Saturday, March 27, 2010
Anak Pintar oleh Hazirah Che Sab
Anak pintar
Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my
2010/03/21
Definisi tepat tahap kecerdikan sebenar individu
BUKAN sedikit ibu bapa yang mengidamkan anak seperti Sufiah Yusof, 24, yang memasuki universiti pada usia 13 tahun dan Adi Putra Abdul Ghani yang mengejutkan ramai pihak kerana kemampuan menyelesaikan masalah matematik. Tidak kurang juga yang mengidamkan anak seperti Muhammad Ahmad Zahid yang bergelar hafiz muda pada usia 13 tahun.
Semua pasti mahukan zuriat yang pintar kerana inilah ‘tiket’ kepada masa depan lebih cerah. Penat lelah membesarkan mereka seakan berbaloi apabila si anak membawa pulang kejayaan. Namun, apakah mereka ini pintar, berbakat, genius atau pun prodigy? Jangan keliru kerana inilah takrifan sebenar keupayaan mereka berdasarkan istilah psikologi
Seperti kata-kata ‘serupa tapi tak sama,’ pakar linguistik dan Pengasas PTS Publications and Distributors Sdn Bhd, Ainon Mohd, berkata masih ramai yang tidak dapat membezakan istilah sebenar ini. "Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"
Fadzilah Kamsah
Pakar motivasi “Aspek berbakat, pintar dan genius adalah antara perkataan yang kerap digunakan untuk menggambarkan kebolehan seseorang anak kecil mengatasi usia tanpa menyedari ia sebenarnya merujuk kepada makna yang kurang tepat.
“Genius adalah individu normal, tetapi mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah teknikal yang sukar atau tidak dapat diselesaikan pakar lain. Contoh paling tepat menggambarkan seseorang yang dianggap genius ialah Albert Einstein dalam bidang sains fizik manakala Thomas Edison dalam bidang elektrik,” katanya yang berkelulusan ijazah sarjana muda linguistik Universiti Malaya dan sarjana dalam bidang sama Leeds University.
Beliau yang pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi, berkata seseorang itu disebut genius apabila dapat menyelesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan mereka yang normal. Justeru Einstein dan Edison layak digelar genius disebabkan mereka berjaya menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan saintis dan jurutera lain.
“Kanak-kanak yang layak digelar genius adalah kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan orang dewasa. Jika tidak, mereka setakat digelar berbakat atau pintar, bukan genius. Mereka yang dapat menghafal al-Quran pada usia tujuh tahun adalah berbakat, bukan genius.
“Istilah genius tidak boleh digunakan kepada kanak-kanak kerana belum ada kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah setaraf orang dewasa. Einstein menyelesaikan masalah teori relativiti pada usia 25 tahun, selepas lulus universiti,” katanya.
Ainon mendakwa, disebabkan genius adalah pakar dalam sesuatu bidang, tiada kanak-kanak genius kerana anak kecil itu tidak mempunyai kepakaran ilmu. Oleh itu, baginya, tiada kanak-kanak genius dalam bidang sains, kejuruteraan, kedoktoran ataupun perfileman atau yang bergelar pakar bedah.
Satu lagi istilah ‘prodigy’ yang merujuk keupayaan kanak-kanak melakukan perkara yang hanya dapat dilakukan orang dewasa.
“Kanak-kanak pada usia lapan tahun yang dapat mengikuti pelajaran matematik peringkat universiti atau mencipta muzik seperti pemuzik dewasa, selayaknya digelar ‘prodigy.’ Mereka ini hanya ada dalam dua bidang iaitu matematik dan muzik. Kanak-kanak prodigiy mempunyai kepintaran orang dewasa dalam bidang matematik ataupun muzik saja. Dalam lain-lain hal, mereka adalah kanak-kanak seperti budak lain,” katanya.
Persoalannya, apakah ada sebarang petua mendapatkan anak pintar ini? Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berkata ini terletak kepada usaha ibu bapa mencari dan memperbaiki kelemahan diri terlebih dulu selain mengamalkan doa dan ajaran berlandaskan al-Quran dan Sunnah.
“Doa adalah senjata umat Islam dan sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan bacaan surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Bapa juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut isteri.
“Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran. Apabila hati terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Ibu juga digalakkan membaca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur,” katanya.
Katanya, satu perkara perlu diingati oleh semua ibu bapa iaitu semua anak dilahirkan pintar cuma cara merangsang yang membezakan impaknya. Ini wujud dalam bentuk pakej iaitu mesti membetulkan hati, otak, makanan, persekitaran dan didikan.
Beliau menegur sikap kebanyakan ibu bapa yang tidak mempunyai misi jelas dalam usaha memulakan keluarga.
“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Bagi tujuan itu, ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak sebagai doktor misalnya. Ibu dan bapa perlulah memupuk minat anak menjadi doktor dengan membaca buku berkaitan perubatan sejak hamil.
“Wanita Yahudi misalnya, mendidik anak sejak dalam kandungan. Sebaik hamil, mereka akan membuat latihan matematik, mendengar muzik dan bermain muzik untuk merangsang perkembangan anak. Ia terbukti berkesan dan jangan hairan jika anak-anak Yahudi dilahirkan bijak. Kita juga boleh berbuat demikian. Malah sebagai orang Islam kita mempunyai 1,001 cara untuk membentuk anak menjadi pintar dan soleh pada masa sama,” katanya.
