Tuesday, September 17, 2013

semangat pada bahasa ibunda


MASIH CERDAS: Selepas tiga bulan dirawat di hospital akibat jatuh, Dr Muhd Ariff masih cukup jelas mengupas pelbagai idea mengenai bahasa, sastera dan budaya. Di bekalang ialah isteri beliau, Hajah Sarinah Haniff. - Foto MOHD RAMAN DAUD

Usah kendur semangat juang

Ke manakah perginya semangat pada bahasa ibunda? Bermula dengan Bulan Bahasa 1962 sehingga kini, Dr Muhd Ariff Ahmad, berkongsi pandangannya dengan MOHD RAMAN DAUD (raman@sph.com.sg)
SEWAKTU memperjuangkan kemerdekaan di Tanah Melayu dan Singapura, bahasa Melayu sering dilaungkan sebagai penyatu rakyat.
Menurut tokoh penting dalam gerakan bahasa Melayu sejak tamat Perang Dunia Kedua, Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, 89 tahun, semangat bahasa Melayu ketika itu bukan hanya didukung oleh semangat para pejuangnya.
Kegiatan bahasa, terutama pada sastera, filem dan muzik begitu pesat berkembang terutama di Singapura dalam zaman menuntut kemerdekaan.
Tetapi kini?
"Sejak Minggu Bahasa yang pertama pada 1962 iaitu lebih setengah abad, saya dapati semangat tadi kian kendur sekarang," katanya.
Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan dan antara empat bahasa rasmi Singapura (Inggeris, Mandarin dan Tamil).
"Sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa Melayu menepati apa yang disebut oleh para bahasawan sebagai 'lingua franca' atau bahasa perhubungan serantau untuk urusan dagang iaitu dalam zaman sebelum dan sesudah penjajahan Barat.
"Buku ilmu termasuk agama, surat-menyurat dan perjanjian antara raja-raja Melayu dengan pihak penjajah tertinta dalam bahasa Melayu," hujahnya.
Memandangkan Singapura berjuang untuk berada dalam Persekutuan Malaysia, maka sekali gus kedudukan bahasa Melayu di pulau ini turut diangkat sebagai bahasa penyatuan iaitu Bahasa Kebangsaan.
Namun, selepas keluar dari Malaysia yang membawa kepada kemerdekaannya pada 9 Ogos 1965, bahasa Inggeris menjadi bahasa utama di Singapura untuk menakat. Timbul pula suasana 'peminggiran' bahasa-bahasa ibunda.
KEBIASAAN MERUGI
"Mujur ada dasar Dwibahasa yang mewajibkan warga Singapura menguasai bahasa Inggeris dan bahasa ibundanya.
"Sayangnya, sudah menjadi kebiasaan orang untuk memilih yang mudah saja iaitu yang menyenangkan. Jadi lama-kelamaan penggunaan bahasa Inggeris terbawa-bawa dalam semua ruang lingkup, terutama di rumah sehingga dalam minit mesyuarat badan Melayu/Islam," kata beliau dalam satu wawancara menilai suasana dan kesan jiwa masyarakat pada bahasa Melayu.
Boleh dikatakan Dr Muhd Ariff, guru dan pensyarah di Maktab Perguruan (kini Institut Pendidikan Kebangsaan, NIE) sejak 1980, merupakah satu-satunya tokoh di sini yang masih hidup di antara generasi pejuang bahasa Melayu yang bermula dengan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (KBPM) Pertama di Hotel Seaview, Katong.
Hal ini diakui oleh Profesor Emeritus Dr Abdullah Hassan yang telah mengumpulkan sejarah mengenai KBPM.
"Bahasa menunjukkan bangsa. Maknanya, pada bahasa ada nilai budayanya. Jadi, apabila kita sudah terbiasa dengan bahasa Inggeris menyebut diri sebagai I atau me dan orang lain sebagai you, maka perlahan-lahan terjejas adab kita. Pernah terdengar anak muda kita menyapa orang tua dengan 'kamu'?" hujah Dr Muhd Ariff.
MERAKYATKAN BAHASA
Dr Muhd Ariff, yang lebih terkenal dengan panggilan Cikgu Ariff, ingin membetulkan tanggapan bahawa bahasa Melayu bukan saja untuk elit.
"Saya pelik bila mendengar bahawa bahasa Melayu untuk elit. Padahal kita tahu semakin banyak elit kita tidak tahu berbahasa Melayu. Jadi, tidak tepat menyebut Bulan Bahasa bertujuan meluaskan penggunaan bahasa ibunda daripada elit kepada orang ramai. Sebenarnya, bahasa adalah untuk semua, tidak kira elit atau bukan," terangnya.
Beliau menyatakan Bulan Bahasa bertujuan memastikan bahasa baku disebarluaskan.
"Sayangnya, orang terkeliru dengan erti bahasa baku. Seolah-olah ia sekadar sebutan baku saja. Itupun ada kesilapan iaitu asal hujung perkataan ditukar daripada 'e' kepada 'a' - itu sudah baku. Sebenarnya baku bukan saja sebutan, tetapi penggunaan ayat atau nahu yang betul dan pemilihan istilah dan kekata yang tepat," ujarnya.
Sebelum Bahasa Baku yang disepakati Brunei, Indonesia dan Malaysia lewat sidang kerantauan, Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan Malaysia, sudah ada bahasa baku iaitu bahasa sekolah yang bermula daripada Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim.
"Para pensyarah dan guru pelatih SITC datang dari pelbagai pelosok Malaya, Singapura dan Borneo termasuk Brunei. Demi memastikan penggunaan bahasa yang standard, maka timbullah konsep bahasa sekolah yang diajarkan di negeri-negeri tersebut," jelas Cikgu Ariff.
Hujahnya, orang Melayu sebenarnya insan pragmatik kerana bahasa baku membolehkan 'sebut sebagaimana dieja' iaitu sistem fonetik.
"Lain halnya dengan bahasa Inggeris yang menggunakan sistem fonemik. Misalnya kekata but disebut bat tetapi put tidak pula disebut 'pat' tapi 'put'.
"Namun, memelihara bahasa bonda bukan masalah orang Melayu saja. Masyarakat Cina dan India juga mengalami masalah untuk mengekalkan bahasa ibunda masing-masing dalam suasana dominan bahasa Inggeris," tegasnya.

