Tuesday, August 18, 2009
Negara/ Kebangsaan
KOMENTAR
E-MEL DARI HAWAII
Mencari ikatan sebuah watanOlehM Effendy A Hamid
KETIKA Singapura dalam suasana menyambut Hari Kebangsaan dengan acara perbarisan, pemasangan bendera di bangunan dan rumah serta menyerap amanat Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, saya merenung erti dan konsep bangsa dan negara.
Ernest Renan, ahli falsafah Perancis yang terkenal dengan tulisan What is a Nation? (syarahan 1882 di Universiti Sorbonne), telah mengetengahkan dua fakta yang harus difahami:
Pertama, pemilikan warisan memori dan azam untuk tinggal bersama dan mengekalkan pusaka atau warisan.
Kedua, sebuah negara atau bangsa juga memerlukan semangat dan azam yang sama untuk bertindak demi membawa kebanggaan bersama.
Tetapi aspek yang paling penting, hujah Renan, sejarah silam penuh dengan kegemilangan dan tokoh masyhur merupakan penyatu bangsa dan negara.
Ini kerana rakyat akan mahu meneruskan kejayaan seperti yang dilakukan dalam sejarah.
Juga penting, hujahnya, ialah konsep penderitaan bersama. Zaman duka bersama akan tertancap dalam ingatan kebangsaan dan menjadi penggerak rakyat untuk bangkit.
Konsep 'menderita bersama' dan 'bersatu untuk melawan musuh' menjadi unsur kesedaran nasional bagi kebanyakan negara di Asia Tenggara.
Di Thailand, rakyatnya bangga dengan kejayaan raja-raja Siam seperti Maharaja Mongkut dan Chulalongkorn dalam perkembangan watan itu ke arah kemodenan tanpa dijajah Eropah, termasuk British dan Perancis.
Di Vietnam, kesedaran nasional berunsur sejarah perperangan yang bermula daripada kemenangan orang Vietnam utara melawan musuh hebat seperti Dinasti Cina, Mongol (yang menakluki negara Cina dan kemudian menyerang Vietnam), Perancis dan Amerika Syarikat.
Di Filipina, penentangan bapa kemerdekaan Jose Rizal yang menentang Sepanyol sentiasa diperingati. Di Indonesia pula, semangat Sukarno membakar azam menentang Belanda.
Apakah ada unsur 'menderita bersama' dan 'bersatu untuk melawan musuh' di Singapura? Bolehkah pengalaman sejarahnya disamakan dengan negara lain di Asia Tenggara?
Ini membuatkan saya berfikir tentang beberapa isu penting dalam penulisan sejarah Singapura.
Hakikatnya, memang susah untuk menyelidik sejarah Singapura sebelum era penjajahan British. Sumber-sumber sejarah dan arkeologi ada tetapi tidak sekaya tempat lain di Asia Tenggara - misalnya pulau Jawa dan Kemboja.
Seorang kawan Amerika telah membaca syarahan Renan dan mengikuti sejarah Singapura. Beliau amat tertarik dengan cara Singapura cuba membina jati diri kebangsaan sejak merdeka pada 1965.
Menurutnya, zaman 'derita bersama' Singapura adalah ketika Pendudukan Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Ia amat mengazabkan dan sungguh berkesan untuk membina sebuah penyatuan yang kuat sekali sesama rakyat jelata - bak dihujahkan Renan.
Tetapi pada hemat saya, zaman Jepun juga memulakan proses pembaharuan identiti orang Singapura yang sedar mereka merupakan anak jajah empayar Britain.
Proses seterusnya melibatkan perubahan minda yang mendorong harga diri untuk merdeka dan mempunyai pemerintahan sendiri.
Tiba-tiba rakan Amerika itu bertanya: fakta sejarah mana dan apakah yang harus diingati dan apakah yang harus dilupakan oleh Singapura dalam rangka integrasi rakyatnya?
Saya merujuk kembali kepada Renan. Iaitu, sejarah kemerdekaan Singapura boleh dikatakan 'baru'.
Jadi, untuk memiliki sejarah lama, Singapura perlu menggali akar kehadiran sewaktu dinamai Temasek atau lebih lama lagi selagi tidak menimbulkan kepekaan antara kaum. Ertinya:
Sejarah kesultanan dan raja-raja Singapura: Dilupakan atau diingati kembali? Mengapa sejarah kesultanan penting kepada sejarah nasional Singapura? Bagaimanakah ia boleh diintegrasikan dalam penulisan sejarah Singapura tanpa masalah?
Sejarah identiti orang 'Melayu', 'Cina' dan 'India' di Singapura. Haruskah identiti awal golongan ini dipersoalkan? Adakah ini akan bercanggah dengan matlamat utama iaitu membina sebuah identiti nasional?