Dr Mohd Fadzilah berkata, dia sendiri pernah bertemu dengan seorang wanita yang tidak pernah lalai membaca sehingga satu juzuk al-Quran setiap hari sepanjang hamil.
“Jika dia keletihan, suaminya akan menyambung membaca dan pahala dihadiahkan kepada bayi dalam kandungan. Anak itu dilahirkan dan membesar menjadi seorang lelaki yang bijak, pintar dan tinggi akhlaknya. Ini bukti betapa ayat Quran dan doa cukup berkesan dalam usaha membentuk anak pintar. Jika tidak berkesempatan mendidik anak dari dalam perut, belum terlambat untuk berbuat demikian walaupun mereka sudah menjejak alam persekolahan,” katanya.
Malah, baginya, antara saat paling mustajab mendidik anak ialah ‘hypnagogic moment’ iaitu masa antara anak berada dalam keadaan antara sedar dan tidak ketika hendak tidur.
“Ketika itu, mereka seolah-olah terpukau dan apa saja yang disebutkan ketika itu akan meresap masuk ke dalam hati. Rebut peluang untuk membisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan ketika mereka dalam keadaan itu dan Insya-Allah anak-anak akan menurut apa yang dikatakan.
“Waktu lain yang turut memberi impak besar kepada usaha ibu bapa memberi didikan ialah sebelum anak-anak tidur, sedang tidur dan baru bangun tidur. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat,” katanya.
Beliau turut menegur tindakan ibu bapa yang selalu terlanjur mengeluarkan perkataan negatif ketika marah.
“Kata-kata itu satu doa. Anak boleh dimarah dan kena dimarah tetapi biarlah marah itu berunsurkan positif. Jangan sesekali keluarkan perkataan degil, keras kepala kepada anak. Sebaliknya jika mereka melakukan sesuatu kesilapan, katakan kepada mereka: “Kamu anak baik. Kamu anak bijak. Mengapa lakukan perkara itu,” katanya.
'Formula Adi Putra berasaskan kiraan Islam'
IMPIAN untuk bertentang mata dengan Adi Putra Abdul Ghani, 11, tidak kesampaian kerana dia berada di kampung neneknya yang baru meninggal dunia. Namun peluang bertemu ayahnya memberi kesempatan mengenali siapa sebenarnya Adi Putra yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan sehingga kini sudah mencipta 228 formula menyelesaikan masalah matematik.
Kisah kepintaran Adi Putra menyelesaikan masalah matematik sudah terlalu banyak diperkatakan tetapi kali ini penulis dihidangkan dengan sisi lain budak cerdik itu.
Menerusi paparan cakera padat, Adi Putra hanya menonjol dalam matematik tetapi pelbagai bidang lain yang melampaui usia sebenarnya.
“Ia satu anugerah Allah yang wajar kita syukuri. Ia juga satu bukti kehebatan Allah yang mampu memilih sesiapa saja untuk diberikan keistimewaan biarpun makhluk itu semuda Adi Putra,” kata Abdul Ghani ketika ditemui baru-baru ini.
Menariknya mengenai Adi Putra ialah semua formula matematiknya berasaskan cara kiraan Islam 100 peratus dan cara penyelesaiannya berdasarkan cakerawala, peredaran bulan, matahari, bumi serta menggunakan semua ciptaan Allah SWT di muka bumi ini seperti bukit dan tidak ketinggalan mengguna pakai perkiraan orang dulu.
Abdul Ghani mendakwa, kaedah pengiraan itu diiktiraf pakar antarabangsa malah di luar negara satu formula Adi Putra dinilai bersamaan RM1 juta dan modul sifir yang dihasilkannya bernilai berbilion ringgit.
“Jangan anggap Adi Putra budak kecil kerana selain pintar dalam matematik, dia juga mampu mengajar, petah berbicara walaupun ketika ditemubual stesen televisyen antarabangsa malah tidak kekok bersama dengan pembesar negara,” katanya.
Katanya, anaknya itu juga diiktiraf memiliki pengetahuan ilmu matematik berusia 400 hingga 500 tahun dulu yang pernah dikuasai ilmuwan Islam. Adi Putra bukan hanya menguasai formula matematik sebaliknya mengkaji setiap nombor.
“Kita dianugerahkan jari dan pelbagai bentuk bantuan semula jadi untuk mengira. Adi Putra juga menggariskan tiga perkara yang merosakkan dan melemahkan minda umat Islam iaitu terciptanya kalkulator, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan permainan video.
“Matematik dan sains tidak dimonopoli sesuatu bangsa sebaliknya terpulang kepada kita untuk menguasainya. Ilmuwan Islam terdahulu sudah membuktikan betapa kita sebenarnya menguasai matematik, bukan orang lain.
“Apa yang penting ialah bukan sekadar anak kita bijak tetapi juga kreatif. Adi Putra mengajar budak lain untuk turut kreatif mencari penyelesaian kepada masalah matematik dengan tempoh paling cepat,” katanya.
Malah, kata Abdul Ghani, salah seorang pelajarnya cuma mendapat satu markah daripada 50 soalan matematik dan selepas mengikuti kelas Adi Putra, dia mampu memperoleh 100 peratus selepas dua hari.