"Bahasa menunjukkan bangsa. Maknanya, pada bahasa ada nilai budayanya. Jadi, apabila kita sudah terbiasa dengan bahasa Inggeris menyebut diri sebagai 'I' atau 'me' dan orang lain sebagai 'you', maka perlahan-lahan terjejas adab kita. Pernah terdengar anak muda kita menyapa orang tua dengan 'kamu'?"
- Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad.

Lee Kuan Yew


RASA PUAS: Encik Lee berasa bernasib baik kerana mencapai usia 90 tahun dan berasa puas dapat melihat Singapura mencapai kemajuan. - Foto SPH

Lee Kuan Yew: Saya puas lihat Singapura maju

MANTAN Perdana Menteri Lee Kuan Yew berkata beliau mendapat kepuasan terbesar melihat Singapura mencapai kemajuan.
Beliau juga memberitahu akhbar The Straits Times dalam wawancara menerusi e-mel sempena ulang tahunnya ke-90:
"Saya bernasib baik berupaya mencapai usia 90 tahun."
Encik Lee dilahirkan pada 16 September 1923 di sebuah rumah di Kampong Java Road. Beliau merupakan anak sulung seorang pekerja Shell dan seorang suri rumah.
Sepanjang tempoh sembilan dekad, kehidupannya dipenuhi detik bersejarah termasuk era kemelesetan, penjajahan Jepun, zaman darurat, penyatuan dan perpisahan dengan Malaya, dan perjalanan Singapura daripada negara Dunia Ketiga kepada Dunia Pertama.
Beliau memainkan peranan penting dalam peristiwa penting khususnya dari tahun 1959, apabila beliau menjadi Perdana Menteri Singapura yang pertama, hingga menjadi tokoh berperseptif yang dihormati dunia.
Encik Lee berundur sebagai Perdana Menteri pada 1990 dan dari Kabinet pada 2011.
Bercakap kepada The Straits Times menjelang hari lahir Encik Lee, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pencapaian paling besar bapanya ialah membina sebuah negara yang "tiada siapa percaya boleh dilakukan".
"Pembangunan negara (sesuatu proses) tidak akan tamat, namun Singapura tidak berada di sini tanpa Encik Lee," kata Perdana Menteri Lee.
Ditanya apa pengajaran paling penting yang perlu dipelajari daripada kehidupan bapanya, Perdana Menteri Lee berkata:
"Anda perlu tahu apa yang anda ingin lakukan, dan bukan sekadar mengikuti apa yang orang lain cadangkan atau apa yang orang ramai katakan.
"Beliau juga berupaya meyakinkan orang lain agar mengikutinya, dan akhirnya kita bersama-sama dapat mencapai lebih daripada apa yang kita bayangkan."
Sempena sambutan hari lahir Encik Lee Kuan Yew, beberapa acara awam dianjurkan.
Awal bulan ini, masyarakat Cina memberikan penghormatan kepada Encik Lee atas sumbangan beliau kepada usaha menggalak penggunaan dwibahasa dan hubungan antara Singapura dengan China.
Satu lagi acara berhasil mengumpul dana $200 juta bagi menyokong inisiatif pendidikan Universiti Nasional Singapura dan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura.
Semalam, satu sidang sehari telah dianjurkan Sekolah Pengajian Dasar Lee Kuan Yew di Hotel Shangri-La.
Dekan pusat pengajian tersebut, Profesor Kishore Mahbubani, berkata sidang itu membincangkan idea-idea Encik Lee seperti pembangunan undang-undang dan usaha membina perkhidmatan awam terbaik, yang telah menyentuh pelbagai dimensi kehidupan rakyat Singapura.
Encik Lee sendiri, dalam bukunya, One Man's View Of The World, yang diterbitkan pada bulan lepas merumuskan perkara-perkara tersebut:
"Bagi saya, saya telah lakukan apa yang saya ingin lakukan dengan sebaik-baik keupayaan saya. Saya amat berpuas hati."

"Bagi saya, saya telah lakukan apa yang saya ingin lakukan dengan sebaik-baik keupayaan saya. Saya amat berpuas hati."
- Encik Lee Kuan Yew ditukil daripada bukunya, One Man's View Of The World, yang terbit bulan lepas.
"Anda perlu tahu apa yang anda ingin lakukan, dan bukan sekadar mengikuti apa yang orang lain cadangkan atau apa yang orang ramai katakan. Beliau juga berupaya meyakinkan orang lain agar mengikutinya, dan akhirnya kita bersama-sama dapat mencapai lebih daripada apa yang kita bayangkan."
- Perdana Menteri Lee Hsien Loong tentang pengajaran daripada kehidupan bapanya, Encik Lee Kuan Yew.

BIG IDEAS of LKY

PRESENTATION BY AMBASSADOR-AT-LARGE BILAHARI KAUSIKAN AT A CONFERENCE ON “THE BIG IDEAS OF MR LEE KUAN YEW” on 16 SEPT 2013.

