan semangat yang harus dibangkitkan,' jelasnya.
Taufik mendapati bahasa Melayu itu suatu aset dan berfaedah bagi kerjayanya sebagai penghibur, pencipta lagu dan penulis lirik. Sebabnya, dengan penguasaan bahasa Melayu yang mantap, lirik lebih menarik dapat dihasilkan.
BANYAK PERCUBAAN DAN KESILAPAN
Irama lagu tema Bulan Bahasa, Bahasa Menjunjung Budaya, didendangkan Taufik dengan penuh kesyahduan diiringi petikan gitar bak satu persembahan flamenco di Sepanyol. Beliau mengambil masa yang agak lama, mencuba dan membuat kesilapan sepanjang proses menggubah semula lagu tersebut di dalam dua versi - salah satu daripadanya lebih rancak dan membangkitkan keinginan untuk menari.
'Irama lagu tersebut macam lagu raya atau lagu keramaian! Emak Taufik sendiri mendengarnya dan bertanya mengapa lagunya sebegitu? Macam lagu raya. Lantas, Taufik menjelaskan bahawa semangat meriah itulah yang ingin ditonjolkan dalam lagu ini.
'Dua irama disiapkan sebab versi yang lebih rancak seperti muzik dansa itu sesuai untuk remaja. Bagaimanapun, secara peribadi, Taufik cuba sematkan ciri-ciri tradisional dan moden untuk dapatkan keseimbangan. Diharapkan semua orang dapat menikmatinya. Yang lebih penting liriknya untuk diamati,' kata Taufik lagi.
Mengarang lirik-lirik dalam bahasa Melayu merupakan satu latihan bagi Taufik yang belajar sendiri cara merangkaikan kata-kata dalam bahasa Melayu untuk dijadikan lagu.
'Apabila kita belajar sendiri, masalahnya, apabila kita salah pun kita tidak tahu. Jadi, kita tidak harus segan untuk meminta tolong. Kalau terlalu segan, kita juga yang rugi.
'Taufik banyak tanya abang, ibu dan juga teman-teman yang bukan dalam industri muzik tetapi memiliki penguasaan bahasa Melayu yang baik. Hasilnya memuaskan dan di akhir proses penciptaan, rasa bangga yang Taufik mampu melakukannya,' tambahnya, keceriaan jelas terbayang.
Pokoknya, dalam menggarap penguasaan bahasa Melayu, seseorang itu tidak harus mudah berkecil hati dengan kritikan orang lain, tambah Taufik yang akan menjayakan muzikal Fried Rice Paradise sebagai Johan, pemuda yang suka menolong orang dan senang dijadikan kawan.
'Latihan penting. Satu cara yang Taufik amalkan ialah sebutkan dengan kuat dan secara lisan apa yang kita baca dalam buku atau surat khabar. Kalau kita amalkan pembacaan sebegini, kita akan ingat sebutannya. Kita tahu penggunaannya dan ada idea untuk terapkan dalam perbualan kita. Berbual dengan teman-teman dalam bahasa Melayu juga satu latihan,' jelasnya.
*********************
APA KATA TAUFIK...
Perkataan Melayu baru yang dipelajari...:
'Penggugah' dan 'pernatar' di dalam lagu tema Bulan Bahasa, Bahasa Menjunjung Budaya. 'Penggugah' bererti pembangkit dan pernatar adalah akronim bagi naik taraf.
Perkataan Melayu yang sering digunakan:
'Usah' sering digunakan dalam penulisan lirik. Taufik tidak gunakan 'jangan' sebab usah lebih manis didengar.
Subscribe to:
Posts (Atom)