INFO: Tip untuk ibu bapa
Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Khazanah Hidup - pantun, pulau pandan
'Khazanah hidup'
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
Ngahazis@bharian.com.my
2010/03/14
Pulau Pandan Jauh Ke Tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Badan Dikandung Tanah
Budi Yang Baik Dikenang Juga
PANTUN lama ini sering digunakan dalam bicara sebagai penutup kata. Maksud pantun ‘hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga’ menggambarkan tanda penghargaan, terima kasih dan segala jasa baik atau pertolongan yang dihulurkan. Selama ini difikirkan pembayang maksud pantun, Pulau Pandan dan Gunung Daik itu cuma rekaan, khayalan atau ilustrasi pencipta pantun Melayu, namun semuanya terhapus apabila melihat sendiri kewujudan kedua-dua objek itu secara fizikal di depan mata.
Memang Pulau Pandan berada nun jauh di tengah laut, saiznya kecil dan dianggarkan ada kurang 10 batang pokok di pulau dipenuhi batu tanpa penghuni manusia. Sekadar cukup untuk bot kecil berteduh daripada ribut. Pulau kecil itu adalah sebahagian daripada 377 pulau yang membentuk wilayah Kabupaten Lingga dan hanya 92 daripadanya dihuni manusia. Di sebelahnya kelihatan banjaran tegap membentuk tulang belakang sebahagian daripada Pulau Daik Lingga bersebelahan Pulau Dabo Singkep, di kepulauan Riau Indonesia. Di banjaran itulah berdiri megah puncak Gunung Daik bercabang tiga.
Hakikatnya, kewujudan pantun tradisi popular itu berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu Riau pada zaman dulu yang menggunakan jalan air sebagai laluan pengangkutan utama. Tambahan pula, Pulau Lingga adalah bekas pusat pemerintahan Kerajaan Melayu Johor Riau Lingga, kesinambungan runtuhnya kerajaan Melayu Melaka.Sudah pasti suatu ketika dulu, laluan di situ sibuk dengan kapal pedagang dan aktiviti harian, jadi tidak hairanlah bijak pandai bahasa mencipta pantun berkenaan berdasarkan apa yang mereka lihat di sekeliling.Sekarang, laluan laut masih digunakan tetapi perjalanannya jauh lebih singkat kerana menggunakan feri atau bot laju, cuma empat jam dari Tanjung Pinang yang kedudukannya kira-kira tiga jam perjalanan feri dari Tanjung Stulang Laut, Johor. Peluang menyertai Program Perkampungan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) anjuran Gabungan Majlis Belia Melaka (MGBM) selama seminggu di Dabo Singkep, baru-baru ini, memberi ruang kepada penulis menjejakkan kaki ke Pulau Lingga melihat sendiri puncak gunung yang sering diagungkan itu. Gunung Daik itu dikategorikan sebagai gunung tidak aktif dengan ketinggian 1,165 meter dari aras laut. Walaupun dikatakan mempunyai tiga puncak, hanya kelihatan dua puncak yang ketara kerana satu lagi kedudukannya agak rendah dan sukar dilihat dari jauh.Pandangan dari udara lebih jelas kerana ia akan kelihatan seperti tiga titik membentuk segi tiga. Puncak paling tinggi digelar Gunung Daik, puncak kedua, Pejantan atau Pinjam Pinjaman dan puncak terendah, Cindai Menangis.Penjaga Mini Muzium Daik, Sulaiman Atan, 57, yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Long menjelaskan, puncak Cindai Menangis sebelum ini dikenali sebagai Cindai Manis, tetapi selepas puncaknya runtuh atau patah, namanya ditukar Cindai Menangis.“Daik itu sendiri berasal daripada perkataan lebih baik. Ketika Sultan menyusuri Sungai Tanda, rombongan diraja menemui sungai yang lebih besar dan berkata, ini lebih baik. Perkataan lebih baik itu dikekalkan dan disingkatkan menjadi Daik.“Daik juga membawa maksud negeri baik penuh kedaulatan,” katanya.Setakat ini, tidak banyak ekspedisi mendaki puncak gunung itu yang diadakan. Jika ada, sekadar sampai ke tahap sebelum puncak kerana kedudukan menegak dan curam ketiga-tiga gunung berkenaan. Pada 1998, pernah dicatatkan satu pasukan dari Jakarta yang disertai pendaki Australia berjaya mengukur ketinggian sebenar puncak berkenaan selepas tiga hari mendaki dari Kota Daik. Pulau itu sendiri sebenarnya menyimpan seribu kenangan dan sejarah keturunan Melayu kerana sebelum ini mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Sultan dan waris keturunan kesultanan Melayu Melaka bersemadi di pulau berkenaan.Sebaik melepasi pintu gerbang ke Kota Daik, pasti pengunjung akan menemui Masjid Sultan Lingga yang didirikan oleh Sultan Mahmud Syah III pada awal 1801. Asalnya ia cuma boleh memuatkan 40 jemaah sebelum dibesarkan tanpa menggunakan