News
Tue 17 Sep 2013
Topics
Singapore
Share this article
Email
Facebook
Twitter
The Lee Kuan Yew School of Public Policy organized a conference on "The Big Ideas of Mr Lee Kuan Yew" to commemorate his 90th birthday which is today. This contribution is by Mr Bilahari Kausikan who was until recently Permanent Secretary at the Singapore Foreign Ministry. He is now Ambassador-at-Large.
“There is something more than a little incongruous about tagging a conference "The Big Ideas of Mr Lee Kuan Yew". The term 'big ideas' generally connotes some overarching framework or theory. Yet he once told a journalist: "I am not great on philosophy and theories. I am interested in them, but my life is not guided by philosophy or theories. I get things done …." This is particularly so with regard to his approach to geopolitics and international relations, an area to which more than a fair share of nonsense has been attached under the guise of theory. It is more appropriate to talk about Mr Lee’s approach towards international relations and geopolitics.
An international relations theorist would no doubt call Mr Lee a realist. But no simplistic label can do justice to the eclectic complexity of his approach towards international relations and geopolitics. I suspect that if anyone were foolhardy enough to ask Mr Lee which of the main schools of international relations -- realism, institutionalism, liberalism, constructivism -- most influenced him, his reply, if he were in a good mood and if he had even heard of these theories, would be 'all of the above and none of the above'.
Mr Lee is above all an empiricist. He saw the world for what it is and never mistook his hopes or fears for reality. Mr Lee is not devoid of idealism. After all, he risked his life in the struggle against the communist United Front for ideals. Still he knew that in world affairs, as in all fields of human endeavour, not all desirable values are compatible or can be simultaneously realised.
I think Mr Lee would not, for example, disagree with the proposition that a world governed by international law and international organizations would be preferable for a small country like Singapore. But he would certainly question whether a world of sovereign states of vastly disparate power could really ever be such a world. He understood that international order is the prerequisite for international law and organization. So while you may work towards an ideal and must stand firm on basic principles, you settle for what is practical at any point of time, rather than embark on Quixotic quests.
Mr Lee's 'big idea' was Singapore. On that he always thought big: Singapore as we know it today would not otherwise exist. In so far as any central organizing principle infused his geopolitical thinking, it is a laser-like focus on Singapore's national interest. He saw the world canvas whole. But unlike too many self-styled 'statesmen', Mr Lee never succumbed to the temptation of capering about on the world stage for its own sake. When he expressed an opinion, it was always to some purpose, even though the purpose may not always have been immediately apparent to everyone. He looked at the world strategically with a broad and long term vision; he played chess not draughts.
His geopolitical thought is based on an unsentimental view of human nature and power; a view shaped by experience, particularly, as he on several occasions has said, his experience of the Japanese occupation. His analyses are characterized by the hard headed precision with which he zeroed in on the core of any situation, undistracted by the peripheral. He expressed his ideas directly without cant of any kind.
This is harder to do than you may think and consequently rare. Fluffy thought and weasely expression are more usual in diplomacy and the analysis of international relations. For proof of the scarcity of clear thinking on international issues, just peruse the op-ed and international news pages of any major newspaper with an objective eye. And consider, for example, the many knots western commentators and policy-makers have tied themselves into over Iraq, Afghanistan, Egypt and now over Syria. Wishful, ideologically driven thinking, loose talk and the advocacy of impossible or incompatible goals abounds.
The disciplined clarity of his thought and expression was one of the primary sources of the influence Mr Lee wielded, disproportionate for the leader of a small country like Singapore. His views were valued because they were unvarnished and gave a fresh and unique perspective. He said things that leaders of much larger and more powerful countries may well have thought and may have liked to say, but for one reason or another, could not themselves prudently say. And so he made Singapore relevant. His support for the Vietnam war at a time when it was politically unpopular -- a war he believed unwinnable but nevertheless vital to buy time for non-communist Southeast Asia to put its house in order -- being a case in point, as was his support for the US presence in East Asia long before it became fashionable in our neighbourhood.
Mr Lee once memorably said that he was interested in being correct rather than being politically correct. Naturally, he was not always correct. International developments are intrinsically unpredictable and nobody can ever be always correct. But he was more often than not on target and when he was not, was never too proud to change his position. So when he spoke even great powers listened. They may not always have liked what they heard, but they listened and more importantly, sometimes acted on what they heard. In his memoirs Mr Lee has recounted his 1978 meeting with Deng Xiaoping and how he got him to drop Chinese support for communist insurgencies in Southeast Asia. So let me tell you a less well known story.
In 1981, at the International Conference on Kampuchea held at the UN, the US was poised to sell out Singapore's and ASEAN's interests in favour of China's interest to see a return of the Khmer Rouge regime. The then Assistant Secretary of State in charge of China policy even threatened our Foreign Minister that there would be "blood on the floor" if we did not relent. We held firm. The next year, Mr Lee travelled to Washington DC and in a meeting with the Senate Foreign Relations Committee, described America’s China policy as 'amateurish'. Word rapidly spread. As the young desk officer who took notes for that meeting, I was bemused by the spectacle of the Assistant Secretary frantically scrambling to find out what exactly Mr Lee had said. I don't know if it was coincidental, but the very next year the Assistant Secretary in question was appointed Ambassador to Indonesia; an important position, but one in which he no longer held sway over China policy. And when his new appointment was announced, the gentleman anxiously enquired through an intermediary if Mr Lee had told then President Soeharto anything about him. He was reassured and served honourably in Indonesia.
I do not recount this incident in US-Singapore relations merely for the trite and possibly redundant purpose of illustrating Mr Lee's influence. The moral of the story is his approach to diplomacy; an approach which he hammered into the Ministry of Foreign Affairs, but which is not sufficiently understood by the general public or even some sections of our establishment. Diplomacy is not about being nice, polite or agreeable. It is more fundamentally about protecting and promoting the country's interests, preferably by being nice but if necessary by other appropriate means.