Penyelidikan arkeologi Singapura untuk meningkatkan kefahaman mengenai peranan Singapura dalam sejarah rangkaian perdagangan, politik dan masyarakat Asia Tenggara. Bagaimanakah ia boleh digunakan untuk menguatkan identiti rakyat Singapura?
Dengan meneliti isu-isu yang mencabar lagi rumit ini, Singapura akan lebih berupaya menguatkan jati diri nasionalnya.
Tuesday, August 4, 2009
Aku Bukan Wahabi - Ustaz Abdul Rahman Mohamed
Bacaan ringan tetapi bermakna dan mengesankan. Pembaca pasti simpati akan ujian yang dialami Uz Abdul Rahman.
Thursday, July 30, 2009
Things In Common by Syed Akbar Ali
43 Chapters
1 Islamic Countries "Bouncing Along"
Pakistan is set to join the ranks of the other failed 'Islamic' countries.
Malaysia n Turkey are two Islamic countries that have a fairly established democratic system but both are still far from achieving the status of advanced nations in the economic, political n social development of their people. The Islamic countries are just bouncing along on the road that seems to be getting rougher for them.
Narcissism : A Real Problem
The problem with Pakistan - political system, tribal n religious beliefs
The writer hopes to change the state of affairs - majority of Muslim n non Muslim do not know much what is and what is not inside the Quran. In this book the writer has listed many things which are sometimes assumed to be part of the Quran(by non Muslims n some Muslims) but in reality they are not. Many of these things seem to have an inter-religious commonality especially with the Bible and Jewish theologies yet are not found in the Quran.
2 Jihad
Jihad in the Quran is struggle against the unbelievers. Nowhere in the Quran jihad is armed or violent aggression against anyone.
3 Sectarianism: Arguing Over Assumptions & Dead Folks.
Sects - Shia. The Quran does not condone sectarianism.
Arguing over hypothetical assumptions
Scholars from Shiah sect have worked out the hypothetical question whether the prophet would have preferred to die in the lap of his wife Aisha or in the arms of his son in law Ali. What s the purpose of arguing this? what is the relevance to today's world or even yesterday's world?
Sermons that are devoid of mentioning God
Learning point - give sermon must quote the Quran, write religious articles must have references to the Quran.
The writer reproduced a quote from Ibnu Kathir - well known for his interpretation of the Quran - about a beast that will emerge towards the end of time. The Islamic world has accepted the writings of old scholars almost as if they were written in stone. To be accepted without question.
Stories about incredulous beasts are not found in the Quran. The New Testament in the Bible talks about an incredulous beast at the end of time. - An example of the commonality between the Bible and the Muslim preachers but these things are not found in the Quran.
4 Close proximity or Khalwat, Misyar & Mutaah
Khalwat not mentioned in the Quran.
Overzealous moral squads
A man could breastfeed from a woman, he will become her muhrim or blood relation. This idea of promoting the suckling of adults has been addressed by Imam Malik ibn Anas who wrote Al Muwatta - considered to be the first formulation of Islamic jurisprudence. Here again it seems that the writer is not in favour of Imam Malik?
Some religious folks in Saudi in 2006 allow misyar marriage. A man need not permanently live with or even provide support to the woman.
Mutaah marriage practised sometimes by the Shiah sect.
5 Why Not Quote The Quran?
Hijab is found 7 times n Hudud is mentioned 14 times in the Quran.
It is strange that scholars did not refer to verses of the Quran that mention hudud n hijab as a basis to formulate the religious views n laws regarding hijab n hudud.
Hijab is stated 7 times in the Quran to mean a barrier, a curtain or a divider and not once does it refer to the head cover which the religious scholars want the women to wear on their heads.
Head covering for women in other belief systems - Bible
Where does purdah come from? In Hindu Rajasthan a purdah was the women's wing, which was a part of a house or building.
What does the Quran say about Aurat?
The aurat of the woman refers to the woman's private parts ie those parts which should not even be seen by her own children (except toddlers).
Religious headgear for men
6 The Hudud Laws
There are 14 occurences of the word hudud and its derivatives in the Quran. All occurences talk about domestic affairs between man and woman.
"Although the religionists keep harping about hudud they never refer to even one of the verses in the Quran.
7 Mufti & Kadi
Mufti n kadi are not found in the Quran. The position of mufti is actually a creation of the British colonialists. A mufti is a religious scholar who is an interpreter or expounder of sharia law, capable of issuing fatwa or opinions on a matter. Kadi is just a judge.
8 The Mufti of Perlis on the Israiliyah Stories
Muslim preachers sometimes used Israiliyah stories.
9 The Dinero & The Dinar
there is no such thing as Islamic banking. There is nothing particularly islamic about the dinar. It was just the name of the coin that was introduced by the romans in their Roman Empire.