tiang di tengahnya sebagai penyangga. Hasil seni bina Melayu itu mampu memuatkan 400 jemaah pada satu-satu masa. Kolam besar tempat mengambil wuduk masih kekal, cuma tidak digunakan. Di belakang masjid, ada 29 makam menempatkan ramai tokoh, termasuk Sultan Mahmud Riayat Syah III yang digelar sebagai Marhum Masjid.Makam Sultan Mahmud (1761-1812) dikelilingi tembok 1.5 meter diperbuat daripada bata lama. Baginda adalah pemerintah kerajaan Johor Pahang Riau Lingga XVI yang memindahkan pusat kerajaan dari Hulu Riau ke Daik Lingga pada 1787. Kesan tinggalan kerajaan MelayuPADA zaman pemerintahan Kerajaan Melayu Johor Riau Lingga, pusat pentadbirannya terletak di Pulau Daik Lingga, Kepulauan Riau sebelum wilayah itu dipisahkan dan diletakkan di bawah jajahan Belanda manakala Johor serta Tanah Melayu dikuasai Inggeris. Kesan tinggalan sejarah pemerintahan kerajaan Melayu itu masih banyak yang melambangkan kegemilangan sistem beraja ketika ini. Antara tempat bersejarah menarik di sana yang terkenal dengan Gunung Daik bercabang tiga ialah bekas tapak Istana Dammah yang dibina pada tahun 1860 oleh Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah II (1857 - 1883). Bangunannya sudah runtuh, cuma tinggal kesan tapak serta struktur asas binaan bangunan bersama tangga batu yang diukir cantik yang masih kukuh. Ada dua tapak bangunan menempatkan dewan serba guna dan bangunan istana di belakang yang kini dikelilingi pokok hutan. Tembok pagar serta tembok menempatkan tempat pengawal di pintu istana masih kukuh serta terdapat satu binaan seolah-olah menempatkan air pancuran di ruang lapang berdepan tangga utama ke istana. Kini, sektor pelancongan Pulau Lingga mengambil inisiatif membina semula replika bangunan istana Dammah dan dewan mengikut struktur asal serta kedudukannya juga sama dengan menempatkan dewan di depan istana. Kira-kira 800 meter dari tapak istana Dammah, terdapat satu lagi kesan tinggalan sejarah menempatkan bekas tapak binaan bilik 44 Daik iaitu cadangan asal membina sebuah lagi istana mempunyai 44 bilik.Bangunan itu dicadangkan oleh Sultan Muhammad Syah (1831-1841) dan dibangunkan ketika pemerintahan Sultan Mahmud Muzaffar Syah (1832-1857). Mengikut perancangan asal, istana itu akan dijadikan tempat tinggal kerabat diraja serta dijadikan tempat simpanan pelbagai sumber negara.Saiz tapak bangunan itu dianggarkan 48 x 49 meter dan jumlah bilik yang berjaya disiapkan cuma 32 buah. Pembinaannya tergendala apabila Sultan Mahmud Muzaffar Syah dipaksa turun tahta kesultanan Lingga Riau pada 23 September 1857.
InfoTiga puncak Daik:
Puncak Gunung Daik (paling tinggi)
Puncak Pejantan atau Pinjam Pinjaman (kedua tinggi)
Puncak Cindai Menangis (Cindai Manis) - (paling rendah).
Tempat bersejarah di Daik Lingga:
Bekas Istana Dammah
Tapak Pondasi Bilik 44
Mini Muzium di Daik
Benteng Bukit Cenning
Benteng Kuala Daik
Kompleks Makam Temenggong Jamaluddin dan Datuk Kaya Montel di Pulau Mepar
Makam Yang Dipertuan Muda X, Raja Muhammad Yusuf (Makam Merah)
Makam Diraja di Bukit Cengkeh
Pulau Lingga:
Pusat pemerintahan dan pentadbiran Wilayah Kabupaten Lingga
45 minit perjalanan bot pancung dari Pulau Dabo Singkep.
Nasib bahasa Melayu di bumi sendiri oleh Teo Kok Seong
Nasib bahasa Melayu di bumi sendiri
Oleh Teo Kok Seong
teokok@ukm.my
2010/03/28
Kita perlu beri contoh terbaik dalam usaha mengantarabangsakan lingua franca sendiri.
CADANGAN mewajibkan subjek Bahasa Melayu (BM) untuk sekitar 65,000 pelajar asing yang kini menuntut di Malaysia adalah satu langkah yang sudah tentu baik dalam usaha kita mengembangkan bahasa Melayu, lebih-lebih lagi untuk mengantarabangsakannya.
Antara kepentingannya dalam konteks ini, bahasa Melayu adalah wadah komunikasi di negara ini, pengetahuan dan penguasaan bahasa Melayu yang baik akan membolehkan pelajar ini berfungsi dengan baik dalam masyarakat Malaysia, sama ada dari segi kedua-dua kecekapan tatabahasa dan budi bahasa Melayu. Sebetulnya kesan ini cukup sahih dan perlu disokong. Namun, adakah prasarana serta ekologi bahasa Melayu yang wujud kini, sama ada yang formal atau sebaliknya, mendukung keadaan yang kondusif? Kedua-dua ini amat penting dalam membantu serta mendorong pelajar ini untuk menekuni bahasa Melayu, khususnya atas rangsangan integratif, yakni bukan saja untuk bercampur gaul, tetapi mengadunkan diri mereka dalam kehidupan tempatan, sementara mereka berada di Malaysia.
