TAMAN WARISAN MELAYU: Gedung Kuning, juga dipanggil Rumah Bendahara, ini dibina oleh keluarga diraja kerajaan Melayu Singapura dan kini sudah dibaik pulih dan dijadikan restoran makanan tradisional Melayu, Mamanda. - Foto fail
SUSUR-GALUR BANGSA: Kajian mengenai orang Melayu tidak lengkap tanpa mengambil kira teks historiografi Melayu yang penting seperti Sejarah Melayu ini yang sering diketepikan kerana dianggap tidak saintifik. - Foto fail
ABDULLAH ABDUL KADIR: Penulis autobiografi 'Hikayat Abdullah' ini juga dikenali sebagai Munsyi Abdullah. Buku hasil tangannya ini antara historiografi Melayu yang penting dalam membuat kajian mengenai orang Melayu. - Foto fail
2 Jun 2013
Sejarah keluarga diraja
ISU Rumah Bendahara, atau Gedung Kuning, yang timbul baru-baru ini menarik perhatian umum. Antara lain, selaku masyarakat Melayu, kita bak didorong supaya memikirkan dan merenung kembali sejarah keluarga diraja yang membina bangunan itu dan kerajaan-kerajaan Melayu di Singapura dan rantau ini yang melatari dan mempengaruhinya. Terdapat banyak kajian mengenai sejarah kerajaan Melayu Singapura, atau Kerajaan Johor-Riau, oleh pengkaji tempatan seperti Kwa Chong Guan, Manogaran Suppiah, Timothy P. Barnard, Syed Muhd Khairuddin Aljunied dan Imran Tajudeen serta pengkaji luar seperti R.O. Winstedt, Leonard Andaya John Bastin, Haji Buyong Adil, A. Samad Ahmad, Khoo Kay Kim dan John Miksic.
Semua tulisan pengkaji itu memberi tafsiran yang pelbagai tentang warna-warni sejarah kerajaan Melayu Singapura ini. Namun, apa jua kajian mengenai orang Melayu tidak lengkap tanpa mengambil kira teks historiografi Melayu yang penting seperti Sejarah Melayu, Hikayat Abdullah, Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Johor, Hikayat Pahang, Salasilah Melayu Bugis, Hukum Kanun Melaka dan beberapa syair yang dihasilkan pada abad ke-19. Sayangnya, teks historiografi Melayu sering diketepikan kerana dianggap tidak saintifik. Padahal, maklumat sejarah yang terdapat di dalamnya amat banyak dan penting dirujuk, apatah lagi jika maklumat ini juga disokong oleh tulisan sejarawan.
Penilaian sejarah perlu seimbang berdasarkan sumber dalaman bagi melihat perspektif masyarakat yang dikaji dan merujuk sumber luar masyarakat tersebut yang biasanya memberikan penilaian yang agak berbeza kerana perbezaan ideologi atau budaya. Malangnya, pendekatan pelbagai sumber ini masih kurang dilakukan semasa mengkaji sejarah rumpun Melayu kerana tidak ramai yang berminat dan mempunyai keahlian membaca dan mentafsir teks historiografi yang menggunakan bahasa klasik dan gaya penulisan yang tidak mudah difahami.
SEBELUM STAMFORD RAFFLES
Sebelum kedatangan Stamford Raffles pada 1819, negeri Singapura berada di bawah pemerintahan Kerajaan Johor-Pahang-Riau dan Lingga. Kerajaan ini terbentuk selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511 sehingga menyebabkan raja Melaka, Sultan Mahmud, melarikan diri ke Johor dan meneruskan pemerintahannya di Johor Lama (15111528). Keturunan Sultan Melaka yang terakhir memerintah ialah Sultan Mahmud Syah II - yang lebih dikenali sebagai Marhum Mangkat Dijulang - telah dibunuh pada 1699 dan dimakamkan di Kota Tinggi, Johor.