10 The Treatment of Apostasy
there is no death penalty nor any kind of temporal punishment in the Quran for apostasy.
11 Putting Up 'Holy" Writing
This chapter discusses the superstitious belief in numbers or the 'power' of numbers. muslims from the indian subcontinent seem to be mesmerized by the number '786'.
12 Belief In The Second Coming & Things Like That
13 Restrictions Against Menstruating Women
Restrictions against menstruating women are found in the Bible but not in the Quran except the quran says that when the women are clear of their menses then the men can resume their marital relations.
14 Blasphemy, Insulting Religion & Such
15 The Ashura Rituals
16 Jewish Treatment of 'Korban Pesach'
17 The Hebrew Akedah - Belief, Binding Faith & Stuff
18 Punishment for Adultery
19 The Treatment of Slavery
20 Beards
Circumcision
21 Prohibition of Photographs,Carvings & Such
22 The Amen
Nowhere in the Quran is found the word Amen. The Bible has numerous occurences of the word Amen to curse people who may have done something that is not sanctioned by the Bible . The priests shall first curse them and the congregation shall then say 'Amen'.
23 The Aqeqah Feast or Khenduri Aqeqah
The teaching is not found in the Quran but the Bible mentions the practice of slaughtering the animals to commemorate the birth of children.
24 Dogs & Lizards
The writer is very supportive of muslims keeping dogs. He is a dog lover.
25 Halal Restaurant Stickers, Washing with Mud & Such
enforcement officers have nothing better to do than raid Muslim restaurants.
26 What's A Muslim Name?
27 The 99 Names of God
28 Taking Money In the Name of Religion
29 Ijma
30 Guidance from Village Intellects
31 Insufficient Honesty & Trustworthiness
32 Human Beings First
33 Democracy Compatible With Quran But Not Religion
34 Replying Wilder's 'Fitna'
35 Malaysia Withdrawing Into A Cocoon Too?
I wish the Malaysian policy makers would read this
36 The Third World In Malaysia
Malaysians - please read this.
37 Lowering The Averages
38 Indonesia
'Whatever good, (O man) happens to thee, is from god...' Surah 4:79
39 Islam Makes you Rich But Religion Can Make You Poorer
In this chapter the writer argues how unpractical the hijrah calendar, having Thursday n Friday as day off is economic loss.
He cited 'Lost History - The Enduring Legacy of Muslim scientists, Thinkers, and Artists' by michael Hamilton Morgan, 2007.
Among them are Al Khwarizmi,Ibn al-Haytham, Al-Tabari, Ahmet Celebi, Omar Khayyam,Jabir ibn Haiyan.
40 Lets Become Facilitators Like The Chinese
41 China Ascendent: The Islamic Precedent
42 The Malthusian Church : A Good Example of Another Bad 'Religion'
malthus - the economist
43 Where To Malaysia?
Comment : The writer reproduces many reports about 'religious' ignorance. Very practical. He showed incidences where religious people so bothered about school uniform- baju kurung too sexy, high heels n lipsticks to be banned in Kelantan.So many startling issues that can provoke the reader. Controversial issues - dogs not najis etc. An eye opener. Mind provoking.
Tuesday, July 28, 2009
Penulis - MANAF HAMZAH
EKSTRA!
Menulis bukan kerana nama
Karya Manaf Hamzah lebih popular di Malaysia berbanding Singapura
Oleh
Suryani Omar
MELIHAT Manaf Hamzah, dengan topi di kepalanya dan beg kanvas yang dibawanya, tiada siapa akan menyangka beliau seorang penulis novel yang mendapat sambutan hangat di Malaysia.
Pekerja kilang yang menetap di Bukit Panjang bersama isteri dan tiga anaknya itu menyifatkan dirinya sebagai seorang penulis secara kebetulan.
Ketika usianya baru 22 tahun, Manaf, atau nama penuhnya Abdul Manaf Abdul Kadir, begitu tersentuh dengan novel klasik bahasa Inggeris, Pride and Prejudice, karangan Jane Austen sehingga beliau menterjemahkan sebahagian novel tersebut.
'Dari situ saya terfikir, mengapa tidak saya cuba menulis novel sendiri. Alhamdulillah, ilham dan inspirasi datang begitu sahaja, watak-watak tercetus dalam minda saya. Saya menulis sambil menangis kerana begitu khusyuk menulis novel tersebut,' katanya, yang kini berusia 44 tahun.
Dari situ terlahirlah novel pertamanya, Dedaun Hijau di Langit, yang disiapkan dalam tiga bulan.
Menceritakan pengalamannya, Manaf berkata beliau memberikan naskhah novel itu kepada kakak iparnya untuk membacanya.