In 1968, Mr Lee turned down a direct appeal by former President Soeharto to pardon two Indonesian marines who had been sentenced to death for planting a bomb during Konfrontasi that killed several Singaporeans. He could not have done otherwise without conceding that the small must always defer to the big and irretrievably compromising our sovereignty. A Jakarta mob then sacked our Embassy and threatened to kill our Ambassador. But a few years later in 1973, he did not shy away from placing flowers on the graves of the two marines. Both actions -- standing firm on fundamental principle even at risk of conflict and making a gracious gesture once the principle had been established -- were equally important in setting the foundations of the relationship we today enjoy with Indonesia. He once told an Israeli general who had helped start the SAF that Singapore had learnt two things from Israel: how to be strong, and how not to use our strength; meaning that it was necessary to get along with neighbours and that no country can live in perpetual conflict with its neighbours.
But Mr Lee had no illusions about the challenges facing a Chinese majority Singapore permanently situated in a Southeast Asia in which the Chinese are typically a less than fully welcome minority. His greatest mistake was perhaps, during the period when Singapore was part of Malaysia, to underestimate the lengths to which the Malaysian leadership would go to defend Malay dominance and privileges and led to what was politely termed 'Separation'. But it turned out well for us, better in all probability than if we had remained in Malaysia. At any rate, it was not a mistake that he would ever make again.
The basic issue in Singapore's relations with our neighbours is existential: the implicit challenge a successful Chinese majority Singapore organized on the basis of multiracial meritocracy by its very existence poses to contiguous systems organized on different and irreconcilable principles. This is sometimes dismissed as 'historical baggage' that will fade with time. But it is really about the dynamic between two different types of political systems which once shared a common history but have since evolved in very different directions. It is not easy to envisage the fundamental differences ever fading away, even if time blunts their sharpest edges.
Still, even when differences were at their keenest, it did not prevent Mr Lee from working with Malaysia (and Indonesia) based on the pragmatic pursuit of common interests. It is no secret that the relationship between Mr Lee and Dr Mahathir the former Prime Minister of Malaysia, was often testy and fraught with history. Less well known is the fact that until the 2010 agreement on railway land, the most significant Singapore-Malaysia agreement since our independence was the 1990 Water Agreement concluded between Dr Mahathir and Mr Lee, then still Prime Minister. Among other things, it provided for the construction of Linggiu Dam.
The incongruity of Singapore in Southeast Asia is the central geopolitical reality from which flowed the constants in Mr Lee's approach towards geopolitics and key decisions. These include, among other things: the early investment in ASEAN as a stabilizing mechanism at a time when it was still uncertain whether ASEAN would survive; his emphasis on balance and the imperative of involving all major powers in regional affairs rather than acquiesce in 'regional solutions to regional problems'; the necessity of anchoring the US presence in Southeast Asia, including the offer of the use of our facilities after US forces were no longer welcome in Subic Bay and Clark Airbase in the Philippines; the decision to look forwards in relations with Japan and to forgive if not forget, despite his own bitter experiences during the Japanese occupation; never giving up on India despite his continuing scepticism about its governance; a non-ideological approach to working with the former Soviet Union whenever possible, despite his anti-communism; and the decision to be the last Southeast Asian country to establish formal diplomatic relations with China despite his early recognition of the inevitable growth of China's influence and the close personal relations he enjoyed with many Chinese leaders.
No leader, however personally brilliant an individual, can be internationally influential if he only leads a barren rock. Mr Lee was influential because Singapore is successful. The core operating principles Mr Lee established still form the basis of our foreign policy, although of course their application is continually adjusted to changing circumstances. This should not be surprising since we cannot choose our geopolitical situation and small countries have limited options. But the question inevitably arises: can we continue to be internationally effective and relevant in a post-Lee Kuan Yew era?
Many years ago, the Ministry of Foreign Affairs commissioned a study on how Singapore could continue to have a close relationship with China after Mr Lee's network of personal contacts with Chinese leaders was no longer available. I must emphasize that the study was not conducted by a Foreign Service Officer because after lengthy consideration, the conclusion was - have more Lee Kuan Yews!
This was not exactly very helpful. But I am not entirely pessimistic. Mr Lee relinquished executive authority more than twenty years ago; we have in effect already been in a post-Lee Kuan Yew era for quite some time. There will never be another Lee Kuan Yew. But we are still and can remain internationally relevant so long as Singapore is successful and we do not lose the habits of mind – supple, pragmatic, disciplined and unsentimental long-term thinking focused on the national interest – the core principles and the clarity of expression that Mr Lee instilled in what is today a far more institutionalized foreign policy system. So long as we retain this edge, our views will continue to be sought by countries large and small, many of whom seek to emulate our policies.
It is however not to be taken for granted that we can in fact retain this edge. Domestic politics in Singapore is becoming more complicated. Foreign policy will sooner or later be the subject of domestic debates. This is not necessarily a bad thing provided -- and this is a crucial condition -- foreign policy debates occur within nationally agreed parameters of what is and is not possible or desirable for a small country. This is difficult under the best of circumstances and even more difficult for a country with only a very short shared history.
Already and all too often I see the irrelevant or the impossible being held up as worthy of emulation; I see our vulnerabilities being dismissed or downplayed; and I see only a superficial understanding of how the world really works in civil society and other groups who aspire to prescribe alternate foreign policies. Most dangerously of all, I see the first signs, as yet still faint but alas, unmistakable, of failure by some to resist the temptation to use foreign policy as a tool of partisan politics. Whatever the dissatisfaction with the government, however great the desire for change, Singaporeans should not lose sight of the old adage, somewhat clichéd but not invalid: domestic politics should stop at water's edge. Even the biggest and most powerful of countries disregards this to their cost and chagrin; for small countries disregard could prove fatal. Fortunately the situation is not yet irreversible.”