Jawapannya tidak positif seperti yang sepatutnya. Bahasa Melayu walaupun diberi pelbagai paparan baik lagi indah oleh sesetengah pihak, sebenarnya ia melukut di tepi gantang dalam beberapa hal di bumi watannya sendiri. Ekologi linguistik di negara ini tidak selalu memperlihat kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa negara, iaitu dalam konteks sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Sebagai contoh, penamaan awam di Malaysia tidak banyak yang menggunakan bahasa Melayu.
Penggunaan bahasa Inggeris lebih menjadi norma. ‘Bangsar South’ untuk sebuah perbandaran baru di Kuala Lumpur serta ‘Mara Liner’ bagi bas yang memberi perkhidmatan di kawasan luar bandar, khususnya penempatan komuniti Melayu adalah antara contohnya.
Mahu tidak mahu, semua ini memberi mesej bahawa bahasa Melayu tidak penting lagi, bukan saja kepada pelajar asing ini, tetapi juga kepada masyarakat Malaysia sendiri. Sehubungan ini, masyarakat tempatan ikut memberi gambaran negatif terhadap bahasa Melayu apabila mereka tidak banyak menggunakannya, khususnya dalam konteks sebagai bahasa negara untuk berkomunikasi sesama sendiri. Mereka lebih gemar dan bangga menggunakan bahasa lain dan jika bahasa Melayu digunakan, ia digunakan dalam bentuk campur aduk pula. Gambaran yang buruk terhadap bahasa Melayu ikut berlaku apabila kita tidak mahu menggunakannya ketika bercakap dengan sesetengah pelajar asing ini, walaupun ada antara mereka fasih dalam bahasa Melayu. Sebaliknya, kita menggunakan bahasa Inggeris sebagai ganti. Sikap jelek kita ini memberi gambaran bahawa masyarakat Malaysia tidak bangga, sayang dan setia kepada bahasa negara sendiri. Sesungguhnya ini bukan gambaran lagi, tetapi kenyataan benar mengenai perbuatan, pandangan dan kepatuhan kita terhadap bahasa Melayu.
Komuniti Melayu selaku penutur natif atau asal bahasa Melayu perlu mempamerkan teladan yang baik dalam memperlihat sikap positif terhadap bahasa itu. Mereka perlu pada setiap masa ‘memperlaku’ bahasa Melayu, yang bukan saja bahasa ibunda mereka, tetapi kini sudah menjadi bahasa negara yang mewakili dan dimiliki oleh semua, dengan penuh tertib dan adab. Dalam hal ini, mereka perlu menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul serta yang tidak bercampur aduk, khususnya pada majlis dan upacara rasmi.
Penggunaan seperti itu bukan saja penting dalam menyampaikan mesej bahawa bahasa Melayu berwibawa, tetapi dibangga selain diyakini sendiri oleh kalangan penutur natifnya mengenai kewibawaan itu. Sebetulnya kewibawaan bahasa Melayu perlu wujud dalam pelbagai bentuk yang mantap. Antaranya ialah pengetahuan dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Malaysia, khususnya yang bukan asal, yang perlu dipertingkatkan agar melepasi bentuk yang dikenali sebagai ‘bahasa pasar’.
Masih ramai dalam kalangan ini yang hanya mampu berbahasa pasar ketika menggunakan bahasa Melayu, misalnya dalam bentuk “Saya atak pompuan punya, balu kawin sama Ipoh punya olang.” Kecekapan bahasa Melayu sebegini, khususnya dalam kalangan muda, selepas menghuni Malaysia sejak 1957 adalah bukan saja tidak baik untuk imej bahasa Melayu sebagai bahasa negara, tetapi yang lebih mudarat lagi ialah pengertian nasionaliti Malaysia mereka dalam konteks bahasa Melayu, iaitu bahasa tanah air mereka!
Sikap begini sudah tentu diperhati oleh kalangan pelajar asing, yang mungkin merumuskan bahawa bahasa Melayu tidak banyak dihormati oleh warga Malaysia sendiri. Hal ini ikut dirumuskan oleh pekerja asing. Sesetengah daripada mereka didapati fasih dalam bahasa Melayu, walaupun baru saja tiba, jika dibandingkan dengan segelintir pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), yang didapati sama sekali tidak fasih dalam bahasa Melayu, walaupun dilahir dan dibesarkan di Malaysia!
Dalam soal pengekalan bahasa Melayu dalam bentuk daif ini, komuniti Melayu boleh ikut dipersalah. Mereka sering berkomunikasi dengan komuniti bukan asal dalam bahasa Melayu sebegini, walaupun ketika berkomunikasi dengan mereka yang amat fasih. Sifat akomodatif ini daripada komuniti Melayu perlu dihentikan dan digantikan dengan komunikasi dalam bahasa Melayu yang baik dan betul, tetapi dalam bentuk yang mudah.