'Saya beritahu diri saya, kalau dia (kakak ipar) tidak menangis, berakhirlah perjalanan yang belum pun bermula. Tetapi beliau menelefon saya dan memberitahu beliau tidak dapat meletakkan buku itu dan tidur pada 2 pagi semata-mata untuk membacanya,' ujar Manaf yang mula menulis pada 1986.
Berbekalkan dorongan tersebut, Manaf menghubungi pihak Pustaka Nasional untuk bertanya jika ia berminat menerbitkan karyanya.
Allahyarham Syed Ahmad Semait, pengarah Pustaka Nasional ketika itu, tambahnya, adalah orang yang banyak membantunya.
Dua minggu selepas karyanya dihantar, Pustaka Nasional menghubunginya untuk memberitahu mereka akan menerbitkan bukunya di bawah syarikat percetakan Pena Mas.
SAMBUTAN HANGAT
Manaf pula tidak diperlukan mengeluarkan sebarang modal.
'Tetapi selepas buku tersebut terbit, senyap sementara kerana saya tidak hubungi Pustaka Nasional dan mereka pun tidak hubungi saya. Saya pun tidak tahu sambutan terhadap buku saya, tetapi saya terus menulis dalam diam,' ceritanya lagi dan mendedahkan bahawa ketika itulah beliau mula menulis Aylana dan kemudian, Anggerik di Tangkai Mawar.
Setelah menyepi selama lima tahun, Manaf tergerak mengirimkan pesanan menerusi e-mel kepada Pustaka Nasional pada 2001.
'Allahyarham Syed Ahmad bertanya saya, 'Di mana awak menghilang?'.
'Katanya, novel pertama saya mendapat sambutan hangat di Malaysia dan diminati ramai pelajar sehingga mereka membuat salinan buku saya. Beliau pun bertanya jika saya ada novel baru untuk diterbitkan.
'Sejak itu karya-karya saya terus diterbitkan,' tambah Manaf yang berkongsi bahawa beliau menulis setiap hari, di mana sahaja biarpun di tempat kerja, 'apabila mesin sedang bergerak dan ilham datang'.
Aylana mendapat Hadiah Sastera Novel Persuratan 2007.
Malah, Dedaun Hijau di Langit mendapat tawaran daripada syarikat penerbitan drama setempat untuk dijadikan siri drama, namun rancangan tersebut tidak diteruskan.
Novel terbarunya dan yang kelima, Dalam Kehangatan Dakapan Senja, dilancarkan April lalu di Malaysia dan Mei lalu di Singapura.
Novel-novel yang dihasilkan Manaf berlatarbelakangkan zaman moden hari ini atau suasana purba di Turkey seperti Aylana dan Sekeras Waja Selembut Sutera.
Walaupun tidak pernah ke Turkey, Manaf dapat menghidupkan suasana di Turkey kerana giat membuat kajian, membaca buku melancong dan merujuk kepada laman Internet.
'Saya ingin ke Turkey untuk melihat sendiri apa yang setakat ini hanya saya bayangkan,' katanya lagi. Beliau kini merancang menyiapkan lukisan bagi siri novel kanak-kanak yang dihasilkan sejak 2002.
Ditanya mengenai sambutan pembaca setempat terhadap buku-bukunya, Manaf mengakui sambutan daripada warga Singapura tidaklah serancak pembaca di seberang Tambak.
Beliau berpendapat bahawa ini disebabkan pembacaan karya bahasa Melayu agak rendah di sini kerana ramai yang memilih membaca buku bahasa Inggeris.
Apakah pula pesanannya bagi mereka yang ingin menulis?
'Ikhlaskan hati dan jangan menulis kerana inginkan nama atau keuntungan,' jawabnya secara luhur.
--------------------------------------------------------------------------------
BIODATA
Nama: Abdul Manaf Abdul Kadir (Manaf Hamzah)
Umur: 44 tahun
Pencapaian: Hadiah Sastera Novel Anugerah Persuratan 2007 untuk novel 'Aylana'
Pendidikan: Sijil Am Pelajaran peringkat 'O' (GCE 'O' Level)
Keluarga: Bapa tiga orang anak berusia antara 12 tahun dengan tujuh tahun. Isteri, Azizah Kamarudin, 40 tahun, juga bekerja.
Mula menulis: Giat menulis sejak 1986.
Pemansuhan Bahasa Inggeris
KOMENTAR
ISU MANSUH PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
Gembleng pakar dan martabatkan bahasa
Pandangan- Dr Sharifudin Lubis
PEMANSUHAN dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah langkah tepat berdasarkan keprihatinan terhadap kehendak majoriti rakyat Malaysia.