Sultan Mahmud Syah II tiada zuriat. Maka itu, kerajaannya diambil alih oleh Bendahara Pahang, Tun Abdul Jalil, yang bergelar Sultan Abdul Jalil IV dari 1699 hingga 1718. Wilayah takluk Kerajaan Johor ini amat luas merangkumi Pahang, Johor, Singapura, kepulauan Riau dan Lingga. Sultan Abdul Jalil bersemayam di tepi Sungai Johor di tempat bernama Panchur. Hanya dalam pemerintahan Sultan Mahmud Shah III (1761-1812), Raja Johor-Pahang-Riau-Lingga bersemayam di Pulau Lingga (Daik). Sultan dibantu oleh Yamtuan Muda, iaitu Daing Kemboja, yang bersemayam di Pulau Riau bersama-sama Raja Haji sebagai penolongnya.
WARISAN MELAKA
Kerajaan Melaka mempunyai struktur politik yang tersendiri yang dijelaskan oleh kitab Undang-Undang Melaka atau Hukum Kanun Melaka (HKM) seperti berikut: Raja merupakan "tunggak pemerintahan sesebuah negara yang menjadi ketua dari segi pentabiran tetapi 'memegang nyawa' setiap rakyat di bawahnya", menurut Abu Hassan Sham dan Mariyam Salim dalam buku Sastera Undang-Undang (DBP, 1995). Raja melantik para pembesar di bawahnya. Empat pembesar utama ialah Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Syahbandar. HKM juga menetapkan:

"Adapun pada segala raja-raja itu, pertama-tama menjadikan bendahara, kedua menjadikan temenggung, ketiga menjadikan penghulu bendahari, keempat menjadikan syahbandar, maka terpeliharalah segala raja-raja itu dengan segala rakyatnya."
Bendahara: Bendahara ialah tokoh kedua penting selepas raja. HKM menyatakan bahawa peranan Bendahara adalah: "Adapun hukum yang diserahkan kepada bendahara itu seperti hukum orang berjabatan dan segala tuan-tuan dan segala sida-sida dan segala anak orang besar-besar."
Sejarah Melayu menjelaskan lagi peranan Bendahara melalui tokoh Bendahara Paduka Raja dan Bendahara Seri Maharaja. Mereka bukan sahaja menjadi penasihat raja, mengetuai pentadbiran dan memangku jawatan raja jika raja tiada dalam negeri, malah kedua-dua Bendahara ini juga mengetuai tentera Melaka menyerang negeri-negeri luar atau mempertahankan Melaka daripada serangan musuh. Dalam daerah petempatan dan perintahnya, Bendahara berkuasa penuh. Ia boleh menjatuhkan hukuman bunuh tanpa memberitahu raja. Bendahara boleh juga dianggap raja jika raja masih kecil atau jika raja tiada dalam negeri.

Temenggung: Selepas Bendahara, Temenggung orang ketiga penting dan berkuasa. Temenggung boleh dianggap sebagai Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas keselamatan dalam negeri, termasuk menyiasat dan menangkap orang jahat. Semasa bertugas Temenggung diberi kuasa membunuh seseorang tanpa menunggu titah raja.
Penghulu Bendahari: Penghulu Bendahari menjaga hal kewangan dan harta benda negara di samping mengurus persiapan logistik majlis atau kegiatan di istana.
Syahbandar: Syahbandar bertugas menjaga segala hasil-mahsul dan cukai yang masuk melalui pelabuhan. Syahbandar juga menjaga segala pedagang yang ada di pelabuhan negeri. Beliau juga diberi kuasa untuk menghukum atau membunuh seseorang yang tidak menurut perintahnya terutama pedagang yang sedang membawa perahu atau kapal. Singapura masih dalam daerah takluk Kerajaan Melaka dalam abad ke-15 ini dan pembesar kerajaan yang ditugaskan memegang perintah di Singapura, menurut Sejarah Melayu, ialah Seri Bija Diraja, atau namanya Tun Kerutup, hujah sejarawan Buyong Adil.