Sebenarnya banyak yang perlu dilakukan sebelum kita memperluas domain penggunaan bahasa Melayu, khususnya kepada pelajar asing di negara ini dan juga dalam usaha kita mengantarabangsakan bahasa Melayu. Untuk tujuan ini, pertamanya, masyarakat Malaysia perlu memperlihatkan sikap yang lebih positif terhadap bahasa Melayu. Sikap ini boleh dipupuk dan seterusnya diperlihatkan oleh semua sektor masyarakat Malaysia dengan agak mudah. Bahasa Melayu yang menjadi alat perpaduan bangsa dan kemajuan negara, sudah ‘dikodifikasikan’ dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Dalam soal ini, tekad terhadap bahasa Melayu perlu diperbaharui semula, melalui teladan yang penuh dengan iltizam dan tanggungjawab daripada komuniti Melayu selaku penutur natif, yang akan pula diikuti dengan kesan yang positif daripada pelbagai komuniti bukan Melayu lain. Ini penting bukan saja dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu di negara ini, tetapi juga untuk melestarikannya pada persada dunia. Sesungguhnya bahasa Melayu yang juga bahasa kelima terbesar di dunia, mempunyai banyak potensi.
Penulis ialah Profesor Sosiolinguistik Bahasa Melayu di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Orang Melayu Bukan Melayu oleh Ismail Pantek
28 Mac 2010
KOMENTAR
ORANG MELAYU BUKAN MELAYU
Isu: Apakah akibatnya bila kita semakin jauh meninggalkan adab, budi bicara dan nilai-nilai murni budaya warisan bangsa?
MUNGKIN anda terkejut atau tersinggung membaca tajuk rencana ini... seolah- olah kita ni bukan orang Melayu lagi, atau dah jadi 'Melayu Murtad'.
Bukan. Bukan itu maksud saya. Memang kita ni masih orang Melayu dan Islam agama kita.
Nama kita masih nama Melayu (walaupun ada yang dah bertukar nama jadi Joe, Sally, Bob dan sebagainya).
Pakaian kita (sekurang-kurangnya semasa Hari Raya) masih pakaian Melayu.
Lidah kita masih 'lidah belacan'. Kita masih makan lontong, nasi lemak, nasi sambal goreng dan sebagainya.
Tetapi itu semua dari segi luaran atau superficial saja.
Nilai kita, tingkah laku kita, adab dan tata tertib kita serta budi bicara sesetengah kita tidak lagi mencerminkan kita sebagai Melayu sejati.
Jika kita tidak hati-hati, suatu hari nanti kita atau anak-anak kita, terutama cucu cicit kita, akan hanya tinggal Melayu dari segi nama saja.
Silap hari bulan, jadilah kita Orang Melayu Bukan Melayu. Biar saya jelaskan.
Jika difikir dan dikaji dengan teliti, sebenarnya masyarakat Melayu kita adalah masyarakat yang beruntung.
Kita beruntung kerana mewarisi nilai- nilai murni yang terpahat dalam budaya Melayu zaman berzaman dan diperkukuh dengan nilai-nilai agama Islam yang kita anuti.
Cuma, timbul masalah seperti yang kita hadapi sekarang apabila kita semakin jauh melupakan nilai-nilai tersebut, yang sebahagian kita anggap sudah lapuk.
Biar saya beri contoh. Sopan santun dan budi bahasa pernah menjadi teras kehidupan bermasyarakat orang Melayu sejak zaman datuk nenek kita.
Orang Melayu terkenal dengan sifat sopan apabila berbicara, sopan berpakaian dan tingkah laku.
Bahkan, jika anda masih ingat, datuk nenek dan ibu bapa kita dahulu sering mengajar kita jalan menundukkan badan dan tangan sedikit ketika melintas depan orang, terutama orang tua - baik di rumah mahupun di masjid atau di mana-mana.
Tujuannya ialah untuk menunjukkan rasa hormat kepada orang lain.
Tetapi sekarang, usah kata di rumah, jika anda duduk berjemaah di masjid pun, anda lihat orang kita jalan menegak dan laju sahaja, sampai ada yang hampir-hampir melanggar batang hidung kita.
Mereka melangkah tanpa menghirau jemaah lain yang sedang duduk, bagaikan membujur lalu melintang patah.
Ini contoh kecil saja. Ada banyak contoh lain. Misalnya, cuba anda perhatikan anak- anak muda kita berbicara sesama mereka, baik di pusat membeli-belah, di MRT mahupun dalam bas.
Cara pertuturan mereka tidak mencerminkan mereka sebagai orang Melayu.
Mereka cakap pekik-pekik, penuh 'dihiasi' perkataan 'siol' dan perkataan-perkataan lain yang tidak elok didengari.
Orang Melayu kita pun makin kasar, cepat marah, kaki gaduh dan perangai macam gangster. Tidak kurang yang betul-betul gangster. Bahkan ada seorang teman yang berkata, beliau kadangkala berasa takut apabila berjalan dekat dengan sekumpulan pemuda Melayu.
Bukan apa, beliau takut kena pukul pula oleh mereka.
Begitu juga dengan banyak perangai lain, seperti sifat kurang ajar kepada ibu bapa atau mengabaikan ibu bapa.
Jika anda kaji, sebenarnya, sebahagian masalah yang dihadapi masyarakat kita sekarang berlaku bukan kerana kita orang Melayu. Sebaliknya, ia berlaku kerana kita sudah tidak macam orang Melayu lagi.
Kita tinggalkan ajaran orang tua dan nilai murni yang datang bersamanya kerana kita anggap yang lama itu semua sudah lapuk, sudah tidak 'cool' lagi.