Walaupun sesetengah pihak mempersoalkan tarikh penguatkuasaannya, namun tahun 2012 itu dilihat sebagai tarikh yang amat sesuai atas beberapa faktor seperti dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Saya fikir penangguhan itu sangat mustahak untuk mengelak 'dasar pemansuhan' ini dilihat sebagai keputusan terburu-buru seperti tatkala PPSMI dilaksanakan dahulu. Penangguhan itu diharap tidak digunakan oleh mana-mana pihak untuk mempersoalkan kredibiliti keputusan kerajaan itu.
Tempoh dari sekarang sehingga 2012 boleh digunakan untuk memperkemaskan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris di samping memastikan mereka juga tidak tercicir dalam menguasai matapelajaran Matematik dan Sains.
Bagi para sarjana bahasa Melayu, 'tempoh idah' ini perlu digunakan untuk memperkukuhkan korpus bahasa ini dengan setuntas-tuntasnya.
Daripada segi status, bahasa Melayu memang tidak goyah kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Namun kita tidak menolak bahawa salah satu punca PPSMI diperkenalkan ialah alasan kononnya bahasa Melayu tidak mampu mengungkap perkembangan pesat dunia ilmu terutama sekali yang berkaitan dengan sains dan teknologi.
Para sarjana bahasa Melayu kini perlu memastikan bahawa segala data korpus bahasa Melayu, terutama yang telah didokumentasi, disebarluaskan dan dimasyarakatkan. Hal ini khususnya berkaitan dengan perbendaharaan kata dan istilah yang telah dikumpul, diuji dan didokumentasi selama ini.
Pada akhir 2007 dahulu pernah diperdebatkan tentang 'kemandulan' Dewan Bahasa dan Pustaka dalam konteks menghasilkan perbendaharaan atau kosa kata dan istilah yang mencukupi untuk digunakan dalam bidang ilmu.
Hal ini sebenarnya amat bertentangan dengan fakta bahawa telah begitu banyak penyelidikan dan pendokumentasian dibuat dan diterbitkan.
Setakat ini, sudah diterbitkan 225 daftar kata dan glosari yang memperkenalkan sebanyak 825, 495 istilah dalam pelbagai bidang. Juga sudah diterbitkan 41 buah kamus istilah yang mengandungi 362,761 istilah untuk digunakan oleh masyarakat.
Bagaimanapun, entah di mana silapnya, masyarakat seolah-olah tidak tahu dan dengan itu tidak menggunakannya dalam situasi komunikasi sehari-harian dan keperluan khusus pengungkapan ilmu.
Tidak cukup dengan itu, terdapat juga kamus dialek seperti Dialek Kedah, Dialek Terengganu dan juga kamus bahasa sukuan seperti Kata Bahasa Sukuan yang boleh dimanfaatkan.
Dalam Kamus Bahasa Sukuan Sabah dan Sarawak misalnya terdapat perkataan 'kisus' untuk screw driver, 'gadar' untuk transparency dan 'tuhunan' untuk cussion. Semua perkataan ini dengan sendirinya boleh diangkat menjadi istilah dalam bidang yang teknikal sifatnya.
Sumber bahasa-bahasa orang Asli seperti 'rokak' untuk biscuit, 'gesek' untuk radio dan sumber bahasa serumpun seperti 'ngompol' untuk 'terkencing ketika tidur' dan 'gombal' untuk kain buruk, juga boleh dimanfaatkan sebagai kosa kata khusus atau istilah dalam memperkatakan topik-topik yang berkaitan.
Daripada sudut makan, warisan bahasa Melayu menunjukkan bahawa orang Melayu tidaklah bersifat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.
Itu hanyalah momokan yang memperlekeh orang Melayu sehingga kita menerima sahaja seolah-olah ianya benar.
Ini kerana kita ada istilah khusus iaitu; 'sahur' untuk makan sebelum mata hari terbit ketika berpuasa, 'sarapan' (makan pagi), 'kudapan' (minum pagi), 'merarau' (makan tengah hari), 'mentong' (minum petang) dan 'menggabi' (makan malam).
Istilah-istilah tersebut menunjukkan orang Melayu makan lima kali sehari (jika tidak berpuasa). Dan orang yang makan sebanyak itu bukanlah orang miskin!
Harus diingat, penciptaan istilah menunjukkan kewujudan sesuatu perlakuan, konsep, perkara atau benda. Jika tidak, istilah itu tidak akan wujud.
Banyak lagi yang harus dilakukan oleh para sarjana dalam memperkenalkan istilah dan kosa kata bahasa Melayu kepada masyarakat. Kita harus tidak kedekut kerana kelak hanya kita yang kerugian.
Jangan dipersalahkan orang lain jika mereka tidak sedar akan kekayaan bahasa Melayu kerana kita yang bersalah. Tidak melakukan apa-apa tetapi sekadar menyimpan dan 'melindungi' hasil kajian kita itu - walau untuk apa tujuan sekalipun.
