13 Dis 2010
KOMENTAR
PANDANGAN
Mentakrif ketuanan Melayu
Oleh
Teo Kok Seong
KOMEN mengenai Ketuanan Melayu sebagai satu konsep kontroversi disentuh lagi. Kali ini oleh orang Melayu sendiri dalam kongres tahunan sebuah parti politik pembangkang. Walaupun diingatkan berkali-kali oleh pelbagai pihak, termasuk golongan istana supaya tidak mempersoal, apatah lagi mempertikai Kedudukan Istimewa Orang Melayu pada Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan, masih ada pihak tidak mengendahkan nasihat diraja ini.
Satu dalil yang digunakan sesetengah pihak untuk menolak konsep Ketuanan Melayu ialah hubungan tidak bertamadun antara tuan dan hamba padanya. Dalam konteks ini, orang Melayu diibaratkan tuan, manakala orang bukan Melayu sebagai hamba. Dengan pemahaman yang sengaja diada-adakan ini, orang Melayu disifatkan sebagai tuan yang mempunyai kuasa, misalnya mengawal orang bukan Melayu yang merupakan hamba. Sebagai hamba, orang bukan Melayu bukan saja berada di bawah telunjuk orang Melayu malah perlu mengikuti perintahnya.
Selain ini, orang bukan Melayu sebagai hamba juga tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan mengenai diri mereka dan hanya boleh melakukan sesuatu dengan kebenaran daripada tuannya iaitu orang Melayu. Dengan kata lain, sebagai hamba, orang bukan Melayu dikongkong dari segi perundangan oleh orang Melayu selaku tuan.
Satu lagi dalil untuk menghapuskan konsep ini seterusnya menyingkirkan peruntukan begini daripada Perlembagaan Persekutuan, ialah orang Melayu memiliki status lebih tinggi. Justeru, mempunyai lebih kuasa daripada orang bukan Melayu. Dengan ini, orang Melayu yang memiliki banyak kelebihan ini perlu berkuasa ke atas orang bukan Melayu.
Sehubungan dengan dalil sebegini, persoalannya ialah - adakah semua ini benar? Untuk dalil pertama, adakah orang bukan Melayu sebagai hamba dipasung dari segi perundangan sehingga mereka tidak boleh mencari nafkah, selain tidak dapat meneruskan cara hidup etnik, yang diwarisi dari tanah asal China dan India?
Sehubungan ini, putar belit pihak tertentu mengenai pengertian kedua-dua kata tuan dan hamba itu, memperlihat betapa ceteknya kecerdasan mereka dalam usaha mempolitikkan makna kata-kata itu. Kata tuan dalam bahasa Melayu tidak semestinya selalu bermakna orang/pihak tempat menghambakan diri, seperti orang kulit putih menjadi tuan kepada hamba daripada orang kulit hitam di Amerika Syarikat, satu masa dulu.
Tuan juga bererti pemilik, dan tuan dalam konteks Ketuanan Melayu, boleh dikaitkan dengan makna pemilikan Tanah Melayu oleh orang Melayu sebagai penduduk asal dan/atau yang lebih awal daripada yang lain-lain. Untuk ini, buktinya banyak sekali dan pemilikan dalam erti permastautinan lama ini tidak dapat dinafikan mana-mana pihak.
Tuan juga adalah kata ganti yang sopan untuk lelaki dan perempuan, tanpa mengira darjat dalam sistem kesantunan bahasa Melayu, khususnya zaman lampau. Dialog kisah purba banyak mengandungi ungkapan seperti Tuan Puteri dan Tuan Hamba.
Sehubungan itu, hamba dalam bahasa Melayu tidak semestinya selalu bermakna abdi. Ia juga membawa maksud saya, untuk tujuan merendahkan diri sebagai menghormati orang yang dilawan bercakap sekali gus ini satu ciri budi bahasa Melayu yang mulia.
Pengertian tuan dan hamba yang hanya membawa maksud orang/pihak tempat menghambakan diri dan abdi, kalau datang daripada orang bukan Melayu, boleh difahami kerana mereka bukan penutur natif. Tetapi, pemahaman sebegini daripada orang Melayu sendiri yang merupakan penutur jati kepada bahasa Melayu, sesungguhnya tidak berlaku walaupun dalam keadaan tidak siuman, kecuali betul-betul disengajakan untuk tujuan tertentu.
Untuk dalil kedua, betulkah orang Melayu berstatus tinggi mempunyai banyak kelebihan sehingga boleh menentukan nasib orang bukan Melayu. Semua pihak yang mempunyai nawaitu yang betul mengetahui yang keadaannya tidak begitu.