Monday, September 2, 2013

Bulan Bahasa Untuk Masyarakat

BULAN BAHASA

'Bulan Bahasa untuk masyarakat, bukan golongan elit sahaja'

Zaqy pergiat usaha lenyapkan tanggapan salah Bulan Bahasa adalah acara elitis yang libatkan golongan sasterawan dan cendekiawan sahaja
ADA persepsi Bulan Bahasa merupakan acara elitis yang melibatkan segelintir golongan seperti sasterawan dan cendekiawan sahaja.
Lantaran itu, apabila beliau dilantik Pengerusi Bulan Bahasa tahun lalu, Encik Zaqy Mohamad mempergiatkan usaha melenyapkan persepsi tersebut.
"Kami telah cuba 'memasyarakatkan' sambutan Bulan Bahasa dengan melibatkan segenap lapisan masyarakat, daripada golongan pelajar, sasterawan kepada masyarakat umum," kata Encik Zaqy yang diwawancara Berita Harian sempena Bulan Bahasa 2013.
Tahun lalu, pihak penganjur 'turun padang' ke Geylang Serai untuk menyemarakkan dan memupuk kesedaran mengenai Bulan Bahasa.
Mereka melakukan perkara yang sama semalam, menjelang Bulan Bahasa yang bakal dilancarkan pada Sabtu ini.
Sementara itu, lebih ramai Duta Bahasa dilantik daripada pelbagai bidang termasuk media, muzik, dan seni.
Tahun ini, buat julung-julung kalinya, seorang personaliti sukan, Shahril Ishak, dilantik sebagai Duta Bahasa.
Selain kapten pasukan bola sepak SingaXII itu, tiga lagi yang dilantik ialah aktivis teater Aidli Alin Mosbit, selebriti Nurul Aini dan penyanyi Siti Zahidah Fadil.
Tema kempen Bulan Bahasa tahun ini ialah 'Ilmu, Budaya, Mesra' yang mengajak masyarakat menggunakan bahasa Melayu dalam pelbagai konteks.
Contohnya, bahasa Melayu masih digunakan untuk menimba ilmu dalam agama dan pengajian bahasa Melayu.
Selain itu, bahasa juga memang berkait rapat dengan budaya. Bahasa memaparkan tata tertib, elok budi serta budaya lelulur masyarakat.
Di samping itu, bahasa Melayu juga menjalin kemesraan di kalangan penuturnya.
Hari ini, pantun dan puisi masih digunakan dalam majlis-majlis rasmi.
"Tahun ini, kami ingin menonjolkan bahasa Melayu itu serba guna dan masih relevan dalam konteks kehidupan kita hari ini," kata Encik Zaqy.
Menurut Encik Zaqy, tema kali ini memaparkan aspirasi bagi bahasa Melayu.
"Selalunya, apabila kita bincangkan mengenai bahasa Melayu, seolah-olah kita mengenang kembali kepada satu zaman silam.
"Kini tiba masanya kita pandang ke hadapan kerana bahasa telah berubah mengikut peredaran masa. Bahkan, pakar bahasa Melayu juga sering mengemas kini konteks pengunaan bahasa," kata Encik Zaqy, yang akur bukan pakar bahasa Melayu.
Setelah lebih dua tahun bekerja rapat dengan pakar-pakar bahasa Melayu untuk menjayakan Bulan Bahasa, Encik Zaqy berkata pengalaman itu merupakan suatu yang amat bermakna baginya.
"Sejak hari pertama lagi saya menjadi pengerusi Bulan Bahasa, saya tahu saya bukanlah pakar tetapi pengalaman ini telah membuat saya lebih rendah hati, apatah lagi dikelilingi mereka yang pakar dan minat dalam bahasa Melayu seperti Cikgu Naim (Daipi)," kata Encik Zaqy.
Beliau melihat peranannya sebagai penggembleng tenaga pelbagai pihak.
Menyentuh kejayaan Bulan Bahasa sebagai kempen, Encik Zaqy berkata satu kayu ukur dari sudut kuantiti - berapa ramai yang menyertai kegiatan Bulan Bahasa.
Tahun lalu, sekitar 9,000 peserta terlibat dalam sekitar 50 projek Bulan Bahasa 2012 dalam tempoh tiga hujung minggu.
Encik Zaqy meluahkan harapannya agar bilangan penyertaannya meningkat lagi tahun ini.
Tetapi pihaknya tidak mahu lihat dari satu sudut sahaja.
Tahun ini, beliau berkata satu faktor penting ialah adanya rakan-rakan yang dapat mengelolakan program dalam jangka panjang.
"Ini penting kerana kami ingin memastikan acara bahasa dapat bertahan dalam jangka masa panjang, bukan sekali sahaja semasa Bulan Bahasa.
"Kami perlu beri sokongan kepada mereka dan membantu membangun keupayaan mereka," kata Encik Zaqy.
Bulan Bahasa pertama kali dilancarkan pada 1988 oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) untuk menggalakkan masyarakat Melayu menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.
Sejak 2010, Bulan Bahasa menjadi acara tahunan, berbanding sekali dalam dua tahun sebelum itu.
Pada pendapat Encik Zaqy, ini bermakna kegiatan bahasa kini dapat dianjurkan secara lebih konsisten dan bersepadu.
Awal tahun ini, MBMS telah membentangkan pelan untuk menyemarakkan bahasa Melayu sepanjang tahun, bukan semasa Bulan Bahasa sahaja, dan strategi mendekati pelbagai kumpulan, termasuk golongan sasterawan juga.
Kata Encik Zaqy lagi, Bulan Bahasa kekal berperanan bukan sahaja untuk menganjur kegiatan bagi masyarakat umum tetapi sebagai acara yang simbolik.
"Ia memberi petanda jelas bahawa bahasa ibunda kita masih penting kepada masyarakat kita," kata Encik Zaqy.

Mengenai cabaran:
''Satu cabaran yang perlu ditangani ialah persepsi bahawa bahasa Melayu ketinggalan zaman. Amat membimbangkan kalau masyarakat Melayu sendiri tidak mempunyai keyakinan terhadap bahasa Melayu. Satu lagi cabaran ialah kesukaran mendapatkan sokongan dana daripada masyarakat dan pihak korporat. Ini berbeza dengan kegiatan amal atau kegiatan seni dan warisan yang mempunyai sokongan dan penaungnya. Kami harus terus mencari jalan untuk mendapatkan sokongan masyarakat bagi kegiatan bahasa Melayu sebagai bidang tukikan.''
Mengenai Dwibahasa:
''Tidak dinafikan bahawa Inggeris akan terus menjadi bahasa dominan dalam kehidupan seharian kita tetapi kita harus terus memupuk kedwibahasaan. Kita harus mampu menggunakan kededua bahasa Inggeris dan bahasa ibunda secara berkesan bila ia diperlukan. Kalau boleh, kita harus pelajari pelbagai bahasa, terutama sekali dalam konteks dunia global hari ini.''
Mengenai pendekatan tahun ini:
''Kami ambil pendekatan konsultatif atau perundingan tahun ini. Dari awal lagi, kami mengundang rakan sokongan untuk mendapatkan idea dan saranan mereka. Kami juga bekerjasama rapat dengan rakan sokongan untuk pastikan kegiatan mereka dapat diselaraskan dengan tema. Jika sebelum ini, ada pihak yang mengkritik Bulan Bahasa, kami mengundang mereka untuk sertai kami, kemukakan idea dan terlibat sama.''