Oleh itu, marilah kita ambil kesempatan daripada penangguhan pemansuhan ini untuk memperkaya dan memperkenalkan kemampuan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa Malaysia yang bertaraf dunia.
Nota: Penulis ialah pensyarah di Universiti Putra Malaysia yang menulis di Utusan Malaysia, Khamis lalu.
Monday, June 1, 2009
AGAMA - SEKULAR
Oleh Muhammad Haniff Hassan Dan Tuty Raihanah Mostarom
KEMELUT perebutan teraju Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (Aware) baru-baru ini telah mencetuskan perbincangan mengenai peranan dan penglibatan agama di ruang umum masyarakat Singapura.
Bermula dengan soal kepimpinan, kemelutnya menjurus pula pada isu homoseksualiti dalam pakej pendidikan seks Aware yang diajarkan di sekolah.
Terdapat dua kelompok yang berbantah-bantah: pertama, sekumpulan aktivis Kristian dari gereja yang sama dan kumpulan yang merupakan kepimpinan lama Aware.
Pemerintah Singapura turut terpanggil untuk memberi responsnya apabila dimensi agama mula ketara.
Pernyataan Timbalan Perdana Menteri, Encik Wong Kan Seng, menegaskan bahawa soal perebutan kepimpinan bukan menjadi keprihatinannya tetapi soal penglibatan agama dalam ruang umum (common space).
Berapa besarkah hak dan peranan agama dalam ruang umum sesebuah negara sekular dan majmuk seperti Singapura?
Hakikatnya, pemisahan antara agama dengan politik dalam sesebuah masyarakat sekular itu bersifat artifisial sahaja.
Dalam masyarakat pelbagai kepercayaan seperti Singapura, tiada agama yang tidak turut berinteraksi dengan ruang umum bagi membentuk sebuah masyarakat yang utuh. Oleh itu, yang menjadi pertimbangan penting ialah bukan menolak atau tidak menggalakkan penglibatan agama di ruang umum, tetapi menentukan ruang dan skop yang wajar baginya.
Bahkan, penglibatan yang lebih aktif oleh segenap lapisan masyarakat, termasuk badanbadan agama, seharusnya mendapat galakan demi membolehkan penyaluran maklum balas yang lebih menyeluruh sehingga sesuatu dasar menjadi lebih berkesan dan relevan.
Tambahan pula, peminggiran agama ke 'ruang peribadi'nya sendiri memang amat mustahil dalam zaman sekarang. Oleh itu, mana-mana pemerintah haruslah lebih bersedia dan terbuka dengan kehadiran suara-suara agama dalam merangka dasar-dasarnya.
Terdapat banyak saluran bagi badan agama berinteraksi dengan isu umum masyarakat secara membina seperti bidang pendidikan, kebajikan masyarakat dan apa jua yang membabitkan isu etika dan moral.
Penglibatan kelompok agama menjadi semakin wajar apabila banyak dasar umum pemerintah memberi kesan (langsung atau tidak langsung) kepada agama dan sekali gus kehidupan seharian para penganutnya seperti dasar Pendidikan Wajib.
Tambahan pula, peningkatan kesedaran badan agama mengenai peranan yang mereka mainkan bagi kepentingan umum Singapura dan hak mereka untuk menjadi rakyat yang aktif dengan sendirinya akan menggalakkan penglibatan mereka dalam perbincangan mengenai kepentingan umum.
Penglibatan badan agama juga merupakan reaksi terhadap keinginan pemerintah untuk memupuk budaya rakyat yang aktif dan peka.
Apa jua pelibatan termasuk badan agama dalam ruang umum tentu mempunyai risiko tertentu. Namun, jika ia dapat ditangani dan diurus dengan cara yang baik, perbincangan yang melibatkan badan agama berpotensi meningkatkan lagi kefahaman semua pihak dan penyelesaian masalah yang lebih baik.
Lazimnya, pandangan agama dalam isu tertentu bercanggah dengan pendirian umum sesebuah masyarakat sekular. Hal ini boleh mencetuskan kontroversi dalam masyarakat. Jika hakikat ini dapat diterima oleh semua pihak, maka langkah selanjutnya ialah tidak cepat meminggirkan diri ke ruang peribadi masing-masing semata-mata untuk mengelakkan kontroversi berkenaan.
Peminggiran akan merugikan masyarakat kerana interaksi sihat antara kelompok agama dengan kelompok sekular perlu untuk membangun sebuah masyarakat yang tinggi daya tahannya.
Namun adalah diakui, ini hanya boleh berlaku jika semua pihak faham akan batas perdebatan yang dapat diteroka. Dalam hal ini, beberapa prinsip dapat dicadangkan kepada badan agama sebagai panduan umum penglibatan yang membina dan bermakna iaitu:
berusaha menyampaikan hasrat dan pendirian mereka secara aman;
mengikut segala tuntutan perundangan yang ada sejajar dengan prinsip demokrasi;
peka akan pihak yang lain dan,
tekal (konsisten) dengan prinsip agama yang mereka anuti.