Kita tidak boleh salahkan modernisasi (proses jadi orang modenlah kononnya) atau urbanisasi (maknanya jadi orang bandarlah) atau westernisasi (maknanya pengaruh Barat) atas apa yang berlaku dengan kita sekarang ini.
Poknya orang Jepun dan orang Korea juga hadapi proses yang sama, bahkan sudah lebih maju dari kita, tetapi mereka tetap dengan nilai-nilai hidup mereka turun-temurun.
Bukan maksud saya agar kita melangkah ke belakang dan mengamalkan keseluruhan gaya hidup nenek moyang kita dahulu. Untuk kembali jadi Melayu sejati, kita tidak perlu buang pelajaran dan buku-buku kita dan kembali pegang cangkul menjalani hidup sebagai petani atau nelayan.
Untuk menjadi Melayu sejati, bukan bererti kita berhent bersaing untuk maju, tinggalkan flat atau rumah batu yang serba lengkap dan moden sekarang untuk kembali ke rumah kampung yang jambannya lebih 100 meter nun jauh di luar rumah.
Cukup jika kita mendalami dan menghayati nilai-nilai murni warisan budaya kita yang sebahagian besarnya tetap relevan dalam kehidupan hari ini.
Misalnya, ramai daripada kita yang tidak tahu langsung tentang ungkapan tradisional Melayu kita.
Mungkin ia sudah tidak diajar lagi di sekolah-sekolah. Bahkan di universiti juga, kursus Pengajian Melayu yang ditawarkan oleh Universiti Nasional Singapura (NUS) misalnya, lebih menitik beratkan aspek sosiologi masyarakat Melayu berbanding dengan adat dan budaya warisan kita.
Wal hal, ungkapan yang kian terkubur dalam masyarakat kita sekarang mempunyai nilai yang amat tinggi.
Seperti yang ditulis oleh budayawan Riau, Tenas Effendy, dalam bukunya Ungkapan Tradisional Melayu Riau (yang serumpun dengan budaya warisan kita), di dalam ungkapan terpantul dan tercermin nilai-nilai luhur masyarakat Melayu.
Lambang-lambang dalam seni bangunan tradisional, tata berpakaian, peralatan muzik, bahan perubatan dan sebagainya hampir kesemuanya dijalin dalam ungkapan atau pepatah dan petitith. Masalahnya, berapa ramai di antara kita yang tahu tentangnya, selain segelintir budayawan seperti Dr Haji Muhammad Arif Ahmad?
Di pandang dari sudut ini, terdapat kepentingan untuk kembali mendalami warisan budaya Melayu-Islam silam seperti syair, pantun, gurindam, pepatah dan sebagainya sebagai sebahagian daripada pengajian moral.
Sebabnya, hasil seni masyarakat Melayu ini penuh dengan unsur-unsur kesenian, nasihat dan sistem nilai yang baik untuk menjadi bekalan hidup di zaman moden sekarang.
Mudah-mudahan, pihak-pihak yang bertanggungjawab melakarkan kurikulum bahasa Melayu di sekolah-sekolah dapat memberi perhatian kepada perkara ini.
Mudah-mudahan, kita sebagai ibu bapa di rumah turut memikul tanggungjawab menyemai nilai-nilai tersebut dalam diri anak-anak kita. Tetapi, kalau kita sendiri sebagai ibu bapa dah jadi macam 'Melayu celup', yang dah tak kuasa nak jadi Melayu, maka jangan salahkan orang lain kalau anak kita jadi Orang Melayu Bukan Melayu.

Monday, March 15, 2010
Malu Kita Tak Bertempat oleh Ismail Pantek
14 Mac 2010
KOMENTAR
Malu kita tak bertempat
Isu: Setiap insan ada sifat malu, tapi ada sesetengah orang Melayu tidak letakkan rasa malu itu di tempatnya yang betul
BERCAKAP tentang orang Melayu kita ni, ada satu sifat yang menarik untuk kita perhatikan dan fikirkan bersama.
Orang Melayu umumnya mementingkan rasa malu dan air muka.
Mungkin ini memang sudah kita warisi turun-temurun, sejak zaman datuk nenek moyang kita lagi.
Buktinya, dalam pepatah, bidalan atau kiasan warisan bangsa kita, ada banyak yang menyentuh tentang soal malu ini.
Misalnya, pepatah Harga garam pada asinnya, harga manusia pada malunya; daripada hidup menanggung malu, lebih baik mati kena palu; biar putih tulang, jangan putih mata dan banyak lagi yang lain.
Sifat malu ini memang baik, jika kena pada tempatnya. Ia melambangkan kesopanan kita sebagai orang Melayu yang sudah terkenal sejak dahulu lagi.
Orang Melayu dahulu malu untuk mendedahkan aurat, malu untuk berkelakuan sumbang dan malu untuk meminta-minta.
Ini semua adalah sifat mulia yang sememangnya wajar kita warisi dan wariskan pada anak cucu kita, walaupun dalam zaman serba moden yang kita bangga-banggakan sekarang ini.
Namun sekarang, macam ada sesuatu yang tidak kena pada masyarakat kita.
Yang sepatutnya kita malukan, kita tidak malu; yang tidak sepatutnya kita malu pula, kita malu.