Bahasa Melayu - Perkembangan dan laluan hari muka di Singapura


PENDETA DR MUHD ARIFF AHMAD: Beliau merupakan segelintir 'perintis' dalam gerakan penyedaran bahasa yang terus bersemangat walaupun kini pada hujung senja usianya. - Foto fail
BULAN BAHASA 

oleh Mohd raman daud

Laluan mencabar

Sabtu ini, sekali lagi Bulan Bahasa Melayu dilancarkan. Adakah ia sekadar pengisi seruan agar bahasa Melayu terus kekal di sini? MOHD RAMAN DAUD (raman@sph.com.sg) mengimbas perkembangan bahasa Melayu dan laluan hari muka di Singapura.
SEJAK Kongres Bahasa Melayu 1966 sehingga yang bakal dilancarkan Sabtu ini, sudahkah usaha menyedar dan menyemarakkan penggunaan bahasa Melayu mencapai matlamatnya?
Persoalan ini memang tampak sukar dijawab.
Dari segi sejarah, menurut Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad (yang bakal berusia 89 tahun pada 6 Disember ini), suasana Singapura sudah pesat berubah sejak selepas Perang Dunia Kedua sehingga kini.
Beliau merupakan segelintir 'perintis' dalam gerakan penyedaran bahasa yang terus bersemangat walaupun kini pada hujung usia senjanya.
"Yang penting kita terus bersemangat dalam memberikan dorongan kepada anak-anak kita yang bakal mewariskan perjuangan ini," katanya kepada saya tidak lama dulu.
Pada 1950-an, Singapura menjadi tuan rumah dua Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (KPBM) iaitu yang pertama dan ketiga (1952 dan 1956). Kongres kedua diadakan di Seremban pada 1954.
Menurut Dr Muhd Ariff: "Semangat mencapai kemerdekaan turut dibakar oleh perjuangan memertabatkan bahasa Melayu.
"Oleh itu apabila Singapura turut terlibat dalam perjuangan untuk merdeka daripada British, bahasa Melayu luas digunakan dan dipelajari oleh orang bukan Melayu," tambahnya.
Ketika Singapura menyertai Persekutuan Malaysia, bahasa Melayu menjadi 'laris' diajarkan sebagai Bahasa Kebangsaan. Golongan bukan Melayu, terutama para pegawai awam, gigih mempelajarinya.
REALITI MERDEKA
Apabila Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia dan meraih kemerdekaan pada 9 Ogos 1965, suasananya tiba-tiba berubah. Walaupun bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Kebangsaan dan satu daripada empat bahasa rasmi, bahasa Inggeris kian luas digunakan sebagai bahasa kerja dan jalinan Singapura kepada dunia antarabangsa.
Namun, Bulan Bahasa Kebangsaan sempat diadakan pada 1966 sebagaimana dijadualkan.
Dewan Bahasa dan Kebudayaan Melayu Singapura yang di bawah riayah Kementerian Kebudayaan ditiadakan pada 1969. Ia merupakan antara gagasan KBPM III. Selanjutnya, sekolah aliran bahasa ibunda, termasuk Melayu, mulai pupus menjelang pertengahan 1970-an kerana ibu bapa di Singapura menyedari kepentingan ekonomi persekolahan aliran Inggeris.
Kesatuan Guru Melayu Singapura (KGMS) yang pernah dipimpin Haji Sidek Saniff telah mengemukana sekolah aliran nasional yang antara lain menetapkan peri penting penggunaan Bahasa Kebangsaan. Namun, saranannya tidak diterima pemerintah.
Buat beberapa lama, terasa suasana lesu pada perkembangan bahasa dan sastera Melayu di Singapura.
Pada Perkampungan Sastera 1973, Angkatan Sasterawan '50 menyarankan strategi untuk mengatasi kelesuan tadi, termasuk mewujudkan Hadiah Sastera yang mengiktiraf karya terbaik dalam bidang penulisan.
Pada 1982, Majlis Pusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu Singapura telah mengadakan Bulan Bahasa yang dirasmikan oleh Mejar Fong Sip Chee, Menteri Negara (Kebudayaan).
Suasana bimbang akan merudum penggunaan bahasa Melayu yang menjejas jati diri masyarakatnya terus menjadi tema dalam forum dan penulisan sastera.
Pemerintah menyedari gejolak soal bahasa ibunda yang turut menjadi keprihatinan masyarakat Cina dan India. Kaum Cina mengadakan Kempen Bertutur Mandarin yang antara lain dalam rangka mengurangkan penggunaan dialek dan memperteguh jati diri.
Pada April 1981, Jawatankuasa Ejaan Melayu pimpinan Haji Sidek ditubuhkan oleh Kementerian Kebudayaan dalam rangka mengatasi masalah ejaan. Ia merupakan cikal bakal (asas) bagi pembentukan Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) pada 1992.
PERANAN MBMS
Tahun ini, MBMS berusia lebih dua dekad, dwikegiatannya Bulan Bahasa dan Penyampaian Anugerah Persuratan terus mewarnai kewujudannya.
Singapura sekadar menjadi pemerhati dalam Majlis Bahasa Brunei, Indonesia, Malaysia (Mabbim) buat sekian lama.
Namun pada tahun lalu, tertinta sejarah apabila Singapura (MBMS) menjadi ahli dalam Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) yang ditubuhkan pada 1995.
Seyogia, piagam Mastera dan namanya juga antara lain pernah mendapat masukan atau saranan daripada MBMS.
Pelaburan pemerintah dalam menyuburkan dasar dwibahasa terus diperkukuh. Hal ini mewajarkan pengembangan bidang tugas MBMS untuk terus merakyatkan kegiatannya sehingga ke peringkat akar umbi seperti melibatkan balai rakyat atau kelab masyarakat.
Dalam pada itu, cakap-cakap bahawa Singapura akan ketandusan calon untuk menerima Anugerah Tun Seri Lanang iaitu pengiktirafan tertinggi bagi pencapaian dalam bidang bahasa dan persuratan, ternyata tidak berlaku.
Sejak Dr Muhd Ariff menjadi penerima pertamanya, anugerah mulia ini telah diraih oleh Dr Masuri SN (almarhum), A. Ghani Hamid, Suratman Markasan, Aliman Hassan, Mohd Latif Mohamed, Isa Kamari dan Hadijah Rahmat. Tahun ini, siapa pula?
Yang pasti selagi ada MBMS, terpancar tekad pemerintah memastikan bahasa Melayu terus mekar di negara ini walaupun suasana penggunaan bahasa Inggeris memang cukup dominan sehingga di rumah orang Melayu, bahkan di masjid atau pertubuhan Melayu sendiri.
Menurut Haji Sidek, mantan Menteri Negara Kanan dan lama memimpin MBMS sebagai 'arkiteknya':
"Saya gembira MBMS dapat mendekati badan yang bukan bahasa seperti Persisi dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang banyak pemain Melayu. Ini menunjukkan pesilat dan pemain bola sepak kita boleh menjadi duta bahasa, selain profesional atau orang Melayu yang sudah berjaya tetapi tidak melupakan bahasa ibundanya sebagai penanda jati diri.
"Bagi tahap selanjutnya, MBMS perlu memperteguh jenteranya agar lebih berkesan, terutama memanfaatkan bakat dan bakti penerima Anugerah Tun Seri Lanang dan menumbuhkan bakat-bakat muda bahasa dan sastera kita."