Malah, keadaan adalah sebaliknya iaitu orang Melayu yang dikatakan tuan dan yang dianggap berstatus lalu mempunyai banyak kuasa itu, sebetulnya adalah kelompok yang jauh ketinggalan dari banyak segi, pendidikan dan ekonomi misalnya, apabila dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Dari segi ekonomi, orang Melayu masih tidak berupaya mencapai ekuiti 30 peratus daripada pemilikan kekayaan negara, yang selebihnya dikuasai orang bukan Melayu.
Ketuanan Melayu sebagai istilah dan konsep yang dianggap jelek oleh sesetengah pihak itu, sebenarnya adalah legitimasi watan, yakni hak orang Melayu/Bumiputera yang sah, pada wilayah yang bernama Tanah Melayu sebagai penduduk asalnya.
Legitimasi watan ini boleh wujud dalam beberapa bentuk. Antaranya adalah Kedaulatan Raja-Raja Melayu, yakni penghormatan kepada etnik Melayu sebagai anak watan negara ini yang dimanifestasikan dalam bentuk Raja Melayu selaku pemerintah dan orang Melayu sebagai rakyat. Dalam konteks ini, kata tuan merujuk kepada gelaran Raja/Sultan Melayu yang memerintah, dan Ketuanan Melayu pula adalah pemerintahan oleh Raja/Sultan Melayu.
Dalam sistem Raja Melayu dan orang Melayu ini, yang diperkemas dalam Perlembagaan Persekutuan pada 1957, legitimasi watan ini mencakupi tujuh perkara. Pertama bumi yang dihuni ini dipanggil Persekutuan Tanah Melayu sebagai nama Melayunya. Perkara kedua, sebahagian bumi ini disimpan khas untuk orang Melayu dan dikenali sebagai Tanah Simpanan Melayu. Perkara ketiga, keselamatan bumi ini sebahagiannya diamanahkan kepada pasukan tentera yang digelar Regimen Askar Melayu.
Keempat, sistem pemerintah beraja yang dipanggil Raja-Raja Melayu. Perkara kelima ialah Islam dijadikan Agama Persekutuan. Perkara keenam ialah Bahasa Melayu menjadi bahasa negara ini. Yang ketujuh ialah perlindungan terhadap orang Melayu selaku anak watan dalam bentuk Kedudukan Istimewa Orang Melayu.
Dengan ada semua ini, legitimasi watan tetap memberi perlindungan kepada orang bukan Melayu yang merupakan penduduk bukan asal. Mereka diterima menjadi warga negara, layak memiliki tanah, diterima menganggotai pasukan tentera, ikut dilindungi sebagai rakyat Raja-Raja Melayu, dibenarkan terus menganuti agama lain selain Islam, boleh mengajar dan mempelajari bahasa etnik masing-masing, dan dijamin kepentingan absah mereka yang tidak boleh sekali-kali dicabuli.
Adakah semua ini, menunjukkan Ketuanan Melayu itu bersifat diskriminasi terhadap orang bukan Melayu, sehingga perlu disingkirkan daripada Perlembagaan Persekutuan, seperti dikehendaki sesetengah pihak?
Ketuanan Melayu, walaupun dipanggil dengan apa jua nama lain, misalnya legitimasi watan, tetap adalah kelayakan penduduk asal negara ini yang halal pada tanah tumpah darah mereka.
Meskipun demikian, orang Melayu bersedia berkongsi kelayakan ini dengan orang bukan Melayu, dalam semangat permuafakatan etnik, yang dikenali sebagai 'Kontrak Sosial' yang sudah sekian lama tertera dalam Perlembagaan Persekutuan.
Nota: Penulis ialah Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Rencana ini sedutan dariapda Berita Harian Malaysia, Rabu lalu.
Monday, December 13, 2010
Mengimbangi Ukhrawi dan Sekular
12 Dis 2010
oleh Nazri Hadi Saparin
ISTIMEWA
Mengimbangi ukhrawi dan sekular
Apakah isu ini yang menjadi penghambat utama pelajar-pelajar madrasah?
UKHRAWI atau duniawi?
Percanggahan dalam mengimbangi jangkaan sekular dan kewajiban ukhrawi mungkin adalah rahsia terbuka yang paling ketara merundung pendidikan madrasah di Singapura.
Pendidikan ukhrawi adalah asas pendidikan madrasah dan antara lain memainkan peranan penting untuk memastikan kewujudan golongan asatizah untuk jangka masa panjang di Singapura.
Sementara itu, Sains dan Matematik juga perlu sebagai senjata ekonomi negara untuk bersaing dengan negara lain.
Dan madrasah di Singapura telah menerapkan mata pelajaran sekular dalam kurikulumnya semenjak 1960-an lagi.
Oleh itu, menurut Presiden Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Hasbi Hassan, mengimbangi kededua bidang pengajian itu sudah menjadi sebahagian budaya madrasah.