Pembesar lain: Selain empat pembesar ini, terdapat juga jawatan lain seperti Laksamana. Kerajaan-kerajaan Melayu yang timbul kemudian seperti Perak, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan meneruskan struktur asas politik yang diamalkan dalam Kerajaan Melaka ini. Namun, kerajaan-kerajaan tersebut turut memperkenalkan berbagai-bagai jawatan baru sesuai dengan konteks atau keperluan politik setempat (local variations). Kerajaan Melayu Johor-PahangRiau-Lingga masih bersandarkan sistem politik yang dilaksanakan di Melaka, tetapi membuat perubahan dari segi struktur dengan memperkenalkan status/jawatan dan gelaran baru untuk pemimpin politik dalam daerah takluk kerajaannya.
Sistem empat pembesar yang memegang kuasa di empat daerah takluk masing-masing telah diperkenalkan:
1. Yang Dipertuan Besar atau Yamtuan Besar atau Raja yang bersemayam di Lingga.
2. Yang Dipertuan Muda atau Yamtuan Muda atau Raja Muda yang bersemayam di Riau.
3. Bendahara yang memegang Pahang.
4. Temenggung yang memegang Singapura dan Johor.
2. Yang Dipertuan Muda atau Yamtuan Muda atau Raja Muda yang bersemayam di Riau.
3. Bendahara yang memegang Pahang.
4. Temenggung yang memegang Singapura dan Johor.
PENGARUH BUGIS
Status Yamtuan Muda atau Raja Muda diadakan khas untuk raja-raja Bugis lima saudara (Upu Daeng Perani, Upu Daeng Menambun, Upu Daeng Merewah, Upu Daeng Celak dan Upu Daeng Kemasi) dan keturunannya yang membantu Sultan mengalahkan Raja Siak yang telah merampas takhta kerajaan. Jawatan ini adalah sebagai suatu penghargaan dan tanda "sumpah setia" Raja Melayu terhadap jasa bakti pemimpin Bugis ini yang telah membantu Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah dan keluarganya.

Upu Daing Merewah atau bergelar Kelana Jaya Putera adalah Raja Muda Bugis atau Yamtuan Muda Riau yang pertama. Ini bererti telah berlaku perkongsian kuasa antara raja Melayu dengan raja Bugis dalam Kerajaan Johor-Riau. Hubungan politik ini dikukuhkan lagi dengan jalinan hubungan kekeluargaan apabila berlaku beberapa ikatan perkahwinan antara golongan diraja Melayu dengan raja-raja Bugis itu.
Kedudukan mulia raja dan tiga pembesar Melayu-Bugis ini dijelaskan dalam kitab Tawarikh al-Wusta yang disalin dan disusun oleh Raja Khalid ibni Raja Hassan al-Haji, cucu Raja Ali Haji, menurut sejarawan A. Samad Ahmad. Kerajaan Melayu Johor-Riau ini mula tergugat pada awal abad ke-19 akibat perpecahan dalaman serta tewas dalam genggaman British dan Belanda - dua kuasa Eropah yang bersaing untuk mencapai matlamat ekonomi dan muslihat politik penjajahan masing-masing di Alam Melayu.
Nota: Penulis Profesor Madya dan Timbalan Ketua, Kumpulan Akademik Bahasa dan Kebudayaan Asia, Institut Pendidikan Kebangsaan, Universiti Teknologi Nanyang.
DATUK YIP KUM FOOK banyak melakukan kejahatan kepada orang di kawasan Kepong, lelaki (Datuk Yip) ini mengganggu ramai isteri orang, membakar Kuil Hindu di Taman Daya, mengeluarkan sami Buddha dari Kuil di Taman Desa Jaya, Kepong, dan menipu wang.
ReplyDeleteENCIK SIMON LOW KOK MENG (Taman Daya) adalah pembantu (CID) Datuk Yip atau abang iparnya, berapa ramai yang memboikot mereka, Banyak sangat masalah di kawasan Kepong, kerana Datuk Yip Pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong. . , dia dibayar wang kepada polis dan DBKL untuk mengganggu orang ramai, dan sebagainya
YIP KUM POH No: 19B, Jalan Sg 1/9, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor Malaysia (pejabat peguam) YIP KUM POH bukan peguam tetapi boleh membuka pejabat peguam, dia adalah adik lelaki Datuk Yip Kum Fook….”MALAYSIA BOLEH”
Kami tidak senang ketika itu kerana kami berada di bawah kawalan MCA di tempat kami, dan juga Datuk Yip telah digunakan oleh Gangster di kawasan Kepong dan Gombak, kami tidak berharap kepada MCA lagi dan kami adalah kumpulan yang meletak jawatan dari MCA
Kami telah mendengar, bahawa AGONG MALAYSIA (Sultan Johor, Sultan Ibrahim) telah mengambil kembali (Tarik) GELARAN DATUK (Datuk's title), dan kami akan menulis kepada Agong tentang perkara ini
DATUK YIP KUM FOOK (Lawyer) tidak fikir orang bodoh dan anda boleh menghina Buddha dan Hindu tetapi tentang Islam, anda dihina jika anda tidak mempunyai tempat tinggal.
Oleh Ah Keong, Kepong, Kuala Lumpur
This Datuk will suffer more if many people know about his bad deeds...you cannot cover up what has been done
Shared by Lim….Taman Desa Jaya, Kepong