Ini dinamakan malu yang tidak bertempat dan ini semakin menebal dalam masyarakat kita.
Sebagai contoh, jika anda lihat dalam sesuatu mesyuarat besar atau sidang, terutama yang turut melibatkan kaum bukan Melayu, kebanyakan orang kita cuma diam saja... walhal, banyak yang berbuku di dada.
Apabila ditanya kenapa diam, jawab mereka malulah nak cakap.
Akibatnya, mereka gagal mengetengahkan pendapat atau permintaan, walaupun mesyuarat tersebut memberi peluang terbaik untuk mereka berbuat demikian.
Itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan contoh kedua ini.
Kita berasa teramat malu apabila anak gadis 'menconteng arang' di muka kita, dengan mengadakan hubungan sulit lalu hamil di luar nikah.
Kita malu dan amat takut orang akan kata anak kita bagaikan kelapa yang sudah ditebuk tupai.
Kerana hendak menutup malu, kita cepat-cepat paksa anak kita itu kahwin dengan lelaki yang membuatnya hamil, tanpa mengira sama ada mereka memang sudah bersedia untuk mengharungi kehidupan rumah tangga atau tidak.
Ternyata, mereka belum bersedia untuk berumah tangga, baik dari segi umur yang teramat muda, mahupun dari segi ekonomi (ada lelaki yang masih dalam Perkhidmatan Negara atau NS atau langsung tidak bekerja).
Akibatnya, selepas beberapa tahun saja kahwin, ada yang selepas ada dua tiga anak, rumah tangga mereka porak-peranda lalu bercerai.
Yang susahnya anak cucu kita sendiri.
Lantaran tergesa-gesa sangat nak tutup malu, kita lupa akan akibat lebih buruk yang menanti selepas si anak dipaksa kahwin di luar kemampuan mereka.
Inikah sifat yang mahu kita tunjukkan dalam masyarakat kita?
Ada satu lagi sifat malu tidak bertempat yang nampak dalam masyarakat kita.
Kita malu apabila kononnya orang lain kata rumah kita buruk dan kosong.
Kerana tidak mahu malu, kita bersusah payah berbelanja di luar kemampuan untuk renovate rumah kita cantik-cantik dan beli perabot yang boleh tahan harganya.
Lalu jadilah kita seperti katak yang hendak jadi lembu. Nak besar, besar, besar... lama-lama kita sendiri yang tanggung padahnya.
Kita bukan tidak boleh bersifat malu, namun biarlah malu kita malu yang bertempat.
Kita boleh malu sekiranya orang lain kata anak kita tidak maju dalam pelajaran, jadi kita berusaha bersungguh- sungguh membantu agar anak kita dapat bimbingan yang sebaiknya untuk maju dalam pelajaran.
Kalau kita terpaksa berkorban tidak bertukar langsir atau beri cat baru pada rumah jelang Hari Raya demi memberi tuisyen pada anak- anak kita, kita lakukan tanpa rasa rugi.
Apa nak dimalukan kalau orang kata rumah kita kosong, tak cantik dan sebagainya, asal anak-anak kita tidak terabai makan minum dan pelajaran.
Ini yang patut ada pada diri kita, bukan sebaliknya, bila orang puji-puji rumah kita tapi pelajaran anak terabai.
Ada seorang teman saya yang bersekolah setakat darjah rendah. Belum sempat masuk sekolah menengah, beliau sudah disuruh berhenti sekolah.
Sebabnya, si bapa berasa tidak mampu untuk menanggung biaya sekolah kerana pendapatan yang kecil.
Itu satu hal. Masalahnya, si bapa berasa malu untuk mendapatkan bantuan. Bahkan dengarnya, ada orang lain yang rela bantu biaya sekolah anaknya, tetapi si bapa tidak mahu kerana malu dianggap peminta sedekah.
Ternyata malu si bapa tidak bertempat dan akibatnya hari ini, teman saya tidak mampu untuk bersaing mendapatkan pekerjaan lebih baik.
Inikah yang kita mahukan dalam masyarakat kita?
Satu sifat lain, kita malu untuk berterus terang. Kita malu untuk mengatakan perkara sebenar, lalu kita biarkan saja sesuatu kebodohan itu berleluasa.
Memang malu itu sifat yang dimiliki setiap insan, tapi malu kita biarlah bertempat.
Dalam Islam sendiri, sifat malu itu disifatkan sebagai sebahagian daripada iman, lantas ia harus kita miliki.
Dengan perasaan malu, kita dapat mencegah diri kita daripada membuat perkara yang dilarang.
Kita harus malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat.
Kita harus ada rasa malu untuk tidak bersikap kurang ajar kepada ibu bapa, guru dan orang-orang sekeliling kita.
Kita memang perlu ada rasa malu untuk tidak membiarkan kaki kita melangkah ke tempat maksiat atau berpakaian tidak sopan di khalayak ramai.
Yang penting, kita harus pandai membezakan di mana kita harus bersikap malu dan di mana kita harus kikis sifat tersebut.
Cakap mudahnya, letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.
Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam mencari ilmu, kemajuan hidup dan membina keluarga serta masyarakat, jangan kita malu untuk berusaha atau berkorban.

Subscribe to:
Posts (Atom)