Jabatan Pengajian Melayu

BULAN BAHASA

BULAN BAHASA 1982: Mejar Fong Sip Chee, Menteri Negara (Kebudayaan), memalu gong sebagai menandakan pelancaran Bulan Bahasa pada 13 Ogos 1982 - sesudah selang 16 tahun (Bulan Bahasa Kebangsaan 1966) - dengan disaksikan Encik Yusnor Ef, setiausaha, dan Encik Suratman Markasan, timbalan pengerusi jawatankuasa penganjur.

Tekad tumbuh oleh Mohd Raman Daud

JIKA dulu, Singapura sebelum merdeka hanya mempunyai Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya (ditubuhkan pada 1954 dengan Pendeta Za'ba selaku ketua jabatan yang pertama), kini terdapat tiga institusi bahasa secara rasmi.
Jabatan ini kini diketuai Profesor Madya Noor Aisha Abdul Rahman, wanita dan anak Melayu tempatan pertama yang diserahkan penghormatan ini.
Selanjutnya, di Institut Pendidikan Kebangsaan, Universiti Teknologi Nanyang (NTU), terdapat Unit Bahasa dan Kebudayaan Melayu pimpinan Profesor Madya Dr Hadijah Rahmat. Unit ini boleh dikatakan yang kedua tertua selepas Jabatan Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura (NUS).
Seyogia, NTU dulunya Universiti Nanyang atau Nantah. Ia pernah mempunyai Jabatan Pengajian Melayu yang melahirkan tokoh bukan Melayu yang pakar dalam persuratan Melayu seperti Profesor Yang Quee Yee (pakar perkamusan), Dr Liaw Yock Fang (linguistik dan sejarah kesusasteraan Melayu), Dr Tan Ta Sen dan Dr Li Chuan Siu.
Universiti SIM baru beberapa tahun ini pula mempunyai program pengajian bahasa dan sastera Melayu.
Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan juga mempunyai Pusat Bahasa Melayu yang kini dipimpin Encik Mohd Noh Daipi.
Dari segi luaran, tampaknya kehadiran tiga institusi itu boleh membantu Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) dan segelintir badan persuratan seperti Asas '50 dalam merancang dan melaksanakan suasana kebahasaaan Melayu di sini.
Namun, sesetengah pengamat berasa amat sukar bagi Singapura kembali menjadi pusat intelek dan persuratan Melayu seperti dalam era 1850 hingga 1960.
Mentelah era itu tidak pula dirancang atau dijenterakan. Sebaliknya, ia tumbuh dengan sendirinya kerana dasar-dasar penjajah British yang mendorong Singapura menjadi kota tumpuan cerdik pandai, termasuk dalam Alam Melayu rantau ini yang masih terjajah.
Dalam era itu, Singapura menghasilkan begitu banyak bahan penulisan, filem dan muzik Melayu berbanding mana-mana kota utama di rantau ini, termasuk Jakarta.
Namun, suasananya berubah selepas Indonesia merdeka pada 1945 dan diikuti oleh Malaysia pada 1957. Peranan utama Singapura sebagai pusat utama Alam Melayu terhakis sejak itu.
Tetapi apakah dengan teknologi perhubungan, Singapura mampu menjadi gedung yang menghimpun karya-karya Melayu?
Hal ini mungkin tidak mustahil. Baru-baru ini, kerjasama antara Perpustakaan British dengan Lembaga Perpustakaan Negara Singapura membolehkan karya terbitan di Singapura pada zaman British diperolehi secara pendigitan.
Banyak karya lama di kepulauan Riau misalnya, masih belum dirakamkan secara pendigitan.
Ini merupakan bidang yang boleh dilaksanakan dengan kerjasama Singapura dengan Indonesia atau wilayah Riau yang pernah menampung tamadun Melayu silam.
Namun, yang teramat penting ialah membangun bakat. Ini merupakan tukikan utama untuk Singapura membangun pesat.