Terdapat kebimbangan bahawa kelompok radikal dan ekstremis boleh memperalat badan agama sehingga menjejas keharmonian masyarakat Singapura.
Oleh itu, kepimpinan badan agama yang terlibat dalam isu-isu umum masyarakat hendaklah bertanggungjawab dalam memantau para ahli mereka dan tegas terhadap anasir perosak. Ini merupakan langkah pertama.
Singapura mempunyai banyak perundangan, termasuk dalam ehwal peka seperti kaum dan agama. Memadailah, masalah sedemikian diatasi menerusi Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Penjagaan Keharmonian Beragama dan undang-undang berkaitan fitnah.
Oleh itu, rakyat Singapura tidak harus terlalu bimbang mengenai bidang apakah yang patut atau tidak patut diceburi oleh badan agama kerana sudah ada undang-undang yang mencukupi bagi menangani masalah.
Tambahan pula, pemerintah telah membuktikan ketegasannya untuk bertindak ke atas mana-mana pihak yang ingin memperalat peluang yang ada untuk sesuatu agenda yang jahat.
Bagi melengkapkan penglibatan badan agama dalam isu kepentingan umum, dialog antara agama dan dialog antara kelompok agama dengan sekular dalam isu-isu yang lebih santai hendaklah dirancakkan lagi bagi tujuan membina suasana saling memahami, saling menghormati dan toleransi.
Kehadiran para pemimpin dan wakil sah kelompok agama dalam sesi sedemikian juga akan mendedahkan mereka kepada satu sama lain sehingga setiap pihak dapat dirujuk jika timbul keperluan dan setiap pihak juga tahu siapakah suara yang sah bagi setiap kelompok yang ada.
Dengan ini, suara radikal yang bersifat pinggiran tidak akan menimbulkan prejudis kepada yang lain dan mudah dibezakan daripada kelompok utama.
Contoh yang baik dalam hal ini ialah pernyataan Majlis Kebangsaan Gereja-Gereja mengenai perebutan kepimpinan Aware. Ia tegas tidak merestui penglibatan agama dalam politik kepimpinan Aware dan penglibatan gereja di bawah naungannya.
Namun, ia juga menyatakan bahawa ia tidak melarang mana-mana individu daripada menyumbang dalam kepentingan sosial dan membenarkan penglibatan gereja dalam membincangkan kepentingan umum pada batas-batas yang ditetapkan.
Pernyataan pihak gereja tadi mempunyai kesan yang besar terhadap tingkah laku umum penganut Kristian dalam politik Aware dan tanggapan umum masyarakat lain terhadap penganut Kristian. Sebabnya, Majlis Kebangsaan Gereja-Gereja merupakan badan sah lagi dihormati di Singapura.
Satu kebaikan daripada penglibatan badan-badan agama yang tidak disedari ramai ialah ia juga berfungsi menyederhanakan aliran tegar.
Di rantau ini, kita dapat melihat pelibatan kelompok Islam yang mahu menegakkan negara Islam. Sebelum penglibatan aktif dalam politik arus utama, kelompok-kelompok Islam condong menampilkan pandangan yang bersifat idealistik.
Namun banyak kelompok Islam kemudianmenjadi 'matang' setelah terdedah kepada pelbagai bahas dan kritikan apabila menceburi politik terbuka. Mereka mula menyedari bahawa di sana terdapat banyak perspektif lain yang juga bernas dan berguna berbanding pandangan mereka yang terdahulu.
Secara beransur-ansur, penglibatan dalam politik arus utama mewujudkan sikap yang lebih pragmatik dan mencairkan kejumudan dahulu. Perubahan kematangan inilah yang terjadi kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Malaysia, Partai Keadilan Sejahtera di Indonesia dan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan Perdana Menteri Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan.
Perubahan ke arah kematangan juga boleh dialami oleh kelompok sekular tegar kerana pertembungannya dengan kelompok agama menerusi dialog dan interaksi yang terurus dengan baik.
Kesimpulannya, penglibatan lebih aktif badan agama dalam isu politik dan dasar umum wajar dilihat sebagai satu perkembangan yang membina kerana sejajar dengan dasar pemerintah Singapura yang menggalakkan warganya aktif dalam merangka dan mencerna dasar negara dan merancakkan masyarakat sivil.
Nota: Ustaz Muhammad Haniff ialah Zamil Bersekutu dan Tuty Raihanah ialah peneliti di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang. Makalah ini merupakan pandangan peribadi mereka.