Katanya, bukti hakikat adalah kelahiran golongan asatizah yang teguh pendirian agama dan bersikap progresif di Singapura.
Sesungguhnya, pencapaian ini perlu dibanggai.
Namun, adakah ia menyembunyikan masalah yang lebih mendalam?
Hanya bulan lalu, masyarakat digemparkan dengan berita bahawa Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah (MWTAI) yang bertanggungjawab membentuk golongan asatizah Singapura semenjak 1958, tidak lagi dibenarkan menerima kohort sekolah rendah mulai 2012.
Ia telah dua kali gagal, semenjak 2008, untuk mencapai ukur tara Peperiksaan Taman Sekolah Rendah (PSLE) yang ditetapkan pemerintah.
Sudahkah tiba masanya untuk kita menyemak segala dasar yang menjejas madrasah?
Jawapannya jelas bagi mantan presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Maarof Salleh, yang berkata:
'Memang merupakan amalan yang baik untuk kita sentiasa menyemak dan menilai semula sesuatu dasar itu. Mungkin kini masanya untuk semua duduk berbincang secara terbuka,' ujarnya.
Bagaimanapun, berbincang secara terbuka itu mungkin satu lagi cabaran yang besar.
Isu pendidikan madrasah seolah-olah bergelut dengan masalah ketelusan - dicerminkan kesukaran BM berbincang secara terbuka dengan sesetengah madrasah dan pihak berkuasa mengenai isu ini.
SEMUA CINTA MADRASAH, TAPI...
Seperti kata sumber BM, yang memang rapat dengan madrasah, 'semua orang cintakan madrasah-madrasah kita, cuma cara kita melahirkan rasa cinta itu mungkin ada silapnya'.
Ini disetujui oleh Encik Maarof yang berkata kepentingan pelajar perlu diutamakan.
'Pokoknya, kita harus menilai matlamat dan tujuan asal madrasah dan pastikan semua orang yang terlibat sealiran. Jika itu tidak diselesaikan, landskap pendidikan madrasah akan kurang fokus dan 10 tahun akan datang, kita masih membahaskan isu ini,' tegas beliau.
Perbahasan 'pertama' telah berlaku lewat 1990-an.
Perdana Menteri ketika itu, Encik Goh Chok Tong, menggambarkan prestasi murid madrasah yang kurang memuaskan berbanding murid sekolah aliran utama.
Sekitar 65 peratus pelajar tercicir dari madrasah sebelum melangkah ke menengah empat antara 1996 dengan 1998.
Sebaliknya, enam daripada 10 pelajar Melayu di sekolah sekular berjaya meneruskan pengajian hingga ke peperiksaan GCE peringkat 'O' dalam tampoh yang sama.
Lima tahun kemudian, pada 2003, pemerintah memperkenalkan undang-undang mewajibkan murid melengkapkan sekurang- kurangnya enam tahun pendidikan asas di sekolah sekular dengan mengambil PSLE.
Sebagai permulaan, madrasah dikecualikan daripada Pendidikan Wajib (CE) itu.
Namun, murid-murid madrasah yang memulakan darjah satu pada tahun tersebut harus menduduki PSLE dan mencapai agregat minimum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE).
Ia tertakhluk kepada agregat PSLE purata murid Melayu dalam enam sekolah paling bawah dalam keputusan PSLE tahun yang sama.
Bagaimanakah prestasi murid-murid madrasah selepas tiga kohort menduduki PSLE?
DI TAKUK LAMA?
Empat madrasah - Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah, Al- Maarif Al-Islamiah, Aljunied Al-Islamiah dan Alsagoff Al-Islamiah berjaya mencapai ukur tara minumun iaitu sebanyak 175 yang ditetapkan MOE tahun ini.
Sebaliknya, MWTAI gagal buat kali kedua sejak 2008.
Sebuah lagi madrasah - Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah - juga gagal tetapi ia tidak terjejas peraturan CE kerana tidak lagi mengambil murid peringkat rendah sejak menyertai Sistem Madrasah Bersama (JMS) kelolaan Muis pada 2009.
Dibentuk pada Oktober 2007, JMS, bertujuan memperkenal satu kurikulum pembelajaran komprehensif dan seimbang. Buat masa ini, tiga madrasah - Al-Arabiah, Al-Irsyad dan Aljunied - terlibat dalam JMS.
Perkembangan positif ini juga dituruti dengan kemajuan lain. Antaranya, menurut Encik Maarof, ialah peningkatan prasarana fizikal dan mutu tenaga pendidik yang kini berpeluang menjalani pelbagai latihan menerusi kerjasama Muis dan Institut Pendidikan Nasional (NIE).
