WAWANCARA DENGAN KETUA BARU JABATAN PENGAJIAN MELAYU NUS
Sebagai nara sumber, Jabatan Pengajian Melayu Universiti National Singapura cergas bersama masyarakat dan bertekad untuk relevan demi jangka panjang. Ketuanya, Prof Madya Dr Noor Aisha Abdul Rahman, berkongsi impian bersama MOHD RAMAN DAUD (raman@sph.com.sg).
Ilmiawan sanggup merakyat
MENDAMPINGI masyarakat untuk memahami masalah
dan mencari huraiannya. •
Itulah antara strategi untuk terus relevan bagi Jabatan Pe
ngajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (JPMUKS),
yang bakal berusia 60 tahun pada 2014.
Menurut ketuanya yang keenam dan terbaharu, Profesor
Madya Dr Noor Aisha Abdul Rahman:
"Selain pensyarah kami mendekati masyarakat, imej jaba
tan ini dalam jangka panjang bergantung pada pengaruh dan
kewibawaan siswazah daripada jabatan ini.
"Mereka yang pernah belajar di jabatan ini tentu lebih arif
akan faedah yang telah mereka timba. Ini akan perpancar pa
da hasil keija mereka.
"Ini merupakan imej atau jenama (branding) jangka pan
jang yang jitu. Ianya bukan imej yang dapat digembargembur
kan oleh usaha seranta (public relation)."
PERTEGUH JALINAN
Antara usaha strategik yang telah pun dilaksanakan dan
perlu dipertingkat JPMUKS ialah menguatkan jalinan kajian
dan keilmuan dengan universiti yang serius dalam pengajian
masyarakat dan dunia Melayu, ujarnya.
"Banyak universiti dalam rantau Nusantara yang mempu
nyai program kajian yang penting dan dapat dikembangkan
bersama," terangnya.
Selain bidang bahasa dan kesusasteraan, kajian mengenai
permasalahan masyarakat Melayu perlu tingkatkan.
Menurut Profesor Noor Aisha, membangunkan program
persuratan dan budaya boleh dikembangkan ke
bidangbidang lain dengan melibatkan keijasama erat antara
universiti atau pusat kajian tempatan dengan badan sastera
dan budaya serta sasterawan dan budayawan kita.
"Rancangan sedemikian boleh membawa kepada peningka
tan wacana demi kepentingan masyarakat Melayu. Malah ia
boleh merobohkan dindingdinding palsu yang memisahkan
kegiatan intelektual di pusat pengajian tinggi dengan pemikir
dan karyawan yang menggerakkan minda masyarakat. Ini
akan menjadi ciri dan sifat utama universiti masa depan," kat
anya.
Antara rancangan sedemikian ialah Cita oleh JPMUKS
yang diselenggarakan oleh Dr Azhar Ibrahim Alwee. Ia sudah
beberapa kali diadakan dan melibatkan mahasiswa dan ak
tivis persuratan Melayu setempat.
KETOKOHAN
Jabatan ini pernah menampilkan tokohtokoh yang menja
di rujukan Dunia Melayu seperti Almarhum Pendeta Za'ba
yang juga ketua pertama jabatan ini dan Almarhum Prof Syed
Hussein Alatas yang dianggap 'bapa sosiologi Asia Tenggara'
serta Prof Tham Seong Chee yang dianggap tokoh pendidi
kan.,
Adakah JPMUKS dapat meneruskan tradisi nara sumber
ini?
"Kami bersyukur dengan para tokoh ulung tadi. Malah ba
nyak juga pemikir dan ilmiawan yang serius yang pernah bela
jar atau mengajar di jabatan ini seperti Profesor Chandra
Muzaffar, Profesor Shaharuddin Maaruf dan Profesor Hadijah
Rahmat (yang pernah menjadi siswa di jabatan ini dan kini ket
ua Unit Bahasa dan Budaya Melayu, Institut Pendidikan Ke
bangsaan).
"Namun keahlian mereka adalah hasil keringat mereka
yangfbertahuntahun memikirkan permasalahan dan soalsoal
penting masyarakat. Tokoh demikian tidak dapat dihasilkan
daripada proses pembelajaran di universiti sahaja. Bahkan ke
munculan mereka tidak dapat dirancang oleh manamana uni
versiti pun.
Dalam mendampingi masyarakat, Prof Noor Aisha mene
gaskan bahawa sudah banyak makalah dan'kerja ilmiah yang
dihasilkan oleh pensyarah di jabatan ini termasuk laporan ka
jian yang ditugaskan oleh agensi pemerintah atau pertubuhan
masyarakat.
"Jika ada keperluan mengadakan kajian yang di anjurkan
oleh pihak swasta atau pihak media, terpulanglah pada
pengkaji yang berkenaan untuk menimbangkannya.
"Selalunya pengkaji lebih minat dengan pengajian yang se
lari dengan keahlian dan bidang tertentu mereka," katanya
yang merupakan editor sebuah buku terbitan Rima (sayap ka
jian Angkatan Karyawan Islam, AMP) bertajuk, 'Religious Ac
tivism and Women's Development in Southeast Asia'.
Berita Harian Singapore, Singapore
11 Nov 2013, by
Teniaga Pengajar Jabatan Pengajian Melayu Universiti Kebangsaan
Singapura (NUS) terdiri daripada tujuh mahaguru:
T1MBALAN
KFTUA PROF
MADYA
MAZNAH
MOHAMAD
(SEJARAH
SOSIAL DAN
EKONOMI)
PROFESOR
MADYA SYED
MUHD
KHAIRUDIN
AUUNIED
(SEJARAH)
PENOLONG PROFESOR DR
SHER BANU A. L. KHAN
(SEJARAH)
Di laman sawangnya, Jabatan Pengajian Melayu bersama dengan Jabatan Sosiologi,
Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan, Universiti Nasiomal Singapura, (NUS)
mempelawa permohonan untuk jawatan Penolong Profesor/Profesor Madya.
KETUA: Profesor
Madya Noor
Aisha Abdul
Rahman1
(pengkhususan
Undangundang
dan pengajian
Melayu)
FELO PELAWAT DR AZHAR
IBRAHIM (KESUSAST ERAAN
DAN SOSIOLOGI AGAMA
PENOLONG PROFESOR DR
SHER BANU A. L. KHAN
(SEJARAH)
Di laman sawangnya, Jabatan Pengajian Melayu bersama dengan Jabatan Sosiologi,
Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan, Universiti Nasiomal Singapura, (NUS)
mempelawa permohonan untuk jawatan Penolong Profesor/Profesor Madya.
KETUA: Profesor
Madya Noor
Aisha Abdul
Rahman1
(pengkhususan
Undangundang
dan pengajian
Melayu)