1 Jun 2009 Berita Harian Isnin
CINTA
MENCARI CINTA SEJATI LAGI ABADI
Oleh Abdul Rauuf Maskhazin PelajarMadrasah Aljunied Al-Islamiah
'CINTA itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan... walau pedas hingga mengalir air mata, pasti mahu dimakan jua...'
Isy! Menyanyi pula saya. Itulah lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Alleycats (Terima Kasih!) yang berjudul Cinta Sambal Belacan.
Datuk Siti Nurhaliza pula ada kata yang disampaikannya menerusi dendangan lagunya Cahaya Cinta.
'Ia adalah takdir-Nya bukan kerana harta itulah citra cahaya cinta.'
Walau bagaimanapun, kata Abdul Rauuf (sayalah tu...), cinta itu terbahagi kepada beberapa skop yang berbeza seperti cinta pada Pencipta Alam ini, Rasul-Nya, ibu-bapa, saudara, rakan taulan dan yang lain-lain.
Namun bagi rencana saya kali ini, saya akan mengutarakan pendapat berkenaan perbezaan antara cinta kita terhadap Ilahi dan 'mata air' ataupun kekasih.
Untuk membincangkan tentang hal ini, saya membahagikan topik ini kepada dua cabang iaitu masa dan pemberian.
MASA
Telefon berjam-jam, keluar dari pagi hingga ke malam. Itulah sikap ataupun sifat sebahagian daripada kita apabila dilamun cinta.
Ah! Indahnya! Pasti ada yang rasa macam, 'Dunia ini Ana yang punya!' Agaknya kalau boleh, mahu saja berhimpit macam belangkas 24 jam. Er... belangkas pun saya tak rasa begitu! Isy... Ewah... ewah... Bukan main! (macam Mak Bedah pula saya berbual.)
Sayangnya, terhadap Tuhan yang menciptakan kita lagi memberikan rezeki dan kesenangan untuk kita pula, kita tak pandai mensyukuri pemberiannya.
Solat bagaikan nak tak nak sahaja ataupun umpama melepaskan batuk di tangga. Ada pula yang beri alasan, sibuk bekerja, bersekolah dan sebagainya.
Secara perbandingan pula, jika bersama mata air, waktu yang sekejapan itu mahu sahaja anda hentikan selama-lamanya supaya ia tidak bergerak dan agar anda dapat bersama kekasih anda lebih lama lagi tanpa waktu mencemburui. Bekerja dan bersekolah, katanya boleh ambil cuti. Cuba fikirkan.
PEMBERIAN
'You nak gelang?'
'Ambillah rantai ini. Terimalah pemberian I.'
'Nanti hari jadi you, I belikan handphone tercanggih dan terbaru tu ya?'
Wah. Inilah dialog-dialog yang sering dapat dilihat menerusi sinetron ataupun drama. Perkara ini bukan setakat lakonan, ya? Bahkan, ia sebuah realiti. Tak kiralah, berapa mahalkah barangan itu, asalkan dapat menggembirakan hati kekasih, anda on saja.
Namun, berbeza pula keadaannya dalam senario berikut ini.
'Pihak kami masih kekurangan sejumlah $100,000 lagi. Kami mengharap belas ihsan para jemaah agar dapat menderma demi kemaslahatan kita bersama.'
Ini pula dialog ataupun iklan yang kita sedia maklumi di masjid-masjid. Apabila dengar iklan sebegitu, di benak kita akan terfikir, 'Kenapa mesti aku yang derma? Bukankah ramai lagi masyarakat Islam yang ada? Lagi pun, aku nak tunggu Ramadanlah. Kalau menderma pasti pahala aku berganda-ganda lipatannya.'
Kalau semua amalan hendak ditunggu Ramadan, aduhai... kasihan pihak masjid ya? Nampaknya, bulan-bulan lain nanti suramlah. Tak ada tenaga elektrik!
Justeru, pembaca sekalian, tujuan saya menulis rencana ini adalah supaya isinya dapat dimanfaat bersama. Kasih dan cinta Tuhan dengan kasih dan cintanya insan berbeza. Jika kita cintakan bunga, ia akan layu. Cintakan manusia pula, ia akan pergi. Namun, cinta kita pada Ilahi - itulah cinta yang hakiki kerana Dia kekal abadi.
Remaja biasanya sering dikaitkan dengan cinta sehingga terkeluar pula jolokan 'cinta monyet'.
Anda takkan pernah tahu, berapa kekalnya cinta anda dengan pasangan anda.
Orang tua-tua kata, sedangkan anak sungai pun berubah, inikan pula hati manusia. Justeru, sedang anda ni menimba ilmu dan masih 'budak baru belajar', cuba renung-renungkanlah, ya?1 Jun 2009 Isnin Berita Harian Ruangan Cakap Saja Tau!