ISU YANG MASIH MENONJOL
Walaupun begitu, isu mengimbangi pengajian ukhrawi dan sekular masih menonjol dalam pandangan awam yang ditinjau Berita Minggu (BM).
Murid madrasah perlu mengambil peperiksaan sehingga 12 mata pelajaran di darjah enam berbanding empat mata pelajaran yang wajib untuk murid sekolah sekular.
Kepayahan mengimbangi kedua-dua bidang itu adalah sesuatu yang dirasai oleh murid madrasah, kata bekas pelajar MWTAI, Cik Maryam Hashim.
'Kebanyakan subjek ukhrawi perlukan pelajar mempelajari bahasa Arab dengan cara menghafal teks. Bagi subjek Matematik dan Sains pula, pelajar mesti buat banyak latihan dari peringkat awal,' ujar siswazah Universiti Nasional Singapura (NUS) itu, yang kini bertugas sebagai jurutera kajian di Politeknik Nanyang (NYP).
Namun, madrasah setempat tetap berupaya melahirkan pelajar cemerlang.
Dalam peperiksaan PSLE tahun ini, murid Al-Irsyad, Sakinah Yusof, mendapat agregat 266 manakala Zubaidah Dadlani dari Madrasah Alsagoff Al-Islamiah dan Farah Nadiah Muhamad Ishak dari Madrasah Aljunied Al-Islamiah masing-masing meraih agregat 254 mata.
Kejayaan murid-murid ini menunjukkan bahawa sistem madrasah mampu menghasilkan murid cemerlang, menurut mereka yang ditinjau BM.
Naib pengetua Madrasah Al-Irsyad, Encik Noor Isham Saniff, berkata kuncinya ialah kaedah pembelajaran kreatif yang dapat menarik minat pelajar.
Sebagai contoh, mata pelajaran Arab di Al-Irsyad diajar menggunakan kartun yang dihasilkan murid sendiri di komputer.
Elemen permainan, nyanyian dan drama juga diterapkan dalam setiap aspek pembelajaran, ukhrawi dan akademik.
'Pelajar kini mempunyai keperluan berbeza daripada pelajar dahulu. Jadi, mahu atau tidak, kita mesti ikut cita rasa mereka dan merangsang keinginan mereka untuk belajar,' ujar beliau.
Namun, beberapa waris pelajar madrasah berasa ibu bapa murid madrasah memainkan peranan penting dalam kejayaan anak- anak mereka, mungkin lebih daripada ibu bapa kanak-kanak sekolah sekular.
Salah salah daripada mereka, Cik Zainab Abdul Rashid, berkata tumpuan yang kurang dalam mata pelajaran akademik perlu diatasi dengan tuisyen dan sokongan di rumah.
Anaknya, Dinah Aziz, mendapat tujuh A1 dalam peperiksaan GCE peringkat 'O' pada 2008. Keputusan pelajar Madrasah Al- Maarif Al-Islamiah ketika itu merupakan satu rekod bagi pelajar madrasah. Sebelum ini, pencapaian terbaik madrasah ialah lima A1.
Sejak sedekad yang lalu, Muis telah membelanjakan sekitar $21 juta untuk membangunkan pendidikan madrasah setempat.
Perbelanjaan itu merangkumi kos latihan guru, pembangunan pelajar dan kurikulum, geran kewangan dan menokok gaji guru-guru.
Sumber kewangan bagi madrasah setempat, yang menampung kira-kira 4,000 pelajar Muslim dari peringkat rendah hingga menengah, pula bergantung kepada derma awam, dana madrasah, zakat dan yuran.
Sejak 2003, menerusi kerjasama Muis dengan NIE dan Universiti Edith Cowan (ECU), guru-guru madrasah menjalani pelbagai kursus peningkatan merangkumi Diploma Khas Pendidikan, Diploma Pendidikan dan Program Pemimpin Pendidikan.
Lantaran itulah sebahagian besar mereka yang ditinjau berkata mutu tenaga pendidik di madrasah, secara umum, memuaskan.
Antara mereka ialah Dinah Aziz, 18 tahun, yang baru selesai menduduki peperiksaan GCE peringkat 'A' di Maktab Rendah Raffles.
'Namun, mungkin masalahnya ialah masa agak terhad untuk guru mengadakan kelas tambahan dan sebagainya,' ujar bekas pelajar Madrasah Al-Maarif itu.
Isu masa terhad ini mempunyai kesan secara langsung kepada percanggahan antara subjek ukhrawi dan sekular, menurut sumber BM.
'Seseorang guru ukhrawi mahukan masa yang lebih untuk subjek mereka... begitu juga guru-guru akademik. engimbangi kedua- dua ini menjadi satu cabaran bagi madrasah,' ujar sumber itu, yang enggan namanya disiarkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)