Wednesday, August 7, 2013

CARA MENYAMBUT IDUL FITRI - Sumber Jamiyah

Cara Rasulullah SAW Menyambut Hari Raya Eidul Fitri
Hari Raya atau Eidul Ftri adalah hari kemenangan, kegembiraan dan kesyukuran atas nikmat Allah SWT kerana kita berjaya menyempurnakan ibadah puasa dalam bulan Ramadan. Rasulullah SAW menyambut kemenangannya dengan penuh kesederhanaan dan melakukan amalan-amalan berikut:

Mandi dan berpakaian bersih dan elok sebelum menunaikan solat Eidil Fitri.
Makan sebelum keluar menunaikan solat Eidul Fitri
Bertakbir bermula pada malam Hari Raya.
Mengucapkan tahniah sesama Muslim dengan ucapan yang baik.
Berpakaian yang bersih.
Keluar ke masjid melalui jalan lain dan balik melalui jalan yang lain.
Ziarah menziarahi sesama Muslim dengan mengucapkan ucapan yang baik dan mendoakan kebaikan dan kesejahteraan bersama.
Semoga kita contohi amalan-amalan sunnah ini seraya kita bimbing ahli keluarga kita untuk menjejaki cara Rasulullah SAW menyambut Eidul Fitr. Begitu juga, tanamkan dalam diri kita sikap cermat dalam berbelanja, berterusan menjaga waktu solat beserta solat sunat, Jagalah etika dan adab sopan semasa berada di rumah orang yang diziarahi umpamanya pilihlah waktu yang sesuai untuk ziarah dan sebagainya.

Dalam bergembira juga, janganlah melanggar batas-batas yang telah digariskan oleh Islam samada dari segi pergaulan, berpakaian serta makan dan minum. Apa yang paling penting dari kegembiraan sambutan Eidul Fitri adalah untuk mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.

Rasulullah SAW juga menyegerakan puasa sunat 6 hari dalam Bulan Syawal secara berturut-turut. Ini membuktikan kesungguhannya mencari keredaan Allah SWT. Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan, lalu diringi dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun." (HR Muslim)

Semoga Hari Kemenangan ini akan membawa keberkahan dan kemenangan hakiki kepada kita semua sebagai umat Islam. Apalagi setelah sebulan menjalani ibadah puasa, seharusnya kita sudah dapat memiliki sifat-sifat berikut:

1.Terbentuknya sikap taqwa dalam diri kita
Bulan Ramadan mendidik semua umat Islam tidak kira perempuan atau lelaki, yang kaya atau yang miskin, yang jauh atau yang dekat untuk sama-sama melakukan perintahnya iaitu dengan berpuasa, bersolat, bersedekah, berbuat kebaikan dan sebaliknya meninggalkan segala larangan dengan penuh penghayatan termasuk tabiat-tabiat buruk seperti merokok dan sebagainya sesuai firman Allah SWT: "...Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu..." (Al-Hujurat 49 ayat 13)
2.Akhlak yang baik
Di bulan mulia Ramadan, kita telah dididik untuk bersabar dalam menjalankan ibadah puasa, ikhlas dalam bersedekah dan beramal, bersyukur dalam segala keadaan, meninggalkan segala larangan kerana takutkan kemurkaan Allah SWT dan lain-lain lagi dari sifat mahmudah sehingga akhlak dan tabiat yang kurang elok terpadam dengan sendirinya. Bersabda Rasulullah SWT: "Orang Mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah yang paling baik akhlaknya.
3.Bertambahnya amalan-amalan baik
Jika di renungkan kembali, banyak amalan baik yang telah kita cetuskan pada bulan Ramadan ini dan kita amalkan selama sebulan. Pertama, berdiri menghadap ilahi, merukuk dan bersujud lebih 40 kali sehari dalam bentuk solat wajib dan solat sunat. Kedua, berniat mendapat keredaan Allah SWT melalui niat puasa, niat sedekah, niat melakukan kebajikan dan sebagainya. Ketiga, acapkali menzahirkan kesyukuran dengan doa selepas berbuka. Keempat, sentiasa mengingati Allah SWT melalui zikrullah, solat malam dan doa-doa khas setiap hari. Kelima, mengeratkan lagi silaturahim dengan berbuka bersama, bertukar-tukar juadah sesama tetangga, memberi makan saudara-saudara yang berpuasa, bersedekah dan sebagainya.
4.Menanam identiti Muslim sebenar
Pembentukkan syahsiah dan keperibadian Muslim melalui tiga perkara di atas memberi rupa kepada identiti seorang Muslim. Antara identiti seorang Muslim sebagaimana termaktub di dalam AlQuran ialah:

a.Kumpulan masyarakat yang bersatu sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al Hujurat ayat 10:"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
b.Masyarakat yang selalu memperbaiki kelemahan diri dan berusaha kearah kecemerlangan. Firman Allah SWT di dalam surah An Nahl ayat 127: "Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
c.Masyarakat yang dermawan dengan semangat bantu membantu yang begitu terserlah sebagaimana maksud Hadis Rasullulah SAW dari Abu Musa Al Asy'ari ra: "Orang mukmin itu bagi mukmin lainnya seperti bangunan, sebagiannya menguatkan sebagian yang lain. Kemudian Nabi Muhammad menggabungkan jari-jari tangannya. Ketika itu Nabi Muhammad duduk, tiba-tiba datang seorang lelaki meminta bantuan. Nabi hadapkan wajahnya kepada kami dan bersabda: Tolonglah dia, maka kamu akan mendapatkan pahala. Dan Allah menetapkan lewat lisan Nabi-Nya apa yang dikehendaki."
(HR Imam Bukhari, Muslim, dan An Nasa'i).
5.Bersedia menuju alam akhirat
Ramadan mendidik rohani untuk terus mengingati akhirat yang kekal abadi. Ia tidak akan bermanfaat jika kehadiran bulan ini tidak diikuti dengan kesedaran bahawa dunia ini hanyalah sementara dan alam akhirat itu akan kita datangi dan diami selama-lamanya. Bersabda Rasulullah SAW: "Carilah oleh mu kehidupan akhirat, tetapi jangan kau lupa bahagianmu di dunia"
Semoga Ramadan Al Mubarak berhasil buat diri kita. Teruskan berusaha dan berdoa, sesungguhnya telah Allah janjikan kepada kita segala sesuatu yang tidak dimungkirinya sebagaimana firmanNya di dalam surah Al Mukmin ayat 60: "Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."

Marilah sama-sama kita muhasabah diri dan kekalkan amalan-amalan baik yang telah kita amalkan kerana amalan yang berterusan itu lebih disukai dari amalan yang terputus-putus. Daripada